Tuesday, May 31, 2011

~Hanya DIA lebih tahu~

;) Nak berkongsi satu cerita....
Cerita ni baru 2 hari lepas.Ketika tu kami sedang berjalan-jalan di shopping mall.Tetiba ada seseorang menegur dari sisi.Bila saya berpaling, kelihatan seorang kakak sedang asyik melihat wajah aisya.Kemudian dia berpaling pada saya sambil tersenyum.Dalam fikiran saya...macam pernah nampak tapi di mana yer.Saya sekadar melemparkan senyuman.
Kakak : Ni ayu kan?ayu yang dulu jaga anak kat NICU tuh?
Saya : Sambil berkerut ~ ehm..ye.saya ayu.
Tanpa sempat saya tambah ayat, kakak tu bersuara.
Kakak : Ingat akak lagi tak?Ni akak ina, mama mia yang duk kat bhgn blkg dulu (kaw.anak2 kena kuning).Ni ariana ker?anak ayu yang duk dalam bilik isolation depan kaunter tuh?
Saya : Dalam ingat xingat (sebab rasanya org yang duk bahagian kuning tu paling lama pun 2 minggu jer) - iyer kak.Inilah anak saya ariana.
Kakak : Wahhh...dah besar dah yer.Comelnya (sambil pegang2 aisya) Dah sihat ye?
Saya : Ehmm..alhamdulillah kak.Masih lagi follow up dan buat terapi.
Kakak : Tak sangka kan?Dulu akak selalu gak perati ayu ngan ariana nih.Yelah..ibu dalam NICU yang xpernah sehari pun xde kat bilik isolation tuh.Asal akak lalu jer..mesti ada ayu kat sebelah dia.Dulu dia kecik jer kan?penuh ngan wayar2 bagai.Akak ingat lagi masa dia berhenti bernafas sekejap dulu.Time tu doc ngan nurse ramai-ramai masuk bilik ariana.Ayu kena tarik keluar ngan budak nurse tuh.Kami yang kat sofa luar tu xsampai hati nak pujuk ayu yang tengah menangis sambil buat panggilan.
Saya : ;P (hanya mampu senyum.)
Kakak : Kuat sungguh ariana nih.Tak sangka.xmau dah sakit-sakit lagi ye ariana.Kesian kat ibu tuh, menunggu kamu setiap hari dulu.(sambil cium pipi aisya kiri kanan). Banyak2 sabar ye ayu.(salam dan tepuk bahu kiri saya)
Saya : Terima kasih kak (dalam nada yang cukup terharu)


Tak sangka...............masih ada yang mengenali kami, yang cam wajah ini.Sungguh saya cukup terharu dengan baris-baris ayat terakhirnya.

 ~Hanya DIA yang lebih tahu segalanya~ Yang memberi kami ujian itu.

Mari ber'terapi' di malam hari

Malam tadi, setelah agak sekian lama ibu xjalankan fisioterapi sendiri di rumah untuk aisya, hanya mengharapkan terapi di hospital.Tapi sayangnya aisya dah pun didiscaj dari fisioterapi hospital.Therapist srh latih sendiri kat umh.Malam tadi kami melakukannya kembali.Kebetulan ibu betul2 free dan kami menghabiskan masa dengan melakukan beberapa aktiviti ringan yang menyeronokkan.So far, ibu lihat aisya betul2 enjoy.Terkekeh2 dia gelak malah bila ibu dah berhenti pun dia tarik tangan ibu tunjuk kat bola suruh buat lagi sekali.Hihihi...igt lagi masa mula2 buat fisioterapi kat hospital dulu.Setiap kali letak jer badan dia atas bola besar tu, confirm dia menangis.Tapi laa nih dia dah suka pulak.Sampaikan malam tadi dia betul2 lena akibat kepenatan - gelak banyak sangat!
See the pic ya ;P
                   mula2 aisya sibuk nak naik basikal kakak aireen
                tengoklah tu.eksyen btl!padahal kaki xsampai pun.
                Muka serius nak kayuh basikal
                Last2 terpaksa naik kete sendiri sbb kakak nk amik basikal dia
               Sekali datang bergolek 2 biji bola besar
                     Ok..kita mulakan terapi yer dik
                Ni muka gelak ke nangis ketakutan nih?
                 Kejap terlentang kejap terlangkup...pening kepala aisyalah ibu
           Duduk atas bola sambil ibu pegang antara tulang pinggul & pinggang.
           Sangat elok utk menguatkan tulang pinggang cam kes aisya nih.
                Huhuhuhu....tertidur dalam kepenatan.Tapi saya enjoy k ;P

Menurut therapist, aktiviti seperti ini sangat baik utk menguatkan otot/ tulang pinggul & pinggangnya.Kan aisya masih xberapa nak pandai balance badan dia lg.So, ibu perlu praktis lagi kat umah.

Sunday, May 29, 2011

Speech Therapy

Selasa -23hb lepas, saya membawa aisya ke temujanji terapi pertuturannya yang pertama.Terus terang saya akui, saya memang begitu bersemangat dan xsabar dengan temujanji ini kerana setelah berbulan lamanya menunggu (sepatutnya bulan 12 tahun lepas - 4 bulan tunggu nak dapat temujanji, tp ketentuan Allah tak siapa yang tahu.Tarikh temujanji itu aisya berada di Unit Pemantauan Rapi kerana aisya diserang sawan yang lama tempohnya buat pertama kali) akhirnya tiba juga masa itu setelah kami terpaksa menunggu semula selama 5 bulan.Hebatnya kuasa Allah...Hanya Dia Maha Mengetahui ke atas setiap apa yang telah direncanakan.Sebagai hamba yang lemah, kami hanya menelusuri setiap jalan yang terbentang buat kami dengan doa dan harapan yang tak pernah putus.
Bertemu dengan cik Fariha iaitu cikgu pertuturan aisya, banyak yang saya belajar.Awalnya dimulakan dengan sesi perkenalan.Aisya dibiarkan bermain dengan segala permainan yang ada di situ ditemani babah sementara ibu di soal selidik segalanya tentang aisya.Tentang sewaktu kehamilan, tentang komplikasi sakit aisya, tentang masalah aisya, tentang kesukaan aisya dan lain-lain.Semuanya dicatat sebagai rekod.Kemudian cikgu menghampiri aisya, melihatnya bermain.Ada beberapa arahan yang diberi....cth 'aisya ambik buku tu bagi cikgu','aisya, letak kereta ni kat situ'...walaupun lambat, (perlu ulang beberapa kali) tapi aisya boleh memahami setiap maksud arahan.Cuma adakalanya dia buat xtahu, hilang fokus dan sebagainya.
Cikgu memberikan ibu beberapa home work untuk dibuat.Ibu dicadangkan untuk menghantar aisya ke kelas terapi pertuturan secara intensif iaitu sekali setiap minggu kerana menurut cikgu, aisya berpotensi jika kerap diberi latihan.Harapan yang diberi membuatkan ibu lebih bersemangat namun di satu sudut ibu risaukan komitmen kerjaya ibu.Maksud ibu, bolehkah ibu memberikan sepenuh komitmen pada setiap minggu temujanji terapi pertuturan?Namun tanpa fikir panjang, ibu mengatakan kesanggupan.Tarikh temujanji bagi bulan 6 telahpun diberi iaitu setiap minggu, hari Jumaat petang.Ibu yang pilih hari tu sebab pada pendapat ibu hari Jumaat masa bekerja waktu petangnya pendek jadi...mungkin ibu boleh ambil setengah hari tanpa perlu gunakan cuti rehat ibu.
Sehingga ke hari ini (5 hari berlalu), ibu masih lagi belum berjumpa pihak atasan (boss) untuk meminta ihsan agar dipertimbangkan ibu boleh balik awal setiap hari Jumaat petang untuk ibu ke temujanji terapi pertuturan aisya.Bukan ibu sengaja melengahkan namun faktor kesibukan mereka dan keadaan masa yang tidak mengizinkan.Sebenarnya ibu risau....ibu bimbang andainya permohonan ibu bakal ditolak kerana untuk bulan 6 sahaja ibu perlu memenuhi 4 temujanji lainnya.Dan ibu seringnya meminta excuse sekiranya perlu outstation.Semoga ibu dipermudahkan untuk terus memastikan kesihatan dan perkembangan aisya berjalan baik.


                     Alhamdulillah...aisya sekarang dah semakin serasi dengan hearing aidnya.

Saturday, May 28, 2011

~Aisya & Air Bersatu~

Ehmm..2 minggu kebelakangan ni blog saya dah banyak sawangnya.Kesibukan terlampau membuatkan saya xsempat nak menghadap blog untuk mengarang setiap peristiwa (tp masih sempat meninjau blog kengkawan.hihihi)So, banyak juga cerita yang tertinggal untuk diabadikan dan dikongsi bersama.Saya cuba mengumpulkan beberapa cerita ringkas untuk di 'auto publish' :) Insyaallah.


Aisya yang sangat suka BERMAIN AIR.-
Maaf, gambar agak sensored.Saya xreti macam mana nak cover ;P

Nampak ibu masuk bilik air nak amik gambar, terus dia senyum.


Bahaya kan?Tp inilah yang dia suka buat.
Sebab tu xboleh biar dia sorang-sorang dalam bilik air.


Dah start masuk dalam baldi kecik tuh
(Actually baldi ni xbesar pun..hanya baldi saiz no.2 kecik)


Tengok! Apa dia buat?? ;P
Dengan saiz badan yang kecik tu muatlah dia masuk duduk berendam dalam baldi.
Aisya oh aisya.
Itulah gelagat dan hobi baru aisya.Suka main air...suka berendam dalam air.Sebab tu setiap hujung minggu ibu akan bawak dia g swimming.Kalau kat rumah, sehari hampir 6-7 kali dia nak mandi.Dia akan bukak sendiri baju, seluar, pampers pastu jari tunjuk kat pintu bilik air.Pintu bilik air terpaksa ditutup kerana bimbangkan keselamatan dia (kita xsedar bila dia masuk main air) Pastu dah pandai celup kepala dalam baldi! (konon-konon nak basuh rambut) Mana xbahaya.Risau ibu nak.Dia boleh duduk dalam bilik air tu selagi kita tak ambik/angkat dia keluar tp kalau dia blm puas kita ajak keluar memang melalaklah jawabnya.Alamatnya, selagi xmenggigil, xbiru bibir dan kuku...selagi tulah dia asyik nak main air.Yang bagusnya dia dah pandai nak suruh gosok gigi (kalau dulu...payah sangat nak dapat gosok gigi dia), nak suruh shampoo rambut dia....dan suruh sabun badan dia bagi kuar buih banyak-banyak.. Hihihi..pengaruh dari kakak aireenlah kot tuh.

Friday, May 27, 2011

2 tahun 2 bulan...

Aisya di usianya 2 tahun 2 bulan.............
Alhamdulillah,  sebagai ibu yang menyaksikan setiap inci perkembangan anak kecil ini sedari usianya satu hari di muka bumi Allah ini, saya sesungguhnya begitu bersyukur dengan setiap perubahannya walaupun banyak delay berbanding anak seusianya.Biarpun jerih perit menyusuri setiap kesakitan demi kesakitan dari awal dulu, anak ini begitu kuat.Kekuatan dan ketabahan yang ditunjukkan itulah yang menjadikan saya lebih bersemangat untuk berusaha demi memastikan ianya terus berkembang dan meningkat selaras dengan usianya.


               Telatahnya begitu menghiburkan kami sekeluarga.


Alhamdulillah..tiada kata yang mampu terucap melainkan syukur ke hadrat Illahi.Dialah yang menentukan segalanya.Saya juga manusia biasa yang ada kalanya tewas dengan mainan perasaan.Seringkali saya tenggelam dengan kesedihan.Pernah saya kecewa, rasa jemu dan menyalahkan diri sendiri namun mujur saya kembali diingatkan.Masih ramai yang memberi sandaran untuk saya singgah bersandar, masih ada yang mahu mendengar setiap keluh kesah perasaan, masih wujud mereka yang  memahami dan menyayangi, juga masih saya diberikan peluang untuk terus melangkah ke depan.Setiap ujian yang diberikan itulah yang menguatkan.


Sekadar catatan untuk masa depan juga berkongsi setiap perkembangan.Aisya di usia 2 tahun 2 bulan :
  1. Walaupun aisya dah boleh berjalan namun keadaan badannya masih tidak begitu stabil.Yang kesiannya bila dia bermain di playground yang penuh anak-anak kecil, pasti acapkali dia jatuh terduduk kerana berlaga ngan budak kecil yang badannya lebih besar dari dia.Paling kelakar kalau tengok dia jalan laju ala-ala nak berlarilah konon-konon.Dada kedepan (cam nak terhumban ke depan), tangan cam org lari pecut (sambil genggam) tapi langkahan kecil-kecil jer.Hehehe..cute kan?
  2. Pandai dah mintak itu ini.Bukan dengan percakapan tapi bahasa isyaratnya yang tersendiri.Biasanya dia akan pergi kat ibu@cik til@ sesiapalah yang hampir kemudian tepuk lengan/bahu atau tarik tangan kita sambil tunjuk kat benda yang dia nak tuh.Mulut pun turut bunyi 'aaaaa...eeeeee....uuuuu'.Pernah dia buat isyarat panggil ngan tunjuk jari telunjuk pada orang tertentu kemudian bila orang tu dah pandang dia buat jari memanggil sebab nak suruh orang datang kepadanya.Pandai kan dia?? :)
  3. Kalau dulu dia diam jer tanpa bersuara tapi sekarang alhamdulillah kadang kala terdengarlah juga bunyi keluar dari mulut dia walaupun ibu sendiri xpaham apa yang diperkatakannya.Kadang2 terkeluar jugak patah-patah suku kata cth maa, bbahh.Time menangis atau menjerit tone suara dah makin jelas dan kuat berbanding dulu, sangat perlahan malah kadang-kadang gelak pun xde suara.Mulut jer yang ternganga2 tanda suka/gelak.At least suara-suara tu menandakan anak ibu boleh bercakap suatu hari nanti.Insyaallah, kita teruskan latihan ye nak.
  4. Tempoh masa aisya memakai hearing aid sekarang pun dah bertambah walaupun tidaklah sepanjang masa.Dia tidak lagi kerap membuka/mencabut hearing aidnya setiap kali dipakaikan malah dia tahu kalau time nak baring minum susu atau nak mandi, dia sendiri akan tarik hearing aidnya bagi kat orang (ibu, cik til atau babah).Mungkin ini salah satu faktor penyumbang terbesar pada perkembangannya yang no.3 tuh.
  5. Sangat -sangat suka masuk bilik air sebab nak main air.Kalau dibiarkan sejam pun xper.Biar badan dah menggigil, mata dah merah, bibir dah biru tapi selagi xangkat bawak masuk, dia xakan berhenti.(Nanti ibu buat entry tentang main air ni yer)
  6. Sekarang aisya dah pandai bukak baju, bukak dan pakai seluar malah suka bukak pampers.Satu perbuatan yang paling ibu xsuka sebab dia akan shee..shee merata.Pernah atas lantai hall, pernah dalam bilik ibu pastu dia berjalan merata tanpa rasa bersalah.
  7. Dah pandai pegang pen dan pensil.Sangat suka menconteng ;)
  8. Aisya sekarang ni dah pandai memberontak.Bab ni kadang-kadang ibu pun naik hangin.Dia akan melalak kuat sambil jatuhkan badan atas lantai pastu guling-guling.Once bila dah dapat apa yang dia nak atau kemahuannya dituruti automatik dia diam pastu sengih tanda puas hati.Boleh gitu??huh..pandai berlakon tau ini budak.
  9. Dah pandai/tahu mengikut arahan cth kalau ibu dah bukakkan pampers, dia akan amik pampers tu g buang kat dustbin Begitu juga kalau kita ckp 'aisya, tolong ibu buang plastik/sampah nih'..pasti dia akan datang,ambil dan buang sampah tu ke tempat yang sepatutnya.Lagi satu..kalau ibu cakap 'No..no..no' sambil jari telunjuk goyang-goyang ke atas, automatik dia akan rebahkan badan dia sambil nangis.Dia ingat orang marah dialah tuh.Hihihihi...bijak anak ibu nih.
                             Beginilah telatahnya di rumah.
So far..perkembangannya sangat baik.Tiada lagi siri keluar masuk wad buat masa ini dan kesihatannya juga baik (sekali-sekala demam biasa + batuk + selsema tu adatlah kan?)Harapnya aisya akan terus beroleh kesihatan yang baik dan perkembangannya berjalan lancar kerana banyak lagi yang perlu aisya catch up untuk kemajuan dirinya sendiri.

Thursday, May 26, 2011

Bila si dia dah pandai menikmati coklat.

Sajer nak share beberapa pic aisya makan coklat sorang-sorang.
Satu hari(balik dari kursus)....ibu bawak balik coklat cadbury saiz besar untuk kakak dan adik.Tapi budak aisya ni conquer sorang-sorang coklat tu xnak kongsi dengan kakak.Dia amik coklat tu, unjuk kat ibu srh tolong bukakkan, kemudian panjat sofa...duduk diam-diam sambil menikmati coklat tu sorang-sorang.Nasib baik kakak xkisah.Kalau tak...mau bergaduh ngan aisya berebut satu coklat.Ishh...dah mula menunjukkan ketamakan ini budak kecik tau.Geram jer tengok telatah dia time nih.Hihihi...cute.



So, pengajaran buat ibu lepas ni kalau nak beli apa-apa mestilah beli DUA dan SAMA.Dah tak boleh nak kongsi-kongsi lagi sebab anak-anak ibu dah semakin besar ;)

Wednesday, May 25, 2011

Aktiviti sepanjang silent mode ;P (entry penuh gambar)

Lama benar blog ni bersarang.Rindu nak menghadap blog.Keterbatasan waktu menghadkan segalanya.Bukan tiada cerita yang ingin dikongsi, dah ada beberapa post yang telah dibuat namun kekangan masa dek jadual kesibukan tugas sebagai ibu, isteri dan pekerja menangguhkan perkongsian.Terima kasih pada yang masih mengingati, yang bertanya khabar dan yang mengirimkan doa buat sikecil aisya.
Kisah bermula dari Jumaat minggu lepas, 4 hari benar-benar dihabiskan bersama family tersayang bercuti di kampung babah.4 hari yang penuh gelak tawa, penerokaan baru anak-anak (maklumlah..rumah kami, rumah bertingkat.Rumah kampung atas tanah jadi anak-anak lebih bebas berlari, berguling atas rumput dan bermain pasir.huhuhu), release tension (jauh dari kesesakan, jauh dari bau asap kereta, bunyi hingar bingar dan lambakan tugas di office) dan yang paling bestnya kami dapat menikmati masakan nenek yang enak-enak tuh.(mintak jer nak makan apa, pasti dapat punya) Ermmm...rasa badan dah makin membesar lak time balik putrajaya tuh.hahahaha.
                                          Tak sampai 20 minit bertolak, dah tertidur.zzzzzz
                                          Lena yang dalam.xsedar apa dah.
                                          Kakak yang boring dah start nak kacau adik tidur
                                          Sengih bila ibu say 'smile kakak'
                                          Budak kecik dah bangun dari tidur.Muka blurr jer                                        
                                          Haaa...kan dah start senyum tuh.
                                          Dah mula nak buat kacau ganggu kat adik ye kakak?
                                          Kita geng kan dik??
                                          Ciuman paksa seorang kakak ;P
Rabu - Jumaat : Perpisahan sementara lagi untuk kami.Sesudah Subuh, babah menghantar ibu ke KLIA.Ibu terpaksa memenuhi tuntutan kerja dan meninggalkan anak-anak ibu kepada babah dan menempuhi 3 hari yang penuh kerinduan.Alhamdulillah....Jumaat malam lebih kurang jam 9malam, terubat kerinduan apabila kepulangan ibu disambut anak-anak kesayangan di KLIA.Dalam perjalanan pulang ke Putrajaya, masing-masing berebut nak duduk ngan ibu.Akhirnya satu seat kereta dikongsi 3 orang.Huh..lenguh jugaklah nak meriba sorang budak 4 tahun yang nampak semakin berisi dan seorang budak kecil yang kecil-kecil cili api.Sangat xreti nak duduk diam.Hehehe....penat tapi bahagia dengan telatah mereka.Si kakak yang becok bertanya itu dan ini manakala si adik yang tak habis-habis nak kiss pipi dan mulut ibu ;) Rindu barangkali sebab lama xjumpa ibu.
                                         

Sabtu : Hari bersenang lenang ibu ngan anak-anak tercinta.Hihihi..babah?babah g kerja.So tinggal ibu, kakak dan aisya.Kami bangun awal, kemudian buat sarapan sama-sama.Lepas tu bergolek depan tv sambil layan kakak buat homework.Aisya pun suka bila diberi aktiviti conteng-conteng kertas.Jam 8 lebih dapat message dari su (kawan blog ibu-mama arwah baby shafiy yang sangat teringin nak jumpa ngan aisya) ajak jumpa.Kebetulan dia ada talk hari tu kat Putrajaya.Actually dah lama nak jumpa ngan auntie su nih.Rasanya hampir 2 bulan kami plan nak jumpa tapi setiap kali decide nak jumpa mesti ada jer halangan yang menangguhkan perjumpaan kami.Akhirnya petang Sabtu tu kebetulan ibu xde apa-apa program, so kami pun berjanjilah tempat nak ngedet.Lebih kurang jam 2 petang kami berjumpa di Taman Alamanda.Su datang sekeluarga.Sungguh tabah dan kuat semangat yang terpamer pada wajah seorang ibu yang baru kehilangan anaknya ini.Sungguh...di matanya dapat ibu lihat kerinduan yang cukup mendalam.Su mengambil, memeluk dan mencium aisya berkali-kali.Sungguh ibu sayu saat itu.Kami bertukar cerita masing-masing.Ada sisa airmata ditubir matanya saat menceritakan kisah arwah baby shafiy yang pergi secara tiba-tiba tanpa sebarang sakit.Sungguh...kalau ibu ditempatnya mungkin ibu akan gila.Anak yang sihat, ceria bermain pada siangnya membawa ke malam tidur macam biasa, tiba-tiba muntah dan pergi selamanya.Segalanya berlaku pantas xsampai 5 jam.Tp itulah yang dinamakan ketentuan.Bak kata insan kerdil 'Ketentuan Allah Adalah Rahsia Allah.' Mana mungkin kita menepis atau menafikannya.Hanya Dia Yang Maha Mengetahui Segalanya.Semoga su terus kuat, tabah dan lebih bersabar dalam mengharungi ujian ini.Setiap kita diberikan ujian yang berbeza.
p/s : Terima kasih pada su sebab membawakan aisya hadiah (siap peram dah 2 bulan dalam bonet kereta untuk diberi pada aisya)Hadiah yang lebih besar dari tuannya.hihihi..suka benar dia ngan hadiah tu lebih-lebih lagi si kakak.Tak sabar-sabar mintak dibuka.Harap pasni kita masih terus berhubung ye su.(lupa nak snap pic ngan su)


Balik dari jumpa auntie su, ibu bawak anak-anak g playground kemudian kami balik kerumah tok abah.Malamnya babah datang ambil kami untuk ke Dataran Putrajaya (tempat babah kerja) Ada buat seperti konsert kecil-kecilan secara santai di mana penonton bebas duduk diatas tikar atas rumput padang dan artis tanpa pentas berjalan menghiburkan penonton.Walaupun awalnya hujan renyai-renyai tapi xlama.Artisnya yang ibu kenal adalah Mila, kumpulan Jambu dari Maharaja Lawak (sebagai hosnya)dan paling dinantikan adalah Upin Ipin (yang lain maaf ibu xtahu sebab ibu sampai pun dah lewat).Kakak takut ngan maskot Upin Ipin tu tapi aisya bukan main suka lagi.Terkedek-kedek dia ikut menari masa sesi tarian 'Chiken Dance'.Ada beberapa acara menarik (pertunjukan tarian api) kuiz dan hadiah yang diberi termasuklah penonton paling sporting.Boleh kata program ini adalah seperti program 'Macam-macam Aznil' kerana ianya lebih kepada anak-anak.Sangat happening dengan penglibatan anak-anak kecil yang comel menari dan menyanyi.Oh ya..semasa di sana, ibu berpeluang berjumpa Kak Akmal (yang tegur ibu dulu) ibu kepada seorang anak CP yang berumur 8 tahun tapi xsempat nak borak lama sebab sibuk nak mengejar si aisya ke hulu ke hilir(pic pun xsempat nak snap).Apapun nasib baik sempat bertukar-tukar contact no.

Ahad : Paginya kami ke Mines Shopping Fair.Bukan untuk bershopping tapi untuk ke bahagian permainan anak-anak.Puas kakak dan aisya menaiki kuda (ala, yang masuk coin RM1 tuh).Hahaha..siap xnak balik lagi walaupun ibu dah puas duduk kat dalam tuh.Tengahari balik rumah, makan, rehat-rehat dan anak-anak tidur.Petangnya kami ke kolam renang untuk anak-anak swimming (itu janji babah pada kakak)Tak lama di sana kerana hujan turun renyai-renyai maka kami ambil keputusan ke Alamanda.Kami biarkan anak-anak bermain di playground dalam Alamanda.Punyalah happy anak-anak ibu.Aisya terkedek-kedek berjalan dan memanjat.Walaupun lambat dan selalu jatuh terduduk kerana berlaga dengan anak-anak kecil yang lebih besar darinya tapi riak wajahnya puas dapat menikmati apa yang kanak-kanak lain buat.Dan itulah yang buat ibu bahagia bila melihat kegembiraan pada wajah-wajah kesayangan ibu.Syukur atas nikmat yang diberikan kepada kami.







Inilah antara aktiviti kami sepanjang hampir 2 minggu berdiam diri ;)

Wednesday, May 11, 2011

Aisya Demam Lagi

Ehmm..dah lama kan xbercerita pasal aisya.Anak kecil saya yang genit itu ;P
Baru jer plan nak updated perkembangan terkini aisya tup-tup petang semalam balik dari kerja, saya lihat aisya baring kat sofa.Nampak xaktif macam biasa.Biasanya sebaik pintu rumah saya buka, pasti anak genit tu akan terkedek-kedek menghampiri saya bersama sengihnya.Kemudian mengekor saya hingga ke bilik tidur, menunggu saya menukar pakaian (sambil matanya memerhatikan setiap tingkah laku saya) dan mendepakan tangan supaya saya mendukungnya.Tapi tidak pada petang semalam ;)
Bila saya pegang muka dan kepalanya untuk dicium.....PANAS.Ehm, demam balik kamu sayang?Rasanya ini tempoh yang agak lama (adalah dalam lebih kurang 2 bulan) aisya xdiserang demam tp ternyata ianya kembali lg.Tak boleh jadi nih..saya mandikan aisya supaya suhu badannya turun.Alhamdulillah, dia nampak masih mahu bermain bila diagah.
Malam ~ aisya dah start xnak menyusu.Bila disuakan botol, dia hanya menyedutnya sedikit (adalah dalam 2, 3 kali sedut kemudian botol diunjukkan semula kepada saya tanda xmahu minum.Sudu badan dan kepalanya juga makin panas.Mata dah merah dan berair, bibir merah dan muka nampak pinky.Panas sangat nih.Saya basahkan kepalanya dan bersiap untuk ke klinik.Di klinik, seperti biasa....aisya hanya di beri ubat demam dan ubat 'punggung'.
Malam tadi anak itu tidur lena cuma sesekali dia terkejut/ menangis (mengigau barangkali).Suhu badannya pun tidaklah sepanas sebelum makan ubat. Belakang badan dan dahinya juga basah dek peluh walaupun kipas bilik dipasang no.4.Sepanjang malam (bermula dari petang sehingga pagi tadi) hanya sebotol susu sahaja berjaya dihabiskan (6oz).
Harapnya tiada apa yang membimbangkan bakal terjadi.Mungkin ini petanda dari Allah agar saya tidak alpa dan leka dengan nikmat kegembiraan yang dia kurniakan pada kami ketika ini.Dan semoga demam yang menyerang nih sebenarnya petanda yang aisya bakal mendapat satu lagi potensi/perkembangan baru.Bercakap barangkali???Subhanallah...Allahuakbar!Jika benar, sayalah ibu paling bahagia di dunia ini ;) Lekas sembuh ye anak ibu.

Tuesday, May 10, 2011

Majlis Perlancaran FAMEKids

8 Mei 2011- adalah tarikh yang penting dalam hidup saya.Bukan sahaja kerana tarikh tersebut adalah sambutan Hari Ibu tetapi pada hari tersebut jugalah saya di jemput oleh watie dan mommy lyna ke majlis pelancaran FAMEKids iaitu sebuah kumpulan sokongan kepada anak-anak istimewa.Jutaan terima kasih kepada watie dan mommy lyna yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengumpulkan anak-anak istimewa ini.Sungguh saya terharu dan bangga sekali kerana akhirnya ada juga kaum melayu yang begitu prihatin dengan nasib anak-anak ini kerana selama ini dalam usaha saya mencari/ men'google' badan/kumpulan sokongan anak-anak istimewa majoritinya adalah dari bangsa lain.
I'm proud of u watie dan mommy lyna.Congratulations!Semoga selepas ini kita dapat mengumpulkan lebih ramai anak-anak yang senasib dan boleh saling menyokong antara kita khasnya pada ibu-ibu muda yang menghadapi masalah ini kerana saya cukup paham dan mengerti bagaimana rasanya berhadapan dengan sebuah kenyataan pada awal kita dimaklumkan tentang 'kelainan'permata hati tersayang.Bagaimana rasanya berhadapan dengan orang luar dan penerimaan mereka yang kebanyakkannya masih cetek/kuno tentang anak-anak istimewa.Semoga kita menjadi sebuah keluarga besar yang saling menyokong, memahami dan menghargai anak-anak istimewa ini.

So, enjoy d'pics.....
Banner anak-anak kami.Lepas ni confirm bertambah ramai kan anak-anak ibu? ;)




Aisya seronok sangat di sini.Banyak mainan.

Sampai lentok-lentok dia..

Aisya malu dapat hadiah.hihihik..
Sebahagian dari keluarga saya ;) Sayangnya xdapat snap pic ramai-ramai.
p/s : Watie...mommy lyna, pasni buatlah program lagi yer.