Thursday, March 17, 2011

Hoorayy..xperlu admit wad.

Seperti yang dijanjikan.....

Baru balik dari temujanji Orthopedik pagi tadi.Ehmm..hari nih dalam sejarah kerana buat julung kalinya kami keluar dari bangunan hospital jam 10 pagi.Biasanya selagi tak jejak ke angka 12++ jangan harap nak selesai.Huhuhu..Mungkin sebab kali nih jam 8.15 pagi lagi kami dah terpacak depan kaunter pendaftaran tuh.Melihat pada keadaan sekeliling, ramai gak ar orang yang dah menunggu tapi kebanyakkannya orang dewasa.Alhamdulillah, nasib aisya baik kerana dia mendapat angka giliran bermula dari 4001( pesakit pertama) iaitu no. 4 di depan mewakili pesakit bayi.Hihihihi..dah besar pun masih jadi baby yer aisya???Tak hairanlah masa tengah duduk menunggu tuh ada seorang makcik asyik memandang kearah aisya yang ligat, xreti duduk diam.Tak lama kemudian makcik tu menghampiri kami lalu bertanya 'berapa bulan anak nih?'.Dengan senyum saya jawab '2tahun dah makcik' (walaupun lagi beberapa hari baru aisya genap masuk 2 tahun.hihihi).
'Owh..keciknya 2tahun yer.Kenapa?dia tak boleh jalan ker?' Si makcik masih bertanya.'Baru jer belajar bertatih tp tiba-tiba kaki lak sakit'.Bla..bla..bla..makcik tersebut bercerita itu ini dan antara nasihat yang masih saya ingat 'xper nak, kecik-kecik nih dia selalu sakit.Insyaallah, besar nanti bijak orangnya.Senang kamu nanti'.Saya cuma membalas dengan senyuman sambil di dalam hati mengaminkan doanya.Insyaallah...

Oklah..berbalik pada rumusan yang doktor dan pakar (2 orang doktor yang periksa kaki aisya kali nih) buat, kaki aisya dah ok.Bengkak semakin kurang, merah tiada dan aisya dah boleh berpijak.(bila diletakkan di lantai tapi kena berpaut) tapi satu soalan yang ditanyakan (agak pelik bunyinya), 'Kenapa kaki dia panas?Ke memang kaki dia panas?' sambil rasa yang sebelah kaki lagi.Saya hanya diam.Rasanya masuk yang ni dah hampir 5,6 orang tanya pasal kenapa kaki aisya panas.Ye ker??kenapa saya kurang perasan?Salah saya kerana tidak prihatin tentang itu tapi rasanya biasa-biasa sahaja.Mungkin memang kakinya begitu sebab tu saya xperasan suhu kakinya sedangkan selalu saya pegang dan perhati kakinya.Ehmm..keputusannya aisya dibenarkan balik dengan syarat datang kembali kalo kelihatan membengkak lagi.Yahoo..xperlu admit wad.
Aisya seronok, ibu pun seronok.Tak perlu duduk wad.Alhamdulillah..(Penat tau duduk wad nih.Walaupun xbuat apa.Yang xsakit pun boleh sakit jadinya-yang.huhuhu).Tq semua.Semua ni berkat doa dari auntie2 semua jugak kan?

Sampai ketiduran dalam perjalanan pergi dan balik.Sangat ngantuk ok.
Ibu kejut saya awal pagi.
Ini budak kecik yang sangat behave hari nih.
Malam tadi aisya dah kembali bangun sendiri dan cuba bertatih.Tatih-tatih, terduduk.Bangun lagi..tatih 4,5 langkah duduk semula tapi dia tetap usaha tanpa jemu.Walaupun kaki masih xstabil (senget sedikit tapak kaki bila melangkah) tapi dia cuba dan cuba.Apatah lagi kami duk riuh sokong dan bagi semangat.Lagilah dia seronok.Itulah dia anak kecil saya.Kuat dan xputus asa.'Kecik-kecik cili padi ini budak'

Wednesday, March 16, 2011

Pada yang bertanya.... :) Terima kasih semua.

Dah lama xcerita tentang aisya kan?Bukan apa...malas bila terdengar bunyi 'radio buruk' yang sibuk duk mengatakan kita nih terlalu menguar-uarkan kisah anak yang sakit.Konon2 nak mintak simpatilah.Hakikatnya memang blog ini tercipta untuk mengabadikan kisahnya pun.Jadi xsalah kan kalau setiap hari saya cerita kisah aisya.Anak kebanggaan saya.Nak baca, silakan.xnak baca sudah, saya xpernah pun mintak orang baca setiap entry saya nih.Huh..teremosi pulak.Hehehe...biasalah, hati kadangkala mudah sangat tersentuh.Abaikan..lantak ar mereka.Kalau dilayan, sampai bila pun masih tetap di situ kan? :) Penat nanti barangkali berhentilah. (Boleh ker berhenti?Mulut tempayan bolehlah ditutup.Mulut manusia...???)


Ok, berbalik pada keadaan terkini aisya (pada ramai yang bertanya, yang masih mengambil berat.Terima kasih atas keprihatinan dan doa kalian.Hanya Allah yang dapat membalasnya.).Alhamdulillah, aisya sihat.Dah seminggu tidak diserang demam iaitu sejak mengambil antibiotik (juga sejak mencuba kaedah rawatan alternatif).Aktif seperti biasa.Mengengsot ke sana kemari meneroka seluruh ruang pelosok rumah.'Mengemas' apa sahaja barang dan mainan yang menarik perhatiannya.Akalnya sudah panjang, ragamnya juga terlalu banyak.Sudah pandai merajuk!Andai ada benda yang dia tak puas hati atau yang dia mahu xdapat mulalah memberontak, menghantuk kepala ke lantai.Bijak kan??Yang penting mulutnya tidaklah diam seperti dulu.Kalau dapat handphone ibu @ babah ditangannya, mulut akan riuh berbunyi (konon2 berbual di telefonlah tuh) tapi satu apa pun perkataan ibu xpaham.Hihihi..comel sekali setiap perlakuannya.Mungkin perkembangan-perkembangan tersebut kerana aisya mahu mengejar usia yang menghampiri ke usia 2 tahun (sebab dah lama delay, so kena cepat2 kejar balik) Senang sekali hati melihat keadaan itu :) Alhamdulillah.


Owh ya..berkenaan kakinya?Masih ada kerisauan tentang itu.Sekalipun aisya aktif tapi bengkak kakinya masih xsurut dan dia masih menolak untuk berdiri apatah lagi berjalan.Sesekali dia berdiri dengan berpegang pada sofa, kaki kanannya pasti akan disengetkan (tidak menapak tetap pada lantai).Antibiotik sudah habis di beri semalam-7 hari.Dan kakinya umpama sakit semula-merah dan bengkak!Semalam dia mula menangis semula (mungkin berdenyut) lebih-lebih lagi bila ibu @ babah nak pegang dan tengok keadaan kakinya.Esok kami akan ke temujanji Orthopedik dan seperti yang telah diberitahu awal oleh pakar, sekiranya masih belum sembuh...dia perlu ditahan di wad.Moga esok segalanya baik-baik sahaja.


Sekadar berkongsi dan meminta pandangan, minggu lepas babah memanggil seorang pakar perubatan Islam yang agak terkenal ke rumah untuk melihat kaki aisya.Setelah dipegang kaki aisya (yang ketika itu sedang lena tidur) katanya "ada 'benda' yang menumpang di kaki aisya.Kerana badan aisya lemah, benda tu hanya mahu menumpang.Benda tersebut daripada hospital.Sudah lama 'benda' tersebut menumpang dan dia dah makan dalam kaki aisya".Sebab tuh aisya selalu demam malam.Huh..seram sejuk mendengarnya.Ibu pandang babah dan babah memandang ibu.'Benda' tersebut telahpun dibuang dan kaki aisya disapukan kapur.Alhamdulillah, sejak itu aisya dah xdemam dan kelihatan kakinya ok cuma bengkaknya sahaja yang masih xsurut.Namun, semalam aisya kembali menangis sakit kaki.Saya tak tahu nak mempercayainya atau tidak tapi dalam Al-Quran pun ada mengatakan benda halus/ghaib itu wujud.Wallahuaklam.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Habib Nak Bagi FM Kat Acik2 Sume!!!!

Hai Habib, ibu aisya pun nak try gak ar join GA Habib nih.
Ni 1st GA tau yang ibu join..hihihi...
Sesiapa yang nak join, just click kat banner tuh. Semua syarat penyertaan ada di dalamnya.
Mudah dan senang :)


Dah lama mencari...akhirnya berjumpa.

Antara tujuan asal saya menulis blog ini dahulu adalah ingin mencari mereka-mereka yang sama dengan saya.Yang permata hati mereka mempunyai masalah yang sama dengan buah hati saya aisya.Supaya saya boleh berkongsi cerita, berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menjaga anugerah istimewa ini.Yer, saya akui ramai..ramai sahabat yang saya temui dari jalinan persahabatan alam maya ini yang banyak membantu malah ada antara mereka, saya dah anggap keluarga saya sendiri.Sedih mereka, susah mereka, ketawa tangis mereka turut memberi kesan pada emosi saya.Malah tak malu saya akui, saya turut menangis membaca entry luahan mereka yang bersedih..dan tersenyum semasa membaca bila mana penceritaan entry mereka menggembirakan.Begitu  kuatnya jalinan ikatan perasaan itu walaupun antara kami tiada perhubungan darah.Sepanjang pencarian ini tiada seorang pun ibu yang mempunyai anak bermasalah seperti aisya saya temui.Lalu saya masih terus mencari dan mencari untuk saya mendapatkan lebih info berkaitan penyakit ini sehinggalah semalam....

Akhirnya semalam, setelah 2 hari berbalas msg...saya bertemu muka dengan seorang ibu (ustazah) yang saya panggil kak Ruby.Kak Ruby singgah ke rumah saya petang semalam bersama dengan 2orang  anaknya.Seorang hero (4 tahun) dan seorang puteri yang comel (15bulan).Kedatangannya membuka sebuah kisah yang hampir sama dengan saya kerana puterinya yang kecil comel itu sama seperti aisya menghidap Congenital Rubella Sindrom.Melihatkan anak kecil itu membiaskan sejarah aisya sewaktu dulu.Anak 15bulan itu sangat kecil (halus dan kurus)-macam 3-4 bulan, masih terbaring, mempunyai masalah jantung (dah operate sekali dan luka jahitan operation sebijik sama macam kat badan aisya), masih makan bubur yang dikisar halus, developmental delay tapi yang bagusnya anak itu amat kuat menjerit (tidak seperti aisya yang hanya diam).Mungkin anak itu bernasib baik kerana dari cerita ibunya, matanya kelihatan fokus dan respond pada bunyi (tapi masih belum disahkan oleh doktor).Anak itu lahir cukup bulan.Tidak banyak komplikasi seperti aisya.Alhamdulillah..moga sinar itu milik kamu wahai anak.Dari cerita yang disampaikan, kisah mengandung kami juga hampir sama.(Terkena virus campak semasa mengandung).Umpama saya memutarkan kembali kisah silam saya 2 tahun lepas.Banyak betul cerita yang kami bualkan dari kehamilan, kelahiran sehinggalah ke bab penjagaan anak-anak.Tapi pendapat kami mungkin berlainan kerana Kak Ruby xkasi langsung anaknya makan ubat hospital atas alasan sebelum ni dah banyak makan tapi anaknya masih tetap begitu, tiada perubahan.Dan dia mengubati anaknya melalui kaedah lain.Wallahuaklam..hanya DIA yang Maha Mengetahui.Apa pun caranya, yang penting ikhtiar masing-masing untuk kesembuhan anak-anak.
Puas...hati saya puas bertemu Kak Ruby dan anaknya semalam malah kini saya dah jumpa mereka yang sama dengan saya :)

Buat Nur Asma Qaisara - ibu ayu doakan moga kamu sentiasa berada dalam lindunganNya..dipermudahkan setiap urusan dan sihat-sihat selalu.

Tuesday, March 15, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran ;P


~Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat ibu~ 15 Mac 2011

Heheheh..pejam celik, pejam celik - suka, duka, ketawa, menangis dalam sedar tak sedar bertambah lagi usia ibu.Wah, kini ibu dah menjengah ke angka '3' Huhuhu..suka @ tak  terpaksa lah dengar ucapan 'Welcome To 30's'.Hahaha..terasa macam dah tualah pulak (walaupun perangai masih xubah2.Cam budak2! wink...wink)

Alhamdulillah..syukur kehadrat Illahi kerana masih memanjangkan usia ibu.Masih memberi peluang untuk ibu menatap wajah-wajah kesayangan ibu, masih diberi peluang menghirup udara di muka bumi ini dan menikmati nikmat yang Allah berikan malah masih berpeluang bersama, menjaga dan memelihara anugerah teristimewa itu.Walaupun hidup ini ibarat roda, adakala ibu di atas (riang gembira, ketawa dengan setiap keseronokkan dunia) tapi pernah banyak kali ibu terjatuh ke bawah (menangis, bersedih dengan ujian yang mendatang) tapi ibu adalah ibu...masih juga begini.Mengharungi setiap apa yang ditentukan OlehNya dengan redha.Yer, kerana redha itulah yang terbaik.Ibu bahagia sekali setiap kali membuka mata, masih ada 'dia' di sisi dalam keadaan yang sihat.Itu dah lebih dari cukup.Terima kasih tuhan.

Apa yang ibu harap dan selalu berdoa adalah supaya ibu terus diberi kekuatan dan kesabaran ini...dalam menempuhi apa sahaja ujian yang bakal mendatang.Moga ibu xhanyut dalam kealpaan @ kesedihan. Semoga dimurahkan rezeki ibu dan diberikan kesihatan yang baik agar ibu masih boleh menjaga anak-anak ibu sehingga mereka berjaya dalam hidup dan dapat berdikari sendiri tanpa pimpinan dari tangan ibu lagi untuk melangkah.Ibu masih berdoa dan terus berharap agar diberi kesenangan dan dipermudahkan segala jalan untuk ibu membimbing anak-anak ibu.Dan doa ibu berterusan agar diberi petunjuk untuk ibu jadi yang lebih baik dari sebelumnya dan setiap jalan yang ibu lalui dirahmati dunia akhirat.Aminn..

p/s: Terima kasih atas semua ucapan sama ada melalui fb, email, msg, kad dan sebagainya.Maaf saya xsempat balas semuanya.Kalian sangat saya sayang!
Miza: Dik, i'm not iron lady k? jauh benor tu jaraknya..hihihi.Anyway, thank's a lot for the cute card.
k.as: Thank's akak atas kata-kata akak dalam card tuh - You're not getting older but you're getting better. I like!
Niza, k.shima, nida : Terima kasih bagi birthday card tuh :)

Friday, March 11, 2011

~Warkah Buat Kakak~

Assalamualaikum kakak...
(Andai kakak baca nukilan tulisan dari ibu nih, ibu yakin time tu kakak tentu dah besar dan faham segalanya yang apa ibu ingin sampaikan.)-kalo xpaham jugak..kakak ambillah masa untuk faham semua ini.

Kakak,
Ibu paham perasaan kakak
Setiap kali ibu terpaksa tinggalkan kakak
Bersama cik til atau tok abah dan nenek
Kerana menjaga adik aisya yang sakit

Ibu tahu kenapa kakak buat perangai
Setiapkali ibu sibuk membuat terapi pada adik aisya
Atau ketika ibu sedang memasak/mengemas rumah
Kerana kakak buat camtu untuk tarik perhatian ibu
Agar lebih perhatian pada kakak

Ibu mengerti setiapkali kakak merajuk
Sehingga menitiskan airmata
Bila mana ibu xdapat menunaikan kehendak kakak
Untuk membacakan buku cerita sebelum kakak tidur
Atau menemankan kakak belajar
Seperti selalu
Kerana adik aisya yang asyik menangis

Ibu sedih melihat kakak menangis hingga tertidur
Semata-mata kerana kakak nak ibu tidur sama di sebelah kakak
Sehingga kakak terlelap
Sedangkan ketika itu ibu perlu mendodoikan adik aisya
yang menangis kesakitan

Ibu xmarah setiapkali kakak tanya
Kenapa aisya xjalan lagi bu?Kenapa aisya xnak cakap ngan kakak?
Kenapa aisya selalu sakit bu?
Kerana kakak pelik tengok anak-anak sebaya aisya semuanya dah berlari..dah becok bercakap itu ini
Tak sekerap aisya yang selalu berulang alik kehospital.
Aisya istimewa sayang...dia bakal penghuni syurga.
Insyaallah...

ibu tahu kakak pun sayangkan aisya kan?
Kerana dalam ibu xsedar
kakak juga selalu jaga aisya
Tolong bagi aisya puting kalau dia menangis
Sibuk nak tolong ibu bagi adik ubat
Kalau beli apa-apa untukkakak, adik pun mesti beli sama

Kakak, doa ibu bapa yang sekarang dah jadi rutin kakak
Ibu harap kakak xakan lupakan
Kata-kata kakak 'Sayang Ibu Sampai Syurga'
Ibu akan ingat sampai mati.
Yang ibu pohon kakak belajar rajin-rajin
Dah berjaya jangan lupa ibu
Dan yang paling penting tolong ibu tengokkan aisya
Bila ibu dah xkuat seperti sekarang

Kakak anak yang ibu baik, yang bijak
Sayang ibu pada kakak xakan pernah surut
Walau seramai mana pun adik-adik yang kakak ada nanti
Kerana kakak puteri hati ibu yang pertama
yang banyak mengajar ibu segalanya.
Doa ibu sentiasa mengiringi setiap apa yang kakak lakukan
Agar dipermudahkan dan berjaya dunia akhirat!

'Selamat Ulangtahun Kelahiran Kakak....Ibu Sayang Kakak Selamanya.'

p/s: Ibu Tahu ibu banyak berhutang masa dengan kakak.Ibu harap kakak dapat halalkan semuanya ye sayang.

~Memori Kelahiran Kakak (Part 2) ~Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-4 Sayang!

Sambungan dari ~Memori Kelahiran Kakak (Part1)~ yang lepas.

10.3.2007 (7.30pm) - ibu dah start terasa sakit sikit2 tapi masih boleh bertahan.Yang xbestnya time tu waktu melawat dah nak habis, babah terpaksalah balik.Punyalah ramai yang datang melawat, menunggu ibu bersalin sepanjang waktu melawat tuh (12.30pm-7.30pm) tapi ibu langsung xrasa sakit time tuh malah siap boleh layan diorang sumer borak-borak dan gelak-gelak lagi.Tapi bila seorang demi seorang mula meninggalkan ibu (time ni sedey giler) mulalah rasa sakit tu datang perlahan-lahan.Mulanya sakit pinggang jer kemudian perut ibu terasa mengeras.Daripada 1/2 jam sekali, 20 minit sekali, 15 minit sekali sampailah ke 10 minit sekali.Ya Allah..sakitnya tuhan jelah yang tahu.Sebelum babah balik ibu mintak maaf kat babah, suruh babah halalkan makan minum ibu dan doakan semoga ibu mudah bersalin.Babah tinggalkan ibu dengan satu ciuman hangat di dahi.Syahdu sekali ibu rasakan.
8.30pm- Nurse datang cek bukaan jalan.4cm.Katanya untuk anak pertama 1cm, 1jam.Ya Allah..ibu fikir lamanya nak tanggung sakit nih.Nurse cakap dah boleh prepare baju baby dan barangan yang nak dibawa ke dewan bersalin.Seingat ibu dia hanya minta baju baby, pampers, baby blanket dan baby oil sahaja.Ibu call babah suruh babah datang hospital dan bagitahu ibu dah nak ditolak ke bilik bersalin.Cuak, takut, risau, xsabar...semuanya ada dalam hati ibu ketika itu.
9.00pm-ibu ditolak ke dewan bersalin.Contraction dah makin kerap.Sakitnya tuhan jer yang tahu tp ibu tahan jer.Kaki tangan sejuk menahan kesakitan.Perut yang mengeras xselesa kerana dipakaikan CTG.Tak lama kemudian babah masuk, babah gengam tangan ibu.Babah bacakan beberapa potong ayat, babah bagi ibu semangat tapi ibu hanya mengerang kesakitan sambil dalam hati membaca apa sahaja yang terlintas.Ibu cuba praktikkan apa yang ibu baca dan belajar semasa di kelas antenatal.Alhamdulillah...kawalan pernafasan yang diajar sedikit sebanyak memang mengurangkan kesakitan.Nurse beri ibu gas oksigen(katanya boleh kurangkan sakit) tapi ibu menolak kerana ibu rasa lemas memakainya.
11.00pm-Ibu mula rasa seakan ada sesuatu nak keluar (umpama nak buang air besar pun ada).Ibu bagitahu babah.Babah tekan loceng panggil midwife.Bila dilihat/diseluk, rupanya kepala baby dah nampak.Mereka semua memberi ibu semangat.Push..push..kata mereka.Sekuat tenaga yang sebenarnya dah lemah(sebab dari tengahari xada selera nak makan) ibu cuba teran.Kali ketiga teran bersama laungan 'Allahuakbar!' akhirnya pecahlah bilik itu dengan suara tangisan dari seorang anak kecil perempuan comel seberat 2.96kg pada jam 11.11malam bersamaan 10.3.2007.Allahuakbar...Subhanallah, begitu indah kurniaan Allah pada ibu.Cukup cantik dan sempurna dia pada pandangan mata ibu.Anak itu diletakkan di atas dada ibu.Hangat!Ibu cium pipinya bersama linangan airmata kesyukuran.Bahagia..sungguh xterucap perasaan itu dengan kata-kata.Saat itu bermulalah gelaran IBU untuk ibu.Anak itu kami namakan 'Aireen Arissa Dania' (bermaksud menghampiri kecekalan, ketabahan dan kecemerlangan) yang kini ibu panggil kakak.Harapan ibu semoga kakak dapat membiaskan perwatakan dan personaliti makna namanya ke dalam dirinya.
 'Wajah bahagia tok abah dan nenek menyambut kehadiran kakak'