Thursday, June 30, 2011

~Habit baru~

Ehmm...hari ni genap 14 hari si kecil comel saya tu meninggalkan habit lamanya (apalagi kalau bukan puting kesayangannya tu).So far, alhamdulillah..dia dah xmeminta-minta lagi nak puting.Pernah one day tuh dia terjumpa puting lama yang ibu terlepas pandang nak buang (kat atas rak mainan dia), dia amik puting tuh g buang.Hehehe..kira dah berjaya lah tu kan?
Seminggu ni saya perasan ada habit baru lak yang melekat pada aisya.Nak tahu apa dia?????


Habit mengHISAP JARI lah pulak.Bila jari dah kat dalam mulut, jadi leka lak dia menghisap.Ehmmm...dah banyak kali saya tepis tangan dia tu setiapkali nampak dia masukkan jari-jari dia dalam mulut.Lama-lama kalau dibiarkan mau kecut jari yang di hisap tuh.Oh yaa..dia xhisap 1 jari je tau.Kadang-kadang nampak yang masuk mulut jari telunjuk, kadang jari kelinking, kadang ibu jari.Mana-manalah yang dia rasa selesa.Kalau puting, leh gak saya campak buang tapi ni jari dia sendiri.Camner nak buat hah?Takkan nak kerat buang lak kot? ;)

Tuesday, June 28, 2011

Selamanya dia tetap istimewa di hati saya..

Pic dirakam secara candid ketika dia asyik bermain sendirian sewaktu menunggu untuk menetapkan temujanji terapi pertuturan petang Jumaat lepas.
Melihat pada gelagat dan liuk tubuh badan aisya , tetiba hati dan akal mengatakan bahawa anak saya kini dah besar pun.Yer...baru saya sedar sememangnya usia aisya dah pun 2 tahun tetapi keadaan fizikalnya yang halus, kecil molek serta masalah kesihatannya yang menghantui sering sahaja membuatkan saya menganggap dan melayannya seperti masih kecil/bayi.Teringatkan anak kecil comel itu sering membuatkan saya rindu pada wajah mulusnya..pada keletahnya..pada kenakalannya.Kadangkala tercuit juga di hati kecil rasa bersalah di atas kekuranganya.Sesungguhnya saya benci dengan rasa itu.Melihatnya hari ini cukup membuatkan saya memanjat setinggi kesyukuran.Alhamdulillah...
Jom kita teropong reaksi aisya yang bila dah start boring menunggu lama :
 Mula-mula ok jer dia tekun layan tengok pamplet
 Asyik betul membaca
 Fokus pada kaki kecik tu ok ;P
 Oo..oooo...dah start boring
 Toleh kanan...toleh kiri...
 Arghhh...bila nak balik nih!
 Tepuk kerusi sebelah 'tanda srh ibu duduk sblh dia'-sure dia pening + hairan 'napelah ibu aku ni sibuk sangat nak snap pic aku'
Muka keboringan tahap gaban sebab lama sangat menunggu.

Hahahaha...ini kes ibu pun boring xde apa nak buat sementara menunggu tuh.Haa, kan saya dah cakap.Aisya ni jenis senang nak jaga.Langsung xpernah menyusahkan.Bagi jer kertas @ buku, confirm dia ddk diam punya.Selamanya dia tetap istimewa di hati saya.
Psstt..perasan tak bibir aisya time ni nampak kebiruan?Kuku kaki dan tangan pun.

Monday, June 27, 2011

Ada usaha pasti berjaya...

Hari Jumaat lepas saya cuti.Bukan cuti sebab sakit.Bukan juga sebab nak pergi holiday tapi sebab saya ingin menyertai perjumpaan kumpulan sokongan di Hospital Serdang khas untuk parents yang ada anak macam aisya - masalah pendengaran.Dianjurkan oleh bahagian terapi pertuturan dan pendengaran, Hospital Serdang.Terima kasih ye Pn.Shiela sebab invite kami.(dah lama dia janji nak pertemukan saya dalam group ini)
Pagi-pagi lagi kami dah sampai bahagian ENT tuh.Kamilah orang pertama yang masuk bilik perjumpaan tuh (excited sangat ibu) hahaha.Sementara nak tunggu parents lain sampai, ibu layan jer aisya main-main kat play area dalam bilik tu.Dalam 15 minit menunggu, maka tibalah family-family yang lain.Perjumpaan ini turut disertai oleh pakar audiologi, pakar pertuturan, cikgu sekolah khas (cacat pendengaran), dan beberapa orang student UIA dan USM.Oh ya, dalam perjumpaan ini..kami turut dimaklumkan bahawa aisya adalah peserta paling muda dan paling baru memakai hearing aid.Bermula dengan sesi suai kenal, sesi menceritakan pengalaman mempunyai anak yang bermasalah pendengaran, sesi berkenaan pengetahuan tentang bab penjagaan dan permasalahan hearing aid, sesi pengajaran pertuturan dan pembelajaran, sesi cara bagaimana mahu mendaftarkan anak untuk kesekolah (samaada ke sekolah khas, sekolah integrasi atau sekolah biasa) dan diakhiri dengan sesi tayangan filem bertajuk 'Miracle Working' - kisah seorang anak yang buta, pekak dan bisu (di mana dvd filem ini hanya terdapat di UK).Bermacam perasaan terbit di hati saya semasa dalam perjumpaan ini.Banyak ilmu dan pengetahuan yang saya kutip dari perjumpaan ini khasnya tentang hala tuju masa depan aisya nanti.Sungguh, saya begitu berminat mendengar dan bersemangat bila dapat bertemu seorang ibu yang juga OKU (tiada tangan) yang bersusah payah mencari tempat untuk anaknya agar dapat bertutur setelah diberitahu anaknya bermasalah pendengaran.Anaknya disahkan bermasalah pendengaran pada usia 4 tahun.Seluruh Semenanjung dia dan suaminya pergi untuk research sekolah terbaik bagi menghantar anaknya bersekolah dan akhirnya dia bertemu satu sekolah yang sesuai (dekat dan pendekatan pengajarannya sangat bagus).Walaupun xsampai 4 bulan anaknya ke sekolah itu, kini anaknya dah pun boleh bertutur beberapa perkataan mudah dan faham arahan yang diberikan.Saat mendengar anaknya (5 tahun) bercakap (dia buat demo), saya turut sebak dan hampir menitiskan airmata gembira.Semangatnya perlu saya ambil utk aisya.Juga bertemu dengan seorang ibu yang menjaga/merawat anaknya yang CP juga patut dipuji kerana anak itu (5 tahun) sangat pintar-paham arahan, boleh menyebut beberapa patah perkataan mudah dan paling membanggakan anak itu boleh berjalan menggunakan kakinya sendiri dengan hanya dipimpin (yang selama ini saya hanya tahu anak-anak CP kebanyakkannya terlantar).Berkat usaha ibunya yang tidak pernah jemu berusaha untuk anaknya.Sekali lagi saya sebak.Saya turut melihat beberapa anak lain yang memakai hearing aid nampak begitu bijak bermain sesama mereka.Tanpa rasa malu, tanpa rasa canggung malah riak wajah mereka nampak riang dan gembira.Melihat kondisi anak-anak itu, saya insaf...saya menyesal kerana pernah menangis dan masih lagi menangis dalam hati setiapkali melihat aisya yang memakai hearing aid tanpa bersuara sedecit pun...saya menyesal kerana pernah satu tahap dulu saya rasa bersalah yang amat sangat pada aisya atas kekurangannya itu...tapi kini, saya terjaga.Sedangkan ibu-ibu itu dulu juga seperti saya, kini pada saya dikira hampir berjaya.Berjaya menjaga dan merawat anak mereka menjadi lebih baik dari sekarang.Saya bersyukur kerana diberi petunjuk agar saya terus kuat dan berusaha demi mencari jalan terbaik untuk aisya.Saya yakin aisya akan jadi lebih baik dari sekarang.Insyaallah...semoga dipermudahkan jalan untuk kami.

 Kakak student yang didera jaga anak-anak sementara ibu bapa berbincang
 Sebahagian anak-anak yang hadir
 Ibu bapa yang kusyuk mendengar penerangan
 Kecik kan aisya??hihihi..
Ini sebahagian dari pic camera hp ibu (sebab tu xcantik gambarnya).Banyak lagi pic dalam camera babah.

'Sebelum balik...saya sempat berbincang dengan cik fariha tentang aisya.Menurut cik fariha, walaupun aisya baru pakai hearing aid (betul-betul pakai lebih kurang dalam 2 bulan) so dikira aisya berada pada tahap 0-3 bulan usia bayi tapi aisya dah pun menunjukkan progress yang cepat dan memberangsangkan (6-9 bulan) maka cik fariha mencadangkan agar terapi pertuturan secara intensif diberikan pada aisya.Sedia maklum temujanji pertuturan di hospital biasanya 5,6 bulan sekali.So, aisya perlu mengisi mana-mana masa yang kosong xkiralah hari apa.Lagi kerap dibuat lebih bagus selain dari homework yang perlu dibuat dirumah.Saya setuju dengan apa sahaja cadangan asalkan ianya memberi manfaat dan kebaikan pada aisya.So, lepas ni jadual terapi yang mungkin akan kembali padat seperti dulu.'

Kami balik dengan 2 paperbag sebagai doorgift.Satu untuk ibu (risalah, buku-buku, cake, muffin, roti, biskut, air mineral, notebook/diari, pen) manakala satu lagi untuk aisya (ada note book comel, set melukis dan mewarna, flash card, toys, muffin, coklat, air kotak, roti, biskut, jajan, gula-gula dan belon berbentuk hati)

Thursday, June 23, 2011

Alhamdulillah, akhirnya....walau belas di hati tapi kugagahi jua

Alhamdulillah...akhirnya ibu berjaya walaupun masih diperingkat awal.Harapnya akan berterusan dan tidak lagi kalah dek airmata dan esak tangisnya yang syahdu tuh.Huhuhuhu...maafkan ibu ye aisya.Ibu buat demi kebaikanmu jua.Nak tau apa yang ibu dah berjaya lakukan?Nampak memang mudah dan remeh tapi sedikit sebanyak mengganggu emosi beberapa pihak.Ada yang pertikai dengan alasan 'kesian, dia nangis2'.Tambah-tambah lagi bila melihat sikecik tu seakan-akan 'hilang' sesuatu.'Sesuatu' yang mungkin dah sebati dengannya selama 27 bulan.
Bermula 22hb Jun lepas, genap aisya 27 bulan (jumaat petang) selepas sahaja balik dari Terapi pertuturan....dengan semangat baru ibu nekad untuk memisahkan aisya dari puting kesayangannya.Petang tu jugak ibu kumpul puting-puting yang ada, ibu letak kat satu tempat dengan harapan nak sorok dari aisya.Tapi ibu silap..aisya nampak puting yang ibu letak kat atas kabinet dapur tu lalu dia tunjuk-tunjuk sambil mulut berbunyi 'uuu...uuuhh'- nak suruh ibu ambil.Memula ibu xlayan..ibu teruskan kerja-kerja memasak.Aisya dah start buat drama.melalak-lalak sambil jari halusnya tunjuk kat atas kabinet (ibu dah sorok lagi tinggi).Dek xtahan dengar dia menangis, ibu ambil satu puting..ibu lumur garam.Penuh kat puting tuh.Kemudian ibu bg kat tangan aisya.Dapat je puting terus dia diam dan cepat-cepat dia masukkan puting tu dalam mulut dia.Tapi.....(mesti aunty2 semua tgh bayangkan muka aisya time tu kan ;P ) hihihi...yer, dengan cepat jugak dia luah balik puting tuh.Ibu pun ambil dan cakap padanya 'puting dan busuk, xsedap'.ibu basuhkan mulut dia dan bagi dia minum air masak.Kemudian ibu bagi puting tu kat aisya (masih bergaram) ibu suruh dia g buang.Memula dia pandang jer muka ibu.Mungkin pelik atau mungkin sayang nak buang.Ibu duk ulang..'uwekk, puting dah busuk.xsedap.aisya buang yer' sambil ibu bawak dia ke bakul sampah.Last-last dia baling gak puting tu masuk bakul sampah.Nampak muka dia sedih tapi ibu buat-buat bodoh..ibu cakap 'good aisya.dah xpayah hisap puting yer.puting busuk, xsedap'.Dia pun masuk dalam umah, main cam biasa.
Malam tu nampak dia xberapa selesa sebelum tidur sebab xde menda nak nyonyot.Gelisah je kejap pusing sana, pusing sini.Pastu dia bangun g kat kabinet tv, rak mainan, meja solek ibu...nampak cam cari sesuatu.Kesian sangat.So far malam pertama ok lagi.Yang harunya hari ke-2 (Sabtu).Siang dia ok, xdelah tercari-cari sangat tapi bila dalam kereta dia tetiba menangis sambil tunjuk-tunjuk kat handbag ibu (sebab kalau keluar berjalan, biasanya ibu letak puting dalam handbag) Mungkin dia rasa janggal nak lalok-lalok dalam kete sambil pekena aircond xde puting.Letih gaklah nak terangkan kat dia, 'puting xde, kan aisya dah buang sebab puting busuk, xsedap'.Jenuh ar dia duk menangis tersedu-sedu.Malamnya nak tidur pun dia melalak jugak.Terpaksa ibu dodoikan dia atas lengan ibu untuk tidurkan dia (selama ni dia akan lena sendiri sambil golek2 nyonyot puting) Hari ke3(ibu terpaksa ulang lagi lumur garam sebab dia berjaya jumpa puting yang ibu xsorok), ke4, ke5 dia oklah sikit walaupun kadang-kadang nampak masih lagi tercari-cari kat tempat biasa ada puting.Hari ke6 petang semalam, balik jer dari kerja ibu tanya cik til...aisya ok tak?dia jawab ok.Tapi petang semalam gak ibu tertangkap aisya ambil puting baby rifaad masuk mulut dia.Nampak muka hilang rindu dia pada puting dari cara dia nyonyot puting tuh.Cepat-cepat ibu tarik dan cakap 'aisya..no puting lagi' (xnak biar lama-lama takut dia nak balik habit puting dia tuh). Nampak dia cam kecewa dan sedih tapi xmenangis.Dia pandang je muka ibu.Time nih...memang ibu tangkap syahdu.Dalam hati 'kesiannya aisya' tapi bila teringat balik kata-kata cikgu terapi terus hilang rasa kesian tuh.Huhuhu...maafkan ibu sayang...
Hari nih dah hari ke7 aisya xhisap puting.Harap-harap berjayalah tindakan ibu ni.Terus terang babah, cik til dan tok abah asyik sangat cakap 'kesian kat aisya' tapi ibu keraskan hati walaupun dalam hati ni sedih tak terkata tengok keadaan dia masa mula-mula.Alhamdulillahh..hasil dah semakin nampak bila dia semakin jarang tunjuk isyarat nak puting.Ibu xnak kalah lagi macam dulu.Semuanya demi kebaikkan aisya.Ibu nak aisya belajar bercakap.Biar xsama cam orang lain asalkan dia boleh menyebut sesuatu.Nak dengar sangat dia sebut 'IBU'.
Ibu bahagia lihat senyuman diwajahnya dan dengar tawa riangnya.

Wednesday, June 22, 2011

~Kami sayang abah~

Ahad, 19/6/2011- seluruh negara menyambut hari bapa.Saya juga tidak ketinggalan untuk menyambutnya walaupun hanya sekadar sambutan sederhana.Kami hanya adakan makan-makan sekeluarga.Oh yaa..bakal ada kejutan buat abah yang tercinta ;P nanti saya cerita.
ABAH...ciri yang ada padanya : Sporting, Kelakar, Penyayang, Pandai Masak
Dia...orang yang amat dekat di hati saya.Lelaki terbaik dalam hidup saya.Dialah segalanya buat saya.Dia bapa, dia jugalah ibu sejak emak meninggalkan kami 5 beradik.Ketika itu, kami semuanya masih kecil malah adik bongsu baru sahaja berumur 5 bulan.Setiap hari abah akan balik waktu rehat untuk memasak supaya anak-anaknya ini makan sebelum ke sekolah.(abah saya terror masak tau).Abah mendidik kami TANPA kami pernah dipukul atau dimarah.Masih saya ingat sewaktu saya mendapat surat untuk ditemuduga bagi melayakkan saya untuk sambung belajar di UTM untuk course yang bakal saya ambil, abah sanggup menemani menghantar saya menaiki bas ke Larkin (time tu kami xde kereta lagi).Begitu jugalah semasa saya mendaftar diri sehinggalah ke hari konvo saya...abah setia menemani walaupun terpaksa meminjam kereta saudara.Sedari saya bersekolah rendah, menengah, IPTA, berkahwin malah selepas melahirkan anak abah tetap sentiasa ada di saat saya memerlukannya.Dia akan berusaha mendapatkan apa yang kami perlukan walaupun sedikit lambat.Kami bahagia walau hidup sederhana.Masih saya ingat dia yang sibuk menjaga makan minum (cari ikan haruan), mandian saya (rebus air daun-daun) dan panaskan tungku sewaktu saya melahirkan anak pertama dulu..Abah adalah sahabat, pendengar  dan penyimpan rahsia yang terbaik untuk saya.Antara kami tiada rahsia.Dari hal kerja, anak-anak, keluarga, rajuk, sedih dan happy saya semuanya saya cerita padanya.Setiap hari ada sahaja panggilan telefon darinya (terbalik, orang anak call abah.Ni abah yang call anak.huhuhu)bertanyakan khabar cucu-cucunya.Setiap hujung minggu ada sahaja panggilannya supaya kami balik.Sunyi barangkali.Lagipun abah dah semakin berusia (64 tahun).Dia akan memasak dan menjamu kami makan.Alhamdulillah, abah masih kuat dan sihat walaupun menghidap darah tinggi dan kencing manis.Tak reti duduk diam, ada sahaja kerja yang mahu dilakukannya.Sesungguhnya tiada yang lain saya mahukan selain dari membahagiakan, menyenangkan hati dan menggembirakannya di hari tuanya ini.Jasa dan pengorbanannya cukup besar malah xmungkin kami adik beradik mampu membalasnya.Doa saya semoga abah diberikan kesihatan yang baik selalu, dipanjangkan umur dan dirahmati sepanjang hidup.
Saya juga ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada suami tersayang, adik lelaki saya faizal dan fairuz ( yang baru sahaja bergelar bapa seminggu yang lalu).Contohilah abah...jadilah babah/papa yang terhebat untuk anak-anak (aireen, aisya, adel, miqa & qhaleef) kerana kalian adalah pemimpin bagi sebuah keluarga.

Nak tahu apa kejutan dan hadiah istimewa untuk abah kami??Hihihi..adik saya faizal dan isterinya telah menyertai sebuah pertandingan sempena hari bapa berkaitan pengorbanan abah kami dalam menjaga kami adik beradik selepas ketiadaan ibu.Dan tidak disangka penyertaannya terpilih.Kami sekeluarga dipanggil ke TV3 untuk rancangan MHI pada 20/6/2011 baru-baru ini.Kejutan untuk abah kerana dia perlu memasak 'ayam masak merah'-favourite kami adik beradik dalam siaran langsung itu.Sekali lagi kejutan yang dibuat oleh pihak TV3 di akhir program dengan mengeluarkan kek sempena birthday abah pada 28/6/2011 yang ke-64.Tergambar riak bahagia dan ternyata abah cukup gembira hari itu.Terima kasih abah atas segalanya.KAMI SAYANG ABAH.
Tok Abah dan aisya
Keluarga besar saya (tanpa family pak uda/fairuz)

Speech Therapy ke 2

Banyak entry/cerita yang tertangguh.Sejak 2 menjak ni malas betul nk updated blog.Banyak cerita yang terbengkalai walaupun dah di taip separuh entry.Hehehe..
17/6/2011 - Jumaat lepas, aisya ada temujanji dengan pakar pertuturan.Ini kali ke2 selepas minggu sebelumnya kelas terpaksa dibatalkan kerana masalah alat bantuan pendengarannya.So, temujanji kali ini ibu sangat-sangat berharap agar ianya dapat digunakan dengan semaksima mungkin.Huhuhu..bersemangat sungguh ibu kan?(ibu yang lebey dari anak.Huhuhu..terlebih sudah ;P )
12.30 ibu balik rumah (ambil half day).Sampai rumah tengok aisya tengah lena tidur.Ibu biarkan dia tidur dan rehat sepuasnya dulu sebelum ke hospital.Dalam jam 2 ++pm, ibu angkat aisya yang sedang tidur, pakaikan sedikit bedak, ikat rambut dan letakkan dalam carseat di kereta.Dia mamai2 dan sambung tidur lagi.Di hospital, aisya dah sedar tapi mood kurang baik.Mungkin sebab kena kacau time tidur atau dia masih xpuas tidur lagi.Ehm...sori ye dik.Temujanji xleh postpone.Susah nak dapat temujanji pertuturan nih.
Masuk dalam bilik terapi...dia langsung xnak berenggang ngan ibu.Ibu bergerak sikit, dia merengek nak menangis.Sudahnya 2 orang kakak student puaslah nak memujuk.Antara aktiviti yang dijalankan hari itu...main baby doll (aisya diberi anak patung bayi, botol susu, puting).Hihihi..memula xnak main tapi bila kakak2 tu duk tunjuk baby hisap susu, baby hisap puting..dia pun seronok.Comel jer tengok dia suapkan baby doll tu puting.Bertambah comel bila aisya tiru aksi mata baby doll tuh yang terkelip-kelip/bukak tutup bukak tutup.Hihihi..tomei.Kemudian aisya diberi puzzle binatang.Sambil buat sambil bunyikan 'aum..aum','miow..miow','kok..kok'.Seronoknya bila dia berjaya letakkan ditempat yang betul, dia akan tepuk tangan (pas tengok aksi cikgu buat) sampai ke sudah dia akan ulang tepuk sekiranya berjaya letak puzzle tuh ;) Tapi xlama pun dia nak main..mood kembali bergelora.Nak start menangis sambil tunjuk pintu ajak keluar.Selepas itu, aisya di beri gendang.Aktiviti main ketuk-ketuk pula sambil cari bunyi.Time nih mood kembali xbaik.Menangis lagi.Kali nih dia tunjuk kat handbag ibu (apalagi kalau bukan cari puting.Dia memang dah tau kat mana ibu simpan puting kalau g keluar) Bila dah start meraung, ibu sumbat gaklah puting tuh sambil ambil sebuah buku kanak-kanak tunjuk kat dia.Time nih cikgu bagi rehat dulu 10 minit untuk ibu pujuk dia.Sambil belek buku, sambil cerita kat dia.So, dia pun diam tapi cikgu geleng kepala xbg kasi puting.Cikgu cakap kena buang puting tu..selagi puting sentiasa melekat kat mulut, selagi tulah dia akan terus lambat bercakap.Huhuhu...terpaksa ibu tarik puting dan sorokkan.Lagi sekali budak kecik ni melalak.Kakak -kakak student ambil satu permainan yang boleh kuarkan buih.Tiup-tiup buih sabun tuh keluarlah belon banyak-banyak.Mula-mula aisya xlayan sebab merengek nak puting tapi bila dah banyak belon yang keluar, dia jadi tertarik.Bila kakak-kakak suruh dia tiup..dia tengok jer.Kakak 1 tiup kuar belon, kakak 2 tiup kuar belon, ibu tiup kuar belon, bila letak depan mulut aisya...dia diam.Puas kami ajar akhirnya pelan-pelan dia cuba ikut tapi mulut je yang mucung, tiup/hembusnya lom reti lagi.Hehehe..pelan-pelan kita belajar yer.Aktiviti terakhir, aisya diberi satu alat permainan yang berbunyi dan berlampu.Permainan tu kena lontar masukkan bola-bola dalam jaring.Kalau masuk, lampu dan bunyi akan keluar.Time aisya main tuh, ibu diberi penerangan tentang tahap dan masalah aisya.Kemudian kami diberi homework untuk dilakukan di rumah.Antara ulasan yang dapat disimpulkan pada temujanji ke2 ini adalah :
  1. Perkembangan aisya berada ditahap bayi berumur 5-6 bulan (kerana dia baru dapat mendengar bunyi-bunyian setelah memakai hearing aid).Masih terlalu jauh dari usianya yang sebenar.
  2. Ada peningkatan yang agak baik kerana dia dah start meniru/membuat bunyi yang dia dengar walaupun masih belum dapat menyebut.Semasa terapi dia banyak membebel konon-konon nak bgtau/cerita sesuatu.(aisya sekarang memang kuat membebel/buat bunyi-bunyian yang ibu sendiri xpaham kat rumah.Tapi ibu layankan ajer.Teruja bila dengar mulut dia dah mula berbunyi)
  3. Aisya faham kepada arahan yang diberi (dengan sedikit isyarat).Menurut cikgu, itu perkembangan yang sangat baik.
  4. Mengikut cikgu terapi, buat permulaan kita lebih tekankan supaya aisya faham kepada setiap arahan/perlakuan yang diajar di samping mengajarnya bertutur.
  5. Perkara yang PALING ditekankan oleh cikgu adalah 'PUTING PERLU DIPISAHKAN DARI AISYA'.Aduyai...ibu akan cuba.Semangat ibu kali ni nak buang habit hisap puting aisya tuh selepas diyakinkan oleh cikgu tentang kebaikannya walaupun sebelum ni memang dah banyak kali dengar.Harap-harap kali ni berjaya.Huhuhu.
  6. Budak yang xlekang dari puting nih.Ibu kena lebih usaha untuk hapuskan habit itu.
So, ibu sangat2 happy hari Jumaat lepas dengan perkembangan terbaru aisya.Harap-harapnya akan ada lebih banyak peningkatan pada aisya dari sehari kesehari.Semoga dipermudahkan segalanya buat anak kecil ini.

Friday, June 17, 2011

Kecuaian Manusia - padahnya pada siapa?

Tak tau tajuk apa nak letak.huhuhu..


2 hari lepas, Jabatan kami digemparkan dengan satu kejutan iaitu isteri seorang pegawai dari bahagian kewangan kami meninggal dunia ketika melahirkan anak.'Mati' itu pasti akan datang tak kira di mana dan bila tapi yang dikesalkan adalah cara dan punca kematiannya.Faktor 'kecuaian pihak hospital' menjadi penyebab yang sangat membuatkannya terkilan.
En. Yoon (pegawai saya) adalah seorang yang sangat baik, tidak pernah berkira dan 'sporting' dengan pegawai bawahannya.Tak hairanlah dia sangat disayangi oleh pegawai-pegawai bawahannya.7 tahun masa yang ditunggu untuk 'ketibaan' orang baru dalam rumahnya.7 tahun masa yang agak lama yang bisa mengujakan untuk menyambut kelahiran.Namun 'ketibaan' yang disambut, 'pemergian' yang sampai.
15/6/11 tarikh yang pasti tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya kerana pada tarikh itulah 2 nyawa kesayangannya telah direnggut pergi.Pergi yang xakan pernah kembali lagi.Tengahari itu, En. Yoon memberitahu yang dia akan halfday kerana menghantar isterinya (seorang guru) untuk check up kandungan yang telahpun berusia 9 bulan 2 minggu di sebuah hospital pakar swasta di Kg.Baru.(Sememangnya dia nampak happy dan suka bercerita tentang persiapan orang baru) Dan yang menyedihkan mereka masih lg sempat g shopping barangan bayi tengahari itu.Salah seorang rakan menceritakan bahawa sebaik bangun tidur, dia melihat ada misscall daripada En.Yoon dan sahabat tersebut telah pun menghantar pesanan 'Isteri En.Yoon dah bersalin ker?TAHNIAH!' dan beliau terkejut bila dibalas 'Anak dan isteri aku dah xde' ;(


Berikut adalah keratan akhbar (Sinar Harian) tentang berita lanjutnya :


PASIR PUTEH – Seorang suami bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur atas kecuaian kakitangannya, sehingga menyebabkan isteri dan bayi di dalam kandungan meninggal dunia.

Yoon Boon Chew, 35, seorang pegawai kerajaan dan bertugas di Kuala Lumpur berkata, beliau amat sedih apabila melihat sendiri bagaimana isterinya, Wikiam a/p Eh Pot, 35, diperlakukan semasa hendak melahirkan anak kedua mereka di sana.

“Kejadian ini berlaku dari jam 3.30 petang hingga 11 malam pada Selasa lalu sepanjang isteri saya menjalani rawatan di sana untuk bersalin.

“Pada awalnya, isteri saya mendaftar di sana selepas doktor mendapati mendiang sudah tiba masa untuk bersalin, pada masa itu kandungannya berusia sembilan bulan dua minggu,’’ katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah mertuanya di Kampung Siam, Kertik Buluh, Cherang Ruku, Semerak di sini, semalam.

Menurutnya, semasa proses bersalin, beliau melihat kakitangan hospital tersebut berada dalam keadaan kelam kabut dan peralatan tidak mencukupi sedangkan ia adalah sebuah hospital pakar.

Boon Chew berkata, akhirnya sekitar jam 11 malam isterinya serta bayi di dalam kandungan disahkan meninggal dunia akibat dipercayai air ketuban mendiang memasuki ke dalam saluran darah dan terus masuk ke paru-paru sehingga menghalang pernafasan.

Beliau berkata, oleh kerana rasa tidak yakin, beliau telah membuat laporan polis di Kuala Lumpur dan membawa mayat isterinya untuk dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur pada pagi Rabu itu.

“Melalui laporan awal daripada bedah siasat tersebut, kematian itu dipercayai ada kebarangkalian seperti mana yang dikatakan oleh pihak hospital namun kemungkinan juga disebabkan kecuaian.

“Apa pun laporan sepenuhnya belum disiapkan lagi dan saya akan menunggu sehingga siap sebelum tindakan selanjutnya,’’ katanya.


Takziah dari saya untuk En.Yoon.Semoga tabah menjalani dugaan ini.

Tuesday, June 14, 2011

Mata oh mata

Kebelakangan nih..ibu perasan sesuatu yang 'berlainan' pada mata aisya.Nampak tidak normal daripada kebiasaan.Bukan ibu jer yang perasan malah cik til dan babah pun mengatakan yang sama.Aduh, masalah apa pulak kali ni?
Kelainan yang yang ibu maksudkan adalah 'mata aisya kelihatan juling air'.Sememangnya aisya masih dalam pemantauan pakar mata.Rasanya dah lama xnampak matanya berkeadaan begitu.Nampak macam normal dan tiada masalah jer sebelum nih.Namun beberapa minggu kebelakangan nih, kelainannya ketara dan matanya sering sahaja berair + bertahi mata tapi xmerah.Nak tunggu appoinment pakar mata, lama lg.Harapnya tiada apa yang membimbangkan.

Monday, June 13, 2011

Rancangan Tergendala lagi

Sekadar up dated tentang speech theraphy yang kami pergi Jumaat minggu lepas.
Tak sampai 1/2 jam pun kami di dalam bilik terapi, terapi terpaksa dihentikan kerana keadaan alat pendengarannya yang bermasalah.Acuan telinganya dah longgar!Bunyinya kuat ya amat.Menurut pakar, xguna dipakaikan kerana kesiankan aisya.Pasti aisya sakit kepala dan berdengung setiap kali pakai alat tuh.Kita yang mendengar dari luar ni pun dapat dengar kuatnya, inikan pula aisya yang diletakkan alat tu betul-betul di lubang telinganya.Lagipun pembelajaran xakan berjalan sempurna dengan keadaan seperti itu.Ibu dah pun buatkan acuan yang baru, 2 minggu lepas dengan audiologist untuk dihantar ke Perfect E.N.T & Speech Centre tapi mereka masih xcall ibu bgtau dah siap ke belum menda tuh.Tadi ibu call, kata mereka nak cek dulu, nanti mereka akan call ibu semula.Alahai, kalau masih xsiap juga minggu nih, nampaknya terapi pertuturan tu terpaksa lagi dibatalkan.Dan selagi acuan telinga tu xsiap, selagi tu aisya xpayah pakai alat bantuan pendengaran tu.Huh, bebas ye kamu aisya seminggu nih.Hihihi.
Tapi bagi ibu pulak : Sayangnya!Dah lah aisya baru jer nak serasi pakai alat tuh.Ni dah di stopkan semula.Nampaknya terpaksalah bermula sekali lagi nanti.Harapnya tiada tangisan atau reaksi cabut mencabut lagi selepas ini.Semoga dipermudahkan segalanya buat si kecil ini.

Inilah contoh alat yang aisya pakai.
Behind-The-Ear (BTE)
Alat jenis belakang-telinga (BTE)mempunyai komponen yang dimuatkan dalam sarung plastik, tergantung di belakang telinga. Satu tiub plastik yang lutsinar menbawa bunyi yang telah dikuatkan ke acuan telinga yang terletak di dalam saluran telinga. Model ini, walaupun direka hampir sedekad lepas, berupaya menjadi canggih seperti alat bantu pendengaran yang lebih kecil. Sebenarnya, ia boleh memuatkan lebih banyak litar elektrik dan menguatkan bunyi lebih besar berbanding dengan jenis di dalam-telinga. Alat BTE juga tahan lebih lama daripada jenis lain dan ada sebilangannya pula yang kalis air

Acuan ini dah 6 kali saya kena buat baru sebab longgar.

Saturday, June 11, 2011

~Biarlah Rahsia~

Maaf..entry penuh emosi...

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlagu
Tak siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Tak kan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiada ku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas kupendam
Kuputuskan biarlah rahsia

Semakin aku hidup
Dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta

Bait - bait lagu ini seringnya membuatkan airmata saya bergenang.Malah saya pernah tewas teruk setahun yang lalu.Dan 2 hari ini kolam mata ini pecah lagi untuk entah yang keberapa kalinya.Saya tenggelam dalam emosi sendiri.Mengapa??mengapa??mengapa kehadirannya selalu sahaja membuatkan hati saya pedih?mengapa suka benar melukai hati ini dengan kata-kata itu.
Mengapa datang kalau hanya untuk melukai?Mengapa tega merosakkan kedamaian yang sedang bercambah kini?Kami bahagia dalam kesederhaan ini.Kami tenang dalam cara kami yang tersendiri.Kami gembira dengan apa yang kami lalui.Jangan pertikaikan apa yang kami lakukan.Jangan ungkit tentang kesakitan itu.Mengapa ada sahaja yang tidak kena?tidak betul di matanya?Sungguh kata-kata itu sangat pedih.Umpama menabur garam ke luka lama yang baru hendak pulih.Sakit sekali.
Dia..adalah orang yang sama yang pernah saya ceritakan di awal penulisan blog ini dulu.Pernah saya terhenti menulis kerana kata-katanya yang bisa.Setelah hampir setahun tidak berjumpa..kini dia datang untuk melawat.Bukan saya melarikan diri tapi jika pertemuan bisa membuatkan hati saya sakit, airmata saya mengalir..untuk apa?Semua itu akan membuatkan saya kembali jatuh.Saya tahu masalah tidak akan selesai jika melarikan diri..mendiamkan diri, tapi itulah yang terbaik untuk kami.Saya rela begitu.Saya sering berahsia.Saya lebih suka mendiamkan diri dari memberitahu setiap apa tentang aisya padanya kerana setiap balasan pasti akan melukakan.Pasti semuanya akan berbalik pada kesalahan saya.Bukankah perkataan talian 'keluarga' itu untuk menyokong?untuk membantu menguatkan?Untuk sama-sama berjuang?Bukan untuk menjatuhkan..menyakitkan.Sungguh saya tertekan saat ini.Setiap kali mengingati pasti kolam airmata ini basah kembali.
'Saya kuat demi anak ini'
Tidak cukupkah usaha saya untuk aisya?Salah sayakah?Silap sayakah sekiranya anak itu masih begitu?Terlalu banyak yang telah saya korbankan.Hati, perasaan, masa malah segalanya hanya untuk aisya.Kerana saya terlalu sayangkannya.Kerana dialah nyawa yang saya ada selain aireen.Saya akui saya hanya berdiam diri, xpandai melawan kata, xpandai mencantas setiap tujahan.Tolong padamkan ayat 'tak reti jaga anak '...xsayang anak tuh' dari setiap perbualan.Sungguh saya amat terasa. ;( .Cubalah berdiri di tempat saya sebentar.Rasakan apa yang saya rasai selama ini.Jangan hanya pandai berkata-kata.Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

'Ya Allah..kuatkanlah aku menghadapi ujianMu ini.Pimpinlah halaku pada jalan yang kau redhai'.

Friday, June 10, 2011

Aktiviti petang aisya di taman permainan

Anak-anak pastinya seronok sangat kalau petang-petang dapat turun ke taman.Dan ibu cuba tunaikan permintaan mereka sekiranya keadaan cuaca baik tapi dengan syarat kakak dan aisya kena jadi 'good girl'.Tak mau nakal-nakal dan dengar cakap ibu, babah dan cik til.Setiap hari jika tidak ibu (nak masak makan malam), babah (ot), cik til pasti membawa mereka turun ke taman.Setiap petang hujung minggu, inilah juga aktiviti kami selain ke kolam renang.Melihat senyuman di wajah mereka dan mendengar hilai jerit tawa mereka sudah cukup menyenangkan hati ini ;)

Sewaktu mula-mula sampai..masing-masing xsabar nak main

Tengok tuh..nampak kan kakak btl2 jaga adik ;)

Lihatlah langkah kecilnya..
Budak tecik nih..
Langsung xtakut
Bermain macam anak-anak sihat lain
Tengok tuh..masuk gelongsor yang panjang (yang org besar punya)
Cepat-cepat kakak ikut nak jaga adik
Masuk terowong pulak
Langsung xreti penat
Main gelongsor pulak
Dah petang..kakak pujuk ajak balik
Nak ke kereta, dia blh singgah lak tepi tasik
Nak tengok air (favourite dia)
Muka teruja nampak air
Kasih adik dan kakak
'I Love You' Adik...

Masih saya berharap dan terus berdoa moga saat-saat seperti ini akan terus berulang.Semoga ianya tidak akan direnggut pergi dari hidup saya.Sesungguhnya merekalah 'nyawa' yang menghidupkan kehidupan saya.
'Ya Allah...berilah kesihatan yang baik kepada anak-anak ini.Lindungilah mereka dari sebarang kesakitan.'

Thursday, June 9, 2011

Mari bersantai ~ cara aisya ;P

Hihihi...tajuk entry macam kelakar je kan?Meh kita tengok reaksi budak tenit ni bersantai sensorang :-

Time ibu snap gambar ni pada mulanya aisya langsung xsedar.Yelaa, leka mengulit dan minum susu ;)
 Alamak...sekali kantoi daaaa..dia nampak dah.hihihi..
Dia tak pernah susahkan orang lain.Ada kawan atau tidak, dia sama sahaja.Lebih suka bermain sendiri..layan blues.Dia tetap dengan cara dia.Dialah aisya..........permata hati saya ;)