Friday, March 11, 2011

~Warkah Buat Kakak~

Assalamualaikum kakak...
(Andai kakak baca nukilan tulisan dari ibu nih, ibu yakin time tu kakak tentu dah besar dan faham segalanya yang apa ibu ingin sampaikan.)-kalo xpaham jugak..kakak ambillah masa untuk faham semua ini.

Kakak,
Ibu paham perasaan kakak
Setiap kali ibu terpaksa tinggalkan kakak
Bersama cik til atau tok abah dan nenek
Kerana menjaga adik aisya yang sakit

Ibu tahu kenapa kakak buat perangai
Setiapkali ibu sibuk membuat terapi pada adik aisya
Atau ketika ibu sedang memasak/mengemas rumah
Kerana kakak buat camtu untuk tarik perhatian ibu
Agar lebih perhatian pada kakak

Ibu mengerti setiapkali kakak merajuk
Sehingga menitiskan airmata
Bila mana ibu xdapat menunaikan kehendak kakak
Untuk membacakan buku cerita sebelum kakak tidur
Atau menemankan kakak belajar
Seperti selalu
Kerana adik aisya yang asyik menangis

Ibu sedih melihat kakak menangis hingga tertidur
Semata-mata kerana kakak nak ibu tidur sama di sebelah kakak
Sehingga kakak terlelap
Sedangkan ketika itu ibu perlu mendodoikan adik aisya
yang menangis kesakitan

Ibu xmarah setiapkali kakak tanya
Kenapa aisya xjalan lagi bu?Kenapa aisya xnak cakap ngan kakak?
Kenapa aisya selalu sakit bu?
Kerana kakak pelik tengok anak-anak sebaya aisya semuanya dah berlari..dah becok bercakap itu ini
Tak sekerap aisya yang selalu berulang alik kehospital.
Aisya istimewa sayang...dia bakal penghuni syurga.
Insyaallah...

ibu tahu kakak pun sayangkan aisya kan?
Kerana dalam ibu xsedar
kakak juga selalu jaga aisya
Tolong bagi aisya puting kalau dia menangis
Sibuk nak tolong ibu bagi adik ubat
Kalau beli apa-apa untukkakak, adik pun mesti beli sama

Kakak, doa ibu bapa yang sekarang dah jadi rutin kakak
Ibu harap kakak xakan lupakan
Kata-kata kakak 'Sayang Ibu Sampai Syurga'
Ibu akan ingat sampai mati.
Yang ibu pohon kakak belajar rajin-rajin
Dah berjaya jangan lupa ibu
Dan yang paling penting tolong ibu tengokkan aisya
Bila ibu dah xkuat seperti sekarang

Kakak anak yang ibu baik, yang bijak
Sayang ibu pada kakak xakan pernah surut
Walau seramai mana pun adik-adik yang kakak ada nanti
Kerana kakak puteri hati ibu yang pertama
yang banyak mengajar ibu segalanya.
Doa ibu sentiasa mengiringi setiap apa yang kakak lakukan
Agar dipermudahkan dan berjaya dunia akhirat!

'Selamat Ulangtahun Kelahiran Kakak....Ibu Sayang Kakak Selamanya.'

p/s: Ibu Tahu ibu banyak berhutang masa dengan kakak.Ibu harap kakak dapat halalkan semuanya ye sayang.

9 comments:

MaMaNuRiN said...

-:( sedihnya mamanurin baca, kakak mesti paham nanti kenapa ibu pun rasa sedih..ibu jgn sedih, sebab kalau ibu sedih, kakak mesti susah hati..insyallah dia pasti akan jaga adik dia..akan sayang adik dia seperti mana ibu inginkan

Yana@Noni said...

harap2 kakak memahaminya nanti...ms kecik ni mmglah x mengerti...selalunye mcm tu lah yg sulung pasti kena beralah @ berkorban utk adik2 lain kan...

insan kerdil said...

bicara buat ibu....

kakak akan mengerti pabila tiba masa dan ketika nya....kerana walau bagaimana ibu cuba untuk 'melindungi' dan 'memahamkan' kakak.....kakak masih perlu belajar daripada kesilapan....mengambil tiap pengajaran dalam meneruskan kehidupan....

kakak hanya harapkan.....agar ibu...baba...adik Aisya...akan sentiasa menyayangi kakak seadanya....sebab kakak nak jadi kakak yang terbaik untuk adik Aisya....anak yang baik untuk ibu dan baba.....

tiada yang membahagiakan kakak selain peluang dan ruang....yang diberikan oleh Allah S.W.T....untuk membina dan mengapai impian bersama dengan.... ibu....baba...dan adik Aisya....sebab kita kan keluarga....jatuh bangun kita bersama...tiap kita adalah kekuatan...dalam membentengi sesama kita......kan ibu..?

ibu....baba...kakak kena selalu jaga kesihatan....sebab adik Aisya akan sentiasa perlukan kudrat kita untuk membantu....sampai masa yang Dia tentukan....mesti adik Aisya pulak akan kena jaga kita....betul tak adik Aisya....?

kita kena jaga each other....sebab kita cuma ada each other.....sebab kita nakkan redha daripada Ilahi....untuk bersama sampai ke syurga....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Yasmin Nabilah.. said...

Kakak akan faham juga satu hari nanti. InsyaAllah.. :)

umi aiz said...

sedihnya baca..kakak mesti faham bile dah besar nanti..jangan sedih-sedih ye mama..kakak juga akan jage aisya baik-baik nanti..

hugs for kakak aireen n aisya...

Mama Q said...

sedeh...moga suatu hari nnt kakak mengerti

Min said...

Insya Allah! kakak anak yg baik & anak cerdik... dia akan paham... kita doakan ye ayu...

Mawar said...

kak ayu,

insyaallah kakak akan faham...

cuma sy hrp sgt kak ayu usaha sebaik mungkin agar dpt libatkan kakak dlm setiap urusan kak ayu melayan aisya, ini lg baik utk tumbesaran kakak

cthnya, kalau aisya nangis, kak ayu & kakak cuba sama2 pujuk & layan aisya, ini mnjadikan kakak lebih caring, lebih fhm masalah sebenar, & lebih rapat dgn kak ayu & aisya sendiri

Mama2Q said...

menitik air mata membaca ini...betul..kadang2 kesian sgt tgk si sulung yg selalu cuba utk menarik perhatian kita, kan? Pelbagai ragam dicipta hanya utk mendapat sedikit attention dr ibunya... saya pun punya masalah yg sama..selalunya walau sedang sibuk menyusukan adik, saya tetap cuba bacakan si kakak buku kesukaannya, atau bermain game yg disukainya, atau melayan dia menonton video di laptop atau sambil turut memeluk atau mencium si kakak..semuanya supaya dia tak rasa terpinggir...