Friday, September 30, 2011

'Cik til nak keje lain'

'Adik ingat nak cari kerjalah'.Itulah ayat cik til pada saya beberapa hari lepas.Terkejut??tak jugak (namun tergamam gak ar sekejap).Saya tak marah jauh sekali untuk berjauh hati.Malah sekarang, saya yang sibuk mencarikannya pekerjaan yang sesuai dengan kelayakkan dan kebolehannya.Dulu, saya berjanji padanya..merayu memohon agar dia tolong saya menjagakan aisya sehingga aisya sihat.Sekarang setelah aisya semakin sihat dan aktif, dia mula memikirkan kerjaya yang lebih baik.Mungkin juga bosan barangkali setiap hari menjalani rutin yang sama di rumah.Berkawan hanya dengan anak-anak kecil.Biarlah, lagipun dia masih muda.Banyak lagi pengalaman dan ilmu yang perlu dia kutip.Kadang-kadang kesian juga padanya.Sebenarnya saya patut sudah bersedia dari awal lagi.2 tahun cik til sanggup berkorban (berhenti kerja) untuk menjaga aisya..kerna saya lebih percayakannya daripada menghantar aisya ke rumah pengasuh.2 tahun cik til bersama kami di rumah itu.2 tahun juga banyak jasanya pada aisya.Sangat banyak dan tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit yang kami bayar padanya setiap bulan.Lepas ni...xtaulah bagaimana pula situasinya setelah cik til benar-benar tiada di situ lagi.Bukan sekarang, mungkin sehingga hujung tahun ini.Tentang aisya..mungkin saya perlu menghantarnya ke sekolah/taska/nurseri?bermakna saya perlu mencari sekolah yang terdekat dengan office yang juga mahu menerima anak istimewa ini.Atau ke rumah pengasuh?saya perlu pastikan yang dia betul-betul seorang yang penyayang dan bertanggungjawab, juga sanggup melayan segala karenah aisya yang bermacam ragam sekarang.Melihat dan mendengar pelbagai cerita berkenaan pengasuh sekarang benar-benar menakutkan saya.Atau mengupah bibik di rumah?rasanya xmahu privasi kami terganggu dengan hadirnya orang luar (yang tidak kami kenal hati budinya) bersama kami lebih-lebih lagi pada waktu cuti.Mesti susah kan?kemana-mana perlu membawa mereka sekali.Atau jalan paling selamat hantar saja ke rumah tok abah?Tapi kasihan pula, nenek sekarang dalam keadaan uzur (selalu sahaja tidak sihat), aisya pulak dah banyak ragamnya.Itu tidak pula termasuk peel sikakak tapi saya yakin tok abah pasti tidak akan membantah.Hurmm.. kami masih lagi belum menemui jalannya.Biar sahaja masa menentukan.(dah hujung-hujung nanti, pasni ada penyelesaiannya-malas nak serabut-serabut pikir.huhuhu)Apa pandangan kalian???
2 beradik yang semakin bijak dan banyak ragamnya
Pasni...sapa lak yang nak memanjakan kamu berdua nih??
* Yang paling merisaukan adalah si aisya tuh.Dapat ke dia menyesuaikan diri dengan orang lain?2 tahun setengah umurnya, dia xpernah tinggal dengan orang lain selain saya ibunya dan cik til.Alangkan saya tinggalkan dia sekejap jer tanpa cik til kat rumah tok abah g kedai dia boleh menangis sampai muntah-muntah dan kejang-kejang kaki.Inikan pula seharian di rumah oarng yang langsung dia xpernah kenal.Aduhaiii..

4 comments:

umi aiz said...

meh anta kt sni...main dgn aiz..nnt jd bolat cam aiz tu...aisya blh ajar aiz jalan kn?

iDa DgN aNaKnYa aLoNG said...

semua ibu nak yg terbaik utk anaknya kan ayu..sgt berat kan hati nak lepaskan jagaan anak kita pada org lain sepanjang kita bekerja.kasih syg dari ahli keluarga sendiri yg menjaganya tidak sama seperti org lain yg menjaganya.

Mama2Q said...

Ayu...solat hajat jalan terbaik,(oleh suami isteri)-- mohon Allah kirimkan seseorang yg boleh menjaga mereka dgn penuh kasih dan tanggungjawab walau di mana mereka diletakkan...itu apa yg saya buat sebelum bertemu pengasuh sesuai beberapa bulan lalu..(Saya penah ceta kat blog tentang kenapa perlu bertukar pengasuh)

Kerikil Kehidupan said...

pernah juga melalui situasi ini dan skrg juga melalui situasi yg sama...namun yakinlah dgn janji-janji allah...pasti ada sesuatu yg TERBAIK sedang menunggu mereka...