Selepas membaca beberapa komen dari ibu/mama/umi/aunty dan sebagainya yang begitu mengambil berat tentang aisya, ibu ambil keputusan untuk memutuskan aisya perlu dipisahkan dari 'kembar'nya. Ye..apalagi kalau bukan dengan puting nyonyot nya itu. Kali ini ibu nekad. Sedari office lagi ibu dah niat nak cuba. dalam perjalanan balik ke rumah..semasa memandu pun otak ibu sibuk duk pikir caranya.Sampai jer rumah..sebaik masuk ke dalam rumah, menyambut huluran salam kakak aireen dan mencium kedua belah pipinya ibu segera mencari puting aisya. Setelah jumpa..ibu ambil dan sorok di satu tempat (babah dan cik til pun xtau rencana ibu). Kemudian barulah ibu menghampiri aisya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya, mencium kedua belah pipinya dan mendukungnya. Petang tiada kelainan yang ibu kesan..aisya leka dengan penerokaannya. Bermain dengan kakak, memunggah segala macam permainan, mengengsot ke sana ke mari. Alhamdulillah..2 jam pertama berjaya. Masuk jer ke malam, aisya nampak sedikit gelisah..umpama tercari-cari sesuatu. Ibu abaikan sahaja. Ibu buatkan susu dan baringkan dia. Setelah susu habis, dia bangkit. Mengengsot ke tempat biasa cik til simpan puting (kabinet tv). Tp bila dia tengok puting dia xde di situ..dia mengengsot ke sofa. umpama mencari sesuatu. Tp xmenangis. Dalam jam 10 malam (biasanya time ni aisya dah tido) dia start merengek. Ibu baringkannya dan tepuk-tepuk perlahan punggung aisya, dia start menangis. Semuanya serba xkena..dia pusing badan ke kiri, ke kanan, pusing 180 darjah macam-macamlah ragamnya. Bila ibu angkat dan dodoikan..dia diam sekejap, kemudian start menangis. Makin lama makin kuat. Cik til ambil aisya dan mungkin baru dia teringat..dia tanya ibu mana puting aisya. ibu diam jer, buat-buat xtahu. Babah lak sibuk duk cari puting aisya merata-rata. Dalam setengah jam aisya merengek..menangis, sampai tersedu-sedu. Akibat xsampai hati tengok dia camtuh + penat + geram ngan karenah dia- mata dah merah..nampak sangat dah ngantuk tp selagi xdapat 'candu'nya dia xmau tido. Ibu g amik balik puting yang ibu sorok tuh. Xsampai dua minit bagi aisya puting, dia dah lena dengan sedu-sedannya. Senang betul!
Alahai anak ibu....besar betul penangan puting tuh pada aisya yer. Akhirnya, ibu tewas dalam percubaan pertama ibu. Xper..ibu akan cuba lagi (ayat pujuk hati sendiri) Huhuhu..
2 jam pertama - aisya ok lagi. bermain dengan kakak.
Sewaktu ibu dan babah nak solat isya'. Letak aisya dalam babycoat supaya xkacau orang semayang.
Akhirnya ibu TEWAS..
Wajah dapat puting. lihatlah mata & hidung merah sebab menangis. Dalam 2-3 minit dapat puting dah lena.
11 comments:
alaaa..sedihnye tgk aisya nanges..huhuhu...mmg mcm tue kot klu nak pisahkan...kene ambik ms lm skit..takpe lps nie cuba lagi...
memulakan sesuatu perlu kan perancangan...meneruskan nya perlu kan kekuatan.....
pabila matlamat jelas...InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan....untuk yang tersayang....
ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam....
alahai kesiannya.takelah..usaha tu tangga kejayan..jgn putus asa yek ibu..cuba lg..:)
tiap2 malam buat benda sama & biarkan lebih lama...step by step..nanti dia oklah.
sweet...mata dah stim pun takleh nak lena lg...hehe
insya Allah! keep trying ibu aisya. lama2 dia pun bosan, dia kan tertidur jugak... tanpa puting dia. mungkin masa beberapa hari. anak2 kak min yg 2 org atas mawaddah mmg hisap puting. tapi by the time dia pandai mintak, kak min dah buang... sebelum diorg setahun kot mcm tu...
first try memang mcm tu..keep trying
hihi...nak wat macam ni kena kejam skt....harap ayu kuat smgt ek...nak tanya keter mainan tu beli kat mana ek...brp rm...cuba cari kedai mainan dgn giant kat sini...tak der...mcm sesuai jer nak letak iman...taklah dia tergolek jer...
terus usaha ayu..mula2 jer tu..ainie dulu pun cam tu gak...
kak ayu, cuba lg lain kali, insyaalah brjaya jgk nanti.
sayang betul aisya kat 'kawan'nya tu, siap nangis sampai merah2 mata & idung lg...
heheee.... klau pasal puting memang kta kalah punya... i dah cuba byk kali... mcam mcam cara tapi tak satu pun berjaya.... until one day...both my doters taknak puting tu sendiri....[aged 3 and 2 yrs old]
yang 2 yrs old tu cos dia suka gigit puting tu sampai ada lubang... i tak ganti baru...so dia rasa lain.. tak syok... den dia buang sendiri.....
yng 3 yrs old tu- i bagi something yang ada rasa pahit kat puting tu... [ tak ingat pulak apa yg i kasi] but wen she tried on puting memang lah muka masam...cried suruh cuci... i pura2 cuci depan dia..den bila dia pakai dia nangis tak suka... i cakap mama tak tau nak buat apa sayang... pipit kakak rosak kot... dia cuba lagi... masih tak sedap...pastu dia buang sendiri... hehehe...
cubalh... sapato dapt..
ayue, aisya cane? didoakan semuanya baik2 shj buat kalian sekeluarga...
Post a Comment