Raya pertama kami tahun nih kami sambut di Serdang - umah tok abah (turn ibu pulak tahun nih.).Antara hidangan pagi raya kami ialah nasi minyak, nasi impit, lemang, serunding daging, kuah kacang, gulai daging, ayam masak merah, laksa penang dan laksa terengganu.Pergh, gumuklah ibu pas raya nih.Lepas jer sembahyang raya rumah kami diserbu oleh sepupu-sepupu.Wah..seronok sangat.Mereka ni adalah sepupu rapat saya dari keluarga belah abah.Kami memang rapat sejak dari kecil lagi.Ada yang tinggal jauh nun di Terengganu.Tapi yang xbestnya..gambar family kami xcukup satu family.Papa, mummy n adel serta pak uda, mak uda, qael dan qhaleef x ada.So, Gambar raya kami xlengkap satu family besar.Tahun depan kami lak yang xde(turn babah).Huhuhu..Raya ke-2 kami beramai-ramai konvoi berangkat ke Melaka, Jasin (Keluarga besar saya berkumpul dengan keluarga besar belah babah) dan seterusnya kami ke Muar berhari raya bersama keluarga papa n mummy aireen aisya pula.Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke Labis (rumah babah pula).
Raya umah babah pun xkurang meriahnya kerana Raya ke-3 kami ke Felda Maokil kerana adik biras saya bertunang.Raya ke 4 kami beraya di sekitar Segamat (rumah Pak Ngah dan Mak Lang).Raya ke- 5 ke Muar dan Raya ke 6 ke Air Itam.Haaa...berjalan xhingat kan?Inilah 1st time kami beraya sakan membawa keluarga menziarah rumah-rumah saudara mara.Ada antaranya yang saya sendiri xkenal (yelaa..saudara mara belah babah ramai sangat.Pulak tu berjumpa jarang sekali) Ikutkan banyak lagi rumah yang kami xsinggah antaranya sekitar JB dan Kota Tinggi.Lagi-lagi kalau di belah saya, di Terengganu.Alamatnya seminggu cuti pun belum tentu habis kesemuanya ;) Aireen dan aisya sudah pastilah seronok dapat berjalan walaupun jelas keletihan pada waktu malam.Aisya raya pertama agak moody kerana xberapa sihat (batuk dan selsema yang kerap meleleh) namun hari-hari berikutnya dia nampak ceria dan seronok berjalan.Cumanya dia ada masalah muntah-muntah.Langsung xleh masuk makanan, pasti muntah.Dah tidur pun boleh termuntah.Yang lain-lain, dia ok, sihat dan ceria sepanjang mood beraya nih.
So, kita lihat gambar raya yeh.Ni gambar raya hari pertama kat umah tok abah.Raya berikutnya kami
Merekalah keluarga besar kesayangan saya
'Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga'
8 comments:
cantekkk nye tema purple...nak tudung tu..hehehe
ayu je ngan baju raya...sesuai ngan nama..hehe..selamat hari raya
wahh cantiknya ibu dan ank2..sweet je kan..mesti kakak n adik bnyk dpt duit ry tahun ni kan..Jemputla dtg ke rumah kak ayu...h
tak puas jumpe aisya semalam... tingat2 dia asek nak salam je.. memang comel lah dak tecit tuh!
ayu,
salam aidilfitri buat ayu & family esp utk anakanda aisya yg comel tu
bestnya dpt raya dgn keluarga besar mcm tu ya...
nak sama la tema kaler kita thn nie.. :)
suka la pic pertama dan kedua tu...semua org cam sweet sgt...
salam ayu..
Selamat Hari Raya buat ayu dan keluarga. Semoga bahagia di hari raya
Post a Comment