27/12/2010 -Seperti mana yang pernah ibu ceritakan sebelum ini, hari ini Aisya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk ujian BSER dan Audiologi untuk mengetahui tahap pendengarannya. Kami tiba sedikit lewat kerana tersesat (almaklumlah babah xmahir jalan di bandar Klang tuh). Selepas pendaftaran, kami ke Tingkat 1 iaitu bahagian THT.Bila ibu ajukan surat rujukan daripada Hospital Serdang, staff nurse meminta ibu menunggu sebentar.Kemudian keluar Pn. Farah yang ramah menyambut kedatangan kami. Aisya dengan mudah menghulurkan tangan untuk didukung. 'Ringannya..berapa tahun nih?' Bila ibu nyatakan umur sebenar aisya, Pn. Farah sedikit terkejut tetapi tersenyum...
'Comelnya dia..cantik mata Ariana. Bulu mata panjang. Auntie pinjam boleh?' Aisya tersengih..paham sangatlah konon-kononnya tuh apa orang cakap.Huhuhuhu.
Aisya lena ketika ujian BSER diadakan. |
Tak susah untuk menidurkan aisya, tambahan pula kesan ubat tidur yang diberi membuatkan anak kecil itu tenggelam dalam lena yang panjang. Ujian BSER dijalankan keatasnya.Seperti yang telah ibu jangka (walaupun tinggi harapan ibu mengharapkan supaya pendengarannya semakin baik, biarpun xsepenuhnya) tahap pendengaran aisya masih berada pada tahap yang sangat teruk. Yer..sangat teruk. Realiti yang terpaksa ibu terima biarpun sangat pahit. Tiada lagi airmata yang keluar seperti selalu setiap kali sesi perbincangan dengan pakar kerana ibu dahpun bersedia fizikal dan mental. Seperti cadangan pakar audiologist di Hospital Serdang sebelum ini, Aisya juga dicadangkan agar segera melakukan koklear implan. Menurut pakar, usia Aisya yang belum mencecah 2 tahun mendatangkan kesan yang sangat baik untuknya (dari segi pertuturan dan pengenalan bahasa/bunyi) sekiranya dilakukan segera namun risikonya tetap ada. Yang merisaukan kami sekarang adalah faktor kewangan. Kos perbelanjaan untuk koklear implan adalah RM80 ribu. Nilai yang sangat tinggi pada kami. Bagi kami yang kerja makan gaji, jumlah itu adalah jumlah yang besar dan tidak mampu dikumpul pada waktu yang singkat. Kini ibu dan babah dalam proses mencari maklumat berkenaan koklear implan - baik dan buruknya kesan ke atas aisya. Pada sesiapa atau mana-mana ibu yang berpengalaman dengan koklear implan atau ada pengetahuan lebih berkenaannya bolehlah berkongsi dengan saya yer.Sangat-sangat memerlukannya untuk saya membuat sebarang keputusan demi masa depan permata hati kami yang tercinta -Ainur Ariana Damia binti Suhaimy.
1 comment:
Saya Huda dan saya merupakan salah seorang audiologis. Saya sangat berbesar hati untuk berkongsi maklumat jika puan ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan koklear implan.
Puan boleh hubungi saya di 0179078036. :)
Emel saya hudamustaffar@gmail.com
Post a Comment