Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..


Bulan Ramadhan telah datang menjelang,
Sebuah kesempatan untuk meraih keberkatanNya,
Mari bersihkan hati untuk menyambut Ramadhan nan suci,
Mohon dimaafkan atas segala kesilapan dan khilaf,
serta janji yang terabaikan.

Sempena Ramadhan yang akan tiba esok, saya mengambil kesempatan ini untuk menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada sebarang salah dan silap, tersalah kata, terabai janji dan terguris rasa sama ada secara sengaja mahupun tidak.Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Semoga kehadiran Ramadhan tahun ini membawa sejuta rahmat dan keberkatan pada kita semua.Amin.

Saturday, July 30, 2011

Dah beli baju raya???

Kebelakangan ni orang kat sekeliling dalam opis saya sibuk duk cerita bab2 baju raya.Ada yang menjual baju budaklah, ada yang jual kain pasanglah, ada yang duk sok sek sok sek tanya kat mana nak tempah baju rayalah dan macam2lah ragam lagi yang kesemuanya banyak berkisar tentang 'Baju Raya'.Hihihihi...puasa pun lom start lagi.Puasa ganti tahun lepas dah habis ganti belum?Ibu, Mama, Mummy, Umi, Emak semua dah beli baju raya untuk anak masing-masing?
Bercerita bab baju raya, saya sebenarnya hanya bersederhana sahaja dalam membeli walaupun saya mengaku saya memang 'giler' bila shopping baju anak-anak.Yer, biasanya baju anak-anak adalah keutamaan saya.Tak raya pun saya memang begitu.Pada saya biarlah anak-anak bergaya dan nampak comel sentiasa ;) Ibu dia biasanya last-last minit baru cari.Tahun nih saya dah pun menempah setiap seorang 2 pasang baju kurung raya yang sedondon.Dapat saya bayangkan betapa comeinya mereka berbaju kurung nak-nak si aisya tu 1st time raya boleh berjalan tahun nih ;) Sayangnya baru-baru nih tailor call bagitahu kain untuk baju aisya tu xcukup.Yang xcukup tu baju untuk hari pertama raya lak tuh.Huhuhu..rasanya aisya punya xsampai pun 1meter setengah guna kain buat sepasang baju kurung.Nak tak nak saya terpaksalah mencari balance kain yang serupa tuh.Sedihnya kat tempat yang saya beli kain tu cakap design colour tu dah habis.Isk..isk..isk camner nih?xkanlah nak beli lain?(kakak pakai lain, adik pakai lain).Last-last saya g jumpa tailor tu mintak @ lebih tepat 'paksa' dia cuba gak cukupkan kain yang ada tu walaupun terpaksa buat baju kurung kedah tuk aisya.Rasanya cukup jer bila saya tengok lebihan yang ada tuh.Hahaha...kejam kan ibu aisya nih?
Kalau bab baju t-shirt, gaun, jeans atau kasut aisya....jangan terkejut bila saya bagitahu walaupun umurnya sekarang-2 tahun 4 bulan, namun aisya masih memakai pakaian bayi yang berumur 6-12 bulan.Itupun masih ada cutting pakaian 12 bulan yang agak besar bila dipakaikan ;) Setiap kali memilih pakaiannya, saya akan ke bahagian bayi dan pasti rakan2 yang melihat menegur kerana kata mereka anak saya kan dah besar.Begitu juga jika saya ditanya promoter berapa usia anak?Setiapkali diberitahu umur anak saya 2 tahun lebih saya pasti disuruh ke bahagian kanak-kanak sedangkan pakaian yang saya cari untuk anak berumur 2 tahun lebih itu adalah kebiasaannya akan saya ambil dari area bayi.Dengan berat 7.4kg aisya tidak sesuai memakai pakaian seusianya kerana pakaian tersebut pasti besar dan londeh.Saya juga masih menyimpan beberapa pasang pakaian yang dihadiahkan kepadanya semasa sambutan hari lahir kerana kebanyakkan pakaian tersebut besar.Dan pakaian yang dihadiahkan kepada aisya semasa sambutan ulangtahun kelahiran pertamanya ada juga yang masih belum dipakaikan kerana besar.Kasut yang saya beli baru-baru ini bersaiz bayi berumur 9 bulan juga terlalu besar buat aisya.Huhuhu...bak kata seorang sepupu, 'aisya ni nasib baik muka macam baby lagi (maksudnya muka masih cam budak kecik/xmatang) so, orang xhairanlah dengan perkembangan dia yang lambat tuh sebab igt dia masih baby.Gigi pun baru tumbuh 11 batang, rambut sikit, cakap pun xlagi, badan halus, kaki tangan kecik...mmg gaya baby pun'.
 Saya belikan baju dan kasut ni untuk aisya kerana tertawan dengan kecomelannya tapi sayangnya dua-dua besar.
Budak tenit yang selalu bikin saya geram.

Friday, July 29, 2011

Hobi baru saya ;P

Nak tau apa dia??Jap ye ibu cari pic dia.Hihihi.........................
Nampak xsenonoh kan?Haaa..nilah hobi baru aisya sekarang.Dah jadi cam habit lak.Sebenarnya dia bukan korek hidung.Tapi dia suka sangat letak jari dia kat 'pintu masuk' lubang hidung dia tuh.Dah banyak kali saya tepis turunkan tangan dia tapi lain masa dia buat lagi.Heiii, nanti orang kata anak dara apa nih?Korek hidung depan2 orang?Hahaha....janji xmemudaratkan adik sudah ;P

Kenapa dengan kamu dik??

Malam tadi sedang orang duk sibuk2 pasal bola, ibu diserang pelbagai perasaan.Risau, bimbang, takut...macam2lah.Al kisahnya...petang semalam masa ibu duk menyapu rumah dak aisya tu punyalah ligat 'berlari' dari hujung dinding ke pintu utama (eksyen jer lari sebenarnya jalan laju).Itu salah satu keghairahan dia sekarang sejak 'dapat' kaki.Berulang-ulang dia buat perkara tu walaupun ibu dah larang takut nanti jatuh tersadung apa2 kat lantai.(carpet ker, mainan dia sendiri ker) Dah ar jalan pun xberapa nak stabil lagi.Tiba-tiba 'bedebuk' bunyi benda jatuh beserta dengan raungan yang kuat.Aduhai...sepantas kilat mata ibu melihat aisya terjunam ke depan dengan dahinya mencecah lantai dulu.Aisya menangis sampai xdengar suara.Ibu angkat dan peluk dia, belek2 tempat yang jatuh.Kemudian g basuh muka dan bagi dia minum air suam.Aisya ooo...aisya, nak marah pun ada.Dah banyak kali jatuh pun masih xserik2.Geram lak rasa tapi melihat sisa sendu dan lelehan airmatanya, timbul rasa simpati yang mendalam.Kesian anak ibu.Nak main cam orang lain, tapi selalu jer tergolek..Dalam kul 7, sedang ibu duk ketip kuku dia, tetiba dia terlentok jatuh atas bantal.Babah tepuk2 panggil dia, dia bukak mata sikit kemudian pejam balik.Laa..ngantuk rupanya.Sah-sah penat sangat sebab tengahari g speech theraphy, petang sakan menangis sebab jatuh.
Malamnya aisya merengek jer.Dah start terjaga...ditepuk, didodoi dengan lengan ibu, dipeluk semuanya serba xkena.Risau xusah ceritalah.Bimbang kalau2 ada kesan akibat jatuhan petang td.Tetiba aisya termuntah.Kuar air jernih bercampur susu.xbanyak, sikit jer.Ish, adik nih.Kenapa?Dalam fikiran mulalah macam-macam andaian.Kata orang kalau terjatuh, pastu muntah2 tandanya ada apa-apa kat dalam yang kita xnampak.Aduh dik, jgn wat ibu bertambah risau.Ibu angkat dan basuh badan, muka dan kepala dia.Kemudian bagi dia minum air suam sikit.Lepas dah siap pakaikan pakaian lain, tepuk2 punggung dia terus dia terlelap.Mungkin tadi dia tak selesa kot.Ibu fikir, kalau masih muntah-muntah...mmg kena g emergency malam ni.So far alhamdulillah, aisya tidur nyenyak sampailah ke pagi tadi.Kul 12.30am dan kul 5.30am ibu bangun buatkan dia susu.Dia minum seperti biasa 4-5oz.
Harapnya dia ok2 sahaja hari nih.Tadi pun ibu dah pesan pada cik til srh pantau dan bagitau ibu kalau aisya nampak lain.
 Budak tecik yang semakin lasak sekarang

Thursday, July 28, 2011

Bila dah bosan menunggu...beginilah jadinya pada anak kecil saya ;)

Lamanya xupdated blog ni kan?Huhuhu...rindu sangat nak menulis.2 minggu hanya sempat melawat blog kengkawan jer tanpa sempat menulis cerita perkembangan aisya.Huhuhu..
Tapi, hari nih ibu nak upload video-video aisya seperti yang ibu pernah janjikan pada entry2 lepas.Seronok tau tengok gelagat dia time nih.Time ni sedang menunggu untuk ke Speech Therapy kira-kira 2 minggu lepas.

Kusyuk kan saya membaca?(membaca ker tengok gambar dik oii?) ;P

Rombongan kakak ke Melaka

Tadi ibu masuk lewat ke office sebab nak menghantar anak dara ibu mengikuti rombongan sekolahnya ke Melaka.Ibu tunggu kat sekolah sehinggalah bas kakak hilang dari pandangan ibu.Hihihi...macam2 perasaan ada nak lepaskan dia ikut rombongan tuh.Risau, takut tapi ada jugak excited bila tengok muka excited dia (hahaha...ke ibu yang terlebih excited)Ye laa..1st time nak lepaskan anak yang baru umur 4 tahun g berjalan tanpa ibu dan babah @ keluarga rapat.Dalam surat, tempat utama lawatan adalah Zoo Melaka, Kolam Air Panas di Pedas dan sekitar Melaka.Ok ker dia nanti, kang tersesat ntah kemana budak kecik tuh, duk diam tak nanti...macam2 lah pikir.Tapi akhirnya ibu benarkan jugak bila babah kata xde apalah.Kan cikgu2nya ada.Kakak aireen pun bukan main seronok lagi.Dalam 2 hari sebelum nak g ni punyalah dia semangat nak g sekolah.Dah xmenangis bila kejut pagi2 suruh mandi.Dah xbagi alasan 'sakit perut/batuk2' sebab xnak g sekolah.Petang semalam, dia dah sibuk suruh ibu siapkan baju2 salinan dia, baju mandi dia, botol air dia, bedak, sikat dll (air dah siap bancuh malam tadi tau letak kat beg.hahaha) Anak ibu nih..agaknya sebab dah lama kami xbawak dia berjalan tempat-tempat camtu.Biasa g taman2 yang dekat umah jer.Ataupun happy sebab ada ramai kawan yang akan pergi sekali.Meh kita tengok ragam kakak sebelum dia bertolak tadi ;)
 Dengar taklimat dari cikgu dulu
 Anak-anak yang xsabar nak berjalan
 Nampak tak kakak aireen?
 Kakak ngan kawan2 beratur nak naik bas
 Heh..dah putus barisan?Ibu suruh senyum pandang kamera.
Kakak aireen dalam bas.Ibu mintak tolong kakak fiqa (budak 6 tahun) tengok2kan aireen

Apalah yang kakak buat sekarang?Mesti tengah syok duk tengok binatang2 kat Zoo Melaka tuh.Semoga perjalanan anak ibu ni dilindungi dan selamat pergi dan balik.

Telatah aisya di rumah

Leka kan dia bermain???
Letaklah lego banyak2 kat ruang tamu.Dia akan asyik bermain ngan mainan dia ;)

Thursday, July 21, 2011

Terima Kasih...Sampai berjumpa lagi

~Mood busy teramat~
Sepanjang minggu ni ibu saya busy sangat so xsempat bercerita panjang tentang saya.So, untuk mengubat kerinduan semua, ibu akan upload beberapa video yang sempat dirakamkan berkaitan aktiviti saya sepanjang minggu lepas.
***Video-video ini mungkin bisa menceritakan segalanya (kesihatan & perkembangan terkini aisya)***
Enjoy the video k  ;P
Pn. Shiela last jumpa saya hari tu sebab dia akan cuti 2 tahun untuk sambung belajar...dia sedih, saya pun sedih gak.Pasni dah xleh jumpa dia lagi.Dia antara yang terbaik pernah rawat saya sepanjang 2 tahun ni.Dia banyak bagi nasihat dan tips pada ibu untuk peningkatan saya khasnya berkaitan masalah pendengaran saya.
Hari tu, Pn. Shiela buat ujian pendengaran pada saya.Melalui ujian itu, katanya bacaan pendengaran saya semakin baik menggunakan alat bantuan pendengaran tuh iaitu dari 120 sebelum ini kepada 70++ sahaja (saya xreti nak cakap bacaan apa, tp itulah yang saya dgr melalui perbincangan ibu dan Pn. Shiela.) Bak kata Pn. Shiela, saya boleh mendengar bunyi yang kuat cthnya kalau suara orang bercakap bacaannya dalam 40 atau 50 sahaja, so kalau nak bercakap ngan saya kenalah kuatkan suara jadi dalam 70 gitu (huh, kena jerit2 ker?) Saya nampak ibu angguk2..sian ibu.Menurut Pn. Shiela lagi, saya kena lebih kerap pakai alat bantuan pendengaran tu supaya saraf di telinga saya tidak mati.Patutlah ibu selalu tepuk tangan saya dan marah setiap kali saya cuba cabut alat tuh.Tapiii..............saya xselesa.Saya melangkah keluar dari bilik Pn. Shiela dengan dihadiahkan satu ciuman perpisahan dari Pn. Shiela.Terima kasih banyak-banyak ye Pn. Shiela.Sampai jumpa lagi nanti.

Thursday, July 14, 2011

~Bahagianya Bergelar Seorang Ibu~

'Anak-anak saya adalah 'nyawa' saya.Mereka melengkapkan kehidupan saya sebagai seorang wanita yang sempurna.Merekalah yang menjadi 'guru terbaik' dalam saya melalui kehidupan seorang ibu.Pengalaman yang telah mereka beri kepada saya adalah memori yang paling indah dan tidak akan pernah dapat saya lupakan seumur hidup saya.Merekalah buah hati, bunga cinta, penyeri, jiwa, penguat dan pelengkap kehidupan kami suami isteri.Senyuman dan gelak tawa mereka adalah penawar kedukaan dan kesakitan saya.Kenakalan, gelagat dan telatah mereka adalah 'wayang' dalam kehidupan saya.Bebelan, tangisan dan celoteh mereka adalah 'radio buruk' yang bermakna buat saya.Setiap peristiwa dan detik masa bersama mereka adalah 'diari' berharga dalam kehidupan saya.Sakit mereka sakit jugalah saya.Tangisan mereka bisa meluluhkan jiwa raga saya.Merekalah tonggak kehidupan saya.Mereka segalanya bagi saya.Aireen...aisya, ibu sayang sangat pada kamu berdua!'

(Moga kalian dapat membacanya suatu hari nanti betapa ibu terlalu bahagia memiliki kamu berdua)
Kelahiran kakak di saat usia perkahwinan ibu dan babah masih 'pucuk'.Terlalu muda dan mentah dalam melayari kehidupan berumahtangga.Namun berita kehadiranmu dalam rahim ibu begitu mengujakan semua orang dalam family kita.Dan layanan yang ibu terima sebagai 'ibu mengandung' ibarat puteri raja.Apa sahaja yang diidamkan ibu pasti semua orang sibuk mencari ;) Manis sekali untuk dikenang.Kakak hadir dalam suasana serba serbi sederhana kerana ketika itu ibu tidak bekerja (surirumah sepenuh masa setelah alahan yang teruk.Hingga menyebabkan ibu terpaksa melepaskan jawatan ibu - setelah 2-3 bulan mengandung yang ketika itu boleh tahan lumayan di sebuah syarikat swasta.) manakala babah pula baru sahaja mendapat kerja.Kelahiran kakak sungguh mudah.Ibu hanya kesakitan berada dalam labour room lebih kurang 2 jam sahaja walaupun menurut doktor anak pertama biasanya mengambil masa 10jam iaitu 1cm untuk setiap bukaan.Kakak meluncur keluar selepas 3-4 kali teran dengan bonus kehadiran babah di sebelah ibu.Rezeki kakak murah kerana ramai yang menghadiahkan macam-macam.(kalah hadiah orang kahwin!Ada stok hadiah yang masih xhbs dipakai lebih setahun).Dan rezeki terbesar, ibu terima surat tawaran kerja kerajaan (walaupun jawatan tidak utk kelayakan sebenar) selepas tempoh berpantang.Minggu pertama ibu bekerja, ibu selalu menangis dalam tandas kerana rindukan kakak.Ibu sanggup terkejar-kejar lari balik tengok kakak waktu rehat semata-mata nak bagi kakak susu ibu.Susu badan membengkak, ibu pernah perah dalam tandas guna tangan dan buang camtuh jer.Sungguh kakak membawa rezeki yang banyak dalam hidup kami.Di awal kelahiran kakak sering menangis malam-malam.Tak tahu apa sebabnya.Kami pernah berkejar ke klinik pada jam 2 pagi semata-mata kerana dia menangis tanpa henti.Pernah tidur dalam kereta (sebab kakak suka aircond.Kalau dalam kereta, dia akan diam dan tidur lama).Namun bulan-bulan berikutnya kakak lah bayi yang paling mudah dijaga (orang cakap.Hihihi) Kakak membesar dengan sihat dan bijak.Segala-galanya cepat.Meniarap, merangkak, duduk mengikut progress yang sebenar malah kakak start bertatih pada usianya 9 bulan++.Kakak start bercakap pun awal malah kakak tidak pelat seperti kanak-kanak lain.Mulut macam bertih goreng, xreti penat.Bercakap jer.Ehmm..akal pun semakin panjang.Ada jer alasan kalau dilarang atau dimarah.Hihihi.Kakak minum susu ibu sejak dari lahir dan betul-betul stop semasa usianya 3 tahun lebih (campur dengan susu formula).Dalam usianya 4 tahun sekarang alhamdulillah, kakak semakin bijak.Dah boleh mengeja perkataan2 ringkas, skill menulis dan mewarna yang semakin baik, dah menghafaz beberapa potong doa pendek, banyak perkataan Inggeris yang dia faham maknanya dan yang dia paling suka menghafal lagu-lagu (bab lagu 2, 3 kali dengar dah dihafalnya).Syukur atas setiap perkembangannya itu.Sekurang-kurangnya, dia adalah harapan saya untuk menunjukkan contoh yang baik buat adik-adiknya nanti.
Aisya pula kedatangannya tanpa kami sedar.Tiba-tiba baru perasan saya dah terlewat datang bulan.Walaupun dalam keadaan yang tidak bersedia namun kami sekeluarga happy.Tambah-tambah lagi saya kerana saya memang sangat sukakan bayi.Bersalin 10 orang anak pun saya sanggup!Yang xlaratnya sebab kedua-dua kandungan saya mengalami alahan muntah yang teruk.Saya sukakan tiap moment indah bergelar 'ibu mengandung'.Saya suka melihat perut yang membuncit di depan cermin.Kata babah 'seksi'.Hahaha..Saya bahagia merasai setiap gerakan halus dan tendangan perlahan di perut.Untuk aisya, saya banyak mempersiapkan diri contohnya bab 'breastfeeding'.Saya melanggan PaMa, saya jadi member susuibu.com, saya menelefon Pn.Rita Rahayu-pakar laktasi, saya search internet dan sebagainya.Saya berhabis membeli set breastfeeding 'Avent' dan Spectra 3.Niat saya untuk menyusukan aisya secara exclusif.Tanpa campur sebarang susu formula.Kebetulan ketika itu, rezeki saya memang murah kerana saya  'freelance' membuat pelan untuk ubahsuai rumah.Jadi untuk kelahiran baru (aisya) saya membeli semua keperluan bayi baru seperti yang pernah saya angankan dulu yang tidak mampu saya tunaikan semasa kelahiran kakak.Bukan niat berhabis tetapi sekadar memenuhi impian semasa ada rezeki.Namun kita hanya mampu merancang.....yang menentukannya adalah Yang Maha Kuasa.Itulah ketetapannya.Pam guna hanya sekejap, katil bayi tidak berusik, kelengkapan bayi terbiar, pakaian bayi tidak digunakan.Aisya lahir xcukup bulan dengan pelbagai komplikasi.Andaian dan diagnosis yang dikhabarkan pula begitu memeranjatkan saya.Aisya hanya memakai pampers tanpa berbaju seluar, di hidungnya ada tiub susu di badannya penuh berselirat pelbagai jenis wayar berbagai warna, memakai bantuan oksigen setiap masa, ditemani beberapa mesin yang membingitkan telinga.Begitulah dunia aisya pada awalnya.Setiap hari, pantang saya hanyalah di dalam bilik NICU.Dengan berkain batik, bersweater, berstokin tanpa berbengkung, tanpa bertungku selama 44 hari berulang alik rumah ke hospital kemudian ke IJN (10 hari) dan kembali semula ke NICU sehinggalah hampir 6 bulan.Barulah anak kecil yang kuat itu dibenarkan mengikut saya balik.Namun rutin kami tetap sama-masih berulang alik hospital untuk segala macam ujian, terapi dan rawatan malah 2 tahun pertama kami sering berkampung di wad 5A atau 5B.Bersama aisya, saya belajar untuk menjadi seorang yang lebih redha, cekal dan keras hati.Saya juga menjadi seorang yang lebih berdikari.Kalau dulunya saya seorang yang lembut dan 'cembeng' tetapi kini saya rasa lebih kuat selepas melalui pengalaman demi pengalaman bersamanya.Semuanya kerana aisya.Dia mengajar saya erti lebih bersyukur, lebih menghargai dan 'usaha tanpa jemu'.Ternyata banyak perbezaan antara kakak dan aisya.Aisya delay jauh dari usianya yang sebenar.Tidak meniarap dan merangkak.Bertatih pun di usia 2 tahun (itupun sampai sekarang masih belum seimbang) Bersuara/bercakap juga jauh sekali.Namun dia ada keistimewaannya tersendiri.Dia juga bijak, nakal, comel dan pandai mengambil hati.Jika dia sihat, dia adalah anak kecil yang sangat aktif dan keletah.Setiap inci perkembangannya sering sahaja mengujakan saya walaupun hanya sekadar aisya pandai memegang pen, aisya menoleh bila dipanggil atau aisya berbunyi 'uu..uhh..' sambil menunjuk sesuatu atau membuat isyarat tanda dia menceritakan/memberitahu sesuatu.Biarpun nampak biasa tapi untuknya itu adalah satu perkembangan yang sangat baik.Dan saya bersyukur kerana sehingga kini aisya masih bersama kami berbanding sahabat-sahabatnya yang lain yang telahpun dijemput olehNYA.
~Semoga hubungan erat ini berkekalan selamanya~
Biar seteruk manapun kelainan, biar sejauh manapun perbezaan, biar apapun tanggapan....mereka berdua tetap kesayangan saya.Tetap istimewa di hati saya.Saya bertuah kerana dapat merasai kedua-dua pengalaman itu (menjaga anak tipikal dan istimewa).
Indahnya bergelar seorang ibu~Tiada ungkapan yang bisa menzahirkannya kecuali bagi mereka yang merasainya sendiri ;)

Wednesday, July 13, 2011

Hidup kan terus melangkah

Menjawab keresahan dan keprihatinan kawan-kawan semua.Terima kasih kerana selalu mengambil berat tentang kami.Terasa saya tak pernah keseorangan.Doa dari kalian sangat saya hargai.
Alhamdulillah, puteri hati saya aisya hari ini baik-baik sahaja.Batuk dah tiada (selepas 3 hari diberi inhaler) cuma selsemanya masih ada.Oh ya, petang Ahad aisya mengejutkan kami.Mana taknya, time tu kami dalam perjalanan menaiki kereta. Aisya tiba-tiba macam orang xboleh nak bernafas (xreti nak describe camner tapi bunyinya lebih kurang macam orang tercekik tuh) pastu air liur meleleh2.Saya tepuk belakangnya banyak kali.(dari tepukan perlahan sampailah bunyi ber'debuk'/kuat - sori sayang yer).Dalam keadaan kaget tuh, tetiba aisya terbatuk dan terus muntah.Tempoh masa sedemikian lebih kurang 5-7minit.Selepas itu, dia menangis sekejap dan keadaan kembali seperti biasa setelah dipeluk, dipujuk.Babah memarahi saya kerana katanya saya memberi aisya 'sesuatu'/makanan untuk aisya telan sedangkan saya menafikan sekerasnya.Saya yakin ketika itu aisya tidak makan, tidak minum dan tidak menelan sesuatu.Nasib sangat baik kerana ketika itu, aisya berada di atas riba saya.Jika tidak????????tidak mahu saya membayangkannya.
Ke klinik?Aisya dah pun saya bawak ke klinik.Menurut doktor tiada apa yang perlu dirisaukan.Ubat selsema dan batuk memang ada diberikan namun untuk kondisi aisya adalah tidak digalakkan.Sebaik-baiknya dia hanya perlu memakai inhaler.Jadi saya memilih untuk hanya memberikannya inhaler sahaja kerana saya tidak mahu terpaksa berdepan walaupun hanya sekecil risiko JIKA boleh.Alhamdulillah, hari ini anak itu kelihatan lebih baik.
Masalah baru pula adalah.............................dia menolak untuk memakai hearing aid.Mungkin kerana sewaktu 'kesakitannya' kami tidak memakaikan alat itu.Jadi setelah selesa tidak memakainya lama maka dia kembali menolak setiapkali alat itu diletakkan kedalam cuping telinganya.Adakala saya akui saya lebih kepada MEMAKSAnya tetapi lebih banyak ketikanya saya akur setelah melihat airmatanya.Aduh...sekali lagi perlu bermula.Lelah sekali bila sudah di pertengahan jalan, kami terpaksa berpatah balik di awal jalan semula untuk memulakannya sekali lagi.Namun apa daya dan jalan yang ada?Hanya itu sahaja lorong yang terbentang di depan kami.Maka nak atau tidak, sakit atau tak, suka atau duka............perjalanan perlu diteruskan.Hidup kan tetap melangkah walau beribu kali tersungkur.
Semoga dipermudahkan untuk kami terus melangkah menongkah semua arus dugaan yang mendatang.

Friday, July 8, 2011

Ujian demi ujian untuk kami supaya kami tidak melupakanNYA

Mode : RISAU + Stress + Penat + Mengantuk

Malam tadi sekali lagi anak kecil saya meragam teruk.Bermula jam 10malam, dia langsung xmahu diletak + merengek + menangis + batuk + muntah sampai ke pagi.Sampaikan dah xada apa di dalam badannya yang boleh dimuntahkan, hanya keluar air bercampur lendir.Nak kata kahak, rasanya dia bukan batuk berkahak.Asal minum susu jer, pasti muntah.Sehingga nampak aisya cam fobia dah nak minum susu..Nafas pun kelihatan sedikit laju.Hampir jam 4 pagi baru dia terlelap keletihan.Itu pun sekejap-sekejap terjaga dan sambung merengek.Aduhai..kenapa kamu sayang?Ubat dah pun diberi tapi batuk dan muntah masih berterusan.Tidurnya hanya mahu di lengan atau di bahu ibu.Matanya dah kelihatan cengkung dan bengkak.Selain ibu yang memegangnya, raungan pasti bergema memecah kesunyian.Baru sahaja ibu melihat tubuhnya berisi sedikit, kini pasti susut kembali ;(

Tak sanggup dah ibu tengok kamu kelelahan menahan batuk yang panjang.Semoga kamu sembuh cepat ye nak.

Thursday, July 7, 2011

GA My Little Secret - Fisher Price.


Dah lama tunggu Giveaway ni dari MAMA PUT . Akhirnya ia dilancarkan juga pada 4 Julai 2011 lepas.Ehmm..dengar pada nama contest pun dah tau pasti hadiahnya tersangatlah menarik kan?Mana taknya GA yang mendapat kerjasama tajaan dari Fisher Price.Pasti hebat juga hadiahnya.(Hadiah tajaan Fisher Price bernilai sehingga RM1,500 menanti anda)Hihihi..So, pada yang ada anak-anak kecil dan mereka yang berminat tuh, mehlah kita pakat ramai-ramai menyokong dan memeriahkan GA Mama Put ni.Pada yang berminat nak join, klik pada banner atau SINI untuk lihat syaratnya.Tak susah pun.

So, saya nak tag :
Zura ibu Habib
Sha ibu Aiz
Yan
Niza
Anim
Fieda

~Good luck semua~

~Batuk & muntah~

Petang semalam balik amik kakak aireen kat umah tok abah terkejut bila nampak aisya pun ada sama.Biasanya aisya kat umah Putrajaya ngan cik til.Nenek bagitau aisya batuk-batuk dan muntah-muntah.Ehmm..kenapa ni nak?Ibu lihat aisya tidak secergas biasa.'Lemau' jer dia petang semalam. Tak nak main-main ngan kakak seperti selalu sebaliknya hanya duduk kat tepi dinding - diam sorang-sorang.Bila ibu panggil pun dia diam menghadap ke dinding.Ibu g kat dia, angkat dan riba.Rasa badan dan dahi, xpanas.Balik rumah, ibu bawak aisya naik kete ibu.Cik til bawak kakak aireen naik kete dia.Sampai kat umah pun aisya xselincah biasa.
Malam ~ aisya tidur awal.Mungkin sebab badan xberapa nak sihat.Dalam kul 9++ dia batuk-batuk pastu muntah.Start dari itu, dia merengek, menangis, muntah, muntah dan muntah.Dari atas katil dia, ke ruang rehat depan tv, kemudian atas katil ibu semuanya habis kena muntah dia.Baju dah 3,4 kali bertukar.Akhirnya ibu hampar toto besar dan kami berkampung kat ruang tamu.Bila ibu suakan air suam suruh dia minum dia palingkan muka dia sambil geleng-geleng kepala.Nak tak nak ibu guna shringe untuk bagi air suam tuh tapi still secara 'paksa' supaya lega sikit tekak dia yang mungkin perit sebab muntah.Minyak TYT ibu sapukan ke dada, leher dan belakang badannya.Aisya kalau xsihat memang xnak diletak.Dia nak tidur atas lengan atau bahu ibu sambil berdodoi.Walaupun nampak dia dah lena tapi sebaik jer badan mencecah ke tilam, dia pasti akan jaga dan sambung menangis.Aduhaiii..letih memang letih tapi ibu turutkan juga supaya dia xmenangis dan kembali muntah.Babah balik dalam kul 12 (babah ot), babah tengok ibu dah xlarat nak dukung aisya (lenguh tangan + sakit pinggang) akhirnya babah lak yang ambik shift dukung aisya.Oh ya..sebelum tu ibu dah bagi 2 kali inhaler puff oren dan biru pada aisya untuk legakan batuk dia.Ntah jam berapa ibu terlelap bila lihat aisya dah betul2 lena atas bahu babah.Sedar2 5.30pagi tadi, terkejut tengok aisya tidur dalam buai betul2 kat bawah kaki ibu.Tak pernah-pernah dia tidur malam berbuai.Ishh..ajaran bahaya nih.Mesti babah yang letakkan dalam buai nih.Ibu angkat letak atas tilam, kemudian buatkan dia susu.Masa sedang bersiap nak ke opis tadi terdengar pintu bilik ditolak dan terjengul muka budak tecik tu bersama batuk-batuknya.Ibu dukung dan peluk dia sekejap, cium dan bagitahu dia ibu nak g kerja sebelum ibu hantar aisya ke bilik cik til (biasanya kalau masuk bilik cik til..aisya akan sambung tidur.Harapnya begitulah).
Baru 5 minit lepas ibu call cik til tanya keadaan aisya.Alhamdulillah, menurut cik til aisya ok cuma batuknya jer masih tak hilang.Harapnya tak berlarutanlah batuk dan muntahnya tu.Bimbang andai ada infection pada paru-paru apatah lagi jantungnya.Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Tuesday, July 5, 2011

Dah berjumpa yang sesuai TAPI...

Dah lama rasanya blog ni bersarang.Ke'busy'an yang melanda dan kepenatan yang mencengkam beberapa hari ini membuatkan mood untuk menulis tiada walaupun banyak idea/perkara yang nak dikongsi bersama.Oh yaa..andai ada yang risaukan keadaan aisya sebab saya lama xupdate tentang dia, jangan bimbang. Aisya baik-baik sahaja dan dia sekarang ligat dengan cara dia tersendiri.Hehehe... ;P
Terus pada perkara yang ingin sangat saya kongsikan dan saya rasa ianya penting serta berguna untuk ibubapa yang juga mungkin mengalami masalah yang sama seperti saya.Sejak dari bulan lepas, (selepas saya mengikuti Support Group Family di Hospital Serdang) saya telah mencari banyak info tentang terapi/kelas/sekolah khas pendengaran dan pertuturan.Dan antara yang terbaik saya temui adalah sebuah PDK yang dikenali dengan nama PDK Kiu yang terletak di Kg.Pandan, KL.
'Program PDK KIU khas untuk golongan cacat pendengaran berumur seawal 3 tahun.PDK KIU menitik beratkan pembelajaran pelatih mengikut kaedah KIU sebagai kaedah komunikasi.Kaedah kiu pula menggunakan kaedah pergerakkan tangan dan bertutur berpandukan kedudukan huruf-huruf Vowel, kaedah ini sangat berkesan kerana tidak semua kanak-kanak ini mengalami tahap pendengaran yang teruk dan mereka menggunakan alat bantuan pendengaran atau membuat Coclear Implan, kebanyakkan kanak-kanak yang belajar di PDK KIU boleh bertutur dan KIU sesama mereka, guru-guru serta ibubapa dan mereka juga berjaya meneruskan pelajaran menengah mereka di sekolah menengah biasa seperti budak-budak normal yang lain.'
Saya juga telah menyaksikan sendiri beberapa orang pelajar PDK Kiu yang berupaya bertutur walaupun mungkin sedikit berbeza dari yang normal malah mereka boleh menyanyi, bernasyid, membaca dan yang paling syahdu adalah mereka mampu mengaji dengan baik.Apa lagi yang seorang ibu inginkan dari seorang anak yang dikandungnya melainkan boleh membacakan ayat-ayat suci al-Quran dan mendoakannya  ketika dia tiada nanti?
Antara aktiviti yang ada di PDK ini adalah :
-Horse Riding
(MAFEC.TUDM Sg Besi) seminggu sekali, 9am-12pm setiap Khamis.
-MOTOR ACTION TRAINING.
(Taman Sinar Harapan,Seremban)Seminggu sekali, setiap Rabu.
-PDK Sport Day
-Lawatan
-Graduation Day dan macam-macam lagi.
Pada saya, sekolah ini sangat baik untuk aisya namun saya masih memikirkan siapa yang patut saya 'upah' untuk menjaganya di sana kerana jadual kelasnya adalah setiap hari (Isnin - Jumaat) bermula jam 8pagi sehingga 12.30tengahari.Setelah berbincang dengan pihak pengurusan, adalah disarankan agar aisya bersama dengan penjaga semasa di sekolah kerana di sana hanya belajar bukan mengasuh.Saya pula xmampu untuk berada di sampingnya sepanjang kelas akibat tuntutan tugas lain.Saya terfikir untuk mengambil cuti tanpa gaji 6 bulan @ 1 tahun semata-mata supaya saya boleh mengikuti setiap perkembangan dan pembelajaran aisya namun setelah berbincang dengan mereka yang terdekat dan memikirkan secara mendalam rasanya saya masih belum cukup mampu berbuat demikian atas alasan kedudukan kewangan keluarga.Mungkin ada yang akan mengatakan ianya hanya satu alasan 'ala...hendak seribu daya, xnak seribu dalih'.Iyer benar, saya akui...saya boleh sahaja mengorbankan kerjaya saya tetapi bagaimana saya dapat menghantar aisya ke sana-sini bersekolah, berterapi, menjalani rawatan itu ini, mencari supplement yang terbaik dan sebagainya sekiranya saya TIADA wang?Sungguh saya bingung.Saya ralat jika tidak dapat menghantarnya ke sekolah dalam usianya yang masih muda ini supaya dia boleh lebih berkembang.Dan yang penting saya mahu aisya belajar bertutur.Saya yakin aisya boleh melakukannya jika selalu diasah.Sayangnya masa yang diperuntukkan di rumah untuk saya melatihnya sungguh terhad.Jadi mungkin dengan menghantarnya belajar di sekolah PDK Kiu ini adalah yang terbaik.Saya sedang mencari sesiapa yang berminat untuk menjaga aisya (separuh hari sahaja) di sekolah dengan syarat dia seorang yang penyayang dan betul-betul boleh diharap (bancuh susu, tukar pampers dll keperluan semasa di sekolah).Aisya seorang anak kecil yang tersangat baik...mudah sekali menjaganya :)
Atau ada kengkawan yang mempunyai idea @ pendapat untuk berkongsi dengan saya?Saya sangat mengalu-alukannya dan terima kasih.