Thursday, March 3, 2011

~Harapan seorang ibu yang punya anak istimewa~

Bercakap mengenai impian..pastinya semua ibu mahukan yang terbaik untuk setiap anak mereka.Setiap pencapaian dan perkembangan begitu dibanggakan.'Anak saya dah pandai baca umur 3tahun,' 'anak saya dah pandai buat itu', 'anak saya dah pandai buat ini'.Malah ibubapa mula merangka impian yang lebih besar pada masa depan anak-anak mereka.Doktor, peguam, pensyarah dan berbagai lagi jenis pekerjaan yang bagus-bagus.Itu lumrah kehidupan.Tiada manusia yang mahukan keburukan untuk anak mereka.Tiada ibubapa yang memikirkan keburukkan tentang anak mereka.Semuanya mahukan yang tercantik, terindah dan terbaik dalam kanvas kehidupan anak-anak mereka.

Saya?sebagai seorang ibu, pastinya saya juga seperti mereka.Mengharapkan anak-anak saya berjaya tak kira walau apa pun bidang yang mereka ceburi.Namun saya sedar, anak saya (saya bercakap tentang aisya, bukan kakak aireen) bukanlah seperti anak tipikal lain yang tiada sebarang masalah kesihatan malah ada 'kekurangan'sejak dari lahir.Saya cukup sedar tentang hakikat tersebut.Pada awal kelahirannya sehinggalah usianya setahun, saya begitu berharap agar anak ini mampu duduk dan bergerak seperti anak-anak lain.Tidak perlu terbaring sepanjang masa.Masuk ke usia dua tahun, setelah anak itu berjaya melakukan apa yang saya mahu-duduk, mengengsot dan kini hampir berjalan, saya bina lagi impian lain.Kali ini agar dia boleh bertutur, melihat seterusnya mendengar dengan lebih baik.Pelik bukan?Bagi orang lain sepatutnya usia begini mahukan dia pandai itu ini.Itu kerana anak mereka 'cukup' pakej.Impian saya agar tiada 'kekurangan' yang terlihat pada wajah comelnya, pada tubuh kurusnya malah pada dirinya yang kecil itu.Saya tak mahu dia tahu bahawa dia punya kekurangan dan kecacatan.Saya tak mahu dia rasa terpinggir hanya kerana kekurangan yang ada padanya.Kerana semua itu bakal merosakkan semua impian saya yang pastinya lebih tinggi bila dia besar nanti.Saya mahu anak saya berjaya!Berjaya dalam ertikata lain dia mampu hidup seperti anak-anak tipikal lain yang sempurna.Saya tidak harapkan dia menjawat jawatan yang tinggi tapi cukuplah dia mampu berdikari dan menjaga dirinya sendiri tanpa perlu mengharapkan orang lain.Itu adalah satu kejayaan besar dirinya buat saya untuk dibanggakan.Dan adalah satu bonus yang tidak ternilai andainya anak saya ini boleh setanding dengan mereka-mereka yang tipikal.Oleh itu, dari awal dulu saya dah setkan otak saya 'USAHA SAYA PERLU LEBIH DARI YANG SEPATUTNYA' walaupun berkali-kali kami perlu mengulanginya semula dan cepat bangkit jika terjatuh lagi.Walaupun seringnya kedengaran saya dituduh terlalu memaksa anak...terlalu berkeras dengan anak dengan segala usaha-usaha tersebut.Maaf kepada yang berkata, saya ibunya....saya tahu tahap kemampuan anak saya.Saya yakin anak saya boleh! Sebagaimana 'bukti-bukti' yang telah dia tunjukkan sebelum ini.Dan doa yang xpernah putus agar dirinya dikurniakan kesihatan yang baik selalu.Semoga segala perjalanan kami menuju kearah impian-impian tersebut dipermudahkan.Amin.

5 comments:

umi aiz said...

alhamdulillah kak, rasa melihat setiap perkembangan anak itu adalah saat yang indah..dan memasang harapan adalah saat yang mengimpikan.. tak salah kak kita pasang harap dengan betul dan suai dengan keadaan nya...kita buat semua tu untuk kebaikkan & masa depan anak kn...;)

Mama Q said...

semua ibu bapa mmg punya impian yg tgi terhadap anak2 mereka...impian kiter pun tgi tp mcm ayu kata lah...klu setanding dgn rakan2 yg seangkatan dgnnya pun dah kira baik. Kadang2 rasa sesak kat dlm dada ni bila memikirkan semua tu.

insan kerdil said...

sering nya yang teruji....dan diuji....lebih fleksibel memandang kehidupan.....

impian yang terbina.....umpama mendaki satu demi satu anak tangga....dan jika perlu turun.....untuk mendaki semula....meski pun'sakit'...penat....dan segala macam 'rasa' yang 'merimaskan'......tetap digagahi jua atas nama perjuangan....untuk yang tersayang......

telah terpahat sedari awal...di minda dan hati....bahawa tiap nikmat yang dikurniakan oleh-Nya....untuk masih bersama mengapai impian....akan sentiasa disyukuri.....kerana sedar tiap ketentuan itu.....adalah hak milik mutlak Penentu......yang Maha Mengetahui....Maha Mengasihani....

semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat...buat tiap hati yang teruji....dan diuji....dalam menuju redha Ilahi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

ummuharithasif said...

insyaALlah k.ayu,mudah-mudah urusan anak-anak kita dipermudahkan dunia akhirat.Tak salah meletakkan hadapan pada anak-anak sb kejayaan anak-anak pastinya bermula daripada kepercayaan dan keyakinan ibu bapa itu sendiri...lebih baik menjadi ibu bapa yg positif kn daripada berfikiran negatif..kita usahakan semampu boleh,selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Esa

cu734ngel said...

tahniah kepada si kecik yg istimewa..and tahniah kpd ibu dan bapanya yg semestinya terpilih menghadapi semua ini kerana mereka adalah teristimewa di mata DIA..and kerana itu aisya juga istimewa dan cekal menghadapi hidup kerana sy percaya, sifat2 tersebut diwarisi dari ibu dan bapanya..alhamdulillah...and btul2..u know ur daughter's capability better than others and who are they to judge..but they should instead mendorong bukan condemn n melemahkan semangat u..:) n i believe if u dont anything nice to say, then dont say anything..:) so keep up ur good work..im sure aisya will be FINE..amin