Monday, November 15, 2010

Naluri hati seorang ibu mengatakan........betul ker?

Pakar mata mengatakan aisya 'kurang' nampak disebabkan ujian mata yang dijalankan menunjukkan power matanya yang sangat tinggi. Ibu masih berfikir dan terus berfikir tentang itu...betul ker?
Tetiba satu malam, sedang semua org sibuk ngan urusan masing-masing (cik til dalam bilik dia, kakak aireen main dlm bilik tik til, babah lom balik keje lagi) ibu baru selesai sembahyang, keluar dari bilik ke ruang menonton..ibu lihat aisya keseorangan sedang asyik mengutip getah-getah rambut kakak aireen (yang kecil, nipis dan bewarna-warni) dan memasukkannya ke dalam sebuah beg kecil tanpa mempedulikan orang lain. Nah..lihat, kalau nak dikatakan dia xnampak..bagaimana dia blh menghabiskan kerja mengutip dan memasukkan kesemua getah-getah rambut tersebut yang jumlahnya lebih kurang 20 helai. Ibu ambil beg tersebut dan menyelerakkan kesemua getah-getah rambut itu kembali dan meletakkan beg kecil itu jauh sedikit dari tempat asal. Ibu mahu lihat reaksi aisya. Aisya mengengsot mengambil beg kecil itu dan kembali menyambung mengutip setiap getah-getah rambut itu dan memasukkan kembali ke dalam beg kecil. Ibu seronok melihatnya..ibu terharu,gembira dan tetiba terselit perasaan sayu. Bukankah itu bermakna aisya nampak dan dia boleh fokus pada apa yang dia buat. Bukan seperti dakwaan therapist dan pakar mata itu. Benarkah??Owh..ker ibu yang terlalu mengharap? Harap-harap ianya bukanlah harapan kosong.


Lihatlah anak kecil ini begitu asyik dengan kerjanya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Itulah dia..aisya.

2 comments:

Anonymous said...

tenangnya suasana...setenang dirinya...bilamana tiap pergerakan diatur...tanpa ada rasa tertekan...tidak perlu ada rasa gelisah...kerana pada ketika ini dia berada di ruangan yang penuh dengan kasih sayang...bersama perhatian yang tidak berbelah bagi....

dalam waktu si permata hati ini bebas meneliti...bebas jua menghiburkan hatinya...si ibu juga begitu tenang memerhati....meski pun dalam pemerhatian itu terselit sedikit rasa pada suatu ketidakpastian...tetap yang selebihnya adalah rasa kesyukuran atas anugerah yang Dia berikan...seorang permata hati yang sentiasa bersinar di hati seorang ibu...di hati seorang bapa...

pada-Nya segala pengharapan...agar tiap jalan dipermudahkan...tiap pilihan diberikan panduan...kerana Dia Maha Mengetahui...Maha Mengasihi...Maha Menyayangi...

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah..

Wallahu'alam...

Min said...

Alhamdulillah... Aisya will be fine... Comelnye si aisya ni... mcm nak cubit je rasa cik min ni... hehehe!