Wednesday, February 2, 2011

Pertuturan...

Beberapa hari lepas saya ke Perfect ENT, Hearing and Speech Centre. Sebenarnya tujuan ke sana untuk mengambil hearing aid aisya yang di hantar servis 2 minggu lepas. Semasa di sana saya sempat berbual bersama dengan salah seorang audiologist yang sememangnya dah biasa dengan kami. Kebetulan tiada patient waktu itu. Perbualan kami yang mulanya berkisar dengan kesihatan aisya akhirnya melarat pada luahan perasaan saya berkenaan pertuturan aisya. Sungguh seperti yang saya pernah ceritakan..aisya jarang sekali membuat bunyi. Dia hanya diam bermain sendirian dan sesekali menjerit bila marah. Andai ada sesuatu yang diingini, dia akan menarik tangan kita dan menunjukkan ke arah apa yang dia nak atau tangan kecilnya itu akan menepuk nepuk kita untuk memberitahu sesuatu. Namun apabila menangis, teriakan dan laungan kuat bergema. Ntahlah..terus-terang sebenarnya saya risau sangat dengan keadaan tersebut(sebak mula meraja..payahnya saya bila bercerita pasal aisya, airmata pasti xpernah culas mengiringi. Andainya saya punya hati kering..sudah pasti saya xperlu sesakit ini). Menurut audiologist tersebut, insyaallah..sekiranya sering di ransang, aisya boleh bercakap kerana aisya bukan xdengar langsung namun sememangnya ia terlalu menuntut kesabaran dan waktu. Audiologist tersebut juga ada mencadangkan agar aisya dihantar ke kelas pertuturan persendirian /swasta dan jangan terlalu bergantung pada kelas terapi pertuturan di hospital kerajaan. Tahu sahajalah temujanji pertama di hospital untuk terapi pertuturan memakan masa lebih setengah tahun dan temujanji ulangan lebih 3 bulan sekali. Itu pun hanya untuk 1 jam setiap sesi. Satu jangkamasa yang xpraktikal bagi saya untuk anak kecil itu improve. Bukankah lebih baik dibuat kerap dan berterusan? Baliknya, saya singgah ke beberapa pusat pertuturan yang berdekatan untuk bertanyakan tentang itu. Masalahnya..yuran yang dikenakan sangat tinggi. Paling murah yang kami tanya, untuk sesi selama 1 jam bayarannya RM150. Mungkin kami mampu untuk membawanya sekali dua sebulan tapi apalah bezanya dengan terapi pertuturan di hospital jika peruntukan masa tersebut lebih kurang sama? Setidak-tidaknya aisya perlu ke terapi pertuturan setiap minggu. Owh...andainya saya mampu. Segalanya saya mahu tunaikan asalkan aisya dapat ke sana. Belajar bertutur secara berkesan selain kami juga melakukan latihan tersebut di rumah. Teringin sekali hati ini mendengar panggilan 'IBU' dari mulut seorang anak yang kini berusia hampir dua tahun! Ibu rindu panggilan itu darimu anakku.

15 comments:

Anonymous said...

sabar ye bu... masanya akan tiba.. InsyaAllah... ~AMIN~

zura_habibhaariz said...

b strong..insyaallah satu hari nnt aisya leh bercakap..

insan kerdil said...

perjalanan kehidupan....sentiasa akan bertemu persimpangan...yang menuntut diri membuat pilihan...untuk meneruskan...

namun sebagai hamba....atas kekurangan serta kelemahan...memohon hanya pada yang Esa...agar diberi petunjuk....dan dipermudahkan urusan dunia akhirat....dalam menuju redha Ilahi.....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah.....

wallahu'alam...

Dila Si Mama Dzariff said...

Huhu!!...bersusah payah saya mencari speech therapist private di JB ni. hanya satu yang ada..itu pun dia menggunakan bahasa cina..jadi macam manala dzariff saya nak faham. Sudahnya saya teruskan jugak dengan ST gov dan buat sendiri di rumah berpandukan buku. RM150 per session memang mahal...apalagi seminggu sekali. sebulan sahaja dah 600...belum dikira OT private, toys, susu dan pampers plus school fees. haih!!! Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki untuk memberikan yang terbaik untuk anak comel ini..amin!!

Ummi Alisya said...

aisya yang tomelll!!! baju die ni sama dgn alisya lah! heheee.... :)

Min said...

Insya Allah! keep on praying ayu... Allah Maha Mendengar & Maha Memberi... Dia akan bukakkan jalan, yang penting kita jgn lupa meminta dan terus meminta...

Yasmin Nabilah.. said...

mmg ayu..untuk semua2 ni..lebih2 lagi private memang menuntut wang yang banyak jika nak anak lekas pandai..Entahlah..kalau ada duit sekoyan..mau aje buat centre sendiri untuk anak2 ni..huhu..

ummuharithasif said...

insyaAllah suatu hari nnti aisya boleh bertutur dgn baik seperti kanak2 lain..amin

Jue-Isteri_Ibu said...

insya allah ayu..aisya boleh bercakap tu..sama2 kita berdoa, yer

Azma said...

hmm..mahalnya. Kat tmpt saya rm100/sesi. Tapi dia buat 2x seminggu je pasal katanya pada usia sebegini yg pentingnya hanyalah exercise oral motor. Excercise ni boleh dilakukan sendiri kat rumah. Kita jmpa therapist just utk blajar excercise tu & juga cara2 utk kita develope anak kita punya vocab, mempelajari aktiviti yg boleh dimainkan bersama2 ngan anak supaya penggunaan bahasa yg terbaik dapat dipratktikkan. Ayu duduk mana ye? Serdang ke? Saya ada kawan kat situ yg htr anaknya ke thrapist swasta dgn byran rm100.Kalau betul ayu duk serdang & berminat, just bgtau ye..Nnt saya dptkan info dr kawan tu..

UmmuAhmads said...

Salam puan,

Maaf, saya blog hopping dan singgah di sini. Anak saya yang bakal masuk 3 tahun pun belum ada walau sepatah perkataan, belum pernah lagi panggil saya "ummi"...dan tidak pernah respond ketika namanya dipanggil kerana dia autistik. Moga kita semua terus tabah dalam menghadapi ujian dan amanah Allah...:)
Perfect ENT yang puan sebutkan tu di Bdr Baru Bangi ke? Sebab anak saya buat speech therapy di Bdr Baru bangi, di Perfect ENT. Cuma ada pada hari sabtu shj, tapi kosnya tidaklah sampai RM150/sesi. 1st session RM120, lepas tu RM100/sesi 1 jam. Mungkin puan boleh tanya disitu.

EdaManAli said...

salam singgah...

agaknye aisya ni jenis yg simpan dulu kebolehan b'ckp dia. kot2 once dh bleh b'ckp, terus ckp xhenti2...

sabar ye kak, insyaAllah suatu hari nnt panggilan 'IBU' akn kluar dr mulut aisya...

Mama Q said...

salam ibu aisya,

saya baru terjumpa blog ibu...ni la yg saya cari2...persamaan anak kiter yg kurang pendengaran dan perlu pakai hearing aids...disebabkan itu anak x boleh bertutur seperti anak2 yg normal...salam perkenalan..saya follow blog ibu yer

ians said...

salam ibu aisya,

berdoa dan berusaha selalu. Insyaallah akan sampai masanya nanti si comel aisya akan berkata-kata. sy juga mengalami nasib yg sama. anak sy amir hanya mula berjalan ketika umurnya 2 tahun. perkataan pertama "ayah" ketika umurnya mencecah 3 tahun. selepas itu barulah keluar perkataan "mama". hingga skrg masih dibawah speech teraphy dan OT. mmg sedih krn umurnya kini 4 tahun (bln depan) ttp sgt sedikit perkataan yg keluar dr mulutnya umpama kanak2 2 tahun. nak hantar kat swasta sy rasa x mampu so sy continue kat spital putrajaya n wat sendiri kat umah.

Unknown said...

bergenang dah air mata ni bila baca...masalah yg sama seperti saya...umur anak dah 4 tahun...tringin sgt si anak menyebut perkataan "ibu" hanya boleh sabar menanti...tambahan pula di perlis langsung tiada kelas pertuturan swasta...cuma boleh harapkan hospital 100% dan percakapan d rumah