Wednesday, October 27, 2010

Aisya g swimming



Petang ahad lepas ibu bawa aisya n kakak g swimming kat Presint 9. Dah lama sebenarnya x g beriadah/swimming iaitu sejak bulan puasa lepas.Yelah start dari bulan puasa, then masa berhari raya..memenuhi jemputan kerumah-rumah terbuka. Beberapa minggu selepas itu pulak siri demam aisya yang berlarutan. Kini, alhamdulillah aisya sihat dan kembali aktif. So, ibu ingat nak start semula exercise dan stimulation kaki untuk aisya. Kata 'cikgu' fisio aisya, air elok untuk kuatkan otot kaki dan mempercepatkan aisya berjalan. Insyaallah, dengan izin dariNya. Kita hanya mampu merancang, usaha dan seterusnya bertawakal kan? ; )

Aisya punyalah seronok dapat main air . Siap dia baringkan/telentangkan badan dia lagi bila kita masukkan badan dia dalam kolam tuh. Ibu rendam aisya dalam kolam, elok jer dia menendang-nendang dalam air tuh. Alhamdulillah..nampak kakinya dah semakin kuat. Aisya xlama di kolam sebab takut dia terlalu sejuk. Yelah..dia kan ada masalah jantung + paru-paru (pneumonia). Setengah jam tu pun ibu dah nampak bibir dan kuku kaki tangannya dah biru.

1 jam setengah xcukup untuk kakak. Bila diajak naik untuk tukar baju, dia menjawab 'jap lah ibu..last yeh'. Ntah yang keberapa kali last pun xtaulah kakak aireen nih. Hari dah beransur gelap. huhuhu.. Dah siap tukar baju, dia nak main kat playground plak. Akhirnya kul 7.30petang barulah kami berangkat balik. Itupun selepas ibu berjanji next week nak datang lagi.
Kakak..kakak..ada ada sahajalah kakak nih”.

2 comments:

Anonymous said...

duhai si permata hati...pada kejernihan di riak wajah mu...terpancar sinar yang menenangkan pada tiap mata yang memandang...mana mungkin betah untuk menggambarkan apatah lagi menyaksikan apa jua kesakitan pada diri mu....

pada tiap senyum dan tawa mu yang silih berganti...seakan itu sahaja yang diharapkan bagi suatu kehidupan...

hadirnya ujian...perginya ujian...mengikut putaran yang ditentukan oleh Allah...atas sebab..atas hikmah yang hanya Dia lebih Mengetahui...

titik temu hati dan fikiran hanya pada-Nya...atas kepercayaan dan keyakinan...Allah itu Maha Menyayangi...Maha Mengasihani...yang tidak akan pernah memungkiri janji-Nya...

bila dalam kerisauan...membawa diri untuk berfikir...memungkinkan tiap usaha berserta solat dan doa...dan bertawakal pada-Nya....dalam melengkapi suatu pengharapan seorang hamba terhadap Pemilik nya....

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...

produk ococ said...

budak2 memang suka main air, kan..

tanpa nama - best baca..