Baru balik dari temujanji Orthopedik pagi tadi.Ehmm..hari nih dalam sejarah kerana buat julung kalinya kami keluar dari bangunan hospital jam 10 pagi.Biasanya selagi tak jejak ke angka 12++ jangan harap nak selesai.Huhuhu..Mungkin sebab kali nih jam 8.15 pagi lagi kami dah terpacak depan kaunter pendaftaran tuh.Melihat pada keadaan sekeliling, ramai gak ar orang yang dah menunggu tapi kebanyakkannya orang dewasa.Alhamdulillah, nasib aisya baik kerana dia mendapat angka giliran bermula dari 4001( pesakit pertama) iaitu no. 4 di depan mewakili pesakit bayi.Hihihihi..dah besar pun masih jadi baby yer aisya???Tak hairanlah masa tengah duduk menunggu tuh ada seorang makcik asyik memandang kearah aisya yang ligat, xreti duduk diam.Tak lama kemudian makcik tu menghampiri kami lalu bertanya 'berapa bulan anak nih?'.Dengan senyum saya jawab '2tahun dah makcik' (walaupun lagi beberapa hari baru aisya genap masuk 2 tahun.hihihi).
'Owh..keciknya 2tahun yer.Kenapa?dia tak boleh jalan ker?' Si makcik masih bertanya.'Baru jer belajar bertatih tp tiba-tiba kaki lak sakit'.Bla..bla..bla..makcik tersebut bercerita itu ini dan antara nasihat yang masih saya ingat 'xper nak, kecik-kecik nih dia selalu sakit.Insyaallah, besar nanti bijak orangnya.Senang kamu nanti'.Saya cuma membalas dengan senyuman sambil di dalam hati mengaminkan doanya.Insyaallah...
Oklah..berbalik pada rumusan yang doktor dan pakar (2 orang doktor yang periksa kaki aisya kali nih) buat, kaki aisya dah ok.Bengkak semakin kurang, merah tiada dan aisya dah boleh berpijak.(bila diletakkan di lantai tapi kena berpaut) tapi satu soalan yang ditanyakan (agak pelik bunyinya), 'Kenapa kaki dia panas?Ke memang kaki dia panas?' sambil rasa yang sebelah kaki lagi.Saya hanya diam.Rasanya masuk yang ni dah hampir 5,6 orang tanya pasal kenapa kaki aisya panas.Ye ker??kenapa saya kurang perasan?Salah saya kerana tidak prihatin tentang itu tapi rasanya biasa-biasa sahaja.Mungkin memang kakinya begitu sebab tu saya xperasan suhu kakinya sedangkan selalu saya pegang dan perhati kakinya.Ehmm..keputusannya aisya dibenarkan balik dengan syarat datang kembali kalo kelihatan membengkak lagi.Yahoo..xperlu admit wad.
Aisya seronok, ibu pun seronok.Tak perlu duduk wad.Alhamdulillah..(Penat tau duduk wad nih.Walaupun xbuat apa.Yang xsakit pun boleh sakit jadinya-yang.huhuhu).Tq semua.Semua ni berkat doa dari auntie2 semua jugak kan?
![]() |
| Sampai ketiduran dalam perjalanan pergi dan balik.Sangat ngantuk ok. Ibu kejut saya awal pagi. |
![]() |
| Ini budak kecik yang sangat behave hari nih. |
Malam tadi aisya dah kembali bangun sendiri dan cuba bertatih.Tatih-tatih, terduduk.Bangun lagi..tatih 4,5 langkah duduk semula tapi dia tetap usaha tanpa jemu.Walaupun kaki masih xstabil (senget sedikit tapak kaki bila melangkah) tapi dia cuba dan cuba.Apatah lagi kami duk riuh sokong dan bagi semangat.Lagilah dia seronok.Itulah dia anak kecil saya.Kuat dan xputus asa.'Kecik-kecik cili padi ini budak'









