Malam tadi, sewaktu ibu sedang mengemas manakala babah berehat-rehat sambil melihat kakak dan aisya bermain, tiba-tiba babah bersuara perlahan- 'Kasihan adik (panggilannya untuk aisya), hidup dalam dunia diam. Macam manalah agaknya adik rasa dalam dunia sunyi sepi tuh. Tanpa suara dan bunyi-bunyian. Nanti ye dik, babah masih bertanya mana-mana pakar, ada tak cara untuk memulihkan adik. Makan ubat ker...operate ker. Apa-apapun xkisahlah, janji adik boleh dengar, boleh cakap macam kakak' Huh..bayangkan perasaan ibu waktu itu. Terasa saat tu macam pisau menghiris dalam dada ibu. Sungguh..sayunya hati mendengar luahan itu. 'Maafkan ibu, babah'. Ibu tahu babah xbercakap dengan ibu waktu itu. Mungkin itu sekadar luahan untuk dirinya sendiri. Tapi, buat kali pertamanya ibu mendengar babah berbicara sedemikian. Sebelum ini ibu selalu stress dan marah dalam diam sebab ibu anggap babah buat xkisah kerana riak muka babah xpernah menunjukkan kesedihan itu. Selalu ibu tertanya, xsedihkah babah? Malah babah selalu marah bila lihat ibu selalu menangis (sebab tu ibu selalu menangis dalam diam, ibu xmahu babah tahu ibu menangis lagi). Mulut babah xpernah mengatakan babah sebenarnya risau dan sedih dengan keadaan aisya. 'Maafkan ibu sekali lagi babah' :)
Hingga ke waktu tidur, masih terngiang2 kata-kata itu. Airmata sekali lagi membasahi pipi ibu malam tadi. Betapa babah juga sebenarnya sering memikirkan tentang aisya sebagaimana ibu. Babah juga merasakan kepedihan sepertimana apa yang ibu sedang rasa. Malah babah sebenarnya mencari penawar untuk memulihkan aisya. Kini ibu dah tahu. 'Maafkan ibu sekali lagi babah'
| Kasih seorang ayah terhadap anaknya |
p/s : Babah, tunggu ibu jap lagi yeh. Kita g Kaunseling Speech Terapi sama-sama. Jap g ibu gerak.