Friday, October 29, 2010

Alkisah........aisya jatuh lg.

Semalam ibu balik sedikit lewat ke rumah. Ada kerja-kerja urgent yang perlu diselesaikan. On the way balik, ibu singgah ke rumah tok abah utk mengambil barang yang dipesan oleh babah. Kemudian singgah pula di UPM mengambil Mak su Dila (minggu ni Mak su duduk umah aisya). Ibu sampai lebih kurang dalam kul 6 petang. Sebaik jer membuka pintu rumah, ibu hairan kenapa kakak aireen xberlari datang sambut dan cium ibu tapi dia duk diam atas sofa dengan muka sedih. Rupa-rupanya sesuatu dah berlaku..............................
Cik til bagitahu, kejadian berlaku lebih kurang 20 minit sblm ibu sampai. Alkisahnya...kakak aireen dukung aisya. Bila cik til nampak dan tegur, kakak aireen lari (sambil dukung aisya) pastu kaki dia tersadung kat tikar. Lalu kakak aireen pun jatuh. Bayangkan keadaan aisya ketika itu? Yer..kakak terlepas dukungan aisya lalu aisya pun turut sama jatuh. Dalam erti kata lain 'tercampak'-cik til ckp. Huh..xtau nak kata apa dah.
ibu belek-belek badan aisya. Airmatanya masih lagi bersisa di matanya cuma tangisnya dah berhenti setelah dipujuk oleh cik til. Yang tinggal sisa sedun sedannya. Aisya diam jer + sedu sedan. Dahi dah ada sebijik telur puyuh + luka. Kesian anak ibu. Ibu ambil dan peluk aisya.Ibu belek2 dahinya yang dah kurang membonjol selepas dituam oleh cik til. Risau + bimbang + sedih + marah + nak ngs pun ada. xtau nak cakap apa. Semuanya bercelaru. Kakak aireen pandang ibu dengan pandangan bersalah (takut dimarahilah tuh). Airmata pun dah bergenang di tubir matanya. Kakak, kakak. ibu tau kamu nak ajak adik bermain tp keadaan adik terhad sayang. Ibu g dekat kakak. Ibu cakap padanya "kali ni ibu xbabab kakak tp lain kali kakak buat lg mmg ibu akan marah kakak. No more angkat/dukung adik. Kan ibu dah pesan banyak kali. nnti adik dah pandai jalan baru kakak blh pegang tangan dia ajak dia jalan. Sekarang ni kalau kakak nak main ngan adik, biar adik duduk atas toto..depan tv nih, kakak bwk sume mainan dekat adik. main kat sini jer. Promise ngan ibu! kalau kakak angkat lagi adik, ibu hantar adik g hospital."
Ibu tahu kakak xbersalah, dia cuma nak ajak adik bermain bersamanya seperti anak-sihat yang lain cuma mungkin caranya xkena. Kesian kakak xde kawan yer :( huhuhu..
Malam tadi ibu lebih prihatin pada keadaan aisya. Takut ada kesan sampingan selepas jatuh tuh. Alhamdulillah, nampak ok cuma dia ada termuntah/jeluak sikit pas minum susu. Mulanya ibu kaget namun selepas beberapa jam pemantauan, ibu nampak aisya ok jer. Dia tido pun nyenyak. Alhamdulillah..janganlah aisya sakit2 lagi ye nak. Ya Allah..peliharalah anakku dari sebarang musibah dan kesakitan.

Kesan benjol dan luka di dahi aisya

Wednesday, October 27, 2010

Lena Yang Mendamaikan Hati Ini


                           
Wajah kesayangan ibu yang selalu membuatkan ibu jadi begitu rindu padanya.

Malam tadi ibu belek-belek phone tengok gambar-gambar aisya. Ibu suka sangat renung aisya tido dan rakam gambar-gambar aisya tido nih. Betapa tulus dan mulusnya wajah anak kecil itu. Tiada tangisan, kesakitan dan keperitan pun terpancar pada riak wajah itu. Sungguh kuat anak ini. Dia berjaya melepasi setiap fasa kesakitan dan kepayahan untuk terus hidup. Tanpa jemu dan penat memenuhi setiap temujanji demi temujanji di hospital, ujian demi ujian untuk membolehkan pakar-pakar mencari 'ubat' yang terbaik untuknya agar 'normal' seperti anak lain. Kasihan anak ibu :( Owh, kalaulah boleh..ibu mahukan wajah itu terus selamanya begitu. Tenang dan mendamaikan hati ini.
Sungguh, ibu risaukan masa depannya. Kuatkah dia menghadapi hari depannya yang sudah pasti lebih besar cabarannya dari sekarang? Berhadapan dengan kata-kata dan pandangan sinis daripada orang luar adalah lebih sakit! Ibu berjanji walau apapun ibu tetap bersamamu sayang.



 Antara beberapa keping wajah tido aisya yang begitu tenang dan mendamaikan hati seorang insan yang bergelar ibu.
Ibu bangga memilikimu sayang!

Aisya g swimming



Petang ahad lepas ibu bawa aisya n kakak g swimming kat Presint 9. Dah lama sebenarnya x g beriadah/swimming iaitu sejak bulan puasa lepas.Yelah start dari bulan puasa, then masa berhari raya..memenuhi jemputan kerumah-rumah terbuka. Beberapa minggu selepas itu pulak siri demam aisya yang berlarutan. Kini, alhamdulillah aisya sihat dan kembali aktif. So, ibu ingat nak start semula exercise dan stimulation kaki untuk aisya. Kata 'cikgu' fisio aisya, air elok untuk kuatkan otot kaki dan mempercepatkan aisya berjalan. Insyaallah, dengan izin dariNya. Kita hanya mampu merancang, usaha dan seterusnya bertawakal kan? ; )

Aisya punyalah seronok dapat main air . Siap dia baringkan/telentangkan badan dia lagi bila kita masukkan badan dia dalam kolam tuh. Ibu rendam aisya dalam kolam, elok jer dia menendang-nendang dalam air tuh. Alhamdulillah..nampak kakinya dah semakin kuat. Aisya xlama di kolam sebab takut dia terlalu sejuk. Yelah..dia kan ada masalah jantung + paru-paru (pneumonia). Setengah jam tu pun ibu dah nampak bibir dan kuku kaki tangannya dah biru.

1 jam setengah xcukup untuk kakak. Bila diajak naik untuk tukar baju, dia menjawab 'jap lah ibu..last yeh'. Ntah yang keberapa kali last pun xtaulah kakak aireen nih. Hari dah beransur gelap. huhuhu.. Dah siap tukar baju, dia nak main kat playground plak. Akhirnya kul 7.30petang barulah kami berangkat balik. Itupun selepas ibu berjanji next week nak datang lagi.
Kakak..kakak..ada ada sahajalah kakak nih”.

Monday, October 25, 2010

Kata2 Kakak Yang Meruntun Jiwa

Kakak ( Aireen Arissa Dania - 3tahun ) petah dan bijak berkata-kata.
Kakak yang kebelakangan ni suka sangat bertudung. Habis tudung2 ibu di sepah2kannya (kononnya nak cari tudung dia )

Malam tadi semasa ibu mengemas bilik, ibu biarkan aisya bermain2 sendirian. Kakak pula di ruang tamu menonton berita dengan babah. Sedang ibu leka melipat kain..ibu terdengar "Kesian aisya, aisya xtau apa2 ye. Kesian aisya, aisya xpandai jalan lg...kesian aisya bla..bla..bla". Ibu toleh ke arah aisya. Ibu nampak kakak dengan susah payahnya nak angkat dan dukung aisya. Sampai si adik nampak lemas kena peluk ngan kakak. Tp adik masih xmenangis. adik diam jer diperlakukan begitu. Ibu g dekat mereka. Berikut antara perbualan ibu dan kakak:
Ibu       : Kakak nak bawak aisya g mana?
Kakak : Kakak nak angkat adik. Sian adik xpandai jalan.
Ibu       : Biar jelah adik kat situ. adik kan tengah main tuh.
Kakak : Alaaa..kakak nak main ngan adik kat depan. Cian adik xpandai jalan kan ibu. Kakak boring ar main sorang - sorang.
Ibu      : Dengan rasa sedikit tersentuh - xpelah kakak. adik kan kecik lagi. nnti adik dah besar, dah pandai  main, kakak main sama2 dia yeh.



Suatu waktu ketika kami sedang menonton televisyen :-
Babah     : Yang, lekuk kat dada aisya ni nmpk cam makin dalam je kan?
Ibu         : Ehmm..tahu. orang risaulah kalo tengok..
Kakak    : Dada kakak pun dalam ibu ( sambil selak baju tunjuk dada dia)
Ibu          : Kakak, lekuk tu sebab adik sakit. kakak xsakit kan?
Kakak     : Kakak pun nak sakit jugaklah. Kakak nak masuk spital cam aisya
Ibu          : Dalam terkejut - kakak ! xmau cakap camtuh.
Kakak    : Dengan muka sedih kena marah - tp kakak pun nak ikut ibu.nak ddk spital sama2 aisya.
Babah     : Sambil tarik kakak dan cium dahi dia - kakak xmau sakit2.nnti kena cucuk.xboleh main2 taman, xleh g swimming. Adik pun dah xnak sakit2 lg.dah xnak duk spital lagi. dia nak main ngan kakak kat umh.

Begitulah kakak yang mungkin terasa dirinya sedikit diabaikan oleh ibu sepanjang 1 tahun 1/2 nih. Maafkan ibu ye kakak. Ibu tahu kakak nak bermanja ngan ibu, nak selalu dekat ngan ibu tp keadaan xmengizinkan. Adik lebih memerlukan perhatian. adik sakit sayang. Ibu kena selalu ke hospital malah kadang2 selalu tinggalkan kakak ngan cik til bila adik kena admit wad. Ibu janji bila adik dah sihat sikit nnti, ibu bawak kakak holiday ye sayang. kita luangkan byk masa bersama cam dulu. Ibu sayang kakak.

Temujanji di IJN dan Fisioterapi




Hari ini aisya ada temujanji dengan pakar di Institut Jantung Negara ( IJN ). Kami daftar jam 10.17 pagi. Pukul 1.32 petang barulah nama aisya dipanggil, Lama giler menunggu. Aisya dah siap tido bangun balik pun nama masih xnaik2. Sib baik budak tecik ibu ni xmeragam cuma lasak nak turun dari pangkuan (sbb nak mengengsot atas lantai )xmau ibu pegang.huhuhu..
Kali ini aisya 'baik' sbb biasanya tiap kali perlu menjalani echo/scan aisya perlu diberi ubat tido namun kali ini dia masih boleh dikawal dan dipujuk semasa sesi echo dijalankan.
Menurut pakar, luka operate nampak cantik..luka dalaman (salur jantung yang dibesarkan menggunakan balloon) juga kelihatan ok. Pernafasan aisya juga tiada masalah. Tiada apa yang membimbangkan. So, aisya akan menjalani follow up sekali lagi selepas 6 bulan. Alhamdulillah..syukur atas apa yang Engkau berikan Ya Allah. Permudahkanlah segalanya untuk kami.


 
Aisya dengan 'rusa mak nani' hihihi..di Physio Therapy Neuro 
Selesai di IJN dalam kul 2.10 petang. Babah memecut menghantar kami ke Hospital Serdang pula. Petang ini ada temujanji di  OCCT dan selepas itu ke Physio Therapy Neuro pula. Begitulah rutin kami seharian di hospital. Huhuhu..
Seperti biasa, aisya pasti akan meraung. xtaulah kenapa..puas dipujuk dengan pelbagai mainan dan alatan. Tangisannya bukan semakin surut malah berlarutan sehingga tersedu2..batuk dan hampir2 muntah. Kesian 'cikgu' baru aisya (yang lama dah bertukar ke hospital lain) baru 1st time berkenalan dah membuatkan dia kaget dengan pesakitnya yg kecil ini. Pasti dia pening dengan perangai anak ibu ni. Ibu tahu itu cuma taktik aisya supaya ibu mengangkatnya..mendukungnya, supaya 'cikgu' berenti dari terus membuat stimulation padanya. Semasa latihan berjalan di palang besi pun aisya meragam. Tp ibu biarkan sahaja. Maaf sayang, kamu perlu berlatih. Ibu mahu lihat kamu berjalan. Seperti yang therapist katakan berulang kali 'aisya ni boleh sebenarnya tp selfconfident nya terlalu rendah'. Sehinggalah 'cikgu' mengeluarkan 'anak rusa nani'  bewarna kuning dan meletakkan aisya di atasnya. Memula dia takut tp xlama slps itu..aisya mula mengukir senyum. Siap terhenggut2 dia menghenjut 'anak rusa nani itu'. Wahh..nmpknya dia btl2 berminat dengan 'anak rusa nani' itu..kata 'cikgu'. Sangat comel dan menarik. Menurut kata 'cikgu' permainan itu boleh membantu menguatkan pinggangnya.. mengajar aisya mengawal sendiri badannya. Nnti ibu cari ye sayang.kat mana ye ada jual permainan seperti ini?
Masih dengan raungan dan tangisan tatkala diletakkan dalam 'walker'. "Cikgu, kaki aisya xsampailah nak pijak lantai. Camner aisya nak latih jalan nih?".huhuhu...kesian anak ibu. Tangisannya begitu meruntun jiwa ibu. Pelahan2 ye nak, xmau nangis2. Aisya nak cepat jalan kan? nak jalan2, lari2 kat taman ngan kakak. So, kena selalu latihan..bukan nangis2 camnih sayang.


Permulaan latihan untuk berjalan di palang dah ok.. Tp 5 minit pastu, mulalah raungan bergema. Mungkin ker dia takut?? atau kakinya yang terlalu kecil itu sakit untuk menampung berat badannya tatkala dia berdiri lama?
 Beberapa kesimpulan yang diberi oleh therapist untuk aisya pada hari itu :-
  • Aisya masih berada dalam tahap selfconfident yang amat rendah.
  • Titik fokus aisya pada sesuatu perkara juga kurang/rendah. Ibu perlu lebih memberikan dia
  • lebih rangsangan supaya dia lebih peka dan fokus pada sesuatu.
  • 'Cikgu' mensasarkan aisya boleh berjalan pada usia 2 tahun (insyaallah) SEKIRANYA dia dapat atasi ketakutannya. So, ibu perlu berusaha lebih untuk membantu aisya menaikkan keyakinan dirinya. Seperti yang diberitahu oleh 'cikgu'....Aisya, you can do it!

  •                                      

Thursday, October 21, 2010

Perkembangan Terkini Aisya

4 bulan berlalu...
4 bulan ibu menyepikan diri utk cuba mengumpul kekuatan dan mengambil semangat yang hampir hilang. Beberapa perkara yang berlaku sedikit sebanyak menggoyahkan kekuatan yang ada..merobek tangkai hati. Namun kini alhamdulillah..ibu bangkit dari kejatuhan itu. Ibu xseharusnya lemah. Masih ramai yang menyokong. Masih ada yang lebih teruk dari ibu. Seharusnya ibu bersyukur..sekurang2nya ibu masih diberi peluang oleh Allah utk bersama dgn aisya..utk trs mencurahkannya sepenuh kasih sayang..utk melihat setiap perkembangan dirinya. Di sini ibu coretkan beberapa perkembangan/berita terbaru aisya yang kini berumur 18 bulan :-
  • Aisya disahkan oleh pakar telinga bahawa mempunyai masalah pendengaran dan dia kini memakai alat bantuan pendengaran (hearing aid) yang dibeli dengan harga rm7 ribu. Kata audiologist tahap pendengarannya adalah sangat teruk. Dia hanya mendengar pada frekuensi yang tinggi. Jikalau kita yang normal blh mendengar pada bacaan 20-30 tetapi aisya hanya blh mendengar pada bacaan 100.   ;(  kesian aisya. Serius, 2ari pertama slps mendapat result diagnosis telinga aisya ni ibu berkurung dlm blk, menangis terkenangkan aisya..macam mana masa depan aisya. semua risaukan ibu. tp lama2 ibu sedar xguna ibu menangis. keadaan xakan berubah kecuali ibu berusaha mengubati aisya. Ibu belikan aisya hearing aid tu. Harapan ibu anak ibu xkan berbeza apapun daripada anak2 normal yang lain. Insyaallah, aisya blh bercakap..mendengar cuma masa yang menentukan. aisya..pakai yer hearing aid tu.xmau cabut2 sayang...
  • Aisya memakai hearing aid
  • Keputusan MRI brain yang dijalankan keatasnya menunjukkan otaknya sedikit mengecut. Menurut paed keadaan ini akan dipantau. Sekiranya pertumbuhan / perkembangan diri aisya merosot cthnya berat badan semakin menurun maka MRI brain akan diadakan sekali lg dan sebarang alternatif lain akan dicadangkan oleh paed. Ini ditakuti sekiranya ia trs mengecut, aisya mgkn akan kehilangan apa yang dia dah capai skrg. Buat masa ni aisya aktif dan tiada komplikasi lain yang serius.
  •  Aisya sblm ditolak kebilik operation
  • Aisya di IJN (selepas operation)
    Aisya selamat menjalani minor operation untuk meluaskan salur jantungnya yang sempit (seperti yang ibu ceritakan dalam blog sebelum ini) Menurut surgeon, masih ada 2 salur yang sempit tetapi ianya tidak serius. keadaannya akan dipantau dan sekiranya perlu dioperate ( kebarangkalian akan ada lg 2 siri operation utknya ),  tgu sehingga aisya besar sedikit. (ibu berharap agar tiada lg operation yang akan dijalankan terhadapnya)
  • Aisya kini blh ddk sendiri tanpa bantuan. ( perkembangan yang ibu paling happy, alhamdulillah ). Sebelum ni aisya hanya terbaring sahaja dan kalau ddk pun memerlukan bantuan dan sokongan.(ibu perlu ddkkannya barulah dia dapat ddk) Sekarang daripada baring, dia sudah pandai ddk sendiri walaupun kelihatan agak payah pada mulanya. Tertonggeng2..tersenget2 bdn dia :) Alhamdulillah, berkat latihan di OCCT dan Physio Neuro Therapy juga stimulation yang ibu dan cik til buat di rumah.
  • Kakinya yang kecil dan kurus itu masih blm kuat utknya berjalan sendiri namun aisya dah mampu berdiri dengan bantuan, melangkah sedikit-sedikit + goyang xstabil apabila dipegang/berpegang pada sesuatu.
  • Mulut masih belum kerap berbunyi.aisya selalunya diam, leka bermain sendirian tp ibu perasan yang  dia sudah pandai menyebut ieeebu..kadang2 aaabu.kalau menangis perkataan itulah yang akan disebutnya.'aaabu uuwat' -ke ibu yang terlebih berangan dgr aisya berckp nih?hihihi..
  • Wajah budak demam..kasihan anak ibu
  • Kebelakangan ni aisya kerap demam dan demamnya blh mencecah 39+c. Itulah yang ibu paling takut. Yang terbaru ibu berkejar dari ofis di KL ke Putrajaya mengambil aisya dan bergegas ke kecemasan Hospital Serdang kerana cik til menelefon ibu sambil menangis mengatakan aisya ssh bernafas dan kuku kakinya dah biru. Ya Allah..betapa masa tu ibu rasa ibu dah jadi mcm pemandu F1. Alhamdulillah..tiada apa yang membimbangkan cuma batuk yang berterusan membuatkan oksigennya tidak cukup. aisya hanya menerima rawatan di wad harian sahaja dan dibenarkan pulang selepas pernafasannya stabil. Inilah kali pertama aisya biru dan kejadian ini amat menakutkan ibu.
  • Kain basah yang xlekang di kepala time demam
    Aisya kini ssh sgt nak makan dan minum susu!macam nk berperang time makan.(tang ni ibu geram sgt) puas dipujuk, dipaksa. minum susu pun sikit jer.nak hbskan 4oz pun ssh dan dia blh bertahan xminum dari pagi sampai ke ptg. Nak xnak mmg ibu paksa guna stringe (Botol dia xmau hisap). bab makan pulak, dia akan muntahkan semula. Dengan berat hanya 6.1kg dalam usia 18 bulan, aisya nampak mcm baby berusia 6 bulan.huhuhu..ibu tgh cuba menaikkan berat badan aisya skrg nih.( thank's to ina ibu nabila - sebab hadiahkan aisya 'carborie'). harap2 blhlah menambahkan berat badan aisya tuh. 
  • Aisya dah ada lebih kurang 6 batang gigi yang kesemuanya umpama masih 'pucuk' baru nak keluar.2 dah nampak (gigi taring) tp masih kecil dan 4 lagi (gigi depan-2bawah, 2 atas)baru muncul sikit jer.
  • Aisya dah pandai 'bye, bye' (lambai tangan) dan salam. Kalo nak srh cium kena tunjuk tempat cth tunjuk pipi kita byk kali baru dia akan tundukkan dahi dia cium pipi kita. (aisya cium guna dahi dia.hahaha). Ini semua baru dia dapat/pandai setelah agak lama kami ajar/tunjukkan (berbulan jugaklah). Walaupun agak lambat dari anak2 normal, at least ibu puas dan bangga sebab dia juga boleh lakukannya cuma mengambil masa. U can do it aisya!
  • Sehingga kini kami masih lg meneruskan semua temujanji2 yang ada antaranya OCCT, Physio Neuro Therapy, Paeds, Audiologist, Speech Therapy, Dietician (dah lama xg.hahaha), rawatan susulan di IJN, check up di klinik kerajaan dan bermacam2 rawatan lg seandainya perlu. Penat mmg penat (Dengan urusan di pejabat yang xpernah surut, berkejar ke setiap temujanji di hospital dan malam pula sibuk dengan kerja2 rumah.)Sekurang2nya sebulan kami perlu memenuhi 3 kali temujanji dan adakalanya sehingga 5 temujanji serentak dalam sebulan. tp demi aisya, segalanya ibu sanggup lakukan anakku. Semoga dengan semua usaha dan berkat doa kepadaNya aisya terus sihat. Doakan utk aisya yer.

Pertemuan Singkat Yang Bermakna

Salam..
Wahh..tajuk cam org bercinta lak kan?Huhuhu...
Just want to share...9.10.10 aritu ibu berkesempatan berjumpa dengan ina dan nabila-salah seorg daripada superkids family (alaa...pic xamik lak nak buat bukti.hihihi). Kebetulan mereka berada di Hari Konvokesyen adik ipar ina di UPM. Plan asal ibu nk g umah ina (tp kerap tertunda) kebetulan pada hari tu ina nk ke UPM.So, ibu amik kesempatan ni utk bertemu mereka.Memang dah lama hajat di hati nk jmpa dgn "superkids family" ni. (Melalui blog merekalah ibu belajar utk trs kuat dan menjadikan ibu lebih redha menerima ujian Allah). Akhirnya tercapai gak. Thank's ina, kerana banyak bg kata2 semangat dan dorongan utk ibu...sudi dengar luahan hati ibu..bg beberapa tips utk kesihatan aisya. Dan yang bestnya aisya dapat hadiah 'carborie' dari ibu nabila. Sori nabila, ibu ayu xsempat nak belikan apa2 utk nabila (kelam kabut sikit hari tu).  Masa terlalu singkat menjadikan ibu xpuas bersembang ngan ina & bermain ngan nabila. Tp aisya dah start meragam (alamat kolo tgu lama mmg loud speaker dia bergemalah satu UPM tuh), cik til lak ada hal..nak xnak kami terpaksa balik awal. Huhuhu...lain kali jmpa lg yer ina. Terima kasih atas pertemuan itu. Ayu sangat2 hargainya.
p/s : nabila anak yang sangat comel..dan baik. diam jer dia ddk dalam stroller oren dia tuh. ;)  Muaahs utk nabila sayang. ada masa,umur panjang kita jmpa lg yer sayang.

Permulaan sebuah kisah

Salam..
Setelah 4 bulan ibu menyepikan diri daripada dunia 'blogging' ni, kini ibu kembali. Kembali dengan semangat baru. Kembali menyambung utk trs mencatatkan diari aisya, perkembangan aisya dan mungkin juga lebih kepada luahan hati seorg ibu. Punca menyepikan diri? merajuk? Ntahlah..pada sesetengah org mungkin nampak agak remeh tp ianya begitu menyentap hati seorang ibu apatah lg yg berkata itu adalah dari family sendiri. Salah ker ibu membuat blog utk anak ibu?salah ker menceritakan segalanya tentang anak yang sakit ini di dalam dunia blog ini? Ehm..xperlulah ibu panjangkan hal ini cuma sekali lg ibu ingin tegaskan di sini bahawa ibu kembali berblogging  kerana bagi ibu di sinilah tempat utk ibu meluahkan rasa hati, melakarkan setiap perkembangan dan aktiviti anak ibu dan mencari rakan2 yang memahami supaya akan datang nnti aisya dapat membaca segalanya..supaya aisya tahu betapa semua org menyayanginya..supaya aisya tahu bahawa semasa kecil, dia seorg anak yang kuat, tabah dalam melawan kesakitannya. Diharap dgn itu, dia mendapat lebih kekuatan dan kesabaran menempuh  ujian2 yang mgkn lebih 'sakit' dari skrg. Ibu juga ingin tegaskan, ibu membuka blog ini bukanlah utk menjaja cerita anak yang sakit, bukan juga utk menunjuk2 yang ibu adalah ibu yang terbaik utk anak yang sakit itu, juga bukan menagih simpati dari org lain. Ibu xmintak semua tu. Ketahuilah (ditujukan utk seseorg), kamu sesungguhnya tidak memahami MALAH XAKAN PERNAH FAHAM kerana kamu xmerasainya, xmenanggungnya malah x berada di tempat ibu berada sekarang. Tak perlulah berkata apa2 kerana ianya sudah terlalu menghiris tangkai hati ini, xperlulah pura2 bersedih utk kami, xperlulah sshkan duit kamu itu kerana kami xpernah sesekalipun memintanya dan yang penting xperlulah bersusah payah fikirkan hal kami. Kami mampu melaluinya bersama mereka2 yang lebih memahami. Insyaallah..
Terima kasih kepada mereka yang menyokong dan kepada ibu2 yang sama2 berjuang..Allah ada bersama2 kita. Semoga kita terus diberi kekuatan dan kesabaran olehNYA dalam menjaga, mendidik dan memelihara anugerah istimewa ini.INSYAALLAH..