Tuesday, January 25, 2011

Seraut wajah cekal tertumpah seluruh kasih..

Anak kecil yang ketika itu tidak diberikan sebarang harapan oleh pakar!
Muka aisya separuh dari tapak tangan ibu.Lihatlah tangannya yang biru kehitaman,
kesan dari cucuk - ambil darah setiap hari
Tajuk macam novel cinta pulak.Hihihik..saja nak meluah rasa dan melayan perasaan mengingatkan kenangan lalu.

Dulu...saat diberitakan anak yang ibu kandung mempunyai masalah, ibu rasa sedih sangat.Ibu jatuh terduduk.Dunia rasa gelap seketika.Huru hara rasanya hidup nih.Tengah-tengah drive selepas balik dari check up tu call babah bagitahu apa yang doc cakap sambil tersedu sedan.Airmata xusah ceritalah..Selepas itu, ibu sibuk mengajak babah ke beberapa buah klinik swasta lain (SJMC, KPMC, Poliklinik Az zahrah, Poliklinik An-nur dan macam-macamlah klinik yang orang cakap bagus).Tujuannya ibu nak scan bayi dalam kandungan ibu dan dapatkan kepastian tentang apa yang klinik kerajaan tu bagitahu.Tetapi ternyata, jawapan yang ibu terima daripada pakar-pakar tersebut adalah hampir sama! Bayi puan saiznya terlalu kecil dari usia yang sepatutnya dan ujian doppler yang dijalankan keatasnya seperti ada masalah, BAYI PUAN STRESS di dalam.99.9% puan perlu melahirkan melalui kaedah cesarean.Ketika itu syaitan mula membisikkan agar ibu menyalahkan takdir, menyesali nasib malang yang bakal terjadi.Sungguh ibu lemas dalam emosi dan tangisan yang tidak pernah kering.Setiap saat ibu merenung memikirkan nasib bayi yang berada dalam kandungan.Mujur keluarga terutama tok abah banyak mengejutkan ibu, dari terus tewas dan tertiarap xbangun-bangun.

Bayi stress? putus asa ibu memikirkannya.Malah sehingga kini ibu belum temui jawapannya walaupun telah bertanya pada yang pakar.kenapa pulak baby stress?Kalau nak kata ibu stress, ibu xrasa ibu tertekan pun sebelum mendapat berita itu.Sesudah tahu berita ini iyer..ibu akui ibu sering menangis.ibu jadi terlalu sensitif.Bermula dari saat itu (usia kandungan +-6 bulan) ibu dah jadi pengunjung tetap klinik pakar O&G Hospital serdang dan penghuni setia wad 5E / 5F.Dua minggu di wad, seminggu di rumah (dapat balik pun sebab merayu-rayu sambil menangis sedu sedan depan doktor pakar mintak balik, rindu kat kakak yang ketika tu baru berumur 21 bulan).Ibu dapat MC sepanjang 2 bulan sebelum bersalin kerana menurut doktor pakar ibu langsung tidak boleh bekerja dan berfikir kuat.Hanya bed rest! Begitulah seterusnya sehingga ibu melahirkan anak kecil yang kuat ini pada minggu ke34 kandungan.

Pertama kali melihat wajah suci anak ini sungguh ibu jatuh cinta.Biar pun kecil 1.27kg (sebesar botol air mineral/flask yang kecil) namun terlihat sinar kekuatan pada anak itu.Ibu cakap aisya anak yang kuat kerana walaupun seramai 7 orang doktor pakar yang ibu temui mengatakan aisya tidak akan survive jika dilahirkan secara normal (dengan peratus hidup cuma 0.01% sahaja), namun alhamdulillah..sehingga ke hari ini dia masih ada bersama ibu.masih terus berjuang melawan setiap kesakitan yang mendatang.Masih meneruskan penerokaan dan pembelajaran agar tidak tersisih dari rakan seusia.

Alhamdulillah...wajah cekal itu selalu saja menggamit kasih dan sayang setiap mata yang memandang.Ibu, babah, cik til, tok abah, nenek, mak su, papa, pak ngah, pak uda, mak uda, pak uteh, pak itam dan seluruh keluarga kami menyayanginya.Ternyata, airmata yang setiap saat dulu mengalir dan doa yang tidak pernah putus ini dimakbulkan oleh Maha Pencipta.ibu  tak mahu aisya dipinggirkan kerana kekurangan yang ada pada dirinya (walaupun pada ibu, tidak pernah ada kekurangan pun pada aisya) Biarlah mata luar yang memandang pelik atau kata-kata luar yang menyakitkan bertanya tentangnya namun dia masih ada ramai yang menyayangi, yang melindungi dan yang ibu boleh harapkan sekiranya ibu tiada.

 "Moga aisya sentiasa berada dalam lindungan dan payung rahmat Illahi"

5 comments:

mrs_zura said...

keciknya aisya masa baru lahir..pampers lagi besar...Insyaallah aisya akan membesar dgn sihat..selalu pegang kata2 nie..."kalau kita rasa ujian hidup kita berat,ada lagi yg lebih berat dari kita..."
i lap u aisya muah muah muah...

Jue-Isteri_Ibu said...

insya allah ayu, aisya akan membesar dengan sihat..ibu ainie sentiasa mendoakan yangterbaik untuk aisya dan ibu ayu..kecik2 aisya pun, yg penting aisya mmg comel dan kuat...

Min said...

amin Ya Rabb!

ummi aka iem said...

salam kenal ..sedih baca entry nii ..insyaalah aisya akan kuat demi ibu dan semua yg menyanyanginya ...tahniah jugak utk aisya sbb dah berjaya berjalan sendiri ..

karmila said...

tq sudi share kisah Puan...sya pun ada anak yang sama macam Puan... my lil Hana.. saiz dier pun kecik jugak... skrg da 3 tahun...masih blm pandai berjalan dan bercakap...namun sya syukur sangat..sebab Allah kirimkan pada saya malaikat kecil yg boleh merubah mood saya dari sedih jadi ceria...dari lemah trus jadi kuat...dan saya yakin Puan pun punya rasa yang sama....