Friday, November 12, 2010

Nampak ke Tak???

Mata yang cantik itu....
10hb November 2010 - aisya ada appoinment dengan pakar mata. Hari itu, aisya buat ujian mata. Antara ujian yang sangat kesian ibu lihat dilakukan padanya.......bebola mata hitamnya ditekan menggunakan sejenis alat umpama pen. Dan anak itu menjerit, meronta, menggelupur walaupun telahpun dibalut kemas dengan selimut tebal dan dipegang oleh 2 orang jururawat :(
Sebelum tu macam-macam soalan yang ditanyakan oleh pakar mata itu pada ibu. "Aisya nampak tak kalau bermain kat rumah? ada nampak cam dia kerut2 muka untuk pandang sesuatu?ada tak dia teraba-raba/mis bila amik/capai tak barang yang ada di hadapannya?"semuanya ibu jawab TAK.. aisya nampak..sedangkan semut yang kecik berjalan kat lantai tu pun dia boleh tepuk-tepuk, makanan/biskut yang jatuh pun dia leh angkat nak masuk dalam mulut, kutip semua mainan-mainan kecil kat lantai, xkanlah dia xnampak. Selepas ujian dilakukan.....Keputusannya power mata aisya terlalu tinggi. Doc menyarankan agar aisya memakai cermin mata khas. Ibu yang sememangnya 'cembeng' ni terus jer bergenang airmata. Cuba untuk menahan agar ianya tidak menitis ke pipi. Ehmm........speechless. xtau nak cakap apa. Adakah suatu hari nanti aisya xakan dapat melihat?? Ibu cuma minta pada doc agar ujian dilakukan sekali lagi. So, doc menetapkan lagi 3 bulan untuk ujian kali ke2. Kasihan anak ini. xhabis-habis dengan ujian. Sudahlah pendengarannya kurang, kini pancainderanya untuk melihat pula diuji. Maafkan ibu, aisya...Harus bagaimana ibu mampu untuk membantumu nak? Ibu xpunya daya.

"Ya Allah..terangilah mata aisya. Kasihanilah anak kecilku itu tuhanku. Janganlah kau uji apa yang dia tidak mampu. Pinjamkanlah dia mata itu untuknya terus melihat. Berilah dia peluang untuk menghayati keindahan dunia ciptaanMu ini,  paling tidakpun untuk dia melihat
wajahku sebagai ibunya..wajah babahnya..wajah kakaknya dan keluarga kami yang menyayanginya. Hanya padamu kumeminta. Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang."

10 comments:

zura_habibhaariz said...

Habib br lepas check mata bln lepas..dieorg ckp kalu check power tinggi kema pakai cermin mata tapi bila check mata dia ok...sy doakan aisya pun mcm tu juga ye...

psl promo gmbr tuh sape cpt dia dpt..so cpt2 lah deal dgn sy kalu nk book
email wjb_1945@yahoo.com

Unknown said...

ayu...tarikh yg sama dgn oppoimen telinga Iman...akak juga menangis spt ayu...hancur rasanya jika mengenagkan apa yg diterangkan dr..tapi itulah laluan takdir yang harus kita terima..yg harus kita tempuh...moga mata aisya baik-baik saja...bagi iman sudah muktamad...kecacatan telinganya akibat kerosakan saraf otaknya...akak pasrah....

ieda said...

moga deria penglihatan aisya makin baik..semuanya tak mustahil.

Jue-Isteri_Ibu said...

sabar yer ayu.. masa ainie arie tu pun, x sampai hati saya tgk..tp alhamdulillah, semua ok..x mustahil akan berlaku sebaliknya 3 bulan nanti..sama-sama kita doanya..amin.

Yasmin Nabilah.. said...

huhu..nasib nabila juga akan bakal ina tahu bulan 2 nanti. Kdg2 rasa nak je bagi mata ni kat anak..biar dia yang dapat lihat..kita nih..dah puas tgk dunia..nak bagi peluang untuk dia hidup sepeerti org lain..huhu..

ICAZIESYIRA said...

Ya Allah, kau makbulkanlah doa sahabatku ini..

produk ococ said...

saya dahpun buatkan cermin mata utk anak saya nurin aisyah. tinggi juga powernya, 1000. tapi tak selalu pakai sebab dia x selesa, dia buka sendiri. utk jarak dekat saya yakin dia nampak cuma tak tahu dia nampak mcm mana sebab bila dia tgk kucing, matanya mesti berkedip laju. doa yg terbaik utk mereka

Jiey^Mien said...

Rayyan nyer check up next month..
Kata doktor, "I'll be surprise if his eyes are not affected in any way.."

In one way, doc ckp yg most probably he needs a glasses la tuh..
:P

Anonymous said...

betapa pun kuatnya diri...dalam meneruskan perjalanan kehidupan...sering menuntut diri menjadi lebih kuat daripada sebelumnya...

apakah kehidupan ini seringkali nya begitu...dalam waktu memujuk diri agar bersabar...membiasakan sesuatu yang belum biasa...pada ketika belajar juga untuk redha...kerana tahu itulah sebaik2nya...hadir pula lagi ujian...membuatkan diri sepertinya kembali kepada asal...

diri sering begitu rapuh pabila perlu membuat pilihan buat si permata hati...apatah lagi memikirkan apakah itu jalan terbaik...atau adakah ini jalan yang terbaik....

namun begitulah kehidupan sebagai seorang pejuang...yang berjuang untuk seorang permata hati...dalam menuju keredhaan-Nya...

sebagai hamba-Nya...yang diharapkan semoga Dia tidak sesekali memalingkan kasih dan perhatian-Nya kepada tiap hamba-Nya yang teruji dan diuji....

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...

Min said...

amin Ya Allah! berilah yang terbaik untuk aisya Ya Allah!