Thursday, March 17, 2011

Hoorayy..xperlu admit wad.

Seperti yang dijanjikan.....

Baru balik dari temujanji Orthopedik pagi tadi.Ehmm..hari nih dalam sejarah kerana buat julung kalinya kami keluar dari bangunan hospital jam 10 pagi.Biasanya selagi tak jejak ke angka 12++ jangan harap nak selesai.Huhuhu..Mungkin sebab kali nih jam 8.15 pagi lagi kami dah terpacak depan kaunter pendaftaran tuh.Melihat pada keadaan sekeliling, ramai gak ar orang yang dah menunggu tapi kebanyakkannya orang dewasa.Alhamdulillah, nasib aisya baik kerana dia mendapat angka giliran bermula dari 4001( pesakit pertama) iaitu no. 4 di depan mewakili pesakit bayi.Hihihihi..dah besar pun masih jadi baby yer aisya???Tak hairanlah masa tengah duduk menunggu tuh ada seorang makcik asyik memandang kearah aisya yang ligat, xreti duduk diam.Tak lama kemudian makcik tu menghampiri kami lalu bertanya 'berapa bulan anak nih?'.Dengan senyum saya jawab '2tahun dah makcik' (walaupun lagi beberapa hari baru aisya genap masuk 2 tahun.hihihi).
'Owh..keciknya 2tahun yer.Kenapa?dia tak boleh jalan ker?' Si makcik masih bertanya.'Baru jer belajar bertatih tp tiba-tiba kaki lak sakit'.Bla..bla..bla..makcik tersebut bercerita itu ini dan antara nasihat yang masih saya ingat 'xper nak, kecik-kecik nih dia selalu sakit.Insyaallah, besar nanti bijak orangnya.Senang kamu nanti'.Saya cuma membalas dengan senyuman sambil di dalam hati mengaminkan doanya.Insyaallah...

Oklah..berbalik pada rumusan yang doktor dan pakar (2 orang doktor yang periksa kaki aisya kali nih) buat, kaki aisya dah ok.Bengkak semakin kurang, merah tiada dan aisya dah boleh berpijak.(bila diletakkan di lantai tapi kena berpaut) tapi satu soalan yang ditanyakan (agak pelik bunyinya), 'Kenapa kaki dia panas?Ke memang kaki dia panas?' sambil rasa yang sebelah kaki lagi.Saya hanya diam.Rasanya masuk yang ni dah hampir 5,6 orang tanya pasal kenapa kaki aisya panas.Ye ker??kenapa saya kurang perasan?Salah saya kerana tidak prihatin tentang itu tapi rasanya biasa-biasa sahaja.Mungkin memang kakinya begitu sebab tu saya xperasan suhu kakinya sedangkan selalu saya pegang dan perhati kakinya.Ehmm..keputusannya aisya dibenarkan balik dengan syarat datang kembali kalo kelihatan membengkak lagi.Yahoo..xperlu admit wad.
Aisya seronok, ibu pun seronok.Tak perlu duduk wad.Alhamdulillah..(Penat tau duduk wad nih.Walaupun xbuat apa.Yang xsakit pun boleh sakit jadinya-yang.huhuhu).Tq semua.Semua ni berkat doa dari auntie2 semua jugak kan?

Sampai ketiduran dalam perjalanan pergi dan balik.Sangat ngantuk ok.
Ibu kejut saya awal pagi.
Ini budak kecik yang sangat behave hari nih.
Malam tadi aisya dah kembali bangun sendiri dan cuba bertatih.Tatih-tatih, terduduk.Bangun lagi..tatih 4,5 langkah duduk semula tapi dia tetap usaha tanpa jemu.Walaupun kaki masih xstabil (senget sedikit tapak kaki bila melangkah) tapi dia cuba dan cuba.Apatah lagi kami duk riuh sokong dan bagi semangat.Lagilah dia seronok.Itulah dia anak kecil saya.Kuat dan xputus asa.'Kecik-kecik cili padi ini budak'

8 comments:

Nonie said...

Alhamdulillah..moga kaki Aisya bertambah baik yer...untuk Ayu...tahniah untuk semangat yang x pernah putus asa membantu Aisya..:-)

Yasmin Nabilah.. said...

yeay!! ibu pun suka gak aisya..
yu..hurm..rasanya teruskan rawatan yg ayu ceritakan kat ina tuh..hurm..kita ikhtiar k..:)

Mama Q said...

alhamdulillah....teruskan je la apa2 rawatan yg perlu semoga kaki bertambah baik...hugs utk aisya

insan kerdil said...

betapa penat pun kaki melangkah....'kepenatan' bisa hilang tiba2....jika melibatkan yang tersayang......

apatah lagi pabila yang dikhabarkan itu adalah sesuatu yang baik.....

perjalanan kehidupan sentiasa menuntut agar hati kuat....dalam menerima tiap 'pernyataan'.....namun sentiasa memerlukan agar hati sabar dan redha.....dalam memperjuangkan suatu kepercayaan dan keyakinan....pada tiap ketentuan-Nya....akan terselit jua rahmat-Nya di sana sini....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Mawar said...

kak ayu,

syukur pd allah yg memudahkan segalanya bg aisya

sama2 kita doakn yg trbaik buat anak ini

Min said...

alhamdulillah... syukur, cutenya aisya dgn sepit di rambut... cepat baik ye sayang... cik min tak sabar nk tengok aisya tatih balik... insya Allah!

Mamanurin said...

cantiknya aisya..suka sangat tengok dia..moga aisya terus sihat dna kuat serta bersemangat..chaiyok!!!

zura_habibhaariz said...

Alhamdulillah...sori xsmpt nk tgk aisy masa blk last week...nnt 2 minggu lagi kami blk Putrajaya kita jumpa ye..rindu kamu!