Aisya dengan 'rusa mak nani' hihihi..di Physio Therapy Neuro
Selesai di IJN dalam kul 2.10 petang. Babah memecut menghantar kami ke Hospital Serdang pula. Petang ini ada temujanji di OCCT dan selepas itu ke Physio Therapy Neuro pula. Begitulah rutin kami seharian di hospital. Huhuhu..
Seperti biasa, aisya pasti akan meraung. xtaulah kenapa..puas dipujuk dengan pelbagai mainan dan alatan. Tangisannya bukan semakin surut malah berlarutan sehingga tersedu2..batuk dan hampir2 muntah. Kesian 'cikgu' baru aisya (yang lama dah bertukar ke hospital lain) baru 1st time berkenalan dah membuatkan dia kaget dengan pesakitnya yg kecil ini. Pasti dia pening dengan perangai anak ibu ni. Ibu tahu itu cuma taktik aisya supaya ibu mengangkatnya..mendukungnya, supaya 'cikgu' berenti dari terus membuat stimulation padanya. Semasa latihan berjalan di palang besi pun aisya meragam. Tp ibu biarkan sahaja. Maaf sayang, kamu perlu berlatih. Ibu mahu lihat kamu berjalan. Seperti yang therapist katakan berulang kali 'aisya ni boleh sebenarnya tp selfconfident nya terlalu rendah'. Sehinggalah 'cikgu' mengeluarkan 'anak rusa nani' bewarna kuning dan meletakkan aisya di atasnya. Memula dia takut tp xlama slps itu..aisya mula mengukir senyum. Siap terhenggut2 dia menghenjut 'anak rusa nani itu'. Wahh..nmpknya dia btl2 berminat dengan 'anak rusa nani' itu..kata 'cikgu'. Sangat comel dan menarik. Menurut kata 'cikgu' permainan itu boleh membantu menguatkan pinggangnya.. mengajar aisya mengawal sendiri badannya. Nnti ibu cari ye sayang.kat mana ye ada jual permainan seperti ini?
Permulaan latihan untuk berjalan di palang dah ok.. Tp 5 minit pastu, mulalah raungan bergema. Mungkin ker dia takut?? atau kakinya yang terlalu kecil itu sakit untuk menampung berat badannya tatkala dia berdiri lama?
Beberapa kesimpulan yang diberi oleh therapist untuk aisya pada hari itu :-
- Aisya masih berada dalam tahap selfconfident yang amat rendah.
- Titik fokus aisya pada sesuatu perkara juga kurang/rendah. Ibu perlu lebih memberikan dia
- lebih rangsangan supaya dia lebih peka dan fokus pada sesuatu.
- 'Cikgu' mensasarkan aisya boleh berjalan pada usia 2 tahun (insyaallah) SEKIRANYA dia dapat atasi ketakutannya. So, ibu perlu berusaha lebih untuk membantu aisya menaikkan keyakinan dirinya. Seperti yang diberitahu oleh 'cikgu'....Aisya, you can do it!
3 comments:
she will definitely walk... Insya Allah!
Insyaallah..tq kak.saya tgu saat itu.
mula-mula tgk pic ni...hati tersentuh...rindu kat tmpt ni...di sinilah iman mndapat terapi pertma...dan lagi syahdu tgk gmbar aisya...Insya Allah dia blh berjalan....
Post a Comment