Monday, November 22, 2010

Semoga gelap..hujan..kilat serta guruh itu berhenti dan diganti dengan pula dengan cahaya pelangi yang cantik berseri.

Seperti rutin hari-hari minggu sebelumnya, ibu biasanya akan memperuntukkan lebih kurang 2jam untuk anak-anak ibu swimming/bermain air di Presint 9 namun minggu ni ibu terpaksa merehatkan mereka daripada bermain air berikutan virus selsema dan batuk yang melanda. Ibu xmahu kakak dan aisya yang baru je nak pulih itu sakit kembali. So, sabtu dan ahad kami hanya berada di rumah.

Namun petang ahad semalam..kakak bertanya "Naper kita x g swimming ibu?naper kita x g jalan-jalan?Kan ibu cuti.(kerana bagi kakak setiap kali ibu cuti, mereka akan dibawa berjalan tak kiralah g taman ker, melepak kat dataran putrajaya ker, pusing-pusing alamanda ker, asalkan tidak memerap di rumah) kakak boringlah ibu. Jomlah kita kuar g taman". Kesian kakak, ibu berfikir dan bertanya pendapat babah. Ketika itu babah hanya terbaring kerana tidak sihat. Akhirnya..setelah membuat keputusan, ibu menjawab "Jom..kita kuar g taman. Kakak cepat siap".

Anak itu yang kegembiraan tanpa berlengah terus saja bersiap. Ibu memandikan aisya dan bersiap ala kadar.
Jam 6.30petang kami tiba di Taman Gemilang, PICC Putrajaya. Aisya yang dalam dukungan ibu melonjak-lonjak kesukaan. Walaupun masing-masing belum pulih sepenuhnya (selsema masih ada) namun keriangan jelas terukir pada riak wajah anak-anak ini. Ibu ambil kesempatan mengajar aisya bertatih dengan memimpin kedua tangannya. Kakak berlari ke sana sini keriangan. Sesekali keluar juga suara ketawa aisya melihat telatah kakaknya. Owh..gembiranya hati ibu ini melihat wajah-wajah itu. Andai ibu mampu..ibu mahu berikan segalanya agar kamu berdua gembira selalu..anak-anakku.

Bila ibu kenang dan ingat kembali, aisya dah semakin sihat dan menunjukkan prestasi yang baik (walaupun agak lambat dari kanak-kanak normal yang seusianya) berbanding sesi berulang alik ke Bahagian Kecemasan sudah semakin kurang serta tidur bermalam di wad hampir setiap bulan sudah tiada sejak 5 bulan yang lalu. Semoga musim gelap itu bakal berakhir dan diganti pula dengan cahaya yang terang bersinar.
 Alhamdulillah..syukur kehadrat Illahi. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui Segalanya Ya Allah.







3 comments:

Min said...

mereka anak2 yang bertuah memiliki ibu seperti ayu! semoga terus dilimpahi rahmat Allah dan dimudahkan urusan kehidupan...

ieda said...

budak2 kalau happy insyaAllah immune system lebih kuat..susah nak sakit.

Anonymous said...

pabila hati dan minda menyatu...tatkala masa meninggalkan jauh...pada sesuatu yang dinamakan kenangan...

dalam pencarian untuk bersama menjadi satu....pada tiap yang tersurat...di celah ruang dan peluang itu lah...terbina nya suatu harapan...bagi yang tersayang...daripada yang menyayangi...

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...