Friday, April 29, 2011

~Andai kita mampu~ Protes si anak kecil.

Sejak 2 hari lepas sehinggalah petang semalam, semasa dalam perjalanan balik ke rumah.. saya dah bagitau kakak yang dia akan bermalam di rumah tok abah malam nih kerana saya akan bekerja jauh.Tak dapat tidur ngan dia seperti selalu.Namun kakak tetap menggelengkan kepalanya tanda xsetuju.Berkali-kali ditanya kenapa ibu nak tinggalkan dia dan menegaskan bahawa dia nak duduk umah ibu, xnak duduk umah tok abah sambil air mata merembes2 keluar.Huhuhuhu.Aduyaaiiiii...ini budak memang sangat 'cembeng'.Mudah betul mengalirkan airmata.Manja mengalahkan si adik.(hah??apa?sebijik ikut perangai mak dia? ;P wink*)
Malam tadi saya hantar 2 orang puteri tu ke rumah tok abah.Si kakak dah buat muka cemberut sejak melihat saya mengemas pakaian mereka lagi.Si adik, aisya???Ehm..anak kecil saya itu langsung tidak tunjukkan apa-apa reaksi walaupun saya memberitahunya bahawa saya akan meninggalkannya untuk 3 hari ini.Dia masih boleh bermain, berjalan ke sana sini dan berlagak selamba umpama tiada apa yang akan berlaku.'Drama queen' pun bermula sewaktu saya mahu meninggalkan puteri-puteri kesayangan saya itu .Jam dah menunjukkan hampir 11malam.Saya perlu balik untuk mengemas barang-barang yang perlu dibawa hari ini (Kerana satu apa pun saya belum siapkan.Nampak sangat xkisah nak g kursus.Huhuhu) namun anak besar saya dah mula menangis, meraung dan merintih.Dalam sedu sedan katanya saya dah xsayangkan dia kerana meninggalkan dia.Oleh kerana xsampai hati, saya layankan karenahnya...memujuknya, melayaninya bercakap dan menepuknya untuk tidur.Ini antara perbualan kami :

Ibu : kakak tidurlah.Tengok aisya tuh, baik jer dia tidur.xnangis pun macam kakak( sambil tepuk-tepuk pahanya)
Kakak : Naper ibu nak tinggal kakak ngan aisya?Ibu xsayang kakak ngan aisya lagi yeh (air mata masih lagi meleleh)
Ibu : Sayang...ibu sayang sangat anak-anak ibu.Ibu kan keje.nak cari duit, nak beli mainan kakak
Kakak : Taknak! Ibu xyah keje.Kakak xnak beli mainan dah.Ibu duduk jer ngan kakak.Esok ibu xyah g keje.Ibu jaga kakak ngan aisya jer.xyah dah beli mainan, kakak xnak. (masih tersedu sedan)
Ibu : (sayu jer rasa saat itu)Iyelah sayang (sambil cium-cium pipi n dahi dia) Ibu duduk sini tunggu kakak.Kakak tidur yer.(tangan tepuk paha dan punggungnya)
Kakak : Ibu tidur ngan kakak tau (sambil tangannya erat memeluk saya) Kakinya sengaja diletakkan ke atas peha saya.
Ibu : Iyer, kan ibu baring sebelah kakak nih.

*Saya meninggalkannya setelah dia tidur lena (hampir jam 1 pagi) dengan hati yang berbelah bagi memikirkan semua kemungkinan yang akan berlaku pagi ini bila mana kakak membuka mata, ibu tiada.Huh..berat sekali rasa itu.

Jam 12++tengahari tadi, (kakak pasti dah balik dari sekolah) saya menelefon rumah tok abah dengan harapan untuk mengetahui perkembangan mereka.Dan yang membuatkan saya sedih dan bergenang airmata tadi apabila diberitahu yang kakak menangis dan meraung sebaik bangun tidur pagi tadi setelah dia mencari saya, saya tiada.Katanya saya tipu dia.Saya xsayangkan dia.Dia juga xmahu kesekolah (mungkin tanda protes).Apabila saya minta untuk bercakap dengannya kakak menolak.Langsung xmahu bercakap dengan saya.Merajuk barangkali.Aduhai hati...sabarlah, kuatlah.
Andai kita mampu, andai ibu xperlu bekerja...andai ibu bisa membahagi dua tubuh ibu.Ibu rela.Kalau boleh seluruh masa ibu hanyalah untuk kamu anak-anak ibu.Kalau boleh ibu mahu membesarkan sendiri kakak dan adik.Menjaga, merawat, memasak, mengajar, bermain dan segalanya ibu mahu lakukan sendiri.Namun semua itu terbatas sayang.Ibu perlu bekerja.Untuk sebuah kehidupan yang lebih baik, kita perlu berkorban.Ibu janji Isnin ni, ibu habiskan masa hanya untuk kamu berdua ye sayang.
Ummmmmuah...kiss n hug kuat2 untuk kakak dan aisya yang ibu rindu.


                                Tanpa mereka, hidup saya xbermakna.

Thursday, April 28, 2011

Kursus Oh Kursus

Ehmm...saya terima sepucuk memo lagi.Tentang isinya???Ohh...sekali lagi saya kena mengikuti kursus hujung minggu nih (Jumaat hingga Ahad). Dahlah cuti 3 hari.Sayang betul masa untuk berehat dan bermalasan bersama anak-anak diambil.Oleh kerana tahun lepas (atas budi bicara Pengarah) adalah tahun 'excuse' bagi saya untuk terlepas dari semua aktiviti Bahagian/Jabatan - Kursus jauh-jauh/luar daerah, Meeting luar kawasan, oustation, overtime dan sebagainya tambahan pula saya mengambil cuti separuh gaji di awal pertukaran ke Kementerian ini tahun lepas jadinya tahun ini saya tidak lagi boleh mengelak.Alhamdulillah, nampaknya keadaan kesihatan aisya juga semakin baik. Jadinya tahun nih di awal tahun lagi nama dah naik untuk segala macam kursus.Huhuhu.Letih mak nak!
'Kursus Analisis Pencegahan Teguran Audit Untuk Pegawai di Bahagian Korporat'....huh, melihat tajuknya pun dah tau pasti membosankan.Aduyaiiii....nampaknya segala rancangan yang dibuat bersama anak-anak untuk cuti kali ini terpaksa lagi dibatalkan.Kesian anak-anak ibu terutamanya si kecik aisya tuh.Terpaksa lagi ibu meninggalkan kamu pada cik til, nenek dan tok abah.Babah??babah keje sayang.Hari Sabtu dan Ahad babah datang bermalam bersama kamu di rumah tok abah yer.Anak-anak ibu xmau nakal2 tau.Jadi anak yang baik.Kakak terutamanya...xmau usik adik.Jangan buat adik nangis tau.Ingat pesan ibu.Ibu pasti akan merindui kamu berdua nanti. (1st time kursus saya kena bermalam.Sebelum ni saya sanggup berulang alik walaupun terpaksa keluar awal pagi)

Pujuk adik minum susu

Adik : gigit remote ni lagi besh

Suka sangat angkat/dukung adik padahal adik rimas

Inilah buah hati, pengarang jantung saya.
p.s: Malas tul nak packing2 barang nak g kursus (salah satu sebab xsuka bermalam.huhuhu).Malam ni anak-anak terpaksa g hantar umah tok abah.Huhuhu...pasti sunyi lagi malam nih.

Tuesday, April 26, 2011

Hidup Ibarat Putaran Roda

Hidup Ibarat Sebuah Putaran Roda! Adakalanya kita gembira, ketawa dan bersenang lenang.Tapi jangan lupa bahawa ada masa kita pasti akan bersedih, menangis dan berduka.Itulah yang dinamakan kehidupan.Tanpa ketawa, senyuman, airmata dan masalah.........tidak 'challenging' lah hidup kita.Dan semua itu mengajar kita untuk terus bersyukur, berserah kepadaNYA, berusaha malah mematangkan kita dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
Begitulah juga dengan saya. Bila dikenangkan kembali, masih terasa pedihnya dan ada satu perasaan berbuku yang sukar untuk saya luahkan dalam hati ini. Saya pernah menangis tersedu sedan dulu. Saya pernah tidur bertemankan airmata. Saya pernah melalui satu saat yang pada saya sangat sukar, sangat gelap dan sangat perit. Saya pernah jatuh tersungkur yang sakitnya bukan sedikit. Dan semua itu masih membuatkan saya berhati-hati malah saya masih menangis setiap kali mengingatinya. Kalau boleh, saya xmahu ulanginya lagi kerana saya xtahu adakah saya masih mampu berdiri seperti hari ini untuk melalui saat itu jika ianya berulang. Namun saya bersyukur, kerana setelah melalui semua detik dan saat itu saya masih boleh bertahan malah saya bangga kerana berjaya mengharunginya. Saya bersyukur kerana yang terpilih itu adalah saya. Saya bertuah untuk memilikinya, merasai pengalamannya malah masih bersamanya sehingga ke saat ini. Satu doa yang masih xputus dari saya sehingga ke hari ini agar saya dipinjamkan 'amanah' itu selama mungkin. Malah rasa puas kerana berjaya membuatnya melepasi satu persatu diagnosis yang di perkatakan keatasnya. ALHAMDULILLAH...hanya itu yang mampu terucap.SYUKUR!

Anak ini harta yang tidak ternilai buat saya.Dialah guru saya yang mengajar saya segalanya.
Terima kasih dik!

Monday, April 25, 2011

Happy Besday Alisya Qaireen ~ Anak-anak itulah kekuatan kami

Sabtu 23 April 2011 - kami mendapat jemputan untuk menghadiri besday party Alisya Qaireen.Terima kasih atas jemputan dan makanan yang sememangnya superb.Western lagik.Kelas gitu.I like.Hihihi...
Di sana, saya bertemu mereka-mereka yang saya dah anggap seperti keluarga saya sendiri.Ini kali ke2 saya bersama mereka dan kali nih saya dapat bertemu mata dengan Jiey dan Rayyan Ariff yang comel.Berada dalam linkungan mereka membuatkan saya rasa bersemangat dan jatuh hati.Saya nampak keikhlasan dan eratnya tali perhubungan itu walaupun sebenarnya mereka bukanlah sedarah sedaging.Dan yang penting, saya mahu anak-anak saya ini terus kuat dalam meneruskan perjuangan mereka.Tanpa mereka, saya tak akan jadi seperti sekarang.Anak-anak yang kuat inilah sebenarnya yang banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan..erti nilai sebuah pengorbanan dan erti menghargai setiap kurnianNya.Terima kasih jiey atas entry 'Hidup kan terus berjalan, meski penuh dengan tangisan'.Yup...biar perit, biar jerih, biar kita masih terus menangis namun untuk berhenti dan mengalah tidak sekali.Semoga kita lebih kuat untuk terus menjaga anak-anak comel ini.

Buat anak ibu, besday girl yang sangat behave malam itu...Alisya Qaireen~
'Happy Bithday sayang.Semoga panjang umur, murah rezeki dan di beri kesihatan yang baik selalu.'

Ibu dan Alisya

Anak-anak kuat saya ~ Habib,Rayyan,Aiman,Nabila & Aisya.Eh..eh..mana Alisya?

Ibu & Habib

Nabila yang happy malam tuh
Umi dan Alisya

Kakak Aireen & baloon

Pose dari aisya

Seronok berkumpul ramai-ramai begini ; )
 Buat anak-anak ibu semua....semoga kalian terus kuat dalam melawan setiap kesakitan.Kita akan sama-sama melangkah dan berusaha.Kami ibu,umi,mama,mummy,babah,abah,ayah dan daddy tak akan pernah meninggalkanmu.We love u so much! (credit to syah&zura)
p.s: Mama jiey, thank's yer bagi aisya hadiah.

Friday, April 22, 2011

~Berbagai rasa dalam satu hati~

Petang semalam seperti yang dikhabarkan, saya membawa aisya ke temujanji fisio dan OT nya.Berikut adalah peristiwa yang berlaku :


Fisioterapi
Petang semalam semua cikgu fisio yang pernah melatih dan mengajar aisya berjalan sepanjang 2 tahun ini ke bilik fisio kerana teruja apabila diberitahu oleh cikgu Ira yang aisya dah berjalan.Yang ibu terharu sebab hampir semua mereka masih ingat nama aisya walaupun ada yang dah setahun xmengajar aisya (di Hospital Serdang setiap 6 bulan, cikgu terapi akan bertukar)Lepas seorang, seorang datang menjenguk aisya.Hehehe...jelas nampak kepuasan dan kegembiraan di wajah mereka.si aisya lak mood tengahri tuh agak ber'angin' sebab ibu kejutkan dia yang sedang enak tido untuk ke hospital.Tapi sekejap jer...pastu dia mula terkedek-kedek berjalan mengambil segala permainan yang ada di situ.Bila diusik oleh cikgu-cikgu yang ada, terus malu duduk kat riba ibu xmau bangun-bangun.aisya keluar dari bilik fisio dengan memberi ciuman selamat tinggal dan bersalam dengan semua yang ada dalam bilik itu.


Dengan gembiranya ibu dimaklumkan bahawa aisya sudah boleh didischarge dari rawatan fisioterapi dengan bersyarat.Ibu perlu memantau setiap perkembangan dan pergerakkannya dari masa ke semasa.
  1. Perlu latihan di rumah supaya aisya belajar menyeimbangkan diri ketika berdiri atau berjalan.
  2. Kaki aisya yang kelihatan kengkang semasa berjalan perlu di ajar dengan betul.Mungkin dia kengkang sebab pampers yang dipakai.
  3. Perkembangan perlu selaras dengan usia cth aisya perlu pandai berlari dan melompat dalam usia 3 tahun.Jika tidak, dia perlu dirujuk kembali ke unit fisioterapi.
Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rahmat dan nikmat ini untuk kami.DIAlah yang memudahkan segala jalan.Syukur!
Ibu juga diingatkan dengan satu perkara.Memang ibu pernah dimaklumkan dulu, aisya ada berkemungkinan untuk kembali seperti dulu SEKIRANYA bahagian otaknya yang mengecut itu terus mengecut, jadi ibu dinasihatkan agar stimulasi perlu dijalankan berterusan walaupun telah didischarge daripada fisioterapi.


Terapi Carakerja
Saya jarang tidak puas hati atau mengeluh dengan layanan dan cara kerja cikgu-cikgu/staf di unit ini.Segala tindakan, arahan dan nasihat yang diberi saya ikut dan terima kerana saya tanamkan dalam diri....mereka nak buat yang terbaik untuk aisya, anak saya.Tetapi kejadian yang berlaku petang semalam sedikit mencarik perasaan saya.Sungguh saya rasa ter'kecik hati', terkilan dan tidak puas hati dengan apa yang berlaku.Saya akui saya salah tapi bukan saya xusaha langsung.Dan semalam saya terlupa membawanya kerana tergesa-gesa balik dari opis terus ambil aisya dan ke hospital bukan saya sengaja!

Saya dimarahi kerana tidak memakaikan aisya hearing aid nya.Menurut cikgu barunya itu, macam mana aisya nak dengar arahannya kalau tidak memakai hearing aid.Macam mana dia nak buat terapi kalau aisya tidak mendengar dan tidak fokus.Macam-macam lagi yang dibebelkan namun saya diam.Aduhai...saya mengaku memang silap saya tapi cara cikgu tersebut mengeluarkan ayat nasihatnya teramat berbisa dan menikam hati saya.Bisa sekali.Dan yang paling saya kesal....kami di tinggalkan dalam bilik lampu tanpa sebarang aktiviti.Hanya ditinggalkan bodoh begitu selama hampir setengah jam sebelum tarikh temujanji akan datang di beri dan ayat cikgu tersebut kepada cikgu terapi lain yang saya dengar sebelum pintu ditutup (walaupun dia bercakap dalam bahasa Inggeris, jangan ingat saya bodoh....saya graduan UTM malah pernah menjadi pelajar terbaik wahai cikgu yang bijak!) sangat menyakitkan hati.Malah mata-mata lain yang memandang aisya umpama seorang makhluk asing yang mengjengkilkan buat saya marah!Sungguhpun aisya xmendengar tapi dia masih boleh melihat.Bukankah ada pelbagai lagi alat terapi yang  boleh digunakan sekalipun tanpa hearing aidnya?Sebak saya menahan dari air mata saya jatuh ketika dalam bilik lampu tersebut.Sedih kerana kami diperlakukan begini.Adakah kerana saya mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan?Bukan di swasta?Entahlah...selama ini saya cukup berpuas hati dengan setiap layanan, rawatan, nasihat dan perkhidmatan yang kami dapat di situ tapi semalam, petang itu........sungguh sangat saya kesal.Di mana perginya etika seorang yang layak dipanggil doktor????

Thursday, April 21, 2011

~Kerisauan yang terpendam~

Entah kenapa hampir setiap masa, pasti hati dan fikiran ini masih terfikirkan perkara yang sama.Di pejabat, di rumah malah kadang-kadang membawa semasa ke driving (huh...bukan ker memang ibu ni suka mengelamun time drive?;P )

Ibu terlalu risaukan masa depan aisya.Ibu risaukan aisya yang masih belum pandai menyebut apa-apapun hatta memanggil perkataan IBU sekalipun.Ibu risaukan pendengaran aisya.Jauh di dasar hati, ibu seringkali menangis melihat wajahnya yang sering membuat orang yang memandang jatuh hati itu.Ibu sebak setiapkali melihat bibir cantik itu tersenyum.Mana perginya suara manja kamu sayang?Ibu harus akui aisya sekarang sering saja menolak setiapkali dipakaikan hearing aid.Berbanding di awal dulu, dia hanya membiarkannya sahaja.Paling tidak pun, alat itu boleh bertahan 1-2 jam setiap kali dipakaikan.Tapi kini, setiap kali dipakaikan setiap kali itulah dia akan mencabutnya semula.Malah, ada ketikanya xsampai pun 5 minit dipakaikan, alat itu sudah berada dalam genggaman jari halus tangannya.Sehinggakan ada masa ibu naik angin dan menepuk perlahan tangan kecil itu sambil memarahinya.Lalu, kesudahannya  tangisan kedengaran.Salahkah tindakan ibu anakku?Oh anak...ibu sedih, ibu pedih kerana TERPAKSA MEMAKSA kamu memakainya.Apa lagi cara yang boleh ibu lakukan?Ibu xtahu apa yang kamu rasa ketika memakainya.Sakitkah?Kuat sangatkah bunyinya?Berdengungkah? Sehingga kau tega sekali menolak setiap kali dipakaikan alat itu.

Maafkan ibu sayang.Hanya itu sahaja caranya supaya aisya dapat mendengar dengan baik.Dapat belajar mengenali suara, bahasa dan perkataan.Malah aisya akan dapat bertutur seperti anak-anak kecil lain sayang.Ibu terlalu ingin mendengar kalimah panggilan 'ibu' keluar dari bibir kecil aisya yang merah tuh.Bibir itu tentu akan lebih manis jika ada suara manja yang keluar darinya.Mengajar aisya duduk tegap, melatih aisya berjalan, ibu rasa tidak sekuat cabaran mengajar aisya bertutur.Banyak masa.. semasa sesi mengajar, dia hanya memandang kosong malah lebih geram lagi bila dia buat xtahu apa yang ibu sedang sebutkan.Dan itu bisa membuat hati ibu ini pedih.Ibu tidak mengeluh, jauh sekali merasa beban tapi ibu terkilan kerana gagal mencuri perhatiannya untuk kali ini.Untuk membuatnya lebih bertahan memakai hearing aid seterusnya mengajarnya lebih banyak tentang sebutan-sebutan penting.

Aduh hati, kuatlah...sabarlah..andai kau boleh bertahan selama ini merawat dan melatihnya sehingga sampai ke tahap sekarang, mengapa tidak berusaha lagi untuk kali ini?Insyaallah, ibu yakin...aisya pasti boleh cuma masa dan keadaan yang bakal menentukan bila tibanya detik itu.Ibu masih menunggu dan akan terus menunggu sehingga aisya pandai mengungkapkan perkataan itu ye sayang sepertimana ibu pernah menunggu untuk aisya berjalan dulu.

Jika ada sebarang pandangan atau cara untuk mengekalkan pemakaian hearing aid serta mengajar anak kecil ini bertutur, tolong bagitau ibu yer kawan-kawan.Terima kasih semua.

Masa ni dia xkisah pun pakai hearing aid tuh
Petang ni ada Fisioterapi dan Terapi Carakerja di hospital.Xsabar nak bawak aisya jumpa cikgu2nya.Aisya boleh dikatakan popular kat sana.Dari kaunter pendaftaran, pembantu terapi, cikgu2 terapi sehinggalah ke Ketua Jabatan Unit Fisoterapi tuh.(huhuhu..mana taknya setiap 2 minggu sekali pasti muka dia ada kat sana paling kurang pun 4jam++ di sana tambah2 lagi suara raungan tangisannya setiapkali OT.Hahaha) Setiapkali pergi pasti ramai yang menegur, bila budak kecik nih nak berjalan?Dah sebulan lebih aisya mis terapi gara-gara kena postpone appoinment date (sebab kes kakinya sakit dulu) .Hari nih nak bagitahu aisya dah boleh jalan cikgu ;P Terima kasih atas segala bantuan dan latihan yang cikgu2 berikan.Jasamu hanya Allah yang membalasnya. ;)

Wednesday, April 20, 2011

Model cilik bertudung.Sejuk mata memandang ;P

Hahahaa(gelak besar)-nak berkongsi pic aisya minggu lepas.
Ni keje cik til dan mak su lah nih.Tangkap aisya untuk dijadikan model cilik bertudung.Dipakaikan aisya selendang, pastu dililit2 dan dibentuk bunga kat tepi kepala.Tapi comei pulak ibu tengok.Huhuhu, Semoga jadi anak yang solehah yer sayang.




Pssttt dik, atas dah lawa tutup tapi tang baju failed lah.Cekci mekcilah.Hahahaaha...

Tuesday, April 19, 2011

~Bercuti ke Melaka~

Cadangan asalnya hujung minggu ni nak balik kg. babah di Johor, namun atas beberapa alasan kami menunda perancangan tersebut lalu memilih untuk bercuti.Destinasi asal nak ke Genting/Cameron Highland tapi cancel sebab sekarang asyik hujan, takutlah pulak.Hihihi...akhirnya kami memilih untuk ke Melaka sahaja.Cik til dan mak su pun turut join kami.Yang seronoknya sudah pasti kakak Aireen.Sepanjang perjalanan, dalam kereta becok xhenti bercakap itu ini.Aisya pulak apa pun dia xkisah.Dalam kereta xreti duduk diam..sekejap ke depan, xlama pastu hulur tangan tunjuk nak kebelakang pulak.Kalau di luar, kerjanya berjalan jer..bila didukung, meronta-ronta minta dilepaskan nak berjalan sendiri.Walaupun cara jalan tu masih lagi terhuyung hayang nak menstabilkan badan.Tapi seronok tengok dia begitu.
Alhamdulillah.....cahaya itu masih lagi terang menyinari kehidupan kami.Harapnya kesihatan aisya berpanjangan.Amin.








Seronok kan aisya kalau selalu dapat berjalan camnih??? ;P

Cerita di IJN & Lebam..

Banyak menda nak diceritakan sepanjang lebih seminggu blog ni bersarang.Ramai yang bertanya...risau kot-kot aisya sakit lagi.Terima kasih yer semua.Sebenarnya aisya sihat2 saja.Ibu dia yang sibuk sepanjang minggu lepas.Kursus yang tak henti.Tambahan pula ibu xmenginap di hotel, hanya berulang alik setiap hari.Huhuhuhu...sungguh memenatkan.


Jumaat, ibu amik cuti untuk merehatkan diri + meluangkan masa dengan anak-anak ibu.Kebetulan tarikh 15/4 tu, aisya ada temujanji di IJN.Hari itu aisya agak behave, tidak menangis dan meronta seperti selalu sewaktu 'echo' (scan jantung) dijalankan.Malah yang menggembirakan ibu, aisya tidak memerlukan ubat tidur seperti kebiasaannya setiapkali menjalani prosedur echo.Mungkin kerana ketika itu dia baru bangun tidur (sedang mamai-mamai lagi) atau mungkin kerana echo dijalankan dengan cara ibu riba sambil memeluknya (dengan ibu-ibu sekali panjat duduk atas katil prosedur tuh.Hehehe).Secara ringkasnya menurut Cardiology Paediatrician, alhamdulillah...keadaan salur injap aisya walaupun masih sempit, namun berada dalam tahap yang memuaskan dan aisya tidak perlu mengulangi lagi pembedahan untuk meluaskan/membesarkan salur injapnya bagi kali ke 3.Ibu di minta untuk sentiasa peka dan prihatin dengan warna kulit aisya contohnya sekiranya aisya lasak atau melakukan aktiviti adakah kulitnya berubah biru atau tidak.Sekiranya ada, kemungkinan besar bekalan darah/oksigen yang melalui salur injapnya yang sempit itu mungkin bermasalah/tidak sampai ke paru-paru dan aisya perlukan pembedahan segera.Cuma buat masa ini, keadaannya terkawal.
Sejak dapat kaki, ini budak xreti duduk diam

Saya sangat behave tau time ni
Balik dari IJN, kami ke PWTC.Ada satu penganjuran program 'Smart Kids 2011- Malaysia's Largest Kids Education Fair'.Saja nak meninjau apa aktiviti dan info yang menarik di sana.Babah tinggalkan kami di situ sementara dia ke masjid untuk sembahyang Jumaat.Seronok tau berada dalam program tuh.Budak-budak apatah lagi.Aisya dan kakak aireen rambang mata tengok pelbagai mainan, buku-buku dan sebagainya yang dijual.Banyak maklumat yang boleh diaplikasi oleh ibu bapa dalam program seumpama ini dan terdapat pelbagai aktiviti /games show yang menarik dianjurkan untuk anak-anak time tuh.
Tak lama kami di sana kami ke KLCC.Hajat di hati nak tengok PC Fair.Kami park kereta di Hentian Putra dan menaiki Putra LRT ke sana sebab kakak merengek nak naik train.Huh..ikutkan ajelah. ;)

Itulah 1st time aisya naik train.Punyalah dia seronok.Tertinjau-tinjau mata nak tengok keluar.Nasib baik hari bekerja, so train tak penuh.Hanya kami anak beranak dan beberapa orang student je yang ada dalam coach time tuh.Sampai kat KLCC, kami makan-makan dulu kemudian barulah beransur ke PC fair.Orang kat dalam tu punyalah penuh.Kerana tak mahu aisya terlalu bercampur dengan orang ramai yang sesak tuh, ibu ambil keputusan tunggu di luar-kat taman KLCC dengan anak-anak.Kakak seronoklah meneroka taman tuh.Dia tarik adik ke sana.......tarik adik ke sini.Tempat yang di tuju.........................kolam air.Si aisya lak tersengih-sengih suka tengok air.Dia memang fanatik sangat ngan air.Mulalah tarik-tarik baju dan seluar suruh bukak...ingat boleh mandi.Macam-macam akalnya.Dalam ibu biar dia berjalan kesana -sini tuh 2x dia jatuh.Yelah..keadaan simen kat taman kan xrata.Aisya pulak jalannya masih belum stabil, akibatnya kali ke 2 jatuh, dia balik dengan kesan lebam biru di pipi kanan.Raungan dia???Ehm.....pecah satu KLCC.Akibatnya, ibu pulak yang dimarahi oleh babah.Huhuhu...itulah aisya, budak baru dapat kaki.

 


Kesan lebam di pipi - sehari selepas kejadian


Monday, April 18, 2011

Terima kasih Umi Aiz!

15 April 2011- Balik2 rumah jer, ibu ditunjukkan oleh cik Til dengan satu bungkusan yang dinamakan dengan nama Ainur Ariana Damia (aisya lah tuh ). Belek punya belek dalam hati tertanya-tanya gak dari siapa lantas fikiran terus teringatkan umi aiz.Dah beberapa kali tanya dah sampai ke tidak hadiah untuk aisya :) So, umi aiz...ni aisya nak inform, hadiah dah pun diterima. Terima kasih banyak2 yer umi.Aisya suka sangat (ibu lagilah suka sebab dalam banyak2 hadiah, ni yang lain dari yang lain).Setiap hari aisya duk tunjuk2 suruh ambilkan bagi kat dia.Bila dah bagi dia akan sengih-sengih tengok gambar muka dia tuh.Hihihi..

Nak tahu apa hadiahnya?????





Cantik kan??Terima kasih yer umi aiz ;)

Friday, April 8, 2011

GA-Senyuman Si Cilik

Ibu terima tag nih dari zura ibu habib.So, ibu nak try join gaklah.Saja suka-suka.Kalau ada luck,alhamdulillah.hihihi...Thank's ye zura.
Senyuman Si Cilik
                                            
Sesapa yang teringin nak join, klik keypochee .jomlah sama-sama memeriahkan GA nih :)

Nama Anak : Ainur Ariana Damia binti Suhaimy
Nama Ibu : Rahayu binti Razak
Tarikh Lahir Anak : 22 Mac 2009
Umur Anak : 2 tahun
Ibu nak tag :

Ina ibu nabila
Ita umi alisya
Jiey Mama Rayyan
Nieza Mama Athirah
Olie mummy Sawbebe

Sunyi tanpa kamu!

Malam tadi ibu rasa hidup ibu sunyi sepi.

Anak-anak ibu semuanya tidur awal.
Kakak, semasa perjalanan balik rumah dalam kereta lagi dah tertidur (penatlah tuh.nenek bagitahu dia langsung xtidur satu hari semalam.Main jer kerjanya.Tambah-tambah lagi mak su ada tengah cuti study week)
Aisya...ibu sampai-sampai jer tengok dia tengah terlentang, lena kat atas sofa.Cik bagitahu baru jer lena.Lalu ibu ambil keputusan untuk membiarkan kedua-duanya lena.Biar diorang rehat.Ibu fikir pasti malam ni ibu seronok.
Dapat rehat..............dapat tengok tv................dapat rileks-rileks...............

Tapi ibu silap
Masuk jer jam 9 malam, ibu rasa satu perasaan.
Kosong..........sunyi...............sepi......................
Walaupun depan ibu tv sedang terpasang
Dan ibu ditemani oleh babah, cik til serta mak su
Namun sepertinya ada satu kekurangan
Baru ibu tahu rupanya malam itu rumah kami sepi dari
bising dan riuh suara kakak menyanyi/bercakap xhenti (yang kedengaran hanya suara cerita di tv),
dari tangisan aisya,dari jerit pekik ibu yang selalu larang kakak angkat/dukung aisya, dari suara uuu...uuhh aisya tunjuk minta diambilkan sesuatu, dari bunyi laga mainan kakak dan aisya
Kesimpulannya ibu rindu bunyi riuh dan bising itu dari keadaan sunyi sepi bagini
Kerna itu tandanya ibu punya anak-anak yang sihat...yang aktif...yang bijak :)




Sekadar meng'update' keadaan aisya -Alhamdulillah, pagi tadi aisya tidak lagi muntah-muntah seperti semalam.

Thursday, April 7, 2011

~Masih belum sihat~

2 hari berlalu tanpa sebarang entry
Bukan niat untuk mendiamkan diri malah jauh sekali untuk berahsia sesuatu
Kerana ibu tahu di luar sana ada ramai ibu, umi, mama, mummy, aunty dan sebagainya
Yang tidak lokek untuk mengirimkan sepotong doa buat aisya
Malah menghantar email@ sms bertanyakan khabar si kecil
;) Terima kasih semua...terima kasih di atas kasih sayang kalian pada aisya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2 hari yang berlalu begitu memenatkan, yang penuh ke'tension'an, yang sangat merisaukan....
Bermula dari hari Ahad, membawa ke hari Isnin...kemuncaknya pada hari Selasa
Anak kecil itu lembik kerana muntah yang tiada henti
Setiap kali susu masuk ke badannya,tak sampai pun setengah jam, muntah akan menyembur-nyembur mengeluarkan semula susu yang diminum.Kejadian berlaku sejak pagi.
Dan yang paling menyedihkan...time itu ibu terpaksa berkursus.Kursus yang tidak boleh dikecualikan walaupun ibu memohon dikecualikan atas nama anak yang kurang sihat.

Seawal jam 6.10 ibu dah keluar meninggalkan aisya.Sejak dari tengahari cik til menghantar pesanan memaklumkan aisya muntah tak henti dan setiap kali minum susu.Hati yang gundah terpaksa ibu kuatkan untuk menunggu ke petang.Pastinya kursus yang ibu jalani terganggu dek akal yang kusut memikirkan keadaan anak di rumah walaupun info yang diberi semasa kursus ibu akui sangat-sangat berguna dalam tugasan harian ibu di pejabat.Hati asyik berperang nak balik dan mata xpuas dari mengintai jam dah pukul berapa.Petangnya, tanpa menunggu lama ibu memecut meredah kesesakkan lalulintas dan hujan yang lebat balik ke Putrajaya.Di rumah ibu lihat aisya lemah terbaring walaupun senyum masih mampu diukir sebaik melihat ibu masuk ke dalam rumah.Penat barangkali akibat muntah yang berterusan, atau lapar kerana cik til dah stop memberi susu sejak jam 3petang (takut muntah lagi dan aisya juga menolak untuk minum walaupun air suam kosong).

Selepas maghrib kami ke Poliklinik An-nur.Dari Putrajaya (terlalu ramai orang yang sakit, penuh dah klinik tuh ), tak sanggup nak menunggu lama lalu membawa kami ke Bandar Baru Bangi.Setelah ibu ceritakan dari awal kejadian aisya muntah-muntah dan setelah di periksa, doktor juga mengatakan mungkin akibat tukar susu.Menurut doktor lagi perut aisya dah 'berbunyi'(apa yang berbunyi tak tahulah), mungkin dia akan cirit birit pulak lepas nih.Ubat diberi untuk mencegahnya.Juga sepeket susu Isomil untuk dicuba.Hampir sahaja referral letter untuk ke hospital dikeluarkan.Huhuhu..sedeynya hati ini tak usah cakaplah.Semua salah ibu.Ibu yang gatal nak tukarkan aisya susu.Akibatnya?anak ibu yang kena tanggung sakitnya.Maafkan ibu yer sayang.isk..isk..isk :(

Semalam, ibu masih lagi berkursus.Aisya dah beransur sihat.Dah leh main-main macam biasa.Siang menurut cik til dah ok, tak muntah tapi aisya kurang minum susu (susu dah tukar kembali minum yang lama).
Masalahnya waktu tengah malam @ awal pagi selepas dia menyusu, dia pasti akan batuk-batuk tak berhenti (seperti gatal tekak/batuk kering) dan muntah.Selagi tak muntah, selagi tulah dia akan batuk macam nak terkeluar anak tekak, sampai merah-merah muka teran batuk.Dah muntah, dia akan lega dan sambung tidur.Begitulah yang berlaku jam 4pagi tadi.Aisya batuk dan muntah selepas minum susu.

Ada sesiapa yang tahu macam mana nak buat atau atasi masalah ini?Kesian tengok muka dia time batuk tuh.Selagi tak muntah selagi tuh dia akan batuk-batuk :(
Tak mau muntah-muntah lagi yer anak ibu.

Monday, April 4, 2011

~Akibat tukar susu~Semua salah ibu!

2/4/11-3/4/11- Planning asal untuk membawa anak-anak berjalan pada hujung minggu terpaksa ditangguh disebabkan anak kecil comel saya sekali lagi tidak sihat.Alahai anak ibu...setelah sembuh dari sakit kakinya kira-kira sebulan lepas, kini sekali lagi kesakitan itu menyerang.Bermula dengan batuk di tengah malam, muntah-muntah dan di ikuti sakit perut (pada anggapan ibu kerana bila ibu pegang perutnya yang keras dia akan menangis kuat) Mungkin kerana dia tak poo poo (buang air besar) dah 3 hari.Salah ibu kerana ibu menukarkan susunya daripada pediasure kepada frisolac gold (baru 3 hari tukar).Aisya menolak untuk makan, minum dan bermain.Dia hanya baring dan merengek menangis sakit.Sepanjang hari melekat dengan ibu.Tidur pun hanya dalam pelukan dan dukungan ibu.Bila diletakkan di tilam, rengekan dan tangisan kembali bergema.Kesakitan ketara bila melihat tangannya digenggam kuat sambil badannya mengerekot.Bayangkan sejak semalam dari jam 1.40am dia last minum susu sehinggalah 4.15pm baru dia minum itupun 1.5oz.( lebih kurang 14 jam dia tanpa sebarang makan dan minum, HANYA MERENGEK sahaja).Bagi air kosong suam pun di tolaknya.Tengahari, badan dah mula panas.Ibu tampalkan cool fever di dahi dan bagi ubat demam.Di perutnya ibu sapukan sedikit minyak angin.Kerana xsampai hati dan kasihan melihat keadaannya, petang...ibu terpaksa menggunakan ubat picit kat punggung tuh (apa ntah namanya ;P-babah beli kat farmasi). Alhamdulillah, setelah dia membuang...barulah dia nak minum susu 2oz dan kelihatan selesa.Dah mula tersenyum dan nak bermain cuma xnak susu jer.



Jam 2.24 pagi tadi, aisya kembali merengek dan batuk-batuk kemudian muntah lagi.Pagi-pagi buta dah kena basuh badan n kepala dia yang penuh ngan muntah tuh ;( Kenapa yek setiap kali selepas diberi susu dia muntah?Dia pun cam dah fobia langsung xnak minum susu.Ibu dah stop beri dia susu baru tu tengahari semalam dan kembali guna susu biasa yang dia minum sebelum nih.Pagi tadi ibu tinggalkan dia yang sedang lena tidur keletihan.Cepat sembuh yer sayang ibu.

'Ya Allah...jauhilah aisya dari sebarang kesakitan.Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya.Janganlah Kau ambil nikmat yang telah Kau pinjamkan padanya'.
Amin...amin...amin yarobbal alamin.

p/s: Semua nih salah ibu..Huhuhu..maafkan ibu yer aisya.

Friday, April 1, 2011

~Curi peluang bermanja & Kasih seorang bapa~

Lihatlah pic nih.Si budak tecit sorang ni dah semakin banyak ragam dan akalnya.Petang semalam semasa babahnya sedang leka berehat menonton tv, dia asyik mengeliling dan menggesel  belakang babahnya sambil sesekali mulutnya berbunyi ahhh..uhhh..ahh..uhhh.Nak ajak bermainlah tuh.

Rupa-rupanya barulah kami tahu nak dikendung rupanya.Aisya memang suka orang kendung dia dari belakang.Paling dia suka bila tengok orang melompat.Terkekeh-kekeh suaranya keluar.Suka sangatlah tuh agaknya ;P
Kasih seorang bapa.Layankan juga si kecil walau penat macam manapun badan balik dari kerja.
Babah selalu sibuk dengan kerja, sesekali bila babah balik awal ke rumah...pandai pula aisya curi peluang untuk bermanja dengan babahnya.Kadang-kadang ditariknya tangan babah sambil jari tunjuk ke arah pintu (tanda ajak keluar berjalanlah tuh) Hihihi...bijak anak ibu nih.

Aisya dan kakak kalau bermain memang suka cari babahnya sebab babah akan layan semua kehendaknya sehingga adakala babah pun dah jadi cam budak-budak juga berbanding ibu yang lebih menitik beratkan permainan belajar untuk mereka.Babah lebih lembut dan suka melayan berbanding ibu yang mungkin sedikit tegas.Huhuhu..Apapun kasih sayang kami pada mereka tetap tak berbelah bahagi.
p/s: Gambar xcantik sebab guna kamera handphone cap ayam jer.Huhuhu...