Friday, August 17, 2012

Hari Kemenangan...

Beberapa hari sahaja lagi semua umat Islam akan meraikan hari kemenangan 'Aidilfitri' setelah berjaya melalui nikmat dan ujian sebulan berpuasa.Terus terang saya sendiri masih belum puas untuk meninggalkan Ramadhan.Terasa seperti baru semalam menyambut Ramadhan.Kini, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita ;(
Persiapan raya?Entah kenapa mood untuk persiapan raya langsung tiada.Tiada tempahan biskut raya yang bermacam jenis seperti tahun sebelumnya, tiada pertukaran langsir dan barangan rumah seperti selalu malah baju raya saya sendiri cukuplah 2 pasang ( itu pun sepasang tambahan last minute setelah babah suruh beli. Kalau tidak hanya sepasang sahajalah baju raya untuk dipakai pada hari pertama raya.)Yang saya utamakan adalah persiapan anak-anak kerana merekalah yang teruja untuk beraya.Masing-masing 2 pasang baju kurung,4 -5 helai t-shirt, 2 helai jeans, 2 pasang gaun dan 2 pasang kasut baru.Asal keluar jer, yang berkenan di mata adalah pakaian kanak-kanak :)
Tahun ni, turn kami beraya di Johor iaitu kampung belah babah.Yang membuatkan saya syahdu tahun ni kami beraya tanpa abah mertua yakni orang yang sangat rapat dengan saya.5 bulan pemergiannya, hati ini masih lagi sebak setiapkali balik ke kampung.Selalunya waktu2 begini dialah yang paling sibuk ke hulu ke hilir membuat persiapan.Dan, dialah yang rajin menemani saya keluar mencari barang keperluan juga yang melayan saya bersembang sambil memasak di dapur.Aduh...rindunya saya pada arwah.Semoga arwah tenang dan berbahagia di sana.
Di kesempatan ini, saya memgambil kesempatan menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada tulisan saya yang mengguris rasa tanpa saya sedar.Maafkan saya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga.Hati- hati membawa kenderaan pulang beraya ke kampung.Jangan main mercun.Jaga kesihatan.Semoga kedatangan Syawal nan mulia membawa keceriaan dan kebahagian pada semua.

Wednesday, July 25, 2012

Terima kasih semua ;)


Terima kasih pada yang selalu bertanya khabar, yang sering menitipkan kata sokongan serta yang xpernah putus mendoakan anak ini walaupun blog ini dah lama sepi.

Monday, July 23, 2012

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum w.b.t,
Rasanya masih xterlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa pada semua umat Islam khasnya kepada yang sudi membaca blog aisya yang semakin hari semakin suram ini.Alhamdulillah, kerana masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmatnya berpuasa serta mencari berberkatanNYA.Di sini saya memohon ampun dan maaf andai ada coretan dan tulisan yang mungkin menyakiti tanpa saya sedar.Semoga kita sama-sama mendapat maghfirah dariNYA berkat bulan nan mulia ini.

Oh ya..tak lengkap rasanya coretan saya andai xbercerita sedikit tentang 'sang puteri kecil' saya itu.

Alhamdulillah, syukur padaNYA di atas anugerah yang tak ternilai ini.Syukur kerana kami masih lagi bersama.Dia semakin berkembang mengikut fasanya yang tersendiri.Akalnya semakin panjang.Ada sahaja perbuatannya yang mencuit hati.Keletahnya buat kami ketawa senang.Ada masa tantrumnya datang juga.Jangan tak tahu...anak ini kecil-kecil, cili api.Sungguhpun kecil, kalau datang tantrumnya tu boleh bikin ibu pening juga tau.Satu yang ibu geram, dia dah pandai mengamuk...pastu siap baring atas lantai ;( Merajuk boleh tahan.Kalau dia xnak janganlah kita paksa sebab dia akan silang tangan kat badan pastu muka berpaling kat lain.Memang dia xakan buat.Kalau nak sesuatu pulak, sampai dapat dia akan mintak gak benda tuh.xdapat, nangis.Tapi bila diutarakan pada therapist kata mereka itu satu perkembangan, sebab dia dah pandai tunjukkan emosi dia cuma ibu perlu pandai kontrol agar ianya xmenjadi habit.Bertutur rasanya masih jauh lagi perjalanan itu.Satu yang ibu perhatikan aisya jenis yang 'cepat tangkap'.Bak kata org 'pick up'.Nak ajar dia sesuatu xperlu ulang banyak kali.Alhamdulillah..

Oh ya..kami dalam perancangan cuba mendapatkan bantuan untuk koklear implannya.Sekarang dalam proses berbincang + ujian saringan dengan panel koklear implan.Ujian pertama (tanpa semakan rekod perubatan) panel penilai mengatakan dia layak.Semoga ada harapan untuk anak kecil  itu ke arah yang  lebih baik.Insyaallah..berkat bulan Ramadhan nan mulia ini.Amin.

Disebalik kegembiraan dan senyum tawanya, ada masa kesakitan itu datang juga mencuit.Namun anak kecil ini tetap berjuang melawan kesakitan itu.Dua minggu bertarung dengan kesakitan batuk dan muntah yang berterusan, kini dia semakin pulih walaupun sisa-sisa batuk muntah itu sesekali masih datang berkunjung.Nafas pun adakala laju sangat.Malam tadi masih lagi muntah semasa tidur.Badan pun dah sedikit susut.Bila ke klinik, jawapan yang diberi adalah tekak bengkak.Semoga kesakitan itu lekas pergi ye sayang.

'Jom terawih aunty2 semua' - Salam Ramadhan dari aisya sekeluarga ;)

Tuesday, April 17, 2012

Rindunya pada dunia blogging

Lama sungguh xmenaip di blog kesayangan nih. Rindu! Rindu sangat nak meluahkan rasa di sini. Rindu juga untuk menyimpan segala kenangan perkembangan puterihati tercinta (dah kata blog ni blog dia.hihi) hampir 5 bulan menyepi. Nak masuk 1/2 tahun pun. Nasib baik ingat lagi passwordnya. hihi. Bukan sebab xde masa...kerna masa tu masih ada walaupun kadang2 terkejar2 dengan segala macam urusan yang ada. Baik urusan anak-anak, urusan rumahtangga dan urusan kerja yang pastinya xakan pernah habis. Bukan juga merajuk.Kerana xada apa pun yang perlu dirajukkan ;) Cuma mood untuk berblogging tu ntah ke mana. Setiap kali cuba untuk menaip cerita yang berlaku, setiap kali itu jugalah cerita2 tu semua masuk ke draft. Sudahnya..terbiar sepi tanpa dipublish. Namun walaupun blog ini bersarang lama namun blog rakan2 tetap saya jenguk seperti biasa. Sekadar untuk mengetahui perkembangan terkini mereka.
Banyak yang berlaku sepanjang menyepikan diri. Suka duka kehidupan yang pastinya menjanjikan suatu kenangan yang xakan dilupakan sampai bila2. Nanti, kalau ada peluang akan saya coretkan di sini sebagai kenangan hidup.
Tentang aisya??oh ya..anak itu sekarang semakin aktif. Dia berkembang mengikut fasanya yang tersendiri yang kini berumur 3 tahun. Dia kini semakin tinggi, sedikit berisi berbanding dulu (berat 8kg++), gigi dah banyak, rambut dah panjang walaupun nipis dan xtakut orang (suka sangat bersalam xkira sapa). Walaupun mungkin xsama seperti anak lain namun dia sepertinya dia, sudah cukup membuatkan kami bahagia. Ada masa datang juga sakit demamnya, batuk dan selsemanya namun tidaklah sekerap dulu. Syukur sangat2 di atas anugerah dariNYA ini. Anak itu sekarang semakin cerdik, ligat dan kuat merajuk okey. Gelagatnya sering sahaja membuat kami tersenyum sendiri.  
Appoinment rawatan dan terapi di hospital masih tetap berjalan seperti biasa. Cuma mungkin sedikit jarak temujanjinya berbanding dulu yang agak kerap.(kalau dulu 2x sebulan, sekarang hanya sekali sebulan).Sehingga kini ibu masih lagi mencari alternatif dan kaedah untuk rawatan pendengaran dan pertuturannya. Mungkin aisya akan di hantar ke sekolah yang bersesuaian dengannya untuk merangsangnya berkomunikasi.
Satu yang masih membuatkan hati seorang ibu ini terkilan adalah kerana secara jujurnya saya kini mempunyai masalah masa untuk sering melakukan aktivi terapi bersamanya di rumah. Sangat-sangat sedih sebenarnya bila membaca dan melihat ibu2 lain semakin bersemangat dan ligat menyusun atur segala macam rawatan dan terapi buat permata hati mereka namun saya sering sahaja terlepas peluang untuk melakukan semua itu gara2 xcukup masa dek kesibukan saya yang mengalahkan Perdana Menteri. Sungguh saya kesal ;( Semoga saya akan dapat kembali moment dahulu (yang kerap berada di rumah melakukan terapi dan bermain bersamanya).
Pengubat rindu semua ;)