Alhamdulillah..setelah 9 hari (11/12/2010-19/12/2010) berumahtangga di Hospital, aisya telah dibenarkan balik ke rumah dengan dibekalkan epilim. Kami sedang menunggu panggilan daripada HKL untuk aisya menjalani EEG untuk mengetahui aktiviti otak aisya.Menurut pakar, sawan aisya bukan berlaku akibat jangkitan (demam) seperti kebanyakkan bayi lain tetapi mungkin berpunca daripada masalah 'brain injury' (kerana result MIR brain yang pernah aisya jalani awal tahun lalu menunjukkan otak aisya di bahagian kiri mengecut) dan untuk mengesahkannya aisya perlu menjalani EEG.Ibu berdoa dan berharap agar ujian EEG ke atas aisya nnti menunjukkan semuanya normal.Ibu xsanggup lagi menyaksikan kesakitan demi kesakitan bakal ditanggung oleh anak kecil itu dan ujian demi ujian dilakukan ke atas tubuh kecil itu.Kasihan dia.
Keadaan aisya??owhh..dia seorang anak yang aktif apabila tidak sakit.Sebaik sahaja sampai ke rumah, dia ligat mengengsot ke sana-ke mari, memunggah barang-barang mainannya, dan mungkin rindu dengan 'toto'nya..sekejap-sekejap dia merebahkan badan dan mencium toto itu (gelagatnya sangat menyentuh hati).Cuma, kalau sebelum sawan dia dah start belajar berjalan 2,3 langkah bila dilepaskan...sekarang bila tangan kita lepaskan, dia akan duduk.Mungkin dia xyakin atau takut.Nampaknya sesi latihan perlu dimulakan kembali setelah keadaan aisya benar-benar pulih nanti.Ibu target nk aisya boleh berjalan sebelum usianya 2 tahun, tahun depan.Insyaallah..
'Ya Allah, permudahkanlah segalanya untukku dan aisya.'
Antara pics aisya sepanjang berada di wad:
Hari-hari awal aisya di wad.Wajah yang pucat dan keadaannya nampak sangat lemah.
Dah start nak main dan ketawa bila di agah.Hari ke-6
Aisya belek line di tangan.tiapkali nak masuk antibiotik, mesti aisya melalak. |
Auuuummm...cak! dah start main. Hari ke-9 |
Telatah yang sangat menghiburkan ibu. |
Tawa yang menghilangkan penat ibu berjaga malam. |
Hari terakhir di wad.Genap 10 hari.
Terima kasih doc dan aunty nurse wad 5A katil 15 yang merawat aisya sepanjang aisya di sana.
p/s: Terima kasih pada semua yang bertanya khabar dan mendoakan aisya.Salam sayang dari aisya untuk semua.
11 comments:
Alhamdulillah..Aisya dah keluar..sori ayu tak sempat balas mesej..hujung minggu kat PD..hp pun tak charge plak..
Aisya,
syukur aisya dh sihat,
aunty suka sgt tgok time aisya tidur tu...tenang sgt
buat Aisya....
Aisya cutee sgt...sooo lovely...
b strong k....aunty sentiasa doakan Aisya......
buat ibu Aisya...
stay strong k.....saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan....dunia akhirat...
ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam...
alhamdulillah...hmm dia bg epilim ye..lain ubat ngan habib...just nk share...habib dh 2kali wat EEG bacaannya normal tp Habib sawan juga...cuma dgn ubat ajerlah boleh kurangkan atau hentikan sawan...
harap2 aisya sihat sajer...nasib baik buat kt HKL so leh dpt result terus:-)
alhamdulillah,
semoga semuanya yang terbaik buat anak ini
insyaallah
alhamdulillah...semoga aisya sihat selalu...
bersih dan suci wajah anak ini
Alhamdulillah...semoga aisya bertambah sihat....dan membahagiakan ibunya....
Buat ayue...semoga sglanya dpermudahkan....
alhamdulillah... i'm happy for you and aisya... be good girl aisya!
alhamdulillah...cutenya aisya..geram pulak mamanurindibuatnya...tubaru tgk gambar, kalau real, mama bawak balik kejap yer ibu? hehhehe..kuat yer wahai anak..tabahlah wahai ibu
Salam...
suka nya hati bila anak dah sihat...
mak ayu pesan dulu..mcm tu lah jd ibu...nak boleh besarkan anak2...mcm2 kena lalui... kena jd hati batu...
erm ade satu gambar aisya tgh tidur tuh sebijik muka diknun.... sungguh suci.. the best of luck from me & Alanna....:))
Post a Comment