Monday, February 14, 2011

~Bagai nak pecah jantung ibu~maafkan ibu ye sayang.

Sabtu - petang..(dalam lebih kurang 4.30petang)

Sedang kami asyik dengan urusan masing-masing...kebanyakkan penghuni dalam rumah tok abah sedang leka menonton televisyen, kami dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat diikuti raungan tangisan aisya. Time tu ibu berlari untuk mengangkatnya. Aisya jatuh terlentang dengan belakang kepalanya terhempas ke lantai. Aduhai wahai anak..mengapa terjadi begini? Bagai nak pecah jantung ibu mendengar bunyi kepalamu jatuh  seterusnya menyaksikan kamu dalam keadaan kesakitan begitu. Tangisan aisya agak lama mungkin akibat kesakitan yang melampau. Bayangkan sahaja kalau kita yang tua ni jatuh macam tu pun pasti mengalir airmata. Kasihan sekali melihat tangisan dalam sedu sedannya itu. Nenek menyuruh ibu menyapu muka aisya dengan air dan memberi aisya minum air ecpi namun dia menolak sekerasnya. Tok abah cuba untuk menuam kepalanya dengan kain yang disuamkan bagi mengurangkan benjolan dan kesakitan itu. Babah cuba mengambil untuk mententeramkannya namun semuanya hampa untuk mendiamkannya. Akhirnya untuk memujuknya ibu mendodoi aisya dengan memeluknya kedada sambil tangan mengusap-ngusap belakang kepalanya. Dan akhirnya dia terlena bersama sedu sedannya di atas bahu ibu :( Dalam ketakutan ibu memaksa supaya aisya di hantar ke bahagian kecemasan, namun babah, nenek dan tok abah meminta untuk ibu bersabar...melihat sekiranya ada apa-apa kesan akibat hentakan itu (seperti muntah atau sebagainya ) Malam itu aisya seperti biasa sahaja suhu badannya suam-suam dan dia batuk berpanjangan.

Aisya jatuh kerana dia cuba bangun dan bertatih sendiri namun kakinya tersalah pijak kain yang licin menyebabkannya jatuh terlentang ke belakang. Serius bunyi dentuman kepalanya sangat kuat. Sehingga cerita ini ditaip ibu masih risau memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku akibat dari hentakan yang kuat itu. Sedangkan menggoyang/mendodoinya dengan kuat (kata pakar audiologist tempohari ) boleh mendatangkan kecederaan pada otak, apatah lagi dentuman kuat tersebut. Sungguh ibu menyesal kerana membiarkannya sendirian ketika itu. Terasa kesalahan itu berpunca dari ibu. Maafkan ibu sayang. Doa ibu agar tiada apa-apa yang boleh merosakkan aisya lagi. Aisya kan anak ibu yang kuat!

Lena dalam kesakitan.

12 comments:

insan kerdil said...

ada ketika hilang sudah kata2...bukan kerana kehabisan kata...cuma sudah tidak tahu menyusun kata...

ada waktu nya terlupa tentang apa yang harus dilakukan....bukan kerana berputus harap.....cuma ada ketika nya...tidak cukup nafas untuk meneruskan...

lalu diri memilih untuk berdiam...meski begitu banyak tuntutan yang perlu dilangsaikan....

kerana tatkala ini...seperti sering nya...diri menadah tangan pada yang Esa....memohon pada yang Maha Mengetahui...Maha Mengasihani....agar diberikan petunjuk serta panduan....pada tiap kata dalam tiap tindakan...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

mrs_zura said...

hrp2 xde ape2...habib dh 4 kali terhantuk kepala...jth katil,sofa ngan bilik air...nsb baik ok...sy pun mcm ayu trs nk bwk ke kecemasan tp bl bwk doc tny ada muntah@nmpk x bermaya akhirnya blk tgn kosong..tp sekurang2nya doc dh check...smg si cantik aisya baik2 saje:-)

Mama2Q said...

salam, if jatuh, utk elakkan bengkak lebih teruk, elok tuam dgn ais... tp dalamannya mmg kena check doc la...if takde muntah or pengsan biasa doc mmg bagi blk..hope aisya ok jer....

MommyAqil said...

Semoga Aisya baik-baik saja...Kita doakan yang terbaik untuk aisya yer kak ayu...Jgn Risau sgt k..InsyaALLAH Aisya ok if tade pape sign yg teruk-teruk...

Mawar said...

kak ayu,

time sy baca entry ni pun, dada sy juga rasa berat...

sy doakan moga aisya Xapa2

moga kak ayu lebih brhati2 dlm mnjaga aisya ya, pstikn ada org yg tukang monitor, bimbang plak...

Ummi Alisya said...

alahai anak ummi ni... ciannya. harpanya tak ada apa2 yang serius berlaku...

ummuharithasif said...

insyaAllah aisya xde apa2...smoga Allah sentiasa melindungimu aisya syg...

Rizziela said...

Semoga tak ada apa2 yg berlaku pada asya...biasalah..jatuh tu ....baru nak belajar berjalan akn?

Yasmin Nabilah.. said...

hadoiii...aisya jatuh..huhu..baca pun dah rasa ngilu membayangkan..inikan pula aisya yang rasa sendiri..

hati2 ek aisya...harap2 takde apa2 la kan..klu aisya lain macam terus je antar spital tau ayu...

Jue-Isteri_Ibu said...

alahai ciannya anak ibu ni. harap aisya tak apa.. utk hilangkan benjol cepat, ayu boleh letak apa2 susu kat tempat bengkak tu.. mmg mujarab..comel jer aisya tido..

ieda said...

kalau dalam masa 24 jam takde apa2 insyaAllah aisya will be fine.
susah jg nak kawal anak bila mereka dah mula berjalan.nabila sampai sekarang ni selalu terlanggar bucu dinding sebab suka pandang belakang masa berjalan/lari.

Min said...

Insya Allah, moga aisya tak de apa2... she's a strong girl! Malaikat tolong sambut dah tu... bunyi je kuat, tapi momentum tak kuat kot Insya Allah! take care ayu!