Friday, September 30, 2011

'Cik til nak keje lain'

'Adik ingat nak cari kerjalah'.Itulah ayat cik til pada saya beberapa hari lepas.Terkejut??tak jugak (namun tergamam gak ar sekejap).Saya tak marah jauh sekali untuk berjauh hati.Malah sekarang, saya yang sibuk mencarikannya pekerjaan yang sesuai dengan kelayakkan dan kebolehannya.Dulu, saya berjanji padanya..merayu memohon agar dia tolong saya menjagakan aisya sehingga aisya sihat.Sekarang setelah aisya semakin sihat dan aktif, dia mula memikirkan kerjaya yang lebih baik.Mungkin juga bosan barangkali setiap hari menjalani rutin yang sama di rumah.Berkawan hanya dengan anak-anak kecil.Biarlah, lagipun dia masih muda.Banyak lagi pengalaman dan ilmu yang perlu dia kutip.Kadang-kadang kesian juga padanya.Sebenarnya saya patut sudah bersedia dari awal lagi.2 tahun cik til sanggup berkorban (berhenti kerja) untuk menjaga aisya..kerna saya lebih percayakannya daripada menghantar aisya ke rumah pengasuh.2 tahun cik til bersama kami di rumah itu.2 tahun juga banyak jasanya pada aisya.Sangat banyak dan tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit yang kami bayar padanya setiap bulan.Lepas ni...xtaulah bagaimana pula situasinya setelah cik til benar-benar tiada di situ lagi.Bukan sekarang, mungkin sehingga hujung tahun ini.Tentang aisya..mungkin saya perlu menghantarnya ke sekolah/taska/nurseri?bermakna saya perlu mencari sekolah yang terdekat dengan office yang juga mahu menerima anak istimewa ini.Atau ke rumah pengasuh?saya perlu pastikan yang dia betul-betul seorang yang penyayang dan bertanggungjawab, juga sanggup melayan segala karenah aisya yang bermacam ragam sekarang.Melihat dan mendengar pelbagai cerita berkenaan pengasuh sekarang benar-benar menakutkan saya.Atau mengupah bibik di rumah?rasanya xmahu privasi kami terganggu dengan hadirnya orang luar (yang tidak kami kenal hati budinya) bersama kami lebih-lebih lagi pada waktu cuti.Mesti susah kan?kemana-mana perlu membawa mereka sekali.Atau jalan paling selamat hantar saja ke rumah tok abah?Tapi kasihan pula, nenek sekarang dalam keadaan uzur (selalu sahaja tidak sihat), aisya pulak dah banyak ragamnya.Itu tidak pula termasuk peel sikakak tapi saya yakin tok abah pasti tidak akan membantah.Hurmm.. kami masih lagi belum menemui jalannya.Biar sahaja masa menentukan.(dah hujung-hujung nanti, pasni ada penyelesaiannya-malas nak serabut-serabut pikir.huhuhu)Apa pandangan kalian???
2 beradik yang semakin bijak dan banyak ragamnya
Pasni...sapa lak yang nak memanjakan kamu berdua nih??
* Yang paling merisaukan adalah si aisya tuh.Dapat ke dia menyesuaikan diri dengan orang lain?2 tahun setengah umurnya, dia xpernah tinggal dengan orang lain selain saya ibunya dan cik til.Alangkan saya tinggalkan dia sekejap jer tanpa cik til kat rumah tok abah g kedai dia boleh menangis sampai muntah-muntah dan kejang-kejang kaki.Inikan pula seharian di rumah oarng yang langsung dia xpernah kenal.Aduhaiii..

Thursday, September 22, 2011

Pabila dikelilingi dengan nilai kasih sayang

video
Lihatlah telatahnya....tersenyum saya sendirian melihat telatahnya mendodoikan anak patung kesayangannya itu.So sweet.Lagaknya persis seorang ibu yang sedang mendodoikan anak kecil.Alhamdulillah, walaupun masih kecil namun dalam dirinya sudah wujud nilai kasih sayang.Itulah yang saya ingin terapkan untuk kedua-dua anak saya.Saling menyayangi tak kira tua, muda.Nampaknya apa yang saya ajarkan dan praktikkan pada mereka selama ini telahpun menunjukkan hasil.Apakah itu petanda yang ibu dah xperlu risau untuk memberinya adik??hahaha...*sila tutup mulut*
Muah..muah..muah untuk aisya comel ibu nih.

Wednesday, September 21, 2011

Kisah sehari di hospital

video
13 September 2011 - Satu hari kami di hospital memenuhi tuntutan temujanji demi temujanji yang telah diaturkan untuk aisya.Untuk tarikh ini ada 4 temujanji yang perlu dipenuhi iaitu temujanji pakar kanak-kanak, temujanji terapi carakerja (Occt), temujanji speech teraphy dan yang terakhir temujanji dengan pakar audio (ENT).Membaca setiap satu temujanji ini di buku kuning temujanjinya yang pastinya dibuat di hospital (sudah sangat maklum keadaan tempatnya) pasti ada yang mengeluh.Penat?Pada saya anak kecil saya yang kuat ini tidak pernah mengeluh, jauh sekali untuk mengadu letih atau bosan kerana semua itu adalah rutinnya setiap bulan malah ada juga yang dibuat 2 kali sebulan.'Alah bisa tegal biasa' kata orang ;) Itulah semangat yang saya kagum ada padanya sejak dari dia kecil lagi.Seorang pejuang kecil yang tak pernah putus asa.
Untuk temujanji kali ini ulasan yang kami terima dari pakar kanak-kanak (Mrs. Raja) adalah:
a)    Pertumbuhan perkembangan fizikal aisya memuaskan - semuanya meningkat (berat naik sikit dari 3 bulan lepas iaitu 8.1kg (2 tahun 1/2), ukuran lilit kepala 45cm dan tinggi 79.5cm) Seperti biasa, doktor masih menekankan berkenaan berat badan.
b)    Apabila diutarakan tentang masalah aisya yang sering muntah selepas makan/minum, pakar mengatakan kemungkinan besar adalah kerana tekaknya tidak boleh menerima makanan/geli dan saya disarankan 'memaksa' anak saya makan sedikit demi sedikit dengan memberi makanan yang berkalori tinggi seperti cheese, french fries, ayam goreng dan sebagainya.
c)   Berkenaan dengan gigi aisya yang lambat/xkeluar2 dah selepas 11 batang yang sudah ada tuh, pakar mengatakan tidak perlu risau.
d)    Murmur/desiran di jantung yang masih berbunyi kuat.Pakar hanya bertanyakan bila temujanji berikutnya di IJN dan merekod sesuatu di skrin komputer.
Beberapa soalan ditanyakan kepada saya tentang aisya.Dah pandai apa?Selalunya kat rumah dia diam je ker?Dia kawan ngan sapa kat rumah?Minum susu apa?Keseluruhan adalah memuaskan.Aisya nampak aktif dan sihat katanya ;) Alhamdulillah.Epilim perlu diteruskan.Begitu juga multivitamin dan beberapa ubat lainnya.
Untuk Terapi carakerja, kami disambut oleh 2 pelatih lelaki yang sangat mesra.aisya dibuai di atas gegelung buaian (untuk melihat tahap keseimbangannya-teroleng-oleng dia cuba menahan badan daripada jatuh), duduk atas bola besar, melompat atas trampolin (aisya masih xpandai lagi nak melompat betul-betul, just goyang bontot jer), membuat balingan (tangan kanan xkuat), bermain dengan beberapa alat permainan bewarna bagi meningkatkan tahap penggunaan mata dan tangan, masuk kolam bola (masih lagi menangis ketakutan), diberi beberapa arahan mudah dan bebearapa latihan lain.Keseluruhannya juga dikatakan agak memuaskan walaupun masih delay.
Bagi speech teraphy pula, xbanyak perubahan yang dikesan pada aisya.Aisya berada pada tahap lingkungan bayi 6 bulan -babling.Masih lagi saya di ajar beberapa teknik braingym untuk dipraktikkan pada aisya.Dan masalah badannya yang nampak 'lembik/lesu' di tegur oleh terapist.Menurutnya aisya nampak 'slow motion' dalam ertikata lain lemah jer perlakuannya.Pada saya mungkin sebab penat seharian di hospital.
Dan temujanji terakhir jam 3.30 petang pada hari itu adalah berjumpa dengan pakar audiologi.Alat bantu dengar aisya diperiksa.Mould mungkin perlu ditukar baru sebab dah longgar.Yang lainnya berada dalam keadaan baik.Audiologi masih bertanyakan pada saya tentang 'kemungkinan untuk melakukan koklear implan' namun tiada jawapan yang dapat saya berikan untuk itu.Menurutnya aisya perlu menjalani satu ujian pendengaran pada bulan 12 nanti.Diharapkan segalanya bakal berjalan dengan baik dan segala urusan dipermudahkan olehNYA.

Busy...sakit...dan kematian

Really miss my blog.fuhh...fuhh sambil sapu sawang2 yang dah melekat ;P
Lamanya xmenjenguk blog sendiri apatah lagi blog kengkawan lain (kalo adapun..sempat curi-curi masa tengok/baca guna hp jer.Itupun hanya blog tertentu)Macam manalah nak jadi blogger tegar nih?Banyak cerita untuk dikongsi sepanjang proses 'bertapa'.Mungkin saya akan update sedikit demi sedikit sebagai kenangan walaupun ceritanya dah basi ;) Seperti biasa...alasan berdiam diri mesti nak cakap BUSY!(confirm ramai yang akan geleng kepala punya)Huh, orang lain pun busy gak kan?Kesibukan kerja memang tak akan pernah habis kalau diikutkan sangat.Tapi serius start dari Ramadhan membawa sehingga ke minggu lepas memang saya terlalu amat busy.Keluar rumah seawal jam 6.20 pagi, adakala sampai rumah jam 9.30++malam.Bayangkan kepenatannya.Ini semua gara-gara kerana menjadi 'orang kuat' sempena Hari Inovasi Jabatan.Dah habis pun majlisnya 15hb lepas, barulah boleh bernafas lega.Selagi xsettle majlis...selagi tu rasa diri ini sentiasa dihambat masa.Terkejar-kejar rasanya.Semua benda nak dibuat, nak dicapai, nak ditengok dan macam-macam lagilah ;p Itu baru masuk bab kerja pejabat, belum lagi kerja-kerja rumah yang memang wajib perlu dilaksanakan setiap hari. (Time ni baru terpikir alangkah bestnya kalau ada bibik kat umah.*wink...wink..wink* berangan saja okeh)
Bercerita bab aisya.....anak kecil itu agak tidak sihat kebelakangan ini.Batuk-batuk dan muntah-muntah yang berterusan.(nanti saya update apa kata paeds tentang masalah muntahnya itu di entry lain)Bermula dari awal raya, dia kerap muntah xkiralah sama ada apabila makan atau menyusu namun dia masih nampak aktif sehinggalah Jumaat lepas (cuti Hari Malaysia), ketika itu kami ke Kelang.Sepanjang perjalanan kami balik dari Kelang ke Putrajaya dia muntah berterusan.Keadaan sangat membimbangkan kerana bibirnya juga berubah menjadi biru dan nafasnya sangat tidak lancar.Suhu badan pun panas.Babah terus melencong terus ke Pusat Rawatan Pakar An-Nur.Kami diberi keutamaan untuk masuk ke bilik doktor.Ketika itu dia dah longlai (ntahkan penat kerana asyik muntah atau nak tidur).Setelah diperiksa dan sebagainya...suhu badannya naik ke 38.5c (demam), ubat bontot dimasukkan sebanyak 2 biji dan aisya di'rehatkan' di bilik pemerhatian sementara di Pusat Rawatan itu.Dia asyik merengek dan xmahu baring di katil yang disediakan melainkan atas lengan saya.Alhamdulillah..dalam setengah jam kemudian, keadaannya bertambah baik dari sebelumnya dan setelah diperiksa sekali lagi, kami dibenarkan pulang MELAINKAN sekiranya jadi lagi seperti tadi, kami perlu terus ke Bahagian Emergency.Sabtu dan Ahad kami dikuarantinkan dari keluar berjalan.Hanya duduk berehat dan bermalasan di rumah.Lagipun keadaan aisya nampak lemah.
Petang Ahad (18 Sept)- kami diuji pula dengan berita perkhabaran kematian salah seorang pakcik saudara saya kerana penyakit ‘Aspiration Pnemonia’(yang tertulis di dalam surat kematiannya).Petang itu juga kami berangkat pulang ke kg di Kuala Terengganu membawa bersama tok abah dan nenek.Segala macam ubatan aisya saya bawa sebagai persediaan sepanjang perjalanan yang jauh itu.Alhamdulillah…keadaannya baik-baik sahaja, tidur sepanjang perjalanan.Mabuk ubat barangkali.(buat masa ini aisya perlu makan 7 jenis ubat 2x sehari) Dan semalam keadaannya nampak semakin pulih.Alhamdulillah ;)
Kurus kan dia sekarang?

Wednesday, September 14, 2011

Raya...raya...raya..

Masih lagi dalam mood beraya.hehehe.2 minggu sudah kita beraya.Tiap-tiap minggu ada sahaja jemputan 'open house' sehinggakan ada juga beberapa jemputan yang xsempat untuk dipenuhi.Maafkan kami yer.Terima kasih pada yang telah sudi menjemput.Rumah kami??Rasanya tiada 'open house' untuk tahun ini tetapi saya amat mengalu-alukan kedatangan teman-teman ke rumah kami yang serba sederhana itu..Kalau nak datang tu, jangan lupa call@ msg dulu.Bukan apa, takut tuan rumahnya tiada di rumah (keluar beraya) dan bolehlah saya memasak sedikit untuk dijamu pada yang sudi datang (xkan nak jamu org datang ngan biskut dan kerepek raya jer kan?)hihihi...
Oklah..sebenarnya, saja nak tepek beberapa pic aisya beraya baru-baru ni.Itupun kebanyakkan gambar adalah ihsan dari rakan-rakan.(Ibu aisya sekarang ni sangat susah nak pegang kamera tau, padahal bawak jer kamera tu kalau g mana2.Cuma mood nak ambil gambar tu yang ke laut.Huhuhu)
Berposing ngan spek mata besar.Lawak sungguh anak ibu nih.
Tomei tak saya?
 Muka terkejut
Terus xnak pandang kamera
Salam raya ngan abg habib.
Opss...eh, awak tu anak dara tau.xmalu ke cium anak teruna orang?hihihik.
 Anak dara ni buat perangai - 'mengamuk' kat umah orang.
Pertemuan tak dirancang -Umi & Alisya pun ada ;)

Thursday, September 8, 2011

Aidilfitri nan indah..

Pejam celik pejam celik dah 8 hari dah raya rupanya hari nih.Sekejapnya rasa.Xpuas lagi nak bermanja, berehat, berkumpul bersama seluruh keluarga dan sanak saudara.Yelah..hari raya jelah rasanya dapat kumpul ramai-ramai.Yang jauh pun balik beraya bersama.Hari lain masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.Ye tak?
Raya pertama kami tahun nih kami sambut di Serdang - umah tok abah (turn ibu pulak tahun nih.).Antara hidangan pagi raya kami ialah nasi minyak, nasi impit, lemang, serunding daging, kuah kacang, gulai daging, ayam masak merah, laksa penang dan laksa terengganu.Pergh, gumuklah ibu pas raya nih.Lepas jer sembahyang raya rumah kami diserbu oleh sepupu-sepupu.Wah..seronok sangat.Mereka ni adalah sepupu rapat saya dari keluarga belah abah.Kami memang rapat sejak dari kecil lagi.Ada yang tinggal jauh nun di Terengganu.Tapi yang xbestnya..gambar family kami xcukup satu family.Papa, mummy n adel serta pak uda, mak uda, qael dan qhaleef x ada.So, Gambar raya kami xlengkap satu family besar.Tahun depan kami lak yang xde(turn babah).Huhuhu..Raya ke-2 kami beramai-ramai konvoi berangkat ke Melaka, Jasin (Keluarga besar saya berkumpul dengan keluarga besar belah babah) dan seterusnya kami ke Muar berhari raya bersama keluarga papa n mummy aireen aisya pula.Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke Labis (rumah babah pula).
Raya umah babah pun xkurang meriahnya kerana Raya ke-3 kami ke Felda Maokil kerana adik biras saya bertunang.Raya ke 4 kami beraya di sekitar Segamat (rumah Pak Ngah dan Mak Lang).Raya ke- 5 ke Muar dan Raya ke 6 ke Air Itam.Haaa...berjalan xhingat kan?Inilah 1st time kami beraya sakan membawa keluarga menziarah rumah-rumah saudara mara.Ada antaranya yang saya sendiri xkenal (yelaa..saudara mara belah babah ramai sangat.Pulak tu berjumpa jarang sekali) Ikutkan banyak lagi rumah yang kami xsinggah antaranya sekitar JB dan Kota Tinggi.Lagi-lagi kalau di belah saya, di Terengganu.Alamatnya seminggu cuti pun belum tentu habis kesemuanya ;) Aireen dan aisya sudah pastilah seronok dapat berjalan walaupun jelas keletihan pada waktu malam.Aisya raya pertama agak moody kerana xberapa sihat (batuk dan selsema yang kerap meleleh) namun hari-hari berikutnya dia nampak ceria dan seronok berjalan.Cumanya dia ada masalah muntah-muntah.Langsung xleh masuk makanan, pasti muntah.Dah tidur pun boleh termuntah.Yang lain-lain, dia ok, sihat dan ceria sepanjang mood beraya nih.
So, kita lihat gambar raya yeh.Ni gambar raya hari pertama kat umah tok abah.Raya berikutnya kami xberpeluang/xsempat nak bergambar ;)

Merekalah keluarga besar kesayangan saya
'Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga'