Monday, November 29, 2010

Bangkit dan teruslah melangkah Aisya..

Dah lama xcerita berkenaan progress terkini aisya. Walaupun xbanyak yang berubah, of cause delay berbanding anak-anak yang seusia dengannya tetapi ibu bangga kerana perubahan yang sedikit itu dah cukup untuk membuktikan aisya semakin maju dan bukannya statik. Dalam usia yang mencecah 20 bulan 1 minggu ini aisya sekarang ligat meneroka dan terus meneroka apa yang ada disekelilingnya..jatuh, tergolek, tertiarap segalanya dia dah rasa namun dia tetap xputus asa.menangis sekejap kemudian hilang sakit buat lagi.
* pinggang dah semakin kuat dan stabil bila duduk.
* dah mula pandai bangun berdiri dengan memegang sesuatu (tangan ibu, lutut babah, kerusi, meja dsb)
* tangan dah kuat memegang sesuatu (dulu pegang sekejap pastu dia lepaskan balik)
* kaki dah pandai melangkah kalau dipimpin tp kadang-kadang dia seret jer kaki dia tuh.
* kalau dulu nak srh dia babai kena cakap dan buat gaya babai tp sekarang kita cakap babai jer, dia dah   melambai sambil tersengih.
* anak ibu ni memang cukup murah dengan senyuman..tersengih jer manjang. tp kalau kita marah sambil angkat tangan (konon-konon nak babap dia) dia akan menjerit, menangis.
* dah reti main tolak kete mainan (kalau dulu dia ambik dan campak-campak jer. xreti nak guna/main. Sekarang dia akan tolak kete tuh kedepan, kebelakang. Leka sekali.)
* dah pandai arahan-arahan yang mudah cth kalau kita mintak sesuatu yang dia pegang, dia akan bagi @ kalau dia tgh pegang makanan/biskut dia nganga mulut depan dia..dia akan suap makanan/biskut tu kat kita. ( kalau dulu, dia buat bodo jer.hihi)
* dah pandai merajuk sambil kepala ditundukkan kelantai. selagi xpujuk, selagi tulah dia xangkat kepalanya.
* setelah berkali-kali  ibu ajar dia menghisap minuman menggunakan straw..akhirnya kini dia dah pandai minum melalui straw. (terpaksalah berebut ngan kakak kalau nampak kakak minum vitagen)
* gigi dah semakin banyak tumbuh. dah boleh bagi nasi butir sikit-sikit (dulu bubur hancur) tp masih belum pandai makan ayam + ikan lagi (dia xnak mengunyah..main telan jer.huhuhu)
Ibu xsabar nak tunggu aisya...dan akan terus menunggu aisya:
  • Bercakap...sambil tanya itu ini dengan pelat kanak-kanaknya.(cukuplah buat permulaan ibu dapat dengar suara aisya bising-bising...buat babbling)
  • Berjalan.(kan comel kalau aisya terkedek-kedek jalan sambil pakai gaun)
  • Tembam dan berisi (mesti cute kan muka aisya tembam.hihihi)
Aisya..teruslah bangkit dan bangkit ye sayang. Teruskan langkahmu walau seribu dugaan yang mungkin bakal mendatang. Ibu akan terus bersamamu sayang.








YA ALLAH..YA RAHMAN..YA RAHIM..
Terima kasih Ya Allah kerana memberiku peluang ini..kerana memanjangkan 'tempoh itu' untuk aku terus bersama dengannya. Kau kuatkanlah dia, tebalkanlah kesabaranku dan permudahkanlah segalanya bagi kami. Amin Ya Rabbal Alamin..

Berat oh berat..

Lama xmenulis diblog..bukan xada cerita yang nak diluahkan..sangat banyak yang nak dikongsi rasa ini namun hujung tahun ni kesibukan kursus, meeting, kecelaruan perasaan dan urusan seharian seakan menghalang. Apatah lagi di rumah tiada internet dan ibu hanya mencuri masa rehat di office untuk meng up date blog aisya nih.

25/11/10 ibu dan aisya memenuhi temujanji untuk berjumpa dengan pakar pemakanan. Setelah diambil timbangan berat..seperti biasa berat aisya macam tulah jugak.xnaik, xturun.statik jer bacaannya. (20 bulan - 6kg++) xpelah dik, janji sihat. kami menunggu pakar pemakanan tiba, seawal tepat jam 8 pagi sehinggalah 10 pagi menunggu, kelibat pakar pemakanan langsung xnampak. Akhirnya kami dipanggil masuk kebilik doktor. Seperti biasa di dalam bilik doktor, ibu di tanya macam-macam (umpama disoal siasat anggota polis lagaknya). Bukan ibu xsuka tapi setiap kali doc yang berlainan merawat aisya setiap kali itulah juga ibu perlu mengenang, mengingat dan menceritakan semula segalanya yang berlaku pada aisya. Ibu penat. Bukankah rekod aisya sudah ada? mengapa tidak direview semua? Insyaallah..sedikit masa nnti ibu akan tuliskan di blog berkenaan 'kelahiran aisya' dan perjuangannya yang bermula sejak dia masih di dalam kandungan ibu lagi..

Berbalik pada doktor itu, dia menyatakan pendapatnya. Katanya biasanya bayi yang bermasalah berat badan dan mempunyai masalah kesihatan (sekiranya berat semakin menurun atau masih xnaik-naik ) seperti kes aisya, maka dicadangkan untuk memakai rest tube feeding. Oh saat ayat itu keluar dari mulut cantik doktor itu sepantas kilat ibu teringat kembali ayat yg sama pernah diutarakan oleh pakar kanak-kanak di hospital yang juga mengatakan sekiranya aisya masih bermasalah dengan berat badannya maka dia perlu dipakaikan rest tube feeding semula. Ibu rasa lemah...terbayang-bayang saat aisya memakainya dulu.  6 bulan ++ aisya memakainya dulu. bukan satu jangkamasa yang sekejap. Sepanjang tempoh tersebut, susu aisya disukat, minum pun perlu mengikut jam. aisya xboleh minum lebih kerana dikhuatiri susu memenuhi paru-parunya. Bibir dan lidah aisya jadi kering. Pernah suatu ketika dulu aisya menangis kerana kelaparan (time tu aisya hanya dibolehkan minum 30ml dalam masa 2 jam) untuk menunggu masa menyusu  lagi 1 jam. ibu yang melihat aisya menangis xsampai hati. Ibu tahu aisya lapar kerana bila ibu masukkan jari aisya sepertinya menghisap, ibu perah susu ibu dan ibu celup dengan kapas lalu ibu perah setitik demi setitik ke mulut aisya dengan airmata ibu yang xhenti mengalir selaju airmata aisya yang menangis kelaparan. Itu semua ibu lakukan secara curi-curi. Bukan itu sahaja..setiap kali rest tube feeding itu tercabut, ibu terpaksa menahan kepedihan melihat aisya meronta semasa nurse memasukkan rest tube feeding itu kembali ke hidung/mulut aisya. Malah lebih seksa bila ibu melihat aisya perlu di suction. Pernah sampai berdarah! Sangat menyeksakan aisya semua itu.

Dan yang paling ibu sedih bila selepas itu aisya tidak lagi pandai menghisap.Aisya lupa bagaimana nak menghisap! Ibu terpaksa bersabar dan memendam rasa untuk mengajarnya menghisap semula. Mula-mula memang aisya xnak..susu akan keluar semula dicelah bibirnya. Aisya akan tersedak dan muntah. Namun alhamdulillah..perlahan-lahan akhirnya dia pandai walaupun bukan menghisap susu badan ibu tapi menggunakan puting botol.

Jadi bagaimana ibu sanggup untuk menyaksikan kejadian yang sama berulang kembali? Apatah lagi dengan keadaan aisya yang semakin aktif sekarang. Pasti ibu akan selalu berkejar ke klinik yang berhampiran untuk memasukkan semula rest tube feeding  itu sekiranya tercabut ditarik aisya. Bukan ibu xbagi aisya makan...bukan ibu xbagi aisya susu..bubur, nestum, biskut..apa saja yang diberitahu orang agar mampu menaikkan berat badan aisya ibu cuba. Multivitamin, mct oil, carborie tp beratnya masih juga begitu. Salah ibukah aisya sayang? Dulu aisya dah boleh minum 6 oz susu tapi kini aisya hanya minum 3oz - 4oz susu. makan pun hanya sedikit dan kalau dipaksa makan lebih dia akan muntah. Sungguh ibu sedih dan buntu. Kalau ada ibu-ibu di luar sana yang tahu apa lagi yang boleh membantu menambahkan berat badan aisya tolong inform pada saya yer.


Terima kasih pada yang mendoakan aisya..


Aisya sewaktu memakai feeding tube dulu.

Monday, November 22, 2010

Semoga gelap..hujan..kilat serta guruh itu berhenti dan diganti dengan pula dengan cahaya pelangi yang cantik berseri.

Seperti rutin hari-hari minggu sebelumnya, ibu biasanya akan memperuntukkan lebih kurang 2jam untuk anak-anak ibu swimming/bermain air di Presint 9 namun minggu ni ibu terpaksa merehatkan mereka daripada bermain air berikutan virus selsema dan batuk yang melanda. Ibu xmahu kakak dan aisya yang baru je nak pulih itu sakit kembali. So, sabtu dan ahad kami hanya berada di rumah.

Namun petang ahad semalam..kakak bertanya "Naper kita x g swimming ibu?naper kita x g jalan-jalan?Kan ibu cuti.(kerana bagi kakak setiap kali ibu cuti, mereka akan dibawa berjalan tak kiralah g taman ker, melepak kat dataran putrajaya ker, pusing-pusing alamanda ker, asalkan tidak memerap di rumah) kakak boringlah ibu. Jomlah kita kuar g taman". Kesian kakak, ibu berfikir dan bertanya pendapat babah. Ketika itu babah hanya terbaring kerana tidak sihat. Akhirnya..setelah membuat keputusan, ibu menjawab "Jom..kita kuar g taman. Kakak cepat siap".

Anak itu yang kegembiraan tanpa berlengah terus saja bersiap. Ibu memandikan aisya dan bersiap ala kadar.
Jam 6.30petang kami tiba di Taman Gemilang, PICC Putrajaya. Aisya yang dalam dukungan ibu melonjak-lonjak kesukaan. Walaupun masing-masing belum pulih sepenuhnya (selsema masih ada) namun keriangan jelas terukir pada riak wajah anak-anak ini. Ibu ambil kesempatan mengajar aisya bertatih dengan memimpin kedua tangannya. Kakak berlari ke sana sini keriangan. Sesekali keluar juga suara ketawa aisya melihat telatah kakaknya. Owh..gembiranya hati ibu ini melihat wajah-wajah itu. Andai ibu mampu..ibu mahu berikan segalanya agar kamu berdua gembira selalu..anak-anakku.

Bila ibu kenang dan ingat kembali, aisya dah semakin sihat dan menunjukkan prestasi yang baik (walaupun agak lambat dari kanak-kanak normal yang seusianya) berbanding sesi berulang alik ke Bahagian Kecemasan sudah semakin kurang serta tidur bermalam di wad hampir setiap bulan sudah tiada sejak 5 bulan yang lalu. Semoga musim gelap itu bakal berakhir dan diganti pula dengan cahaya yang terang bersinar.
 Alhamdulillah..syukur kehadrat Illahi. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui Segalanya Ya Allah.







Kami diserang V.I.R.U.S

Minggu yang berlalu adalah minggu yang memenatkan buat ibu. Ini adalah kerana kami satu keluarga telah diserang oleh virus batuk dan selsema. Bermula daripada kakak, kemudian aisya,seterusnya ibu dan sekarang yang sedang mengharunginya adalah babah. Batuk babah adalah yang paling teruk, xberhenti kalau sekali dah start. So, babah terpaksa dikuarantin tido di luar takut berjangkit sekali lagi dengan anak-anak yang baru jer nak pulih.huhuhu..diharap bersabar ye babah.Yang paling kesian diserang sudah pastilah sikecik aisya tuh.Permulaan jangkitan, aisya nampak bermaya lagi untuk bermain walaupun cecair jernih sudah mula meleleh di hidung namun masuk sesi petang dia dah mula slow...dan akhirnya membawa kepada aksi terbaring dan bergolek sahaja di atas tilam.Mata pun dah start merah dan berair.Tahap suhu badannya masih memuaskan namun yang ibu paling xsampai hati melihat dan mendengar batuknya.Kesian sekali melihat aisya cuba menahan batuknya yang umpama tak lepas tu.Sampai merah-merah dan keluar air matanya.Sudahnya dia hanyut lena setelah diberi ubat dan puff inhaler bewarna biru setiap 4 jam. Alhamdulillah..kini keadaan sudah kembali seperti sediakala. Aisya kini aktif meneroka setiap pelusuk ruang yang ada...bermain sendirian sambil sesekali disakat oleh kakak yang memang gemar mengusik.
Syukur alhamdulillah..
Aisya tidur bernafas melalui mulut sebab hidungnya tersumbat
Mata yang merah sebab menangis sblm tidur kerana susah nak bernafas + batuk yang tak berhenti.




Lihatlah aksi kakak dan adik yang baru nak pulih ini. Aksi dan telatahnya sangat menghiburkan ibu.
Cepat sembuh anak-anak ibu. 


Rindu detik itu....kalaulah aisya mahu


Gambar ihsan dari Google
Suatu petang, sepupu ibu menghantar mesej berbunyi 'ayu, datanglah umah aku tgk baby.aku ada baby baru.baby girl'. Terkejut ibu dengan mesej itu lantas ibu membalas 'ko jangan nak kelentong aku.bila pulak wife ko preggy?' dan ibu menerima balasan 'ko datang jelah.aku xtipu.baru 4 hari' dalam hati ibu tertanya-tanya. Setahu ibu anak dia lebih muda dari aisya dan yang pastinya baru je lg kami berjumpa...xsampai pun sebulan dan perut wife nya tu xde pun tanda-tanda seperti orang mengandung.Dengan perasaan membuak-buak nak jmpa baby, (sebab ibu mmg suka n sayang sangat kat baby) balik kerja ibu terus kerumah dia.Di sana ibu jumpalah seoarang bayi perempuan yang sangat comel-1.24kg.Rupa-rupanya sepupu ibu telah mengambil seorang anak angkat.Yang diselamatkan daripada dibuang atau dihantar ke Rumah Kebajikan Masyarakat.xperlulah diceritakan siapa,bagaimana, mengapa, kenapa dan dari mana dia mendapat bayi itu.Cuma yang mampu ibu katakan anak itu sangat comel dan mulus.Kasihan melihat muka dan badannya yang dipenuhi bintik-bintik merah seperti gigitan semut/nyamuk.
Kakak sepupu ibu meminta agar menjadi ibu susuan pada bayi itu kerana menurutnya bayi itu sejak dari kandungan lagi tidak pernah mendapat sebarang pemeriksaan, imunisasi dari ibunya, vitamin atau ubat-ubatan yang selayaknya.Jadi, dia takut bayi itu mudah sakit.Kakak sepupu ibu juga sanggup membelikan ibu makanan-makanan berkhasiat dan susu (untuk breastfeeding) asalkan ibu menjadi ibu susuan kepada bayi itu.Setelah meminta keizinan daripada babah, dengan lafaz bismillah..ibu angkat bayi itu dan memberinya susu ibu dengan tujuan untuk percubaan.Wahh..anak kecil itu sungguh pandai menghisap.Sedutan dan hisapannya yang kuat itu membuai perasaan ibu.Ibu jadi sebak.Alangkah indahnya kalau yang dipangkuan ibu dan yang menetek itu adalah aisya...anak kandung ibu.Ibu terlalu rindu untuk merasai moment itu bersamamu.
Aisya sejak dulu tidak mahu malah tidak pandai menghisap susu ibu.Bukan ibu xberusaha memberinya.Sudah beribu kali mencuba malah sehingga ke hari ini masih lagi mencuba.Namun setiap kali ibu suakan kemulutnya, setiap kali itulah aisya akan menangis dan menolak.Mungkin kerana sejak lahir hingga ke umur 6 bulan dia hanya minum susu ibu menggunakan tiub di NICU.Mungkin dia takut kerana menyangka itu akan menyakitkan dan melemaskannya.Mungkin...mungkin...mungkin.Alhamdulillah..sehingga ke hari ini susu ibu masih ada (untuk ibu perah dan beri pada aisya) walaupun dah semakin kurang hasilnya dan yang selalu 'bergayut' malam-malam adalah kakak aireen bukannya siadik, aisya.(terima kasih kakak kerana tanpa kakak pasti susu ibu dah lama kering)Ibu rindu detik kakak masih minum susu ibu sepenuhnya dulu...kalaulah aisya mahu begitu.Walaupun tidak sepenuhnya aisya minum susu ibu (campur susu formula), namun ibu bersyukur kerana sekurang-kurangnya aisya masih dapat merasai susu ibunya sendiri berbanding bayi tadi.
Anak kecil comel yang masih belum ada nama ini.

Buah hati pengarang jantung ibu...
Terima kasih Ya Allah di atas rezeki dan nikmatmu yang tidak terhingga buat kami.

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha 1431H

Ihsan dari Google - i luv islam.com
Esok..sumer umat islam di dunia akan merayakan Hari Raya Aidiladha 1431H. Di sini ibu mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua yang mengenali diri ini dan pada semua 'bloggers' sekalian.

p/s: Raya-raya juga.....jangan sampai ter'korban'. Berhati-hatilah memandu untuk balik kampung tuh.Ingat orang yang tersayang.

Monday, November 15, 2010

Skrip yang masih sama..

Khamis lepas, aisya ada appoinment paeds di Klinik Kerajaan. Sebaik ditimbang, berat aisya dicatit sebanyak 6.5kg (alhamdulillah..naiklah sikit walaupun hanya 400g dalam tempoh +-5bulan). Semasa dalam bilik doc (rasanya doc baru sebab xpernah tgk sebelum nih), doc melihat aisya..kemudian meneliti sesuatu di buku rekod aisya. Kemudian dia berkata "kecik sangat anak awak nih..1 tahun 8 bulan 6.5kg? Baby lain 3 bulan pun dah 7kg. awak xbagi makan ker?" Pergh, sedapnya bahasa awak doc. Ibu pun jawablah "dia makan kurang doc, tp menyusu banyak cuma berat dia yang xnaik-naik lagipun dia ni banyak masalah kesihatan""awak bagi makan apa?" tanya doc itu lagi sambil masih memandang aisya yang duduk di atas pangkuan ibu. "bubur nasi" jawab ibu. "awak xpelbagaikan makanan dia ker? bagilah mee goreng ker,meehon sup ker..dia bukan xnak makan tp dia dah bosan asyik makan mende sama jer.sebab tu dia xbanyak makan" mak aii..doc ni biar btl. "masalahnya doc, gigi anak saya ni baru jer tumbuh. tu pun masih tunggul baru." Doc diam. xlama kemudian dia menyambung, "saya refer dia ke pakar pemakanan. Awak datang lagi 2 minggu untuk pemeriksaan susulan..timbang berat dan cek up macam biasa" ibu diam jer malas nak menjawab lagi walaupun dalam hati..............tension betul. Sebelum ibu bangun, doc bertanya lagi. "anak awak xcukup bulan ker?" ibu jawab "ha'ah, dia lahir 34 minggu dengan berat 1.27kg". "saya pun ada dua orang anak xcukup bulan jugak.sorang 28 minggu -1.98kg, sorang lagi 30 minggu 2.3kg. lebih awal keluar dari anak awak tp lebih besar" beria pula doc itu bercerita. huh.."anak doc sihat lainlah, anak saya ada macam-macam masalah sejak dari dalam kandungan. ada masalah jantung lagi..sebab tu kot kecik" ibu pun bangun bawak aisya keluar. Begitu ker cara seorang doc? xpelah malas nak layan....huhuhu
...................................................................................................................................................................
Semalam - ketika di kaunter bayaran di sebuah kedai makan selepas sarapan pagi........sambil menunggu duit balance sebab xde duit kecil.

Cashier kedai makan tu memandang aisya yang berada dalam dukungan ibu lama sambil tersenyum melihat gelagat aisya.
Cashier : Berapa bulan anak kak nih?
Ibu       : 1 tahun lebih dah
Cashier : Haa??betul ker??keciknya badan dia.
Ibu        : Betullah..
Cashier : Baper berat dia?-sambil memegang tangan aisya.
Ibu        : 6 kilo lebih
Cashier  : laa..anak saya 5 bulan dah 8kilo lebih dah.dah pandai jalan?
Ibu        : Sambil senyum..belom, dia lahir xcukup bulan, lahir pun kecik
Cashier  : ooo..kesiannya dia.ni tanda apa nih? sambil membelek tanda garis panjang di belakang badan aisya
Ibu        : oo tu tanda masa operate jantung dia
Cashier : laa..ada sakit jantung?kesiannya dia.kecik-kecik dah kena operate ye. 
               akk ni mesti kak ada buat apa-apa ni. xpun abang kak..saya masa mengandung dulu macam-
               macam  pantang. abang saya pun saya suruh jaga macam-macam...bla,bla,bla...

Ibu hanya tersenyum jer. Sib baik duit balance dah sampai. Kalau tak mahu panjang lebar lagi telahan yang dia buat. Huh..biarlah..dah terbiasa pun walaupun kadang kala tercuit gak hati nih.
Begitulah beberapa senario yang selalu terjadi kalau kami berjumpa orang. Skrip-skrip yang sama antaranya "berapa bulan dah nih?" atau ayat yang berbunyi "keciknya, 1 tahun lebih nih?" "dah pandai jalan ke belom?" "Kesiannya.." dan beberapa kenyataan serta andaian lagi. Sib baik hati ini dah semakin kuat dan redha. Itulah ketentuanNya, ibu terima.
Aisya dan babah


Hepi Besday Babah..

11/11/10 adalah hari lahir suamiku Suhaimy bin Salim, merangkap babah kepada aisya dan aireen.
Untuk babah, Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke32. Semoga panjang umur, murah rezeki dan segala apa yang dicita-citakan oleh babah akan tercapai. Diharapkan agar babah dapat menjadi sahabat, teman, suami dan babah yang terbaik di dunia untuk ibu dan anak-anak. Doa ibu agar kita akan kekal bersama ke akhir hayat di dalam suka dan duka membesarkan anak-anak benih cinta kita itu. Terimalah hadiah dan kad yang xseberapa tu dari kami - kakak aireen yang pilih tuh (jambangan bunga tahun ni ibu xbagi, xsempat nak order kat florist) hehehe..padahal budget yang xcukup.
Ucapan ini utk babah terchenta:
Knowing that you're my side,
brings joy into my life,
and every day i feel so proud,
to know that you are my HUSBAND
and BABAH for our daughters,
Your love turns everyday,
into something,
warm and beutiful,
and simple pleasures,
into evelasting treasures,
i'm grateful to be sharing life with you.
HAPPY BIRTHDAY DEAR.




Naluri hati seorang ibu mengatakan........betul ker?

Pakar mata mengatakan aisya 'kurang' nampak disebabkan ujian mata yang dijalankan menunjukkan power matanya yang sangat tinggi. Ibu masih berfikir dan terus berfikir tentang itu...betul ker?
Tetiba satu malam, sedang semua org sibuk ngan urusan masing-masing (cik til dalam bilik dia, kakak aireen main dlm bilik tik til, babah lom balik keje lagi) ibu baru selesai sembahyang, keluar dari bilik ke ruang menonton..ibu lihat aisya keseorangan sedang asyik mengutip getah-getah rambut kakak aireen (yang kecil, nipis dan bewarna-warni) dan memasukkannya ke dalam sebuah beg kecil tanpa mempedulikan orang lain. Nah..lihat, kalau nak dikatakan dia xnampak..bagaimana dia blh menghabiskan kerja mengutip dan memasukkan kesemua getah-getah rambut tersebut yang jumlahnya lebih kurang 20 helai. Ibu ambil beg tersebut dan menyelerakkan kesemua getah-getah rambut itu kembali dan meletakkan beg kecil itu jauh sedikit dari tempat asal. Ibu mahu lihat reaksi aisya. Aisya mengengsot mengambil beg kecil itu dan kembali menyambung mengutip setiap getah-getah rambut itu dan memasukkan kembali ke dalam beg kecil. Ibu seronok melihatnya..ibu terharu,gembira dan tetiba terselit perasaan sayu. Bukankah itu bermakna aisya nampak dan dia boleh fokus pada apa yang dia buat. Bukan seperti dakwaan therapist dan pakar mata itu. Benarkah??Owh..ker ibu yang terlalu mengharap? Harap-harap ianya bukanlah harapan kosong.


Lihatlah anak kecil ini begitu asyik dengan kerjanya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Itulah dia..aisya.

Friday, November 12, 2010

Nampak ke Tak???

Mata yang cantik itu....
10hb November 2010 - aisya ada appoinment dengan pakar mata. Hari itu, aisya buat ujian mata. Antara ujian yang sangat kesian ibu lihat dilakukan padanya.......bebola mata hitamnya ditekan menggunakan sejenis alat umpama pen. Dan anak itu menjerit, meronta, menggelupur walaupun telahpun dibalut kemas dengan selimut tebal dan dipegang oleh 2 orang jururawat :(
Sebelum tu macam-macam soalan yang ditanyakan oleh pakar mata itu pada ibu. "Aisya nampak tak kalau bermain kat rumah? ada nampak cam dia kerut2 muka untuk pandang sesuatu?ada tak dia teraba-raba/mis bila amik/capai tak barang yang ada di hadapannya?"semuanya ibu jawab TAK.. aisya nampak..sedangkan semut yang kecik berjalan kat lantai tu pun dia boleh tepuk-tepuk, makanan/biskut yang jatuh pun dia leh angkat nak masuk dalam mulut, kutip semua mainan-mainan kecil kat lantai, xkanlah dia xnampak. Selepas ujian dilakukan.....Keputusannya power mata aisya terlalu tinggi. Doc menyarankan agar aisya memakai cermin mata khas. Ibu yang sememangnya 'cembeng' ni terus jer bergenang airmata. Cuba untuk menahan agar ianya tidak menitis ke pipi. Ehmm........speechless. xtau nak cakap apa. Adakah suatu hari nanti aisya xakan dapat melihat?? Ibu cuma minta pada doc agar ujian dilakukan sekali lagi. So, doc menetapkan lagi 3 bulan untuk ujian kali ke2. Kasihan anak ini. xhabis-habis dengan ujian. Sudahlah pendengarannya kurang, kini pancainderanya untuk melihat pula diuji. Maafkan ibu, aisya...Harus bagaimana ibu mampu untuk membantumu nak? Ibu xpunya daya.

"Ya Allah..terangilah mata aisya. Kasihanilah anak kecilku itu tuhanku. Janganlah kau uji apa yang dia tidak mampu. Pinjamkanlah dia mata itu untuknya terus melihat. Berilah dia peluang untuk menghayati keindahan dunia ciptaanMu ini,  paling tidakpun untuk dia melihat
wajahku sebagai ibunya..wajah babahnya..wajah kakaknya dan keluarga kami yang menyayanginya. Hanya padamu kumeminta. Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang."

Thursday, November 11, 2010

3 hari rasa tak cukup

Ibu hanya nak cerita pasal cuti Hari Deepavali lalu.3 hari cuti kami habiskan masa bersama. Beriadah, bermain, bergurau, bersenda, bercanda dan segalanya. 3 hari berlalu rasa xcukup. Sangat happy dan tenang bila melihat anak-anak gembira terutamanya aisya yang manjang tersengih menampakkan tunggul giginya yang baru nak tumbuh tuh.hihihi..soo cute.
First day cuti - Hari Deepavali. Ibu bawak kakak dan aisya g beriadah - berbasikal di Taman Botani, Putrajaya. Selain kami, cik til, mak su dan tok abah pun join gak.Babah xjoin sebab keje.Tu first time aisya naik basikal. Puas ibu ikat/lilit tali keselamatan tu kat badan aisya takut dia terjatuh time ibu tgh asyik mengayuh nnti. hihihihi..sori sayang. Semua ni untuk keselamatan anak ibu jugak.
Pada mulanya aisya xselesa dan takut-takut tp lama-lama bila muka dah sedap kena tiup angin sepoi-sepoi bahasa tuh, menyengih jerlah mukanya. Lagipun ibu kayuh pelan-pelan je, bukan laju pun :)

Muka takut mula-mula naik basikal

kakak aireen pun cuak gak sbb masih xreti nak kayuh basikal
Lama-lama muka nampak cam seronok
Hari Ke2 cuti, Ibu dan babah ambil kesempatan ni bawa kakak dan aisya jalan-jalan ke Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam atau lebih dikenali dengan Bukit Cerakah. Cik Til dan mak su pun ikut kami. Kakak punyalah excited dan xsabar nak naik tram. Time beratur nak tunggu turn naik tu mulut dah riuh berceloteh itu ini apatah lagi masa dalam tram yang bergerak. Semuanya nak ditunjuk dan ditanya. 'Itu apa ibu?', 'naper ekor dia camtu babah?', 'sian dia kena kurung sorang-sorang kat situ kan cik til?', 'mak su, mak su naper tanduk dia camtuh?' dan pelbagai lagilah soalan yang kadangkala boleh mencuit hati mereka yang mendengar dalam tramp tuh. Kakak, kakak...xde kakak sunyi sepilah dunia ibu. Itulah kakak, anak ibu yang petah. Aisya pulak walaupun sesekali jer berbunyi namun riak mukanya nampak seronok kerana itulah pertama kali ibu bawa dia berjalan ketempat sebegini. Kami xsinggah kesemua lokasi. Kami hanya singgah di Taman Empat Musim (yang pada masa ini adalah musim luruh nak ke musim sejuk)- sangat cantik keadaan dan suasana dalam kawasan itu dan Taman Haiwan melihat binatang-binatang dan habitatnya. Walaupun time balik tu kakak dan adik nampak sangat keletihan tp kata kakak- 'Kakak epi...nnti kita datang lagi yeh babah' : )
 
 Antara beberapa pics yang sempat ibu rakamkan ketika di sana.

Hari ke3 cuti iaitu hari terakhir, kami hanya ke Dataran Perbadanan Putrajaya untuk anak-anak ini bermain di atas hamparan rumput dan kemudiannya ke Presint 9 untuk aktiviti rutin setiap hujung minggu iaitu sesi swimming kakak dan aisya. Part ini memang kedua-duanya paling suka. Bermain air..




Lihatlah gelagat budak tecik ini. Keletah dan senyuman mungilnya itulah yang selalu membuatkan ibu xsabar nak balik rumah menggomolnya. Moment-moment begini sangat priceless bagi ibu. Moga aisya diberi kesihatan yang baik di masa-masa akan datang. Pic sewaktu swimming xsempat nak snap sebab ibu pun dah basah kuyup terkena splash kakak n aisya. Hihihik..
p/s: Kakak aireen n adik aisya ibu loves both of you!

Thursday, November 4, 2010

Hentikan kata-kata itu..hati ini sudah terlalu sakit!

Entry kali ni ibu teremosi sikit. ( baru je taip beberapa patah perkataan pun dah terasa sebak, airmata mulalah bergenang)  ;(  sangat benci dengan rasa ini. Huhuhu..kuatlah wahai hati.

Ibu nak cerita kisah malam tadi..sewaktu ibu sedang menyediakan air utk seseorang yang dtg melawat aisya.. Bukan orang lain pun, dia adalah keluarga kami juga. Sebelum itu ibu ada ceritakan sedikit perkembangan aisya dan ulasan-ulasan dari pakar-pakar yang merawat aisya, berkenaan aisya yang perlu di'transfer' ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (sangat menyesal memberitahu berita ini padanya.huhuhu) Ketika ibu di dapur ibu terdengar antara ayatnya 'xde dalam sejarah keluarga kita kena sakit camnih' DUP..bagai batu menghentak ke dada. muka dah terasa panas, airmata dah mula bergenang (sesungguhnya ibu terlalu lemah bila diuji dengan kata-kata) Berapa ribu ayat lg yang perlu diucapkan? xcukupkah dengan kata-kata yang pernah dilemparkan dahulu? hati ibu ini telah terlalu sakit. Baru jer luka itu sembuh, namun kini parut lama berdarah kembali. Cukup-cukuplah. Anak itu xpernah pun menyusahkan sesiapa. Kalaulah dia mendengar semuanya..bagaimana perasaannya? Umpama hadirnya xdiperlukan, menyusahkan dan menjelekkan orang disekelilingnya. Ungkapan-ungkapan yang xakan ibu lupa : 'tulah, Allah turunkan balasan', 'dulu masa mengandung xnk jaga betul-betul', 'org dah kata buang, xnak.. degil', 'mesti susah nak jaga budak ni nanti' dan bermacam kata-kata yang pernah membuat ibu jatuh tertiarap. Pernah ada yang mengatakan bahawa ibu xsayangkan aisya (hanya sbb membiarkan aisya trs kesakitan dan kepayahannya dulu. Harus bagaimana? Mencabut nyawanya dengan off kan mesin oksigennya?Tegarkah ibu menamatkan riwayat anak sendiri? Nah.. sekarang saksikanlah sendiri anak itu..ceria bermain dalam dunianya, meneroka melalui caranya sendiri walau seribu komplikasi yang mendatang.Dia terus tabah dan kuat mengharunginya.) Pada yang berkata, ingin ibu tegaskan..kalau ibu xsayangkan dia.........mengapa ibu sanggup juga meneruskan kandungan itu dulu? Mengapa ibu tega melahirkan anak itu walau ibu tahu kemungkinannya?Mengapa ibu masih mahu menyaksikan nyawa-nyawa ikannya dulu?mengapa ibu sanggup menangis dan terus menangis?mengapa ibu mahu menghabiskan seberapa banyak wangpun untuk membiayai semua kos rawatannya itu asalkan dia sihat sempurna seperti anak-anak lain?MENGAPA?MENGAPA?MENGAPA??
ya..JAWAPANNYA IALAH KERANA IBU TERLALU AMAT MENYAYANGINYA.
Jadi, sudahlah mengatakan segalanya berkenaan aisya. Dia sudahpun berjuang untuk meneruskan kehidupannya demi ibu. Malah bagi ibu dia terlalu sempurna untuk kami keluarganya.Dia cantik, comel, keletah dan sangat mencuit hati kami.Terima kasih pada yang mendoakan dan yang telah banyak memberi sokongan untuk ibu terus bangkit dari kekecewaan dan kesedihan.

p/s: Terima kasih makcik cleaner kerana pagi tadi sudi berkongsi sedikit luahan hati dengan ibu dan memberi nasihat yang amat mendalam setelah melihat wajah sugul ibu.Kadangkala meluahkan perasaan pada orang yang tidak kita kenali lebih mudah.

Wednesday, November 3, 2010

Sepenat manapun..kita kena tempuhi jua

Semalam seharian ibu dan aisya di hospital. Jadual yang padat membuatkan kami terkejar-kejar memenuhi tuntutan jadual yang telah diberikan. Penat! sungguh memenatkan tambah-tambah lagi bagi seorang anak kecil seperti aisya. Seawal jam 5.30 ibu dah bangun untuk menyediakan keperluan aisya sepanjang hari itu. Termos air panas, air glukos, susu, pampers, 2 bekas kecil bubur nasi aisya, sepasang baju salin aisya, tuala kecil 2, puting, paling penting kad lawatan aisya ibu masukkan dalam 1 beg galas belakang. Kali ini ibu terpaksa berseorangan membawa aisya kerana babah ada kerja urgent pagi tu yang menyebabkannya xdapat mengambil cuti rehat. Tapi babah janji petang babah akan temankan kami ke temujanji dengan Bahagian ENT.
Jam 7.30 ibu dah kejut, mandi dan siapkan aisya. Aisya diam jer. Mujur dia xbanyak ragam. Cuma kakak jer menangis nak ikut. Tp ibu terpaksa tinggalkan dia yang sedang meraung dalam rumah bersama cik til kerana hari ni ibu berdua dengan aisya, sudah pasti ibu xakan sempat nak layan kakak nnti. Kul 8 kami dah bertolak ke hospital. Walaupun jarak hospital dgn rumah xlah jauh tapi aisya sangat xsuka ddk diam dalam carseatnya. Dia lebih suka dipegang/diriba. Jadi, ibu terpaksalah menggunakan pelbagai helah untuk mendiamkannya. hihihi..
Sesampai di hospital, ibu ke bahagian pendaftaran. Malangnya setelah tiba turn kami nama aisya tiada dalam sistem. Ibu terpaksa ke bahagian paed clinic untuk memasukkan nama aisya ke dalam rekod temujanji pada hari itu. Setelah itu, berpatah ke bahagian pendaftaran semula dan kemudian ke paed clinic sekali lagi utk pendaftaran paed pula. Owh, untuk daftar sahaja dah memakan masa. Setelah amik no. giliran, timbang, ukur tinggi dan lilitan kepalanya ibu mintak izin ke bahagian fisio. ( Biasanya kul 11-12 baru dapat masuk blk paed) Temujanji fisio jam 8.30pagi tetapi ibu masuk lewat setengah jam. Sib baik cikgu fisio aisya xbising. huhuhuhu.. Temujanji fisio kali ni aisya bertemu ramai kawan. Ada abg amir ( 3 thn -kanak-kanak CP yang hensem), ada kakak Adriana yang amat comel sangat ( 2 tahun 1/2 tp beratnya hanya 4kg++)  macam baby..so cute, ada kakak mira ( 4thn - masalah bhgn sebelah kanannya lemah). Fisio kali ini aisya diberi latihan berjalan dan senaman/permainan yang membantu menguatkan otot tangan dan kakinya (lebih banyak tumpuan diberi pada bahagian organ). Aisya berada 1 jam 1/2 di sini kemudian kami ke bahagian terapi carakerja pula. Seperti biasa suara raungan aisya pasti akan kedengaran setelah beberapa ketika di bilik ini. Semasa berbual dengan cikgu dila iaitu therapist carakerja  mengapa setiap kali aisya menangis bila melakukan aktiviti di situ tidak bila di fisio, rupa-rupanya barulah ibu tahu "Di OT dia perlu belajar menggunakan otaknya untuk menumpukan perhatian pada sesuatu cth permainan yang sedang dia main nih. Dia menangis sebab dia stress" begitu rupanya. Patutlah setiapkali ke OT dia pasti menangis. Dia perlu menggunakan kerahan otaknya semasa latihan  bermain seperti menyusun warna, bentuk dsb berbanding di pysiotherapy..dia belajar untuk menggunakan organ tubuh badan. Menurut cikgu dila lg, daya tumpuan aisya masih sangat rendah dan ibu perlu lebih keras untuk memberi rangsangan padanya di rumah. Bukan ibu xbuat tp kekangan masa selalu sahaja membataskan segalanya. Balik kerja, ibu sampai rumah dalam 5.30ptg. Ibu sempat bermain dengan aisya dalam 2 jam (itupun kalau aisya xtido). Lepas maghrib ibu sibuk di dapur memasak, membasuh dsb. Selepas ibu siap memasak aisya dah mengantuk. Biasanya aisya tido dalam 8.30-9.00mlm sampailah ke pagi. Owh..kalaulah masa blh ditambah ;(  Ibu sangat ingin untuk menjagamu sepenuh masa tp faktor kewangan perlu diambil kira dalam keadaan ekonomi yang xmenentu sekarang. Hari cuti sahajalah yang dapat ibu betul2 peruntukkan untukmu sayang.
Setelah habis di terapi carakerja aisya ke paed clinic. Dalam jam 12.10 tengahari barulah no.giliran aisya dipanggil. Setelah pemeriksaan dijalankan ke atasnya.... Ulasan paed kali ni... aisya dah blh stop puff orennya itu - untuk kembangkan paru-paru (yang sebelum ni dipakai 12 jam sekali). Tetapi sekiranya ada batuk berpanjangan, dia perlu memakai puff biru (setiap 4jam) dan perlu menelefon paed clinic bagi mempercepatkan tarikh temujanji (paed dah jarakkan temujanji lawatan ke 4 bln sekali) Selesai temujanji paed jam hampir pukul 1 petang. Kami ada masa lebih kurang 1 jam untuk berehat sebelum ke temujanji berikutnya - audio. Sebelum tu, ibu perlu ke bahagian farmasi mengambil ubat aisya. Sib baik di farmasi org xramai. Ada lebih kurang 6 orang sebelum no. giliran aisya dipanggil tp ketika ini aisya dah start meragam + merengek2. Mungkin penat + lapar + mengantuk. (Aisya xmahu makan + minum pagi tadi walaupun dipaksa. Dia hanya minum air glukos 2oz). So, ibu terpaksa mendodoikan dia dengan tangan sambil berdiri! Aisya xsuka duduk dalam stroller dan ibu mmg xbawak stroller untuknya, bermakna dari pagi td ibu mendukungnya kehulu kehilir dengan beg galas belakang yang boleh tahan berat. Huhuhu. Sekejap jer aisya dah tertidur dalam dukungan ibu. Ibu ambil keputusan untuk balik rumah sekejap untuk berehat walaupun pada plan asalnya ibu hanya mahu berehat di surau. Kesian aisya...mungkin terlalu penat, dia langsung xsedar masa ibu letakkan dia dalam carseat untuk perjalanan pulang tuh.
Kul 1.45petang, ibu kejutkan aisya, bagi susu dan mandikan aisya supaya dia segar. Walaupun mamai kepenatan, tp dia xmengamuk. Kami sampai ke hospital lewat 10 minit (kali ni babah balik untuk temankan kami), ke kaunter pendaftaran sekali lagi dan naik ke tingkat 2 ( bahagian ENT ) 15 minit menunggu, Pn. Shiela (audiologist) keluar menyambut kami. Kami dibawa ke biliknya. Aisya diuji pendengaran lagi. Yang sedihnya aisya umpama tiada respond ke atas bunyian tersebut sedangkan semasa di rumah kami perasan perubahannya seperti menoleh bila dipanggil. Ntahlah..Pn. Shiela juga memberitahu memang susah untuk menguji sejauhmana kerosakkan telinga pada anak- anak kecil berbanding orang dewasa. Ini kerana kadang2 anak2 kecil saja je malas/lambat memberi respond. Pn. Shiela mengeluarkan sepucuk 'referral letter' untuk Aisya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Menurutnya di sana mesin/alatan menguji pendengaran lebih lengkap. Pn. Shiela juga menyarankan agar aisya memakai koklear implan yang harganya bernilai RM80 ribu. Mampukah kami menyediakannya??? Pada hari itu juga aisya kena tukar acuan hearing aidnya kerana acuan lama dah longgar. Sayu sekali ibu rasa apabila ibu dan babah terpaksa memegang kepala, badan dan tangan aisya yang meronta dan meraung tatkala mahu membuat acuan baru itu. Mungkin sakit sangat telinganya dijolok dalam. Kesian kamu anakku. Sebelum pulang, Pn. Shiela menyatakan planningnya untuk mengadakan satu perjumpaan parents yang senasib dgn kami, yang punya anak2 istimewa seperti kami. Terima kasih Pn. Shiela. Dialah yang memberi semangat semasa ibu mula mendapat tahu tentang keistimewaan aisya setahun lalu. Semasa tu, ibu banyak menangis di hadapannya. Dia jugalah yang pernah mencadangkan ibu supaya menghadiri sesi kaunseling sekiranya masih xboleh terima kenyataan tp KINI ibu lebih tenang, redha malah bertuah kerana terpilih untuk MENGANDUNGKANNYA walaupun terlalu byk ujian dilakukan sejak dari kandungan dan diagnosis yg diceritakan pada ibu tentangnya , MELAHIRKANNYA-walaupun pada saat awal kelahirannya doc tidak memberikan sebarang harapan untuk ibu terhadapnya : dijangka tidak mampu melihat dan mendengar, dia pernah terhenti bernafas, memakai mesin ventilator dan hanya bergantung pada bantuan oksigen sepenuhnya selama 6 bulan!, MEMBESARKANNYA-walaupun selepas kesakitan demi kesakitan, kepayahan demi kepayahan dan ujian demi ujian terpaksa dilaluinya, kami masih lagi diberitakan dengan segala macam komplikasi ke atasnya. AISYA yang bermakna KEHIDUPAN - anak kecil  yang sangat kuat berjuang demi menghirup udara di bumi Allah ini walaupun dengan sejuta kepayahan pada awalnya, demi untuk terus hidup bersama ibu yang telah banyak mengalirkan airmata tatkala melihat kesakitannya, demi untuk menggembirakan hati seorang babah, kakak aireen dan ahli keluarga lain yang xputus mendoakannya. Dia jugalah yang mengajar ibu akan erti sebuah kasih sayang yang kuat, erti kerinduan yang mendalam, erti menghargai orang yang kita sayang, erti ketakutan untuk kehilangan orang yang tersayang, erti kekuatan dan kesabaran melawan setiap dugaan dan segala-galanya lahir dalam hati ini semenjak kelahiran aisya - Anugerah Yang Teristimewa. Dialah aisya ibu yang comel, manis dan xbanyak karenah. Terlalu senang menjaganya. Terima kasih Ya Allah.
Kami pulang kerumah tepat jam 4 petang. Begitulah rutin aisya sekiranya banyak temujanji dirangkumkan serentak dalam satu hari. Ibu terpaksa nak. Kalau tak, bagaimana ibu harus mengambil cuti banyak kali dalam sebulan? Itupun kamu masih ada temujanji lg pada 10/11 dan 11/11 ini. Pening kepala ibu memikirkannya. Namun setakat ini ibu masih berjaya memenuhi kesemua jadual temujanjimu tanpa mis sekalipun. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan untuk kita sayang. Biar penat, biar lelah....selagi mampu, selagi ada kudrat, selagi ada hayat akan ibu laksanakan asalkan kau sentiasa sihat, ceria, gembira dan mampu setanding dengan anak2 normal yang lain. INSYAALLAH..

Monday, November 1, 2010

Perlu ker??

Hari minggu lalu, semasa ibu asyik melipat dan mengemas almari baju aisya, ibu terjumpa satu sampul surat yang terselit dicelah2 lipatan kain. Sampul putih itu Ibu ambil dan bukak. Di dalamnya terdapat borang + surat + beberapa keping salinan dokumen. Saat mata ibu meneliti tajuk borang tersebut, tiba2 hati ibu dipalit rasa sayu. Itulah borang yang ibu terima dari doc hampir 3 bulan lepas, selepas aisya disahkan mempunyai masalah pendengaran yang teruk. Seminggu selepas itu result MIR aisya pula keluar menunjukkan otak aisya sedikit mengecut. Ibu dimaklumkan risiko sekiranya otak aisya terus mengecut. Menambahkan pedih rasa hati seorang ibu.
BORANG OKU...........persoalan pekakkah aisya? cacatkah aisya? xberupayakah anak ibu itu? kenapa?mengapa?silap siapa?semuanya berlegar dalam kotak fikiran ibu.
Owh..remuk redam sungguh hati ibu saat itu. Ibu menangis dan menangis. Masa tu aisya masih lg hanya terbaring..xpandai duduk sendiri..botol susu pun xpandai pegang sendiri. Bagaimana nanti masa depan aisya? dimakikah?dicacikah?dihinakah?Oh..sungguh, ibu sangat2 down time tuh. Kasihan sungguh kamu anakku. 
Kini setelah ibu cuba untuk kuat dan insyaallah akan terus kuat demi aisya, ibu jmpa kembali borang itu. 3 bulan berlalu aisya kini dah pun memakai alat bantuan pendengaran, boleh sebut ieebu, dah blh duduk tanpa bantuan, mengengsot ke sana sini, memegang sendiri botol susunya (walaupun ada jugak jatuh2 tp dia angkat kembali botolnya lalu disuakan kembali ke mulut), bertatih dengan memegang sesuatu dan segalanya yang ibu rasakan perkembangannya lebih baik dari dulu. 
Perkembangan demi perkembangan tersebut membuatkan ibu lega. Ibu bangga dengan pencapaianmu walaupun agak lewat dari anak2 sihat yang lain. Biarlah lambat asalkan ada peningkatan. Ibu akan sentiasa seiring bersamamu nak. Ibu akan sentiasa ada untuk mengangkatmu bila kau jatuh, menghulurkan tangan utk kau berpaut, mengelap luka dan peluhmu, mengusap air matamu tatkala kau menangis, mendengar luahan hatimu dan memelukmu agar kau sentiasa tenang. Insyaallah nak, SELAGI ADA HAYAT IBU.
Ibu plan nak isi dan hantar borang OKU itu. Demi masa depannya. Kerna banyak kelebihan yang aisya boleh dapat melaluinya. Yang mungkin diperlukan pada masa akan datang. Yang mungkin ibu xmampu untuk sediakan. Yang boleh aisya gunakan pada masa akan datang.
p/s : Aisya, nanti kita g  tangkap gambar passport ye sayang. Aisya kena senyum comei2 tau  :)