Monday, April 4, 2011

~Akibat tukar susu~Semua salah ibu!

2/4/11-3/4/11- Planning asal untuk membawa anak-anak berjalan pada hujung minggu terpaksa ditangguh disebabkan anak kecil comel saya sekali lagi tidak sihat.Alahai anak ibu...setelah sembuh dari sakit kakinya kira-kira sebulan lepas, kini sekali lagi kesakitan itu menyerang.Bermula dengan batuk di tengah malam, muntah-muntah dan di ikuti sakit perut (pada anggapan ibu kerana bila ibu pegang perutnya yang keras dia akan menangis kuat) Mungkin kerana dia tak poo poo (buang air besar) dah 3 hari.Salah ibu kerana ibu menukarkan susunya daripada pediasure kepada frisolac gold (baru 3 hari tukar).Aisya menolak untuk makan, minum dan bermain.Dia hanya baring dan merengek menangis sakit.Sepanjang hari melekat dengan ibu.Tidur pun hanya dalam pelukan dan dukungan ibu.Bila diletakkan di tilam, rengekan dan tangisan kembali bergema.Kesakitan ketara bila melihat tangannya digenggam kuat sambil badannya mengerekot.Bayangkan sejak semalam dari jam 1.40am dia last minum susu sehinggalah 4.15pm baru dia minum itupun 1.5oz.( lebih kurang 14 jam dia tanpa sebarang makan dan minum, HANYA MERENGEK sahaja).Bagi air kosong suam pun di tolaknya.Tengahari, badan dah mula panas.Ibu tampalkan cool fever di dahi dan bagi ubat demam.Di perutnya ibu sapukan sedikit minyak angin.Kerana xsampai hati dan kasihan melihat keadaannya, petang...ibu terpaksa menggunakan ubat picit kat punggung tuh (apa ntah namanya ;P-babah beli kat farmasi). Alhamdulillah, setelah dia membuang...barulah dia nak minum susu 2oz dan kelihatan selesa.Dah mula tersenyum dan nak bermain cuma xnak susu jer.



Jam 2.24 pagi tadi, aisya kembali merengek dan batuk-batuk kemudian muntah lagi.Pagi-pagi buta dah kena basuh badan n kepala dia yang penuh ngan muntah tuh ;( Kenapa yek setiap kali selepas diberi susu dia muntah?Dia pun cam dah fobia langsung xnak minum susu.Ibu dah stop beri dia susu baru tu tengahari semalam dan kembali guna susu biasa yang dia minum sebelum nih.Pagi tadi ibu tinggalkan dia yang sedang lena tidur keletihan.Cepat sembuh yer sayang ibu.

'Ya Allah...jauhilah aisya dari sebarang kesakitan.Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya.Janganlah Kau ambil nikmat yang telah Kau pinjamkan padanya'.
Amin...amin...amin yarobbal alamin.

p/s: Semua nih salah ibu..Huhuhu..maafkan ibu yer aisya.

7 comments:

Fysa Ismail said...

ala sian nye sayang umi ni....harap aisya kembali sihat ye sayang...

kak yu kita hanya mencube untuk kebaikkan dan kesihatan die kan... jangan sedih2 k..

zura_habibhaariz said...

susu tu x sesuai kot ayu...

Yasmin Nabilah.. said...

Nabila aritu pun tukau susu..bila dah kena marah ngn doc srbab kata pediasure susu paling lengkap..terus tukau balik..pejam mata jelah kuar duit beli susu..huhu..

Nonie said...

Yer la kot...baik tukar balik Pediasure la Ayu..sian kt Aisya..

insan kerdil said...

ada ketika nya....meski pun pilihan yang dibuat....atas perkiraan dan pertimbangan yang wajar pada ketika itu....namun pabila keadaan itu menjadi yang sebaliknya....menyaksikan 'keperluan' agar pertimbangan dan perkiraan yang sama....dipertimbangkan semula....matlamat serta keutamaannya....buat yang tersayang....daripada yang menyayangi...

pabila matlamat serta kaedah nya selari....tiada lagi yang diharapkan selain dipermudahkan urusan dunia akhirat.....dalam menuju redha Ilahi...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

ieda said...

susu tu tak sesuai dgn perut aisya rasanya...sb tu perut dia jadi mcm tu.better balik ke susu asal.kdg2 komposisi susu yg terbaik (as claimed) pun tak semestinya sesuai dgn semua orang....kita tak tau selagi tak kena.

Azma said...

kesian aisya..

Rasanya betul ckp teman2 kat atas. Susu tu x sesuai agaknya.. Nape ayu tukar ye?

Smg aisya cpt baik..