Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

Selamat Tinggal 2010..tahun yang banyak meninggalkan kenangan suka & duka dalam lipatan kehidupan seorang yang bergelar ibu. Tahun yang banyak mengajar ibu erti kesabaran yang tinggi, kekuatan untuk terus bertahan agar tidak mengalah dan berputus asa, tahun yang penuh dengan airmata gembira dan sedih. Yang membuatkan ibu agar lebih matang dalam membuat setiap keputusan..menilai sebuah erti kehidupan, mendalami sebuah kasih sayang.
Selamat datang 2011..bermakna bertambahlah lagi usia ibu.Semoga dengan kehadiran 2011 membuka tirai sebuah dairi kehidupan yang membahagiakan, menggembirakan, dipermudahkan semua jalan dan membawa sinar cahaya dalam kehidupan ibu sekeluarga khasnya anak-anak ibu yang tercinta.Tiada azam yang ibu pikirkan melainkan :
  1. Anak-anak ibu sihat sentiasa, ceria dan bijak seiring dengan pertambahan usia masing-masing.Moga kedatangan tahun baru ini aisya boleh berjalan dan bercakap.Insyaallah, segalanya akan ibu usahakan.
  2. Ibu mahu menjadi hambaNYA yang hebat(tanpa pernah leka dan cuai padaNYA), anak yang solehah untuk kedua orang tua ibu, isteri yang mithali untuk babah seumur hidup, ibu yang terbaik dunia dan akhirat untuk anak-anak ibu, kakak yang paling best untuk adik-adik ibu, sahabat yang terbaik untuk kawan-kawan ibu kerana tanpa kamu semua maka tidak bermaknalah kehidupan ibu.
  3. Ibu berdoa agar kehidupan ibu dirahmati selalu, diberikan ketenangan dan dimurahkan rezeki dan yang penting dipanjangkan umur agar ibu boleh terus mencurahkan kasih sayang untuk anak-anak ibu.
  4. Semoga kedatangan 2011 ibu akan berjaya dunia akhirat sama ada dalam kehidupan berkeluarga mahupun kerjaya.
  5. Tak lupa juga buat semua ibu-ibu yang punya anak istimewa..ketahuilah anda tidak pernah keseorangan kerna setiap masa ada doa yang sering dititipkan walaupun dari jauh untuk semua agar segalanya dipermudahkan untuk kita terus memelihara dan menjaga amanah Allah yang Teristimewa ini.
Kalau diikutkan semua yang terbaiklah diinginkan, namun kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa seterusnya bertawakal.Moga segala impian kita tercapai.Amin..

Malaysia Boleh!!! Aisya pun Boleh..hehehe

Babah dan Pak Uteh sibuk dengan Piala AFF Suzuki Malaysia vs Indonesia. Aisya pun sibuk gak nak sokong. Yeah..Malaysia Boleh! Aisya pun boleh! Hahaha...Semangat tul budak kecik nih bila di'kerja'kan dek babah dia dengan memakaikan selendang Malaysia tuh. Baik lak tu dia xcabut-cabut. Sekarang ni dia dah pandai nak cabut kalau ibu hias rambut dia yang sikit tuh dengan sepit rambut @ hairband @ menda comel-comel kat kepala dia.Geram tul ibu.
Lets enjoy the pics (actually gambar-gambar nih masa malam Ahad lepas -time bola lawan kat Bukit Jalil aritu) :


 
 
p.s: Perasan tak...cik til cakap muka aisya cam dah tembam sikit? Harap-harap betullah. Ibu nak sangat tengok aisya berisi. mesti lagi cute.huhuhu...tp aisya camni pun ibu tetap bersyukur dan sayang sangat-sangat.

TAHNIAH PASUKAN HARIMAU MALAYSIA!!!

Wednesday, December 29, 2010

Bercuti di kampung..

Lama dah ibu xbercerita tentang aisya dan ber'blog walking' dengan rakan-rakan lain. Kesibukan dan penyakit 'M' yang melanda membuatkan ibu tidak sempat untuk berbuat demikian.Huhuhu....
24/5/2010- Perancangan untuk ber'dating' dengan ina ibu nabila tidak menjadi walaupun kami dah berada di bawah satu bumbung bangunan pada hari yang sama. Sangat-sangat teruja nak jmpa ina sbb banyak menda yang nak dikongsi namun kuasa tuhan tiada siapa yang dapat menghalang kan?Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.(Chewahh..ayat cam bercinta laks) Hehehe.. 'xpelah ina, kita plan lagi sekali yer'.
Malamnya kami bertolak ke kampung babah-di Labis, Segamat. Perjalanan sangatlah memenatkan dan memboringkan kerana keadaan jalan yang 'jammed' teruk. Daripada nilai sehinggalah hampir ke Senawang barulah keadaan beransur pulih.Kami tiba di Labis hampir tengah malam.
Keesokkan petangnya diadakan sambutan majlis hari lahir untuk sepupu aisya yang ke 2 tahun.Aisya kelihatan sangat seronok kerana ramai kawan-kawan yang lebih kurang sebayanya dalam majlis itu cuma sayangnya orang lain dah berlari ke sana ke mari namun aisya hanya mampu mengengsot.Kadang-kadang tercuit gak naluri seorang ibu.'xpelah sayang..yang penting aisya sihat dan gembira selalu.itu dah cukup buat ibu.'
Malamnya nenek dan tok abah mengadakan sedikit kenduri doa selamat buat aisya. Diadakan majlis bacaan yassin dan doa selamat.Jemputannya terdiri daripada orang-orang surau, saudara mara, kawan-kawan mak abah dan jiran sekampung.Seronok ibu lihat kesungguhan mereka yang datang 'merewang' (ala..yang datang ramai-ramai potong bawang, potong daging cam nak kenduri kahwin tuh) Alhamdulillah..jemputan tersangatlah ramai sehinggakan xmuat rumah.terima kasih mak, abah dan pada semua yang terlibat.Doa dari kalian untuk kesihatan dan keselamatan aisya sangatlah ibu hargai.
Selepas Zohor- Ahad kami dah bertolak ke Putrajaya sebab babah dan pak uteh nak tengok bola - Piala Suzuki Malaysia vs Indonesia. Lagipun Isnin Aisya akan ke HTAR, Klang untuk Audiologi.

Penawar duka lara ibu..

Setelah 2 minggu berlalu siri serangan sawan terhadap aisya..alhamdulillah, aisya kini nampak semakin sihat dan aktif. Menghilangkan sedikit demi sedikit kerisauan ibu terhadap kesihatannya. Malah, kadang kala ke'aktifan' dia menunjukkan seolah-olah dia tidak langsung mempunyai sebarang masalah kesihatan. Terbit kekaguman melihat kesungguhan dan kekuatan anak kecil itu melawan setiap kesakitannya. Anak kecil itu sungguh menghiburkan dengan keletah dan gelagatnya yang mencuit hati juga sungguh membahagiakan ibu dengan senyuman dan tawanya dari wajah yang tulus itu. Doa dan ikhtiar yang tidak pernah putus semoga aisya akan terus sihat dan kuat.
Berbaring/meniarap atas sofa sambil bermain dengan
 kereta mainan
Penat baring, duduk main cekak rambut kakak pulak

Konon-konon nak pakai tapi orang letak cekak atas
kepala, dia letak kat leher.
Dah boring..amik remote astro lak

Main tukar-tukar chanel tv
Tengok tuh..penuh dengan kesungguhan nak tekan remote astro tuh.Siap hala remote tu depan tv lagik.
Beberapa keping gambar reaksi aisya bermain sorang-sorang yang sempat ibu snap.

Tuesday, December 28, 2010

Seperti yang dijangka..

27/12/2010 -Seperti mana yang pernah ibu ceritakan sebelum ini, hari ini Aisya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk ujian BSER dan Audiologi untuk mengetahui tahap pendengarannya. Kami tiba sedikit lewat kerana tersesat (almaklumlah babah xmahir jalan di bandar Klang tuh). Selepas pendaftaran, kami ke Tingkat 1 iaitu bahagian THT.Bila ibu ajukan surat rujukan daripada Hospital Serdang, staff nurse meminta ibu menunggu sebentar.Kemudian keluar Pn. Farah yang ramah menyambut kedatangan kami. Aisya dengan mudah menghulurkan tangan untuk didukung. 'Ringannya..berapa tahun nih?' Bila ibu nyatakan umur sebenar aisya, Pn. Farah sedikit terkejut tetapi tersenyum...
'Comelnya dia..cantik mata Ariana. Bulu mata panjang. Auntie pinjam boleh?' Aisya tersengih..paham sangatlah konon-kononnya tuh apa orang cakap.Huhuhuhu.

Aisya lena ketika ujian BSER diadakan.
Tak susah untuk menidurkan aisya, tambahan pula kesan ubat tidur yang diberi membuatkan anak kecil itu tenggelam dalam lena yang panjang. Ujian BSER dijalankan keatasnya.Seperti yang telah ibu jangka (walaupun tinggi harapan ibu mengharapkan supaya pendengarannya semakin baik, biarpun xsepenuhnya) tahap pendengaran aisya masih berada pada tahap yang sangat teruk. Yer..sangat teruk. Realiti yang terpaksa ibu terima biarpun sangat pahit. Tiada lagi airmata yang keluar seperti selalu setiap kali sesi perbincangan dengan pakar kerana ibu dahpun bersedia fizikal dan mental. Seperti cadangan pakar audiologist di Hospital Serdang sebelum ini, Aisya juga dicadangkan agar segera melakukan koklear implan. Menurut pakar, usia Aisya yang belum mencecah 2 tahun mendatangkan kesan yang sangat baik untuknya (dari segi pertuturan dan pengenalan bahasa/bunyi) sekiranya dilakukan segera namun risikonya tetap ada. Yang merisaukan kami sekarang adalah faktor kewangan. Kos perbelanjaan untuk koklear implan adalah RM80 ribu. Nilai yang sangat tinggi pada kami. Bagi kami yang kerja makan gaji, jumlah itu adalah jumlah yang besar dan tidak mampu dikumpul pada waktu yang singkat. Kini ibu dan babah dalam proses mencari maklumat berkenaan koklear implan - baik dan buruknya kesan ke atas aisya. Pada sesiapa atau mana-mana ibu yang berpengalaman dengan koklear implan atau ada pengetahuan lebih berkenaannya bolehlah berkongsi dengan saya yer.Sangat-sangat memerlukannya untuk saya membuat sebarang keputusan demi masa depan permata hati kami yang tercinta -Ainur Ariana Damia binti Suhaimy.

Tuesday, December 21, 2010

Temujanji yang tertunda..yang xpernah habis

Sepatutnya 13/12/2010 aisya perlu memenuhi 4 temujanji serentak (fisioterapi, OCCT,ENT dan speech teraphy) pada hari itu namun serangan sawan yang xdiduga berlaku menempatkan aisya di unit kritikal pada tarikh tersebut. Bukan mengenai sawan yang ibu ingin ceritakan di sini tetapi berkenaan tarikh temujanji terapi pertuturan aisya yang tertunda. Semalam ibu call pihak ENT untuk memohon tarikh temujanji baru untuk terapi pertuturan aisya namun agak mengecewakan bila tarikh yang kosong slps 13/12/2010 adalah 23/5/2011. Maknanya aisya perlu menunggu 5 bulan lagi untuk dia mendapat temujanji pertama dengan pakar terapi pertuturan. huhuhu..lamanya. Time tu aisya dah pun 2 tahun lebih. xterlambat ke? Risau sungguh ibu memikirkannya. Kalaulah ibu mampu dari segi kewangan, ingin sekali ibu membawanya ke terapi pertuturan private. Tiap-tiap minggu pergi pun xper. Nak tanya pada yang berpengalaman, apa yang speech terapist lakukan semasa terapi pertuturan tu yek? Boleh ibu praktiskan pada aisya di rumah sementara menunggu 5 bulan tu.
27/12/2010 ni pulak aisya akan ibu bawa ke HTAR, Klang untuk ujian pendengarannya. Selalu ibu impikan supaya adanya keajaiban terhadap pendengaran aisya. Moga dia tidak lagi memerlukan hearing aid untuk mendengar (ni pun dah 3minggu dia reject untuk memakai hearing aid tu- bila dipakaikan, dia tarik buang)
Sekarang ibu masih menanti panggilan daripada pihak HKL untuk temujanji EEGnya.Agak berdebar juga menantikan aisya yang akan menjalani ujian ini apabila memikirkan keputusan yang bakal diterima nanti. Moga tiada yang tidak diingini berlaku pada otaknya (melainkan yang sedia maklum tentang pengecutan sebahagian otak aisya). Walaupun ada pendapat mengatakan, sekiranya keputusannya normal...serangan sawan mungkin tidak akan berhenti. Setakat ini sejak 2 hari keluar dari wad, ibu memang amat alert pada setiap reaksinya dan epilim diteruskan 2x sehari.Moga-moga segalanya dipermudahkan buat kami.

Monday, December 20, 2010

Aisya dah 'discharge' wad

Alhamdulillah..setelah 9 hari (11/12/2010-19/12/2010) berumahtangga di Hospital, aisya telah dibenarkan balik ke rumah dengan dibekalkan epilim. Kami sedang menunggu panggilan daripada HKL untuk aisya menjalani EEG untuk mengetahui aktiviti otak aisya.Menurut pakar, sawan aisya bukan berlaku akibat jangkitan (demam) seperti kebanyakkan bayi lain tetapi mungkin berpunca daripada masalah 'brain injury' (kerana result MIR brain yang pernah aisya jalani awal tahun lalu  menunjukkan otak aisya di bahagian kiri mengecut) dan untuk mengesahkannya aisya perlu menjalani EEG.Ibu berdoa dan berharap agar ujian EEG ke atas aisya nnti menunjukkan semuanya normal.Ibu xsanggup lagi menyaksikan kesakitan demi kesakitan bakal ditanggung oleh anak kecil itu dan ujian demi ujian dilakukan ke atas tubuh kecil itu.Kasihan dia.
Keadaan aisya??owhh..dia seorang anak yang aktif apabila tidak sakit.Sebaik sahaja sampai ke rumah, dia ligat mengengsot ke sana-ke mari, memunggah barang-barang mainannya, dan mungkin rindu dengan 'toto'nya..sekejap-sekejap dia merebahkan badan dan mencium toto itu (gelagatnya sangat menyentuh hati).Cuma, kalau sebelum sawan dia dah start belajar berjalan 2,3 langkah bila dilepaskan...sekarang bila tangan kita lepaskan, dia akan duduk.Mungkin dia xyakin atau takut.Nampaknya sesi latihan perlu dimulakan kembali setelah keadaan aisya benar-benar pulih nanti.Ibu target nk aisya boleh berjalan sebelum usianya 2 tahun, tahun depan.Insyaallah..
'Ya Allah, permudahkanlah segalanya untukku dan aisya.'
Antara pics aisya sepanjang berada di wad:

 
 Hari-hari awal aisya di wad.Wajah yang pucat dan keadaannya nampak sangat lemah.

 Dah start nak main dan ketawa bila di agah.Hari ke-6

Aisya belek line di tangan.tiapkali nak masuk antibiotik,
mesti aisya melalak.
Auuuummm...cak! dah start main.
Hari ke-9
Telatah yang sangat menghiburkan ibu.
Tawa yang menghilangkan penat ibu berjaga malam.


Hari terakhir di wad.Genap 10 hari.
Terima kasih doc dan aunty nurse wad 5A katil 15 yang merawat aisya sepanjang aisya di sana. 

p/s: Terima kasih pada semua yang bertanya khabar dan mendoakan aisya.Salam sayang dari aisya untuk semua.

Thursday, December 16, 2010

Anak ibu memang budak yang kuat!!

15/12/2010- Lihatlah wajah ini.Wajah yang terlalu ibu rindukan sepanjang 4 hari lalu.Yang mana selama 4 hari itu hanya diam, tidur, merengek sahaja.Tiada senyuman dan ketawa.Tapi hari ini, setelah 4 hari berlalu...Aisya umpama mendengar bisikan  ibu di telinganya setiap malam supaya dia kuat dan ibu rindu nak tengok aisya senyum macam selalu.Terima kasih sayang kerana tidak pernah menghampakan ibu.Syukur padaMu Ya Allah kerana masih memakbulkan doa-doaku biarpun sebagai hambamu yang lemah aku seringkali alpa padaMu.
Alhamdulillah..aisya kini dah beransur pulih.Progress nya menurut doc sangat baik.tiada lagi demam dan sawan.Malah kini senyuman dah mula terukir pada wajahnya.Dia dah mula mahu bermain, duduk, berdiri dan meneroka benda-benda di sekelilingnya seperti biasa (line (jarum untuk masuk antibiotik) kat tangan tu dah banyak kali dia tarik dan akibatnya setiap harilah line perlu di buat) Semalam ibu terpaksa suruh HO stop melakukan line setelah 1 jam proses membuat line masih xdapat-dapat.Dari 2 orang HO yang mencuba sampailah lebih kurang 10 orang yang masuk mencuba.Aisya di dalam bilik prosedur tu dah 1 jam melalak.Ibu minta supaya setiap kali nak buat line biarlah pakar yang buat kerana ibu memang tahu aisya susah nak dibuat line.HO jumpa ibu meminta maaf.katanya dia dah cuba yang terbaik untuk buat line tp salur darah aisya yang terlalu halus dan selalu dicucuk menjadikan salur darahnya pecah/bercabang.Sebab tu susah nak cari.huhuhu...kiri kanan kaki tangan dah penuh dengan bekas cucuk.Kata pakar dan beberapa doc yang merawat, aisya budak yang kuat walaupun dah alami macam-macam.Yer..memang anak ibu kuat!!

                                       





Seorang makcik yang melawat aisya petang semalam menyalahkan ibu di atas semua kejadian yang menimpa aisya.Katanya ibu 'xpandai jaga anak'.Wah sedap sekali ayat itu.Nasib baik ibu memikirkan dia 'makcik'..dan selama ini tidak pernah pun walau sepatah ibu membalas kata-katanya.Rasanya kalau untuk menyakitkan hati ibu baiklah xpayah datang melawat.Sokongan yang ibu perlukan dari yang datang melawat bukan  kata-kata yang menambah parah di hati ini.Walaupun ibu diam tp dalam hati ini hanya tuhan sahaja yang mengetahuinya.Ibu menangis sendiri.Salah ibukah anak ibu jadi begitu?Gagalkah ibu dalam menjaga anak?Setiap ibu pasti xmahu anaknya begitu.Semua menginginkan yang terbaik..yang tercantik..yang terhebat untuk anaknya.Tp kalau itu yang tersurat buat kami, apa boleh ibu lakukan?Ibu hanya lakukan yang terbaik untuk anak ibu.Mengapa masih ada yang xpaham?Wahai hati..sabarlah, kuatlah.Biar selautan airmata ibu tumpah, biar ibu terpaksa merangkak,biar bergolok bergadai.......insyaallah, ibu akan cuba terus bertahan dan kuat demimu aisya kerna ibu masih ada Allah yang selalu mendengar rintihan ibu, tempat ibu memohon dan berharap.



Cepatlah sembuh sayang..ibu rindu senyuman aisya.

14/12/2010 - Alhamdulillah..hari ni aisya dah ditolak ke wad kanak-kanak.Tidak lagi berada di Unit Kritikal.Oksigennya juga sudah dibuka.Berkat doa yang tak putus dari semua.Terima kasih.Dan result daripada LP semalam sangat ibu bersyukur...aisya bebas dari miningitis cuma result virusnya belum lg diterima.Alhamdulillah..syukur Ya Allah.Kau perkenankan doa seorang ibu. 
Keadaan aisya?setakat ini dia nampak beransur pulih walaupun mungkin tidak sepenuhnya.Yer...ramai yang menantikan perkembangan aisya selepas melakukan LP. Bukan sahaja message malah kakak-kakak di wad yang mengetahui aisya menjalani LP semuanya duk sok sek sok sek membuat bermacam andaian.'Kalau akaklah, akak xbagi anak akak buat LP tu', 'bukan ker bila buat LP tu nanti boleh jadi lumpuh?'. Dan aisya jadi perhatian dan bualan ibu-ibu yang menjaga anak-anak mereka di wad itu.Bukan ibu xdengar semua tu tapi ibu malas nak ambil tahu.Cukuplah ibu bersedih dengan keadaan aisya, ibu xmahu lagi menambahkan beban perasaan ini.Tahukah mereka perasaan seorang ibu bila terpaksa berdepan dengan situasi membuat satu keputusan yang membabitkan hidup dan mati permata hatinya yang tersayang?Biarlah apa orang nak cakap, yang penting ibu yakin ibu dah buat yang terbaik untuk aisya walaupun dalam hati kecil ini terselit juga ketakutan.Aisya dah hampir pandai berjalan...bagaimana nanti kalau dia tiba-tiba xboleh?Jauhkanlah Ya Allah.xpe dik, kita mula balik dari awal :(
'Maafkan ibu ye aisya..kalau-kalau keputusan yang ibu buat tu silap.Sumpah..ibu hanya nak yang terbaik untuk aisya.Apapun keadaan aisya nnti ibu terima sayang'.





p/s : Ibu terlalu rindu senyuman aisya..ibu rindu sangat nak tgk aisya mengengsot laju.Cepatlah sihat sayang.

Wednesday, December 15, 2010

Ikut naluri dan kata hati..

13/12/2010 - Hari yang mendebarkan buat ibu. Babah juga ada menemankan ibu.menenangkan ibu yang xhenti mengalir air mata..Subuh itu ibu rasa syahdu..hati ibu tenang setelah bertafakur kepadaNYA memohon petunjuk dan kekuatan dari Yang Maha Esa.
Lebih kurang jam 9.30pagi..beberapa orang pakar datang ke katil aisya membawakan sekeping kertas.Ibu dah maklum akan tujuan mereka.Mereka menerangkan sedikit sebanyak risiko LP.Ibu sempat bertanya...'anak saya xakan lumpuh ye doktor?' meluncur laju persoalan itu dari bibir ibu tanpa ibu sangka. Mereka memandang ibu, dengan nada lembut doc Tasnim (pakar dari Mauritius yang fasih berbahasa melayu) itu menjawab.'Insyaallah Puan,kami cuba buat yang terbaik.Risiko xbuat lebih tinggi dari puan buat LP nih.Kita cuma ambik beberapa titik sahaja air tulang belakangnya.Setelah kita dapat keputusannya..kita akan bagi antibiotik yang sesuai dan anak puan xakan sawan lagi' Setelah mendengar jawapan itu hati ibu sedikit terubat.Yer..kalaupun tanpa jawapan itu pun, ibu dah nekad membuat keputusan usai sahaja solat Subuh pagi tadi dan babah juga telah bersetuju.Beberapa minit sebelum ibu sign surat kebenaran, ibu terima msg dari ina ibu nabila dan forward message dari Dr.Zaahirah PPUM yang mengatakan perlu buat LP.Terima kasih atas sokongan semua.Sokongan dari kalianlah buat ibu kuat.Dengan lafaz bismillah dan penuh harapan ibu menandatangani kertas tersebut.Aisya dipuasakan sejak dari kul 6.00am lagi.Rentetan peristiwa aisya melalui prosedur LP:

12.30pm- aisya diberi ubat tido..xsampai 10 minit aisya dah tenggelam dalam lenanya yang panjang.Wajah yang nampak begitu tulus dan mulus walaupun dalam kesakitan.
1.00pm- nurse datang untuk mengambil aisya tp ibu mintak untuk membawanya sendiri ke bilik prosedur.sebelum keluar, ibu cium aisya dan berbisik di telinganya 'aisya kena kuat ye sayang.maafkan ibu kalau keputusan ibu ni buat aisya sakit.hanya ini yang terbaik untuk aisya.aisya kena lawan sakit aisya tu.ibu xakan tinggalkan aisya.ibu tunggu aisya kat luar yer' dan ibu sempat berpesan pada doc Tasnim 'doc, saya serah anak saya kat doc.doc buatlah yang terbaik'.
2.00++pm- aisya ditolak ke katil. ibu tanya pada nurse kebiasaannya berapa jam baru dia sedar.nurse jawab 4 jam.
5.00++pm- aisya masih lom sedar.doc datang untuk memeriksa aisya.ibu tanya lg biasa berapa lama pesakit akan sedar?doc jawab ‘bergantung pada pesakit itu sendiri.ibu jangan risau.’
6.00pm- aisya mula bergerak..mata dah start mengedip.ibu panggil aisya perlahan, dia bukak mata kemudian tutup balik.nmpk sangat keletihan.
Dalam kul 7.00++pm, aisya dah mula sedar, merengek minta didukung.ibu minta kebenaran untuk bg dia susu tp doc srh tgu dia btl-btl sedar.Dalam kul 8.00pm, ibu bg aisya minum dan dia dah sedar sepenuhnya tp kelihatan sangat letih.Aisya lebih banyak merengek dan bila didukung dia akan tidur di atas bahu ibu.Malamnya dia tidur dengan nyenyak.

Terima kasih pada yang mendoakan..cahaya terang yang kami mimpi selamanya akan kekal rupanya tersembunyi petir yang menyambar kuat..

Terima kasih pada semua yang telah menghantar message (jiey rayyan ariff,kak nani iman dll), menelefon(ina nabila), email dan sebagainya untuk bertanya keadaan terkini aisya. Maaf sekiranya ada message yang xberbalas, ada panggilan yang xberjawab.Sungguh, saat dan ketika ini ibu berada dalam satu keadaan yang betul-betul menguji. Terima kasih buat ina ibu nabila kerana tolong menguar-uarkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Doa kalian buat aisya xmampu ibu balas.Hanya Allah yang dapat membalasnya. Untuk menjawab semua pertanyaan sahabat-sahabat, ibu ceritakan dari awal bagaimana semuanya berlaku.

Aisya malam kejadian. ibu terlintas nak rakam wajah dia malam tuh sebelum ibu tertidur.
Panas terik yang menyimbah kehidupan kami rupanya tersembunyi petir yang menunggu masa untuk memanah.Membuat ibu hampir xterdaya lagi untuk terus melangkah.Tak ibu sangka demam yang ibu rasakan hanya biasa (kerana temperature aisya time tu tidaklah terlalu tinggi berbanding yang pernah aisya demam sebelum ini) rupanya petanda kepada ujian besar buat ibu. Petang Jumaat 10/12/2010 lagi aisya dah demam.Dia merengek sehingga ke malam.Ibu xlepas dari membasahkan kepala dan badannya dengan tuala basah.11/12/2010 -Dalam kul 4.30++ pagi, aisya baru tidur dengan lena. Dari berdukung, ibu letakkannya di atas tilam.So, ibu ambil peluang untuk melelapkan masa dan berehat sekejap. Kira-kira kul 6.00 pagi ibu terkejut bila dengar aisya menjerit + menangis. Ibu cepat-cepat bangun dan ibu lihat aisya seperti menggeletar kuat (macam kena kejutan elektrik). Ibu menjerit tgk keadaan aisya.ibu angkat dan peluk dia tp matanya dah start memandang ke atas.Ya Allah..pertama kali dalam seumur hidup ibu melihat keadaan seperti itu.Masih tergambar-gambar kejadian itu di mata ibu.Umpama mimpi ngeri! Ibu rangkul aisya sambil memanggil-manggil namanya, nenek sapu muka dan kepalanya dengan air, tok abah membacakan beberapa potong ayat quran dikepalanya.Nasib baik time tu kami di rumah tok abah (babah kerja malam).Kalau  ibu sendirian di rumah xtaulah apa jadi.Dalam perjalanan ke hospital..aisya masih lagi menggigil dengan mata yang memandang ke atas dan air liur yang meleleh laju (tp tidak berbuih).Sesampai di pintu kecemasan mata aisya tertutup,aisya jadi lembik, bibir, kaki dan tangan biru kehitaman!Ibu dah macam orang giler meminta bantuan.Kami di bawa ke Zon Kuning.Oksigen dan segala macam bantuan diberikan.Setengah jam aisya masih xmemberi bertindakbalas.Kaki kirinya seakan tegang.Ibu tepuk pipi aisya.Ibu jerit suruh aisya bangun, ibu suruh aisya buka mata untuk ibu.Ibu angkat tangannya tp tangan itu terkulai jatuh.Akhirnya aisya disorong ke Zon Merah (Unit Kritikal).Time doc menyuruh nurse standby untuk ke zon merah ibu lembik..terjelopok jatuh.Nasib baik tok abah pegang ibu dan menyuruh ibu kuat.Yer..IBU PERLU KUAT UNTUK AISYA!! tp ibu lemah sayang...Ibu pedih, ibu sakit sekali melihat keadaan aisya begitu.

Bacaan yang tertera sangat tidak memuskan menurut doc(curi-curi ambik gambar).
Aisya mula sedar pada waktu petang. Pertama kali dia membuka matanya, dia kelihatan sangat sakit, lemah dan mamai.Dia mula merengek kecil.Mungkin dia takut melihat segala macam wayar yang berada ditubuhnya dan mesin yang berbunyi kuat di sekelilingnya.Ibu memanggilnya..namun ibu lihat matanya umpama xfokus.dia xmemandang pun wajah ibu.Dia mula menarik-narik oksigen yang diletakkan di mulutnya.Ibu minta kebenaran dari doc untuk mendukungnya dan setelah diangkat dia diam sambil matanya dipejamkan kembali.Sesekali dia merengek kecil mungkin tidak selesa.Darah diambil untuk ujian.Kaki, tangan dicucuk untuk drip dan ubat.Kasihan anak ibu..kalaulah ibu boleh menggantikan tempatmu, ibu rela sayang.
Bacaan yang semakin baik.Alhamdulillah..

Friday, December 10, 2010

Percubaan pertama ibu GAGAL...

Selepas membaca beberapa komen dari ibu/mama/umi/aunty dan sebagainya yang begitu mengambil berat tentang aisya, ibu ambil keputusan untuk memutuskan aisya perlu dipisahkan dari 'kembar'nya. Ye..apalagi kalau bukan dengan puting nyonyot nya itu. Kali ini ibu nekad. Sedari office lagi ibu dah niat nak cuba. dalam perjalanan balik ke rumah..semasa memandu pun otak ibu sibuk duk pikir caranya.Sampai jer rumah..sebaik masuk ke dalam rumah, menyambut huluran salam kakak aireen dan mencium kedua belah pipinya ibu segera mencari puting aisya. Setelah jumpa..ibu ambil dan sorok di satu tempat (babah dan cik til pun xtau rencana ibu). Kemudian barulah ibu menghampiri aisya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya, mencium kedua belah pipinya dan mendukungnya. Petang tiada kelainan yang ibu kesan..aisya leka dengan penerokaannya. Bermain dengan kakak, memunggah segala macam permainan, mengengsot ke sana ke mari. Alhamdulillah..2 jam pertama berjaya. Masuk jer ke malam, aisya nampak sedikit gelisah..umpama tercari-cari sesuatu. Ibu abaikan sahaja. Ibu buatkan susu dan baringkan dia. Setelah susu habis, dia bangkit. Mengengsot ke tempat biasa cik til simpan puting (kabinet tv). Tp bila dia tengok puting dia xde di situ..dia mengengsot ke sofa. umpama mencari sesuatu. Tp xmenangis. Dalam jam 10 malam (biasanya time ni aisya dah tido) dia start merengek. Ibu baringkannya dan tepuk-tepuk perlahan punggung aisya, dia start menangis. Semuanya serba xkena..dia pusing badan ke kiri, ke kanan, pusing 180 darjah macam-macamlah ragamnya.  Bila ibu angkat dan dodoikan..dia diam sekejap, kemudian start menangis. Makin lama makin kuat. Cik til ambil aisya dan mungkin baru dia teringat..dia tanya ibu mana puting aisya. ibu diam jer, buat-buat xtahu. Babah lak sibuk duk cari puting aisya merata-rata. Dalam setengah jam aisya merengek..menangis, sampai tersedu-sedu. Akibat xsampai hati tengok dia camtuh + penat + geram ngan karenah dia- mata dah merah..nampak sangat dah ngantuk tp selagi xdapat 'candu'nya dia xmau tido. Ibu g amik balik puting yang ibu sorok tuh. Xsampai dua minit bagi aisya puting, dia dah lena dengan sedu-sedannya. Senang betul!
Alahai anak ibu....besar betul penangan puting tuh pada aisya yer. Akhirnya, ibu tewas dalam percubaan pertama ibu. Xper..ibu akan cuba lagi (ayat pujuk hati sendiri) Huhuhu..


                                         2 jam pertama - aisya ok lagi. bermain dengan kakak.

 

 
Sewaktu ibu dan babah nak solat isya'. Letak aisya dalam babycoat supaya xkacau orang semayang.

 
Akhirnya ibu TEWAS..
Wajah dapat puting. lihatlah mata & hidung merah sebab menangis. Dalam 2-3 minit dapat puting dah lena.

Wednesday, December 8, 2010

xmau begitu lagi sayang..ibu takut!

Malam tadi..xtau apa masalah dan silapnya....kenapa atau mengapa, sewaktu aisya sedang nyenyak tidur, dia tersedak. Sekali dua mungkin xmengapa, ini berkali-kali. Sungguh ibu cuak dan takut sekali. Aisya bukannya tersedak susu tp sepertinya tersedak air liurnya sendiri. 1st time jadi, ibu tepuk-tepuk jer..dia ok then dia tido balik. 2nd time pun begitu tp xlama lepas tu jadi balik. Kali ni sampai berair mata dan merah muka aisya. Ibu cepat-cepat angkat dan tepuk belakangnya. Owh..betapa terkejutnya ibu. Nasib baik ibu tersedar kalo tak??xmahu ibu bayangkannya. xsampai 1 jam jadi lagi perkara yang sama. Aisya dah mula menangis..sakit barangkali atau mungkin kurang oksigen -susah nak bernafas. Hampir-hampir saja ibu memaksa babah membawa kami ke bahagian kecemasan. Tp babah suruh tunggu dulu. Sudahnya ibu yang xboleh lelap tidur sampai ke pagi...sekejap-sekejap ibu bangun tengok aisya di dalam babycoatnya. Risau kalau-kalau terjadi lagi  dan ibu xsedar yang aisya tersedak (tiba-tiba teringat kes-kes bayi meninggal tersedak susu).
Ya Allah..jauhkanlah semua itu dari menimpa anakku. Kau peliharalah aisya Ya Allah.
Puting yang xboleh nak dipisahkan dari aisya. Any idea untuk pisahkan puting dia tuh?

Selamat Tahun Baru 1432H

Selamat tahun Baru untuk semua blogger yang beragama Islam. Semoga kedatangan tahun baru ini membawa sejuta sinar dan keberkatan dalam hidup kita. Buat ibu-ibu yang mempunyai Anugerah Teristimewa - pejuang-pejuang kecil/ahli syurga, semoga kita diberikan lebih kekuatan, kecekalan dan ketabahan dalam mendepani ujian-ujian yang diberikan olehNya. Semoga segala pengorbanan dan usaha kita semua membuahkan hasil yang diimpikan. Semoga segalanya yang kita usahakan dipermudahkan jalan olehNya. Dan semoga diberikan ketenangan, kesihatan yang baik, umur yang panjang, rezeki yang murah serta sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa. 

Doa Awal & Akhir Tahun
Awal tahun

"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Akhir tahun

"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:

Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.

* Salam Awal Muharram 1432H dari kami sekeluarga.*

Monday, December 6, 2010

Usaha berterusan dan langkah yang tak pernah terhenti

Cuti hujung minggu aisya kebelakangan ini dipenuhi dengan aktiviti untuk menguatkan kaki dan mengatur langkahnya untuk berjalan. Bangun seawal pagi untuk ke padang rumput bagi sesi memijak embun pagi-bertatih dalam setengah jam tanpa kasut di atas embun rumput. Selesai, sesi berurut pula dijalankan. Dan setiap petang aisya akan berlatih berjalan di palang besi di taman. Tidak lagi ke swimming pool. Kasihan anak kecil ini..mungkin cara ibu kelihatan seperti sedikit memaksa kerna semuanya ibu ingin lakukan padanya namun ibu tidak boleh terlalu memanjakannya. Aisya perlu lebih latihan dan terapi. Terapi yang dijalankan di hospital 3 minggu sekali itu tidak memadai untuknya. Masih tidak cukup. Bukan ibu tidak bersyukur dengan apa yang aisya ada..dengan keadaan aisya sekarang (mengengsot) malah ibu sangat-sangat bersyukur. Ibu bangga dengan pencapaianmu sekarang sayang. Dari hanya terlentang, terbaring (selama lebih setahun) kini aisya mampu ligat ke sana kemari dengan hanya mengengsot. Dengan hanya menarik tumit kaki, menekan tapak tangan dan mengangkat/menyeret punggung. Namun ibu yakin aisya boleh lebih dari itu. Ibu tahu aisya mampu melakukannya. Maafkan ibu nak...semua yang ibu lakukan ini adalah untuk kebaikkanmu. Agar aisya boleh berjalan sama seperti kawan-kawan yang seusia. Berjalan, berlari dan berkejaran dengan riang apabila di taman. Teruskan usahamu sayang. Jangan menangis dan terhenti di situ. Jangan takut jatuh kerana ibu akan sentiasa menemani untuk menyambutmu tanganmu. Hentikan tangisan itu dan teruskanlah langkahmu, jangan mengalah dan cepat berputus asa....hanya itu yang ibu pinta. Selama manapun ibu akan terus menunggu...saat dan ketika kau bisa melangkah sendiri.