Thursday, March 31, 2011

Di mataku Kau begitu Sempurna

Gambar passport pertama aisya - 2 tahun
Petang semalam, ibu telah melangsaikan satu tugas berat yang mana dah lama terperap, yang sepatutnya ibu buat awal-awal lagi sewaktu diberitakan tentang kekurangan aisya tahun lepas :( iaitu membuat kad OKU nya.
Ibu akui ibu ambil masa yang begitu lama untuk membuatnya.Sebenarnya..ibu xsampai hati!Ibu xcukup kuat untuk melabelkan anak sendiri dengan cop OKU.Malah ini kali ke2 ibu diberi borang OKU nih oleh pakar setelah borang yang pertama dulu hilang entah ke mana.Aduhai..sungguh ibu mengaku pada awalnya dulu ibu menangis memegang helaian borang yang dihulurkan oleh pakar.Ibu simpan dan peram borang itu dalam laci bilik ibu berbulan-bulan!
Tapi kini setelah ibu lebih tenang melihat setiap perkembangannya dan semakin redha menerima kenyataan bahawa anak comel ibu ini sememangnya memerlukan kad tersebut untuk masa depannya, petang semalam ibu kembali mencari dan mengeluarkan borang tersebut.Bergenang airmata ini sewaktu mengisi nama pemohonnya.Sebak sekali dirasai.Aduhai anak..maafkan ibu.Semua ini demi kebaikanmu.Bagi ibu kamu tiada kekurangannya.Biarlah oarng melabelmu apapun...kamu tetap sempurna di mata ibu.

Susah payah photographer tu nak snap wajah aisya nih.Mana taknya..aisya duduk tak diam ats kerusi tu sambil ibu memegang peha dan pinggangnya.Kejap senget sini, pastu pusing sana, kemudian pandang belakang, pandang atas, tengok bawah.Muka kejap nak nangis(sebab xbiasa ngan orang tuh), then buat muka confius (sebab xbiasa, hairan barangkali),pastu muka malu2 tapi akhirnya berjaya gak buat dia senyum bila ibu suruh kakak lompat2 kat depan.Hahaha..dia memang suka bila kakak melompat.Terkekek2 dia gelak.Nak dapatkan satu gambar yang cantik dan sesuai untuk passport punyalah mengambil masa hampir 30 minit.Semua pekerja kedai gambar turut serta melihat dan mengagah aisya :) Kata mereka aisya comel.Huhuhu..comel ker?Akhirnya dapatlah kami sekeping gambar yang pada ibu sangat sweet.Good aisya.Camtulah lain kali.

Thank's to photographer yang banyak bersabar ngan karenah anak ibu nih.Hihihi..

Wednesday, March 30, 2011

Time to play ;P

Cik til buat binaan tunjuk contoh kat aisya
Aisya berlakon konon-konon belajarlah tuh.
Ok..memulakan operasi.Ingatkan dia nak sambung buat..
Tengok tuh...satu-satu lego dicabutnya.Huhuhu...
Bertuah sungguh ini anak tomei.
Lihatlah aksi ini budak tecik bermain.Konon2 berialah tuh cik til ajar camana nak buat binaan guna lego tapi akhirnya bangunan tu bersepai satu persatu..Hahaha..penat cik til ajar dan tunjuk contoh buat binaan tapi bila bagi kat aisya dia cabut dan baling lego tuh satu persatu.Ehmmm..aisya-aisya.Memula iyer-iyer jer nampak kusyuk nak buat rupanya nak ceraikan lego-lego tuh.

It's ok honey..tu pun satu stimulasi jugak kan?Nanti kita try main puzzle pulak yeh.

Tuesday, March 29, 2011

Alhamdulillah, tertunai sudah niat di hati

Alhamdulillah...26/3/10-Sabtu petang tertunai sudai niat di hati untuk mengadakan sebuah majlis kecil menyambut ulangtahun kelahiran aisya.Itu antara niat saya ketika kami dibenarkan keluar NICU dulu.Saya pernah berniat dalam hati 'sekiranya aisya melepasi tahap 'tempoh kritikal' 2 tahun pertama usianya sepertimana yang pernah diberitahu oleh pakar dan sekiranya aisya berupaya melangkah dalam masa 2 tahun...saya akan mengadakan sebuah kenduri doa selamat/kesyukuran, menghantar makanan/pulut kuning kerumah jiran-jiran, memberi sumbangan berupa yassin/sejadah/telekung ke surau-surau berhampiran dan membawanya bercuti.Itu niat saya!Alhamdulillah, beberapa niat saya telah pun tertunai kecuali untuk membawanya bercuti.Insyaallah, ada masa, ada rezeki...kita pergi ye sayang.

Enjoy d'pic ;P

Terima kasih pada yang sudi hadir memeriahkan majlis ringkas ini.Terima kasih juga atas hadiah-hadiah yang dikirimkan.Bahagia sekali melihat kegembiraan pada wajah anak-anak kecil ini.
Kakak aireen, adik aisya ibu sayang kamu sampai mati!

Monday, March 28, 2011

~Bilamana kebahagiaan itu kini dirasai.Terima kasih Ya ALLAH~

Dahulu...NICU itulah rumah kami
Dahulu....setiap saat dan detik saya hanya memandangnya tanpa mampu saya memeluk apatah lagi mencium pipinya
Dahulu....badan itu penuh berselirat dengan segala macam wayar halus
Dahulu....dia hanya terbaring longlai
Dahulu....mata kuyu itu meluahkan kesakitan dan keperitan
Dahulu....saya sering menangis kerananya
Dahulu....air mata ini bagaikan langsung tak berharga
Dahulu....langkah kaki ini longlai dan lemah sekali
Dahulu....saya pernah menyaksikan kesakitan dan desah nafasnya yang turun naik perlahan bersama bunyi mesin yang memeritkan gegendang telinga ini
Dahulu...saya pernah jatuh terjelepuk menyaksikan nafasnya yang tiba-tiba berhenti beberapa saat
Dahulu....saya pernah membayangkan andai saya kehilangannya
Dahulu....saya pernah memikirkan tanah perkuburan mana yang mahu saya kebumikan jasadnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kini.....rumah sederhana inilah yang dia terokai dan selusuri setiap hari
Kini.....saya masih xpuas memeluk, menggomol dan meneroka setiap inci tubuh badannya
Kini.....pipi yang kurus itu sering sahaja tidak lepas dari ciuman yang bertalu
Kini.....dia dah mula bertatih dengan berani
Kini.....matanya mula bersinar, begitu indah sekali
Kini.....badan kecil itu saya hiaskan dengan pakaian cantik setiap hari
Kini.....airmata yang menitis hanya kerana BAHAGIA menyaksikan setiap perkembangannya
Kini.....saya seringnya tersenyum malah ketawa melihat tiap gelagat dan ragamnya
Kini.....langkah saya kian bersemangat dan membara untuk melihatnya lebih maju
Kini.....otak sering sahaja memikirkan apa yang perlu saya lakukan untuk pencapaiannya
Kini.....kebahagiaan itu serasa terlalu dirasai.





Alhamdulillah.....dengan izinNya kami sampai ke tahap sekarang.2 tahun berlalu meninggalkan segala kenangan pahit manis yang mendewasakan.Kini kami masih mengorak langkah dan tidak akan berhenti selagi diizinkan olehNYA.Mohon dipanjangkan tempoh masa untuk kami terus bersama dan diberi kesihatan yang berpanjangan untuk anak ini agar mata yang jernih itu tetap terus bersinar.

Terima kasih pada yang pernah membantu menjaga, merawat dan bertindak pantas menyelamatkan aisya.Jasa anda xpernah saya lupakan seumur hidup saya.Hanya allah bisa membalasnya.

Thursday, March 24, 2011

Panggilan yang penuh tanda tanya..

Tetiba dapat call tertera 'umah abah'.Dalam hati berdetik..'apahal pulak nih?'.Biasanya yang selalu call rumah abah atau no. cik til tu saya sebab nak tanya keadaan kakak/aisya.Jarang mereka call kalau xde apa-apa yang penting.'Ish, ada apa2 ker jadi kat kakak?'.Hati masih tertanya-tanya sambil jari menekan button handphone.

Saya: Helo..assalamualaikum..
Kakak: (tak dan-dan jawab salam pun tidak) Ibu, bila ibu nak balik?cepatlah balik.dah lambat nih - dengan nada sedih.(bunyi cam nak menangis pun iyer gak)
Saya:(Yang kebingungan hairan...pelik bin ajaib)Kenapa kakak?kan baru kul 2 lebih nih.Kang kul 4.30 ibu baliklah amik kakak.Kan Ibu keje sekarang nih sayang.
Kakak: Cepatlah ibu balik.Ibu selalu lambat.Cepatlah...kakak nak main puzzle ngan nak buat colour nih.Kan ibu janji semalam ngan kakak.
Saya: (Dalam hati- laaaa..kes xsabar nak main puzzle ngan buat art yang ibu beli semalam rupanya) laaa..kakak ni ibu ingatkan kenapa tadi.Sabar ye sayang.Petang ni ibu balik, amik kakak...kita balik umh buat sama-sama ngan aisya yer.
Kakak: Alaaaa...tapi ibu cepatlah balik.Dah kul berapa nih(dengan nada nak nangis)
Saya : Iyer...ibu balik cepat arinih.Kakak tunggu ibu yer.
Kakak : Ehmm..ibu promise??
Saya : Iyer sayang. Ibu promise (sambil senyum)

Gagang bertukar tangan

Tok abah : Aireen ni bangun-bangun tidur jer nak nangis mintak colour pastu cakap ibu balik keje lambat.Tu yang abah suruh dia call tuh.
Saya : Ehm..dia ingat art yang ayu beli semalam kat jusco tuh.Tak sabarlah tu agaknya nak buat.Semalam tengah-tengah malam nak buat, ayu suruh tidur dulu.Ayu janji hari nih baru start nak main sama-sama.Hihihik.xpelah bah.Ayu nak sambung keje nih.Kang petang ayu balik amik dia yer.Assalamualaikum.
Tok abah: Ishh..ada-ada jelah anak kamu nih.Haa yelah, Waalaikumsalam.

:) Itulah dia kakak.Kalau dah nakkan sesuatu tuh, pasti xsabar-sabar.Ingatkan kenapalah tadi rupanya hanya semata-mata kerana suatu permainan.Ingat betul dia pada janji.Tak boleh berjanji dah lain kali.Bahaya.
Nanti saya kongsikan permainannya yer.Sesuai untuk merangsang kreativiti dan minda anak2. Nampak menyeronokkan.

Kata-kata yang keluar dari mulut seorang budak berumur 4 tahun!

Hahahaha..lawak ada, terkejut pun ada. sedey pun iyer gak.Tak sangka kakak boleh bercakap camtuh.Ke tu maknanya dia dah besar?Bukan lagi anak kecil yang boleh ibu pujuk dengan kata-kata, pelukan, ciuman dan usapan macam selalu? Dah pandai meminta sesuatu yang agak 'besar'.Kalau kakak minta ngan ibu nak patung barbie ker, nak puzzle ker, nak toys ker..petang ni gak ibu leh bawak kakak g cari tapi.....
Huhuhu.Anak ibu sorang nih, memang bijak.

Ni antara perbualan 'permintaan' kakak.Time ni kami tengah duk seronok bergurau ngan adik.Main baling-baling bola...buat mimik muka..geletek-geletek..manakala seisi rumah yang lain (cik til & pak Uteh) duk asyik tengok Kejora dan Bintang (citer Indon petang-petang).

Kakak : Ibu, kakak nak baby baru.Kakak nak baby boy-'adik abang' (xtahu naper dia panggil adik abang).Ibu buatlah untuk kakak yer.
Ibu : ????? Tercengang jap.Nak tergelak pun ada.(tapi dalam hati jelah.kang kecik pulak hati dia).Kan kita dah ada adik nih.(sambil angkat dan gomol2 aisya lagi)
Kakak : Sambil pegang muka ibu -Tak..kakak nak baby laki, 'adik abang' macam Raief tuh.Aisya girl macam kakak.Aisya xleh cakap.
Ibu : Nanti aisya boleh cakap.Kakak kenalah banyak-banyak cakap ngan dia.Kita tunggu aisya besar sikit yer.Nanti aisya dah xsakit-sakit lagi baru ibu bagi baby boy pulak.Boleh??Kakak sayang aisya kan?
Kakak : Ok.Sayang!sambil kepala terangguk-angguk dan tarik aisya untuk dicium. :)

Pak Uteh lalu depan kami sambil berkata perlahan 'Kesian Aisya'.Huhuhu...Syahdu betul rasa.Nak meleleh airmata saat tuh.

Moga berkekalan kasih sayang ini selamanya.

Wednesday, March 23, 2011

~Rindu sama itu budak~

Pic terbaru petang semalam.Genap usia 2 tahun.
~Entry merapu dan berangan sensorang~

Tetiba rindu sama ini budak tecik yang sangat suka tersenyum/tersengih.Sekarang dia sangat xreti duduk diam.Ada jer mende dia nak buat.Hehehe..
Sangat tomeilah kamu!Tunggu ibu balik k?Kita main gomol2 lagi macam selalu.Atau turun ke taman petang nih ( Kalau hari xujan k?) Muuuaaah!

Terkenang Kembali (part 2) - Operation dan 1st time balik rumah.

Tarikh Keramat - Kali pertama AISYA DI OPERATE - 4.9.09 ( 9 a.m -12.11a.m)



4 September 2009 - tarikh yang xdapat aku lupakan dalam hidupku.Tarikh inilah Aisya menjalani pembedahan mengikat salur jantungnya.Prosedur yang sama juga seperti semalam ibu lakukan pada Aisya bermula dari 4.00a.m.Jam 8.30a.m nurse dah datang untuk membawa Aisya pergi.Ibu mintak supaya ibu dapat mendukung dan menghantar sendiri Aisya ke dewan bedah (OT).Time tu jantung ibu berdegup seribu.Dalam perjalanan ke OT, air mata dah bergenang.Sampai jer di pintu OT, 4 org nurse/doc bersedia mengambil Aisya.Time tu tangisan ibu dah pecah.Doc minta ibu cium dan mengucap kat telinga Aisya."Ya ALLAH!!Kuatkanlah aku.Jika ini yang terbaik untuknya..aku redha.Permudahkanlah segalanya.Panjangkanlah umur anakku.Belum puas aku menjaganya.Ku pohon dariMu Ya ALLAH".10 minit masa yang diberikan, mereka minta kebenaran utk mengambil Aisya masuk.Lama ibu peluk dan cium Aisya.Dalam sendu,ibu bisikkan di telinganya bahawa ibu terlalu menyayanginya..dan dia perlu kuat.Sesungguhnya Aisya memang baby yang kuat.Tenang sahaja wajahnya ketika itu.Mungkin kerana dia xtau apa2.Ibu sempat berjumpa dengan doc Siva (pakar bedah yang mengetuai pembedahan), dalam tangisan beserta sendu ibu mengucapkan ’Doc, saya serahkan anak saya pada doc.Buatlah apa yang terbaik asalkan anak saya sihat doc’.

2 jam lebih menanti di ruang menunggu ibarat cacing kepanasan.3x surah Yassin habis ibu baca..ditambah dengan ayat2 Quran pendek.Airmata xpernah kering dari mengalir.Dalam hati xputus2 ibu berdoa agar segalanya berjalan lancar.Deringan telefon memecahkan suasana hening dalam bilik menunggu.Ayat yang tidak mungkin ibu lupakan "Puan, ini waris Ainur Ariana ker?Pembedahan telah selamat dijalankan.Puan boleh melihat Ainur di Pediatrik Intensif Care Unit (PICU).Sekali lagi airmata ibu mengalir."Alhamdulillah, kupanjatkan setinggi syukur padaMU Ya ALLAH.Sesungguhnya Engkau telah mendengar dan memakbulkan doa hambamu yang lemah ini."xhenti2 ibu ucapkan alhamdulillah di dalam hati.

Di PICU, ibu lihat Aisya dalam keadaan yang sangat menyayat hati.Airmata meleleh lg.Ya ALLAH, anak ibu..Leher Aisya ditebuk utk dimasukkan ubat, dada dan di bawah perut di tebuk utk mengalirkan cecair / darah.terdapat kesan tebukan dan 3 balang darah di tepi katil.Muka Aisya pucat tanpa darah.Ventilator (mesin bantuan oksigen) dipasang.Ibu usap Aisya..sedikit pun dia xbergerak.Doc pakar datang..katanya Aisya diberi ubat tido yang paling kuat supaya dia xrasa sakit dan tidak banyak bergerak.


Hari ke-2 ibu melawat, Aisya masih belum sedar.Begitu juga hari ke-3.Hari ke-4 Aisya mulai sedar namun masih mamai dan banyak tidur kesan daripada ubat yang diberikan.Sehinggalah hari ke-6, Aisya mulai sedar sepenuhnya.Aisya ketransferkan semula ke NICU Hospital Serdang pada 10.9.09 (Khamis) pada jam 11a.m.Terima kasih yang tidak terhingga ibu dan seluruh keluarga ucapkan kepada Doc Siva dan staff2 di PICU dan wad Melor, IJN di atas rawatan dan penjagaan rapi Aisya selama 10 hari di sana.Hanya tuhan yang dapat membalas jasa anda semua.
(10.9.2009-18.9.2009)
Sekali lagi Aisya kembali ke wad NICU Hospital Serdang.Semasa di transferkan, Aisya masih lg memakai ventilator.Hari ke-10 selepas pembedahan, doc mencabut mesin oksigen tersebut dan Aisya dipakaikan bantuan oksigen biasa mengikut peringkat.Alhamdulillah...perubahan yang ditunjukkan oleh Aisya amat memberangsangkan.Dia semakin baik dan dan graf pernafasannya juga bertambah cantik.Syukur PadaMU Ya ALLAH.KAU telah perkenankan doa hambamu ini.Aisya sudah mula tersenyum dan ketawa.Cuma beratnya turun.Menurut doc, berat turun slps operation adalah normal.Bermula dari IJN sehinggalah ke NICU (1.9.09-18.9.09)ibu menemani Aisya di wad (sblm ini, ibu hanya berulang alik setiap hari ke hospital)Aisya mula diberi susu ibu secara direct breastfeeding pada 14.9.09 bersamaan 24 Ramadhan 1430H ketika umurnya 176hari.Sebelum itu, sejak lahir Aisya hanya minum susu ibu melalui tiub.Setiap hari rutin ibu adalah memerah susu utk stok Aisya di hospital.Ibu pernah menangis dan mengalami stress yang teramat sgt kerana susu sikit.Ibu pernah tersedu sedan menangis kerana susu yang ibu perah tumpah!Namun ibu kuatkan semangat demi Aisya.


 Akhirnya pada jam 6.38p.m,18.9.09 bersamaan 28 Ramadhan 1430H, setelah 189hari (5 bulan ++) di hospital, Aisya dibenarkan balik.Itupun atas permintaan ibu untuk kami menyambut hari raya Aidilfitri bersama 2 hari lagi.Alhamdulillah...syukur.Berat Aisya ketika itu adalah 3.2kg.Kepulangan Aisya mmg sangat2 dinantikan oleh seluruh ahli keluarga.Semoga Aisya membesar menjadi anak yang sihat, baik dan bijak.Kami semua sayangkan Aisya!!

2 Tahun berlalu meninggalkan pelbagai kesan yang mendalam dalam hidup ibu.Masih segar semua kenangan itu umpama semuanya baru sahaja berlaku semalam.

Monday, March 21, 2011

~Terkenang Kembali~ 22 Mac 2009 Bukti Kekuasaan Allah!

Assalamualaikum...
Esok, 22 Mac 2011 jam 3.32am...genap sudah anak kecil ibu ini 2 tahun.Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke-2 Sayang.Selamat melangkah ke alam yang lebih mencabar walaupun ibu tahu anak ibu ni sememangnya seorang yang kuat.Semoga menjadi anak yang solehah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan diberkati dunia akhirat.Tiada kata yang lebih indah untuk ibu ucapkan selain 'Ibu amat menyayangimu.Ibu bangga mengandungkanmu, melahirkanmu malah menjagamu serta mendidikmu.Membesarlah dengan sihat dan bijak yer aisya.Apapun yang berlaku ibu sentiasa ada di sisimu selalu'
Tarikh bermakna ini kembali mengingatkan ibu dengan segala kenangan lalu.Satu permulaan yang banyak mengajar ibu agar lebih cekal dan bersabar dengan setiap ujian.Sesungguhnya ibu bertuah kerana menjadi insan yang terpilih.Di sini ibu ingin mengabadikan setiap kenangan itu agar ianya xakan luput dimakan masa dan bakal menjadi diari 'bermulanya sebuah kehidupan seorang anak yang sangat kuat melawan setiap ujian dalam kehidupan awalnya'.Ibu harap aisya dapat membacanya setelah dia besar.Padamu sayangku Aisya, ketahuilah olehmu bahawa bagi ibu, Aisya adalah seorang anak yang kuat, cekal dah tabah.

Aisya dilahirkan premature di Hospital Serdang pada 22 Mac 2009 (Ahad) bersamaan 6 Rabiulakhir 1430H, jam 3.32a.m ketika usianya baru mencecah 32 minggu dalam kandungan dengan berat hanya 1.27kg.Terlalu kecil saiznya berbanding bayi2 normal yang baru menjengah dunia.Boleh diibaratkan saiznya ketika itu bersamaan dengan sebotol air mineral 1.5L/termos air panas.Kali pertama melihatnya, airmata ini meleleh laju.Tak terucap kata2.'YA ALLAH, bersyukurnya aku kerana kau mengurniakan aku seorg lagi anak yang comel dan cukup sifat'.Hanya doa kepada Allah dan harapan semoga dia terus kuat kerana doktor sendiri tidak memberi sebarang harapan sebaliknya berkata semuanya terpulang pada baby samaada kuat atau tidak dan kemungkinan utk bermasalah memang tinggi.Aisya dilahirkan normal walaupun doktor pakar mengatakan bahawa 99.9% ibu perlu menjalani pembedahan untuk melahirkannya sebab baby terlalu kecik.Tekanan semasa meneran akan membuatkan dia xboleh survive untuk hidup.Namun, Allah Maha Berkuasa dan Penyayang.Juga mungkin kerana Aisya mendengar doa dan kata2 ibu setiap hari semasa mengusap perut agar tidak menyusah dan menyakitkan ibu.Terima kasih sayangku.
"Ainur Ariana Damia"- itulah nama yang ibu pilih untuknya.Seindah maksudnya 'Cahaya kebijaksanaan yang menyeluruh kehidupan'.Itulah yang ibu harapkan.Agar aisya menjadi seorang anak yang sangat bijak.Namun kini kami seluruh keluarga sepakat memanggilnya Aisya berikutan satu kisah..Aisya terlalu kerap sakit dan dimasukkan ke hospital.Suatu hari ketika Aisya admit ward, seorang 'nenek' yang secara kebetulan ibu temui di dalam lif hospital dan mendengar cerita pasal Aisya menyarankan agar nama panggilannya diubah.Dia jugalah yang menyarankan agar di panggil Aisya.Aisya bermaksud 'kehidupan'.Sejak itu, setelah meminta pandangan dari org2 terdekat, panggilan Ariana ibu tukar kepada Aisya dengan harapan Aisya cepat sembuh dan tidak lagi keluar masuk wad walaupun ibu sangat sayang dengan panggilan nama ariana.


Berita yang ibu terima pada hari ke tiga kelahiran Aisya membuatkan ibu hampir jatuh terduduk.Melalui ujian doktor, Aisya disyaki mempunyai masalah jantung.Ya Allah...kuatnya ujianMu padaku.Airmata ini meleleh di hadapan doc.Namun doc masih memberi harapan.Katanya, mungkin lubang di jantungnya blh tertutup sendiri kerana bagi bayi sekecilnya (premature) segala organ dalamannya masih belum matang.Doc masih memberi masa.Harapan dan doa setiap hari kupanjatkan pada Yang Maha Esa agar memberi kekuatan dan peluang hidup kepada bayi kecilku untuk menjalani kehidupan normal seperti bayi-bayi yang lain.


"Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau kuatkanlah anakku ini..berikanlah dia peluang untuk hidup dan menjalani kehidupan normal seperti bayi2 yang lain di bumimu ini Ya ALLAH.Sekiranya kesakitan yang kau berikan padanya adalah kerana balasan di atas dosa-dosaku padaMU, aku mohon kau mengampunkan aku.Kasihanilah dia yang tidak berdosa itu.Ya ALLAH,sesungguhnya dia masih terlalu kecil untuk menanggung semua itu dan aku rela menanggung sakitnya.Sekiranya ini ujian darimu untuknya maka kau berikanlah kekuatan padanya untuk menempuhi ujianMu.Ya ALLAH,kuyakin kau berikan dugaan pada hambamu kerana kau tahu hambaMu itu boleh melaluinya.Dua bulan berlalu, lubang di jantung Aisya masih belum tertutup.12/5/2009 -Aisya dihantar ke IJN utk disahkan penyakit jantungnya dan YA..dia disahkan mempunyai Large PDA failure dan mild COA oleh doktor pakar IJN.Maha Besar ALLAH, begitu beratnya dugaanMU pada kami.Ibu redha.Pembedahan segera tidak dapat dijalankan kerana berat yang masih tidak mencukupi iaitu baru 1.44kg selain dari salur darah yang terlalu halus blh membahayakan nyawa.Aisya dipindahkan semula ke Neonat Intensif Care Unit (NICU) Hospital Serdang.Bayangkan semasa membawanya berulang alik keluar NICU ke  IJN kami menjadi tumpuan kerana bersama kami seorang bayi yang sangat kecil berada dalam sebuah incubator yang di dalamnya berselirat dengan segala macam wayar, manakala di luarnya sebuah terdapat sebuah mesin yang sentiasa berbunyi bersama 5 buah tong kecil oksigen.Setiap jam yang berlalu dikira kerana takut oksigen dalam setiap tong tersebut kehabisan sebelum sempat sampai.Tentu saja banyak mata yang memandang dengan pandangan simpati dan keluar dari mulut mereka ‘KESIAN’.


Setiap hari, hospital adalah rumah pertama ibu.Ibu menghabiskan kebanyakkan masa di hospital tanpa menghiraukan pantang yang sepatutnya ibu patut jalani.Ibu kehospital setiap pagi dan balik ke rumah malam.Rumah hanya untuk tidur dan mandi, tukar baju.Walaupun xboleh mendukung aisya apatah lagi menciumnya,ibu masih boleh menyentuhnya melalui lubang inkubator.Setiap saat ibu berdoa agar aisya kuat.Setiap hari ibu bercakap dengan aisya.Ibu igt lagi antara kata2 ibu pada aisya."Adik, adik kena kuat.ibu sayangkan adik.semua org sayangkan adik.kita keluar dari sini ye sayang.dah xperlu cucuk sana sini.ibu janji kalau adik dah sihat, ibu bawak adik g taman..tgk cat,flower,bird.kat luar cantik sgt.kolo adik nak tgk, adik kena kuat..biar cepat sht.kakak aireen,babah, tok abah,nenek, semua tengah tunggu adik" time tu xyah cakaplah airmata ini.Tapi ibu igt pesanan sorg kakak pada ibu, ibu kena kuat.xboleh nangis dan tunjukkan depan aisya yang ibu sedih, barulah aisya akan kuat.
Dalam NICU, badan aisya penuh dgn wayar..pakai bantuan oksigen ventilator(mesin bantuan oksigen)-pernah sekali terhenti bernafas,minum melalui tiub, kaki tangan penuh kesan cucuk.Tidak memakai pakaian selain pampers yang dilipat dua!Setiap hari darah diambil sehingga tangan lebam kebiruan.Aisya juga sudah menjalani 6x proses pertambahan darah akibat kekurangan darah (HB terlalu amat rendah).Doc mengesahkan aisya mengalami Congenital Rubella Sindrom.Mulanya aku nafikan kerana kukatakan pada doc, aku ada mengambil suntikan rubella dan anak pertamaku sihat.Penerangan doc mengatakan kemungkinan berlaku jangkitan semasa mengandung.Virus rubella blh berjangkit melalui udara cth di tempat org sesak spt shopping complex.Aisya juga dikesan menghidapi Chronic Lung Disease.Lemah seluruh tubuhku...apa lg dugaan dariMU Ya ALLAH.Berilah aku kekuatan..airmata ini sudah kering utk menangis.



29.5.2009- Hari yang paling bahagia sekali bila pertama kalinya ibu dapat memeluk dan mencium aisya.Itupun kerana doc nak mencuba kaedah 'touch skin to skin' utk mempercepatkan peningkatan berat badan.Menitis airmata ibu kerana terlalu terharu.Sampaikan nurse yang jaga aisya pun terharu.Yelaa..bayangkan anak kita sejak lahir sampailah umur dia 67 hari kita xblh dukung apatah lagi cium.Hanya dapat usap jer.Kecik dan ringannya anak ibu.sebelah tgn jer ibu pegang.dengan wayar yang berselirat kat badan dia.time tu berat 1.57kg.berat dia lambat betul nak naik.dah naik turun pulak.Tu hanya sekali sahaja kerana slps itu, doc pakar xbagi lagi takut aisya terkena jangkitan kuman.Tp ibu cukup bersyukur kerana akhirnya impian ibu nak pegang, dukung dan cium aisya tertunai.Biarlah aisya di dalam inkubator, asalkan dia sihat.
Umur 4bln++ aisya dikeluarkan dari inkubator selepas beratnya mencecah 2.54kg.Itupun setelah percubaan pertama iaitu semasa beratnya 1.8kg gagal kerana beratnya kembali turun mendadak.Lalu dia terpaksa di masukkan semula ke dalam incubator.xsampai sebulan kemudian aisya di masukkan ke dalam baby coat.Sewaktu ini hati ibu berbunga2 melihat perkembangannya.aisya dah pandai tersenyum malah menurut nurse yang menjaganya dia mmg suka tersengih.Malah doc turut membenarkan aisya memakai pakaian sendiri dan membawa mainan yang berwarna warni.Bermula hari itu, baby coat aisya adalah yang paling cantik sekali dalam NICU kerana ibu menghiasnya dengan segala macam mainan dan menggunakan selimut yang berwarna-warni bahkan aisya juga memakai baju yang cantik setiap hari (baju newborn pun dah penuh ke kaki, xperlu seluar) :P




Aisya ditransferkan ke IJN pada 1 September 2009 pada jam -+11.00a.m.bersamaan 11 Ramadhan 1430H.Rupanya suasana di sini lagi sedih dan menakutkan.Kami duduk di wad Melor tgkt 5 (wad kanak2).Kasihan dan sedih melihat anak2 kecil yang mempunyai masalah jantung.Ada yang menangis dan menjerit.Nasib baiklah anak ibu seorang yang baik.Aisya tidak banyak meragam.Hari ke2 echo (scan jantung) dijalankan oleh doc pakar jantung.Doc mengesahkan aisya perlu dibedah segera kerana salur jantungnya terbuka.Salur jantung tersebut perlu dipotong dan diikat.ibu redha jika itulah yang dapat membolehkan anak ibu jadi sihat.Petang itu juga pakar bius dan pakar bedah datang menerangkan komplikasi2 yang boleh berlaku semasa penbedahan.Ibu dan babah dengan sepenuh hati (pasrah walaupun didalam hati hanya ALLAH sahaja yang tahu) menurunkan tandatangan setuju- 8.17p.m, 2.9.2009.Mengikut jadual, esok aisya adalah pesakit yang ke-3 dibedah.Malam itu ibu tidak dapat melelapkan mata.Di hati hanya doa tanpa putus dipohon agar segalanya berjalan lancar dan anak ibu selamat.


3.9.2009 – 4a.m Aisya diarahkan berpuasa.Drip air mula dipasang di tangannya.Selepas Subuh,ibu memandikan Aisya dan melumurkan badannya dengan sejenis ubat antibakteria.Aisya dipakaikan pakaian khas utk operate.Wajah mulus aisya tenang dan dia lebih banyak bermain dan ketawa apabila diagah oleh babahnya.
2.30p.m- Aisya mula menangis kelaparan.Mungkin sebab dah terasa lapar berpuasa.Ibu hanya mampu menenangkannya dan menidurkannya.6.00p.m nurse datang memberitahu jadual operation terpaksa diubah berikutan ada kes kecemasan. Betapa geramnya hati ibu saat itu.Dah ar anak ibu kelaparan selama lebih 12+jam.Ibu terus susukan aisya dan petangnya pakar bedah iaitu doc Siva dtg memohon maaf dan berjanji esok aisya adalah pesakit pertama yang akan dibedah.


Panjang sangat kan??tentu penat aisya nak baca.Ibu pun dah letih menaip.Ibu sambung di entry lain yer sayang.Salam sayang untuk anak ibu yang cekal...aisya.

Kita Meminta dan pasti ALLAH memberi... :)

Alhamdulillah, selepas siri demam yang berlarutan diikuti kesakitan kaki yang penuh dengan andaian dan teka teki...akhirnya 2 hari lepas anak kecil saya kembali lagi memulakan langkahnya.Biarpun masih tidak begitu stabil sepenuhnya dan jalannya agak terkangkang, namun dia ligat kehulu dan ke hilir.Dah xmahu mengengsot ok!Sungguh eksyen.Hahahaha..
Asyik bangun dan berjalan sahaja kerjanya 2 hari ini.hihihik..sangat senang hati ini melihat gelagatnya sekarang.Sungguh  comel sekali.Dan yang pasti dia dah xmahu dipimpin lagi seperti selalu.Bila didukung, dia akan menggelongsor minta diturunkan.Dengan kaki kecil dan langkah yang diatur penuh hati-hati..senyum mungil dibibir manisnya yang tiada henti membuatkan seisi rumah ketawa.Bahagia sekali.Hanya perkataan syukur xhenti diucapkan dalam diam.

Petang semalam diadakan sedikit kenduri kesyukuran dan doa selamat di rumah tok abah.Budak kecil yang murah dengan senyuman itu begitu riang sekali didukung babahnya menyambut setiap jemputan di muka pintu sambil tangannya turut sibuk dihulur untuk bersalaman.Ehmm..memang menjadi tumpuan sungguh dia pada majlis petang itu.

Alhamdulillah...'KITA MEMINTA dan pasti ALLAH MEMBERI'.Insyaallah!

Kasut 'crok' saya yang besar dan longgar tapi comel!hihihi..

Kaki budak 2 tahun yang baru nak berjalan.

Tengok tuh..ragam dan senyum mungil yang bisa buat
ibu geram nak menggomol budak kecik ini.