Jumaat, ibu amik cuti untuk merehatkan diri + meluangkan masa dengan anak-anak ibu.Kebetulan tarikh 15/4 tu, aisya ada temujanji di IJN.Hari itu aisya agak behave, tidak menangis dan meronta seperti selalu sewaktu 'echo' (scan jantung) dijalankan.Malah yang menggembirakan ibu, aisya tidak memerlukan ubat tidur seperti kebiasaannya setiapkali menjalani prosedur echo.Mungkin kerana ketika itu dia baru bangun tidur (sedang mamai-mamai lagi) atau mungkin kerana echo dijalankan dengan cara ibu riba sambil memeluknya (dengan ibu-ibu sekali panjat duduk atas katil prosedur tuh.Hehehe).Secara ringkasnya menurut Cardiology Paediatrician, alhamdulillah...keadaan salur injap aisya walaupun masih sempit, namun berada dalam tahap yang memuaskan dan aisya tidak perlu mengulangi lagi pembedahan untuk meluaskan/membesarkan salur injapnya bagi kali ke 3.Ibu di minta untuk sentiasa peka dan prihatin dengan warna kulit aisya contohnya sekiranya aisya lasak atau melakukan aktiviti adakah kulitnya berubah biru atau tidak.Sekiranya ada, kemungkinan besar bekalan darah/oksigen yang melalui salur injapnya yang sempit itu mungkin bermasalah/tidak sampai ke paru-paru dan aisya perlukan pembedahan segera.Cuma buat masa ini, keadaannya terkawal.
Sejak dapat kaki, ini budak xreti duduk diam |
Saya sangat behave tau time ni |
Tak lama kami di sana kami ke KLCC.Hajat di hati nak tengok PC Fair.Kami park kereta di Hentian Putra dan menaiki Putra LRT ke sana sebab kakak merengek nak naik train.Huh..ikutkan ajelah. ;)
Itulah 1st time aisya naik train.Punyalah dia seronok.Tertinjau-tinjau mata nak tengok keluar.Nasib baik hari bekerja, so train tak penuh.Hanya kami anak beranak dan beberapa orang student je yang ada dalam coach time tuh.Sampai kat KLCC, kami makan-makan dulu kemudian barulah beransur ke PC fair.Orang kat dalam tu punyalah penuh.Kerana tak mahu aisya terlalu bercampur dengan orang ramai yang sesak tuh, ibu ambil keputusan tunggu di luar-kat taman KLCC dengan anak-anak.Kakak seronoklah meneroka taman tuh.Dia tarik adik ke sana.......tarik adik ke sini.Tempat yang di tuju.........................kolam air.Si aisya lak tersengih-sengih suka tengok air.Dia memang fanatik sangat ngan air.Mulalah tarik-tarik baju dan seluar suruh bukak...ingat boleh mandi.Macam-macam akalnya.Dalam ibu biar dia berjalan kesana -sini tuh 2x dia jatuh.Yelah..keadaan simen kat taman kan xrata.Aisya pulak jalannya masih belum stabil, akibatnya kali ke 2 jatuh, dia balik dengan kesan lebam biru di pipi kanan.Raungan dia???Ehm.....pecah satu KLCC.Akibatnya, ibu pulak yang dimarahi oleh babah.Huhuhu...itulah aisya, budak baru dapat kaki.
Kesan lebam di pipi - sehari selepas kejadian
5 comments:
Sian Aisya .. seronok sgt main...sampai lebam kat pipi...xperlah kasi lasak badan tu tp berhati-hati yer lain kali:-)
semoga anak ini kuat menghadapi kehidupan di muka bumi ALLAH ini...
alhamdulillah...tak perlu aisya di bedah lagi kan..moga makin sembuh..
wah aisya da pandai rayau2 sdr ye.. bile la aiz nak jln ni. nnt aiz pulak lebam2 kan. hehehe.. take k ye sayang..
Alhamdulillah Aisya is getting better.
Sesekali, biarler aisya melasakkan diri...biar immune bdn dia kuat..cayok aisya...nnt ajak lg ibu jenjalan..
huhu..cian aisya sampai lebam2 pipi..takpe..aisya dak kuat kan..sakit sikit je tuh..:)
Post a Comment