Monday, October 3, 2011

~DIA lebih tahu~

Mulanya mahu dirahsiakan sahaja kisah ini.Namun saya risau + sedikit takut.Mungkin meluahkan pada blog sedikit sebanyak boleh meredakan jiwa kacau ini selain dijadikan rujukan atau kenangan di masa hadapan.Mungkin juga kengkawan yang pernah mengalami atau mempunyai info tentangnya (terutamanya yang pakar dalam bidang perubatan), dapat berkongsi dengan saya ye.
Sebenarnya, saya dah sedar dari sebelum Ramadhan lagi kewujudannya.Suatu hari, semasa mandi saya terasa seperti ada ketulan di breast.xbesar mana tapi ianya berbonjol dan ianya bergerak-gerak bila ditekan.Saya risau namun hanya berdiam.Sesekali saya search tentangnya di internet namun saya masih tidak pasti apakah ia.Oh ya..beberapa hari sebelum puasa, saya ada ke LPPKN membuat pemeriksaan namun menurut mereka tiada apa-apa.Saya disuruh membuat SADARI (pemeriksaan payudara sendiri) iaitu selepas 10 hari period.Keadaan berlarutan sehingga di pertengahan Ramadhan, apabila saya kerap terasa breast seperti berdenyut-denyut.Waktu itulah saya ceritakan pada babah tentangnya, juga pada cik til, seorang dua yang rapat dan pada tok abah.Mereka beria-ia menyuruh saya ke klinik tapi ketika itu keghairahan sambutan hari raya sedang berlangsung dan saya takut.huhuhu..saya berjanji yang saya akan ke klinik selepas hari raya.Demi janji dan penjelasan lanjut tentangnya, saya ke klinik 4 hari lepas (lama kan saya bina kekuatan nak berhadapan dengan doktor?saya sendiri takut g spital sbnrnya.huhuhu)Setelah menjalani scan breast, disoal macam2 pertanyaan....saya diberitahu kemungkinan saya mempunyai 'fibroadenoma' bukan seketul malah ada 3 ketulan di breast kanan.Saya terima referrel letter untuk ke surgeon.Setiap hari saya search tentang penyakit ini.Harapnya tiada yang membimbangkan sangat.Doakan untuk saya ye kawan2.
Result scan saya
Sejarah keluarga saya memang ada penyakit barah.Mak kandung dan nenek saya juga meninggal disebabkan penyakit tersebut-barah perut.

13 comments:

mama akid said...

ya allah takut saya dengar..semoga ibu aisya tabah dan kuat yer...saya sentiasa doakan...insyaallah semuanya akan ok...

Azma said...

Terperanjatnya baca entry ayu ni..

Semoga ayu tabah & kuatkan semangat.Harapnya keadaannya tidak terlalu serius..

Yana a.k.a Nonie said...

Moga xder ape2 yg buruk menimpa kesihatan Ayu...doakn yg baik2 yer dik...:-)

Noina said...

Yu..takutnya ina baca entry ni..klu belh rawat, rawat cepat2...jgn biarkan ia melarat k..take care!!

Tika said...

Apa sebenarnya tu Ayu? ketulan barah atau apa? Doktor yg scan tu kata apa? Aduss suspen laks kan.. Apa pun moga dipermudahkan Allah segala urusan. Minta dijauhkan segala penyakit kronik dari kita dan keluarga.. aminn..

Ayu.. tadi ingatkan gambar scan baby dalam peyut hihihihi... jgn marah naa... hihihih

Mama2Q said...

Bukan pakar, tp nak explain ckit jer..biasanya yg ketulan bergerak2 macam tikus tu tak bahaya,dan bukan kanser..just ketumbuhan biasa jer... fibroadenoma namanya...don't worry ya...insyaAllah takde apa2 tu...

Mama2Q said...

maksud saya, ketulan mcm guli yg bergerak ke sana sini mcm tikus :)

Jue-Isteri_Ibu said...

ayu, sy ada sorang kawan yg ada ketulan yg cam guli tu geraknya..ada 2 ketul, tp dia dah wat operated kat HKL..harap2 x de yg bahaya yer, Ayu

iDa DgN aNaKnYa aLoNG said...

Ya Allah..sungguh hebat dugaan mu wahai kawan..bykan bersabar yer..kalu boleh buatlah rawatan secepat yg mengkin sebelum terlambat. Apa2 pun ida doakan segalanya baik & dipermudahkan untuk ayu..amin..

Min said...

doa kmin dr jauh bbuay ayue... take care!

qemaishak said...

Berdoa moga ketulan tersebut bukan barah..

Lynn said...

Salam..ayu...

K.lyn baru je terjumpa blog ayu nie...selamat berkenalan..

K.lyn pun nak share tentang ketumbuhan nie.kalo ayu ada dekat breast..k.lyn pulak betol-betol atas kepala...sekarang biji tu dah besar jari telunjuk..

Hmm tak tau nak kata apa..yg pasti..takut nak jumpa doc..

Tapi k.lyn tengah kumpul kekuatan nak g jumpa doc..

Anonymous said...

salam.. nk tanya mcm mane ngn fibroadenoma awak sekrg ye...