Persiapan raya?Entah kenapa mood untuk persiapan raya langsung tiada.Tiada tempahan biskut raya yang bermacam jenis seperti tahun sebelumnya, tiada pertukaran langsir dan barangan rumah seperti selalu malah baju raya saya sendiri cukuplah 2 pasang ( itu pun sepasang tambahan last minute setelah babah suruh beli. Kalau tidak hanya sepasang sahajalah baju raya untuk dipakai pada hari pertama raya.)Yang saya utamakan adalah persiapan anak-anak kerana merekalah yang teruja untuk beraya.Masing-masing 2 pasang baju kurung,4 -5 helai t-shirt, 2 helai jeans, 2 pasang gaun dan 2 pasang kasut baru.Asal keluar jer, yang berkenan di mata adalah pakaian kanak-kanak :)
Tahun ni, turn kami beraya di Johor iaitu kampung belah babah.Yang membuatkan saya syahdu tahun ni kami beraya tanpa abah mertua yakni orang yang sangat rapat dengan saya.5 bulan pemergiannya, hati ini masih lagi sebak setiapkali balik ke kampung.Selalunya waktu2 begini dialah yang paling sibuk ke hulu ke hilir membuat persiapan.Dan, dialah yang rajin menemani saya keluar mencari barang keperluan juga yang melayan saya bersembang sambil memasak di dapur.Aduh...rindunya saya pada arwah.Semoga arwah tenang dan berbahagia di sana.
Di kesempatan ini, saya memgambil kesempatan menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada tulisan saya yang mengguris rasa tanpa saya sedar.Maafkan saya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga.Hati- hati membawa kenderaan pulang beraya ke kampung.Jangan main mercun.Jaga kesihatan.Semoga kedatangan Syawal nan mulia membawa keceriaan dan kebahagian pada semua.