Semalam seharian ibu dan aisya di hospital. Jadual yang padat membuatkan kami terkejar-kejar memenuhi tuntutan jadual yang telah diberikan. Penat! sungguh memenatkan tambah-tambah lagi bagi seorang anak kecil seperti aisya. Seawal jam 5.30 ibu dah bangun untuk menyediakan keperluan aisya sepanjang hari itu. Termos air panas, air glukos, susu, pampers, 2 bekas kecil bubur nasi aisya, sepasang baju salin aisya, tuala kecil 2, puting, paling penting kad lawatan aisya ibu masukkan dalam 1 beg galas belakang. Kali ini ibu terpaksa berseorangan membawa aisya kerana babah ada kerja urgent pagi tu yang menyebabkannya xdapat mengambil cuti rehat. Tapi babah janji petang babah akan temankan kami ke temujanji dengan Bahagian ENT.
Jam 7.30 ibu dah kejut, mandi dan siapkan aisya. Aisya diam jer. Mujur dia xbanyak ragam. Cuma kakak jer menangis nak ikut. Tp ibu terpaksa tinggalkan dia yang sedang meraung dalam rumah bersama cik til kerana hari ni ibu berdua dengan aisya, sudah pasti ibu xakan sempat nak layan kakak nnti. Kul 8 kami dah bertolak ke hospital. Walaupun jarak hospital dgn rumah xlah jauh tapi aisya sangat xsuka ddk diam dalam carseatnya. Dia lebih suka dipegang/diriba. Jadi, ibu terpaksalah menggunakan pelbagai helah untuk mendiamkannya. hihihi..
Sesampai di hospital, ibu ke bahagian pendaftaran. Malangnya setelah tiba turn kami nama aisya tiada dalam sistem. Ibu terpaksa ke bahagian paed clinic untuk memasukkan nama aisya ke dalam rekod temujanji pada hari itu. Setelah itu, berpatah ke bahagian pendaftaran semula dan kemudian ke paed clinic sekali lagi utk pendaftaran paed pula. Owh, untuk daftar sahaja dah memakan masa. Setelah amik no. giliran, timbang, ukur tinggi dan lilitan kepalanya ibu mintak izin ke bahagian fisio. ( Biasanya kul 11-12 baru dapat masuk blk paed) Temujanji fisio jam 8.30pagi tetapi ibu masuk lewat setengah jam. Sib baik cikgu fisio aisya xbising. huhuhuhu.. Temujanji fisio kali ni aisya bertemu ramai kawan. Ada abg amir ( 3 thn -kanak-kanak CP yang hensem), ada kakak Adriana yang amat comel sangat ( 2 tahun 1/2 tp beratnya hanya 4kg++) macam baby..so cute, ada kakak mira ( 4thn - masalah bhgn sebelah kanannya lemah). Fisio kali ini aisya diberi latihan berjalan dan senaman/permainan yang membantu menguatkan otot tangan dan kakinya (lebih banyak tumpuan diberi pada bahagian organ). Aisya berada 1 jam 1/2 di sini kemudian kami ke bahagian terapi carakerja pula. Seperti biasa suara raungan aisya pasti akan kedengaran setelah beberapa ketika di bilik ini. Semasa berbual dengan cikgu dila iaitu therapist carakerja mengapa setiap kali aisya menangis bila melakukan aktiviti di situ tidak bila di fisio, rupa-rupanya barulah ibu tahu "Di OT dia perlu belajar menggunakan otaknya untuk menumpukan perhatian pada sesuatu cth permainan yang sedang dia main nih. Dia menangis sebab dia stress" begitu rupanya. Patutlah setiapkali ke OT dia pasti menangis. Dia perlu menggunakan kerahan otaknya semasa latihan bermain seperti menyusun warna, bentuk dsb berbanding di pysiotherapy..dia belajar untuk menggunakan organ tubuh badan. Menurut cikgu dila lg, daya tumpuan aisya masih sangat rendah dan ibu perlu lebih keras untuk memberi rangsangan padanya di rumah. Bukan ibu xbuat tp kekangan masa selalu sahaja membataskan segalanya. Balik kerja, ibu sampai rumah dalam 5.30ptg. Ibu sempat bermain dengan aisya dalam 2 jam (itupun kalau aisya xtido). Lepas maghrib ibu sibuk di dapur memasak, membasuh dsb. Selepas ibu siap memasak aisya dah mengantuk. Biasanya aisya tido dalam 8.30-9.00mlm sampailah ke pagi. Owh..kalaulah masa blh ditambah ;( Ibu sangat ingin untuk menjagamu sepenuh masa tp faktor kewangan perlu diambil kira dalam keadaan ekonomi yang xmenentu sekarang. Hari cuti sahajalah yang dapat ibu betul2 peruntukkan untukmu sayang.
Setelah habis di terapi carakerja aisya ke paed clinic. Dalam jam 12.10 tengahari barulah no.giliran aisya dipanggil. Setelah pemeriksaan dijalankan ke atasnya.... Ulasan paed kali ni... aisya dah blh stop puff orennya itu - untuk kembangkan paru-paru (yang sebelum ni dipakai 12 jam sekali). Tetapi sekiranya ada batuk berpanjangan, dia perlu memakai puff biru (setiap 4jam) dan perlu menelefon paed clinic bagi mempercepatkan tarikh temujanji (paed dah jarakkan temujanji lawatan ke 4 bln sekali) Selesai temujanji paed jam hampir pukul 1 petang. Kami ada masa lebih kurang 1 jam untuk berehat sebelum ke temujanji berikutnya - audio. Sebelum tu, ibu perlu ke bahagian farmasi mengambil ubat aisya. Sib baik di farmasi org xramai. Ada lebih kurang 6 orang sebelum no. giliran aisya dipanggil tp ketika ini aisya dah start meragam + merengek2. Mungkin penat + lapar + mengantuk. (Aisya xmahu makan + minum pagi tadi walaupun dipaksa. Dia hanya minum air glukos 2oz). So, ibu terpaksa mendodoikan dia dengan tangan sambil berdiri! Aisya xsuka duduk dalam stroller dan ibu mmg xbawak stroller untuknya, bermakna dari pagi td ibu mendukungnya kehulu kehilir dengan beg galas belakang yang boleh tahan berat. Huhuhu. Sekejap jer aisya dah tertidur dalam dukungan ibu. Ibu ambil keputusan untuk balik rumah sekejap untuk berehat walaupun pada plan asalnya ibu hanya mahu berehat di surau. Kesian aisya...mungkin terlalu penat, dia langsung xsedar masa ibu letakkan dia dalam carseat untuk perjalanan pulang tuh.
Kul 1.45petang, ibu kejutkan aisya, bagi susu dan mandikan aisya supaya dia segar. Walaupun mamai kepenatan, tp dia xmengamuk. Kami sampai ke hospital lewat 10 minit (kali ni babah balik untuk temankan kami), ke kaunter pendaftaran sekali lagi dan naik ke tingkat 2 ( bahagian ENT ) 15 minit menunggu, Pn. Shiela (audiologist) keluar menyambut kami. Kami dibawa ke biliknya. Aisya diuji pendengaran lagi. Yang sedihnya aisya umpama tiada respond ke atas bunyian tersebut sedangkan semasa di rumah kami perasan perubahannya seperti menoleh bila dipanggil. Ntahlah..Pn. Shiela juga memberitahu memang susah untuk menguji sejauhmana kerosakkan telinga pada anak- anak kecil berbanding orang dewasa. Ini kerana kadang2 anak2 kecil saja je malas/lambat memberi respond. Pn. Shiela mengeluarkan sepucuk 'referral letter' untuk Aisya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Menurutnya di sana mesin/alatan menguji pendengaran lebih lengkap. Pn. Shiela juga menyarankan agar aisya memakai koklear implan yang harganya bernilai RM80 ribu. Mampukah kami menyediakannya??? Pada hari itu juga aisya kena tukar acuan hearing aidnya kerana acuan lama dah longgar. Sayu sekali ibu rasa apabila ibu dan babah terpaksa memegang kepala, badan dan tangan aisya yang meronta dan meraung tatkala mahu membuat acuan baru itu. Mungkin sakit sangat telinganya dijolok dalam. Kesian kamu anakku. Sebelum pulang, Pn. Shiela menyatakan planningnya untuk mengadakan satu perjumpaan parents yang senasib dgn kami, yang punya anak2 istimewa seperti kami. Terima kasih Pn. Shiela. Dialah yang memberi semangat semasa ibu mula mendapat tahu tentang keistimewaan aisya setahun lalu. Semasa tu, ibu banyak menangis di hadapannya. Dia jugalah yang pernah mencadangkan ibu supaya menghadiri sesi kaunseling sekiranya masih xboleh terima kenyataan tp KINI ibu lebih tenang, redha malah bertuah kerana terpilih untuk MENGANDUNGKANNYA walaupun terlalu byk ujian dilakukan sejak dari kandungan dan diagnosis yg diceritakan pada ibu tentangnya , MELAHIRKANNYA-walaupun pada saat awal kelahirannya doc tidak memberikan sebarang harapan untuk ibu terhadapnya : dijangka tidak mampu melihat dan mendengar, dia pernah terhenti bernafas, memakai mesin ventilator dan hanya bergantung pada bantuan oksigen sepenuhnya selama 6 bulan!, MEMBESARKANNYA-walaupun selepas kesakitan demi kesakitan, kepayahan demi kepayahan dan ujian demi ujian terpaksa dilaluinya, kami masih lagi diberitakan dengan segala macam komplikasi ke atasnya. AISYA yang bermakna KEHIDUPAN - anak kecil yang sangat kuat berjuang demi menghirup udara di bumi Allah ini walaupun dengan sejuta kepayahan pada awalnya, demi untuk terus hidup bersama ibu yang telah banyak mengalirkan airmata tatkala melihat kesakitannya, demi untuk menggembirakan hati seorang babah, kakak aireen dan ahli keluarga lain yang xputus mendoakannya. Dia jugalah yang mengajar ibu akan erti sebuah kasih sayang yang kuat, erti kerinduan yang mendalam, erti menghargai orang yang kita sayang, erti ketakutan untuk kehilangan orang yang tersayang, erti kekuatan dan kesabaran melawan setiap dugaan dan segala-galanya lahir dalam hati ini semenjak kelahiran aisya - Anugerah Yang Teristimewa. Dialah aisya ibu yang comel, manis dan xbanyak karenah. Terlalu senang menjaganya. Terima kasih Ya Allah.
Kami pulang kerumah tepat jam 4 petang. Begitulah rutin aisya sekiranya banyak temujanji dirangkumkan serentak dalam satu hari. Ibu terpaksa nak. Kalau tak, bagaimana ibu harus mengambil cuti banyak kali dalam sebulan? Itupun kamu masih ada temujanji lg pada 10/11 dan 11/11 ini. Pening kepala ibu memikirkannya. Namun setakat ini ibu masih berjaya memenuhi kesemua jadual temujanjimu tanpa mis sekalipun. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan untuk kita sayang. Biar penat, biar lelah....selagi mampu, selagi ada kudrat, selagi ada hayat akan ibu laksanakan asalkan kau sentiasa sihat, ceria, gembira dan mampu setanding dengan anak2 normal yang lain. INSYAALLAH..
Kami pulang kerumah tepat jam 4 petang. Begitulah rutin aisya sekiranya banyak temujanji dirangkumkan serentak dalam satu hari. Ibu terpaksa nak. Kalau tak, bagaimana ibu harus mengambil cuti banyak kali dalam sebulan? Itupun kamu masih ada temujanji lg pada 10/11 dan 11/11 ini. Pening kepala ibu memikirkannya. Namun setakat ini ibu masih berjaya memenuhi kesemua jadual temujanjimu tanpa mis sekalipun. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan untuk kita sayang. Biar penat, biar lelah....selagi mampu, selagi ada kudrat, selagi ada hayat akan ibu laksanakan asalkan kau sentiasa sihat, ceria, gembira dan mampu setanding dengan anak2 normal yang lain. INSYAALLAH..
4 comments:
sama dgn dilema kami
Sama la ngan ina..terkejar ke sana kemari dengan appointment..tu belum masuk alternatif lagi..huhu..
bukan ke tempat keje ayu leh pakai time slip..bincang la ngan bos..bagi kelonggaran sikit. klu bleh wat surat dan lampirkan sekali dokumen sokongan dari doktor peads..boleh punya..ina penah wat dulu..dan alhamdulillah..ok..tapi tak tau la klu2 dorang ckp2 belakang. janji keje semua siap.. :) Sebab kdg2 kesian gak..dalam sehari buat semua..kita pun letih..ina pun kdg2 klu bleh elak semua appointment dlm sehari. tak larat nak wat sorang2..sebab ayah Nabila sure susah nak teman kita punya..huhu..
perjalanan kehidupan seorang permata hati...membuka tiap lipatan kenangan pada perjalanan kehidupan seorang ibu...seorang bapa...
liku2 kehidupan yang punya simpang siurnya...meski mendepani naik turunnya kepercayaan hati...yang adakalanya mengikis kekuatan serta ketabahan...tapi titik temunya hati dan fikiran hanya pada Dia..
pabila salah seorang lemah...yang kuat perlu membentengi sehingga yang lemah itu kuat kembali...
itulah keluarga....
semoga masih punya ruang dan peluang bersama mengapai impian dalam menuju keredhaan-Nya....
ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...
Wallahu'alam....
stay strong ayu n aisya... our prays will always be with u all...
Post a Comment