Wednesday, September 21, 2011

Kisah sehari di hospital

13 September 2011 - Satu hari kami di hospital memenuhi tuntutan temujanji demi temujanji yang telah diaturkan untuk aisya.Untuk tarikh ini ada 4 temujanji yang perlu dipenuhi iaitu temujanji pakar kanak-kanak, temujanji terapi carakerja (Occt), temujanji speech teraphy dan yang terakhir temujanji dengan pakar audio (ENT).Membaca setiap satu temujanji ini di buku kuning temujanjinya yang pastinya dibuat di hospital (sudah sangat maklum keadaan tempatnya) pasti ada yang mengeluh.Penat?Pada saya anak kecil saya yang kuat ini tidak pernah mengeluh, jauh sekali untuk mengadu letih atau bosan kerana semua itu adalah rutinnya setiap bulan malah ada juga yang dibuat 2 kali sebulan.'Alah bisa tegal biasa' kata orang ;) Itulah semangat yang saya kagum ada padanya sejak dari dia kecil lagi.Seorang pejuang kecil yang tak pernah putus asa.
Untuk temujanji kali ini ulasan yang kami terima dari pakar kanak-kanak (Mrs. Raja) adalah:
a)    Pertumbuhan perkembangan fizikal aisya memuaskan - semuanya meningkat (berat naik sikit dari 3 bulan lepas iaitu 8.1kg (2 tahun 1/2), ukuran lilit kepala 45cm dan tinggi 79.5cm) Seperti biasa, doktor masih menekankan berkenaan berat badan.
b)    Apabila diutarakan tentang masalah aisya yang sering muntah selepas makan/minum, pakar mengatakan kemungkinan besar adalah kerana tekaknya tidak boleh menerima makanan/geli dan saya disarankan 'memaksa' anak saya makan sedikit demi sedikit dengan memberi makanan yang berkalori tinggi seperti cheese, french fries, ayam goreng dan sebagainya.
c)   Berkenaan dengan gigi aisya yang lambat/xkeluar2 dah selepas 11 batang yang sudah ada tuh, pakar mengatakan tidak perlu risau.
d)    Murmur/desiran di jantung yang masih berbunyi kuat.Pakar hanya bertanyakan bila temujanji berikutnya di IJN dan merekod sesuatu di skrin komputer.
Beberapa soalan ditanyakan kepada saya tentang aisya.Dah pandai apa?Selalunya kat rumah dia diam je ker?Dia kawan ngan sapa kat rumah?Minum susu apa?Keseluruhan adalah memuaskan.Aisya nampak aktif dan sihat katanya ;) Alhamdulillah.Epilim perlu diteruskan.Begitu juga multivitamin dan beberapa ubat lainnya.
Untuk Terapi carakerja, kami disambut oleh 2 pelatih lelaki yang sangat mesra.aisya dibuai di atas gegelung buaian (untuk melihat tahap keseimbangannya-teroleng-oleng dia cuba menahan badan daripada jatuh), duduk atas bola besar, melompat atas trampolin (aisya masih xpandai lagi nak melompat betul-betul, just goyang bontot jer), membuat balingan (tangan kanan xkuat), bermain dengan beberapa alat permainan bewarna bagi meningkatkan tahap penggunaan mata dan tangan, masuk kolam bola (masih lagi menangis ketakutan), diberi beberapa arahan mudah dan bebearapa latihan lain.Keseluruhannya juga dikatakan agak memuaskan walaupun masih delay.
Bagi speech teraphy pula, xbanyak perubahan yang dikesan pada aisya.Aisya berada pada tahap lingkungan bayi 6 bulan -babling.Masih lagi saya di ajar beberapa teknik braingym untuk dipraktikkan pada aisya.Dan masalah badannya yang nampak 'lembik/lesu' di tegur oleh terapist.Menurutnya aisya nampak 'slow motion' dalam ertikata lain lemah jer perlakuannya.Pada saya mungkin sebab penat seharian di hospital.
Dan temujanji terakhir jam 3.30 petang pada hari itu adalah berjumpa dengan pakar audiologi.Alat bantu dengar aisya diperiksa.Mould mungkin perlu ditukar baru sebab dah longgar.Yang lainnya berada dalam keadaan baik.Audiologi masih bertanyakan pada saya tentang 'kemungkinan untuk melakukan koklear implan' namun tiada jawapan yang dapat saya berikan untuk itu.Menurutnya aisya perlu menjalani satu ujian pendengaran pada bulan 12 nanti.Diharapkan segalanya bakal berjalan dengan baik dan segala urusan dipermudahkan olehNYA.

5 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah...moga Aisya terus maju yer...abg iman follow yer....

Mama3Q said...

insyaAllah..moga aisya terus maju hari demi hari...

zura_habibhaariz said...

wah...untung ayu:-) smg aisya trs berkembang

Fysa Ismail said...

alhamdulillah..moga aisya terus diberi kesihatan yang baik....

AdanyaKauUntukku said...

salam ziarah
saya pun ibu kepada anak yang lambat bercakap dan menghadiri terapi pertuturan untuk mengatasi masalah itu..

btw..saya doakan anak awak baik2 ye