Wednesday, August 10, 2011

Shyyy....saya sedang sibuk sekarang nih!

Shyyyyy...
Tolong jangan kacau saya boleh???Saya sedang sibuk sekarang nih.Hahahaha...
Tengoklah budak kecik nih.Kusyuk sangat kalau tengah buat sesuatu.Kalau dikacau ganggu dia sedang asyik tuh, confirm dia tak akan teruskan aktiviti yang dia sedang buat.
Asyik dengan puzzle dia tuh.

Friday, August 5, 2011

~ Terkejut beruk mak tadi~huhuhu...

Dah hampir 2 minggu ibu bermasalah dengan handset.Handset ibu rosak.Dah ar sekarang busy sangat dengan urusan pejabat.So, mmg payah lebih-lebih lagi kalau emergency.Huh...cakap bab emergency...Ibu baru jer lepas terkejut besar(kata budak2 zaman sekarang, terkejut beruk)...serius jantung masih lagi berdegup.Nasib baik terasa nak bukak fb.Bukak-bukak jer nampak message dari zura.'Ayu, online..urgent' Pergh..nampak perkataan urgent pun dah buat hati xtenteram.Terus ibu online tanya zura 'kenapa?'.Rupa-rupanya dari tengahari tadi cik til try call ibu nak bagitahu kakak aireen demam panas.Tak dapat call ayu, dia teringat zura (actually zura pernah beberapa kali datang rumah dan ayu pernah message zura guna handset cil til) Nasib baik..syukur sesangat.Kalau tak sampai baliklah ibu xtau apa-apa berlaku terutamanya kes emergency camni.Ibu lak silap, xpernah bagi cik til no.pejabat ibu sebab ibu jarang berurusan peribadi guna telefon pejabat.Lepas dapat tau dari zura, terus ibu call cik til.Kata cik til banyak kali dia call ibu sebab takut badan aireen dah panas sangat.Pastu aireen tidur terkejut-terkejut + menggigil (kata aireen dia sejuk).Cik til lak takut nak bagi ubat sebab xtau yg mana satu, dia hanya basahkan kepala dan badan aireen ngan tuala basah jer. ( padahal ibu dah pesan sebelum ibu g kerja suruh bagi aireen ubat demam.Sahur tadi ibu dah bagi).Last-last aireen tunjuk mana satu botol ubat demam yang ibu bagi sahur tadi.Huhuhu...so far, masa ibu call tadi kata cik til suhu badan aireen dah kurang.Lega ibu dengar.Kata cil til lagi, aireen nampak dah ok cuma xnak makan dan menyusu (hihihi, 4 tahun ++ masih menyusu botol lg tau).Bila berdiri nak main ngan adik, dia cakap dia pening.Petang ni nampaknya ibu kena g klinik bawak kakak.Malam nanti kami akan balik kampung di Johor.Semoga kakak xakan apa-apa.Risau sangat kalau anak xsihat.


To zura, thank's a lot yeh.Kalau zura tak bagitahu tadi agaknya sampai petanglah baru ayu tahu berita nih.

Wednesday, August 3, 2011

Anak OKU - Peranan Suami & Isteri Di saat Menerima Khabar Duka.

Saya copy dari blog WATIE pengasas FameKids dan GeniusBabyBoard sebagai pedoman dan semangat  ibu-ibu semua khasnya yang dipilih Allah untuk menerima amanahNYA menjaga dan mendidik anak istimewa seperti saya.Seriously, saya menangis semasa membaca entry ini.Saya berbangga kerana menjadi ibu kepada Ainur Ariana Damia binti Suhaimy.Walaupun dia ada kekurangan tetapi Allah itu Maha Adil dan Maha Menyayangi kerana aisya juga mempunyai banyak keistimewaannya yang tersendiri (walaupun mungkin istimewa itu hanya pada mata saya, ibunya)
Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak OKU, saya pernah melalui rasa sedih, terharu, terkejut, tergamam, tak sangka dan macam- macam lagi yang tak dapat nak saya nyatakan dalam bentuk tulisan di ruangan maya ini. Semuanya bercampur-baur terutama sekali ketika baru melahirkan. Ketika ini, apa yang saya sangat perlukan sebagai seorang isteri adalah kehadiran suami di sisi saya untuk sama-sama berkongsi perasaan ini. Saya memerlukan kata-kata semangat dan pujukan ikhlas serta keprihatinan suami di saat saya merasa kesakitan yang amat sangat, kesakitan luaran dan dalaman yang maha hebat, yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya amat berharap agar suami dapat menenangkan saya, memeluk saya dan mengatakan semuanya ok, walaupun terdapat sedikit masalah pada bayi, tapi semuanya ok, dan suami sangat mencintai saya selain berterima kasih kerana sudi bertarung nyawa melahirkan zuriatnya. Dan apabila situasi terkejut menerima berita sedih itu berlalu, saya berharap agar suami sama-sama berbincang dari hati ke hati dan menyatakan sokongannya secara terbuka dan akan bersama saya melalui saat-saat sukar ini. Alhamdulillah..saya mendapat seorang suami yang amat saya dambakan itu. Syukur padamu Ya Allah...
Menerima hakikat melahirkan anak yang tidak sempurna fizikal atau mental bukan sesuatu yang mudah. Itu saya akui. Terutamanya jika anak itu anak yang pertama. Ia memberi kesan emosi yang sungguh mendalam bukan setakat pada ibu, tetapi juga bapa serta kaum keluarga terdekat. Kehadiran permata hati yang ditunggu-tunggu seluruh keluarga, lahir tidak seperti yang diharapkan. Di saat orang lain girang menayang anak masing-masing, kita suami isteri dan keluarga bersedih memikirkan masa depan anak. Di saat orang lain memeluk anak dalam dakapan, kita hanya mampu melihat anak di dalam NICU. Di saat orang lain teruja memberikan susu badan kepada anak, kita hanya mampu memerah susu dan menggunakan tiub atau syringe utk memastikan anak kita mendapat khasiat yang sama seperti anak orang lain. Di saat orang lain bergembira dan bergelak ketawa dengan keluarga dan rakan-rakan, kita memerah otak mencari cara yang terbaik untuk mengkhabarkan pada orang sekeliling tentang keadaan anak kita yang tidak sempurna. Dan ia bukan setakat itu. Ia berpanjangan sehinggalah anak kita dewasa dan boleh menjawap semua soalan yang diutarakan kepadanya dgn hati terbuka. Ya, ia bukan sesuatu yang mudah. Ia adalah satu proses yang sukar..cukup sukar..tetapi kita tiada pilihan.
Terlalu banyak "rawatan" yang perlu di lakukan selepas kelahiran seorang anak istimewa, rawatan yang berpanjangan, bukan setakat merawat anak tersayang, tetapi juga merawat hati ibu bapa serta keluarga untuk menerima hakikat sebuah kenyataan. Apatah lagi jika ia sesuatu yang tidak kita jangka dan sangka. Ia akan bertambah sukar jika sokongan dari suami tercinta tidak kunjung tiba. Sebagai ibu yang mempunyai anak OKU, saya ingin berkongsi pendapat peribadi saya. Saya merasakan yang rawatan pertama sekali perlu kita lakukan adalah rawatan terhadap diri kita sendiri. Rawat apa? RAWATLAH HATI. Bagaimana? Untuk isteri -Fikirkan begini "Anak ni adalah anugerah Allah SWT kepada aku. Mesti ada sebab kenapa Allah bagi dia pada aku dan bukan orang lain. Satu hari nanti, aku akan pasti dapat jawapannya. Kalau anak ini adalah kifarah di atas dosa- dosa aku sebelum ini, aku redha. Kalau anak ini adalah ujian bagiku, aku terima. Kalau aku rasakan aku ibu yg paling malang, ada berjuta lagi ibu yang lebih malang nasibnya berbanding aku. Kalau aku rasakan anak aku yang paling menyedihkan, ada beribu lagi ibu bapa yang mengalami pengalaman lebih buruk dariku. Sekurang-kurangnya, aku dapat merasakan nikmatnya mengandung, nikmatnya merasakan tendangan bayi dan nikmatnya sebuah kesakitan untuk melahirkan umat Muhammad SAW, ada ramai lagi wanita yang langsung tidak berpeluang merasai lengkapnya menjadi seorang wanita sempurna selepas berkahwin. Aku harus bangkit dari kesedihan ini kerana jika bukan aku, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Anak ini memerlukan aku untuk mengasihi dan menyayanginya selagi bernyawa. Jika hayatnya tidak panjang akibat pelbagai komplikasi, sekurang-kurangnya aku ada kenangan bersama anak ini, dan penyesalan tidak akan ada di hati kerana amanah Allah SWT ini dijaga dan dibelai sepenuh hati."
Seringlah bermonolog dengan diri sendiri, ambil masa selama yang boleh untuk berbicara dengan diri, memujuk hati dengan berfikiran positif. Saya bagi contoh diri saya sendiri. Bila saya memikirkan tentang tangan Zayra, saya berfikiran positif dengan menyenaraikan segala kelebihan Zayra berbanding rakan-rakan seangkatan dengannya. Walaupun tgn yang mengalami kekurangan itu adalah tgn kanan, yang mana ia sgt penting terutama bg masyarakat Melayu yang terkenal dgn adab sopan, saya tetap berfikiran positif. Saya akan memulakan ayat dengan perkataan "Sekurang-kurangnya.." untuk memujuk hati dan menanamkan aura positif dalam diri. Contohnya begini : Sekurang-kurangnya, Zayra masih boleh pakai tangan kiri. Hanya tgn kanan sahaja yang bermasalah, anggota badan yg lain ok, otaknya cerdas, kakinya tangkas, walaupun ada satu tgn sahaja, Zayra dah buktikan dia masih boleh menggunakan tgn kanannya dgn cara yg tersendiri. Sekurang-kurangnya ia berlaku dr dalam perut, jadi Zayra sudah terbiasa berkeadaan begitu, kalau dah besar baru belaku sebarang kecacatan, mungkin ia lebih sukar untuknya. Dan saya juga sering bersangka baik pada Allah SWT di mana, di awal kelahiran Zayra, saya yakin ada sebab mengapa Allah beri Zayra pada saya, dan mengapa hanya sedikit sahaja kecacatannya berbanding rakan lain serta bagaimana boleh terbentuk ketulan daging berbentuk tangan dan jari jemari yang sangat perfect tanpa tulang di dalamnya? Apabila saya bersangka baik pada Allah SWT, dengan segera Allah SWT memberikan jawapannya pada saya. Dan inilah hasil coretan saya yang sedang anda tatap dan baca bait demi bait. Inilah hikmahnya, satu perkongsian secara terbuka, secara terus dari hati tanpa sebarang rasa malu, tertekan atau terpaksa meluahkan apa yang terbuku di hati yang sedang anda baca kini. Yang ada cuma rasa syukur kerana dapat berkongsi rasa, serta hati yang penuh bangga kerana melahirkan seorang anak istimewa bernama Rania Quzayra Rizal. Betapa saya sering memeluk dan membisikkan kata-kata keramat ini di telinga anak saya, "Zayra, Mommy bangga sangat lahirkan Zayra sayang..Mommy bangga dengan Zayra, Mommy bangga!" Dan ternyata aura positif itu sampai kepada Zayra sehingga saya seringkali lupa Zayra mempunyai kekurangan di tangan kanan. Hebatnya kuasa minda yang positif kan? Selain dari diri sendiri, ia juga dapat 'berjangkit' dgn org sekeliling..
Bagi sang suami pula, saya mohon agar fahamilah isteri anda di saat sukar begini. Saya akui dan fahami, tidak banyak sedikit anda pasti kecewa kerana cahaya mata yang di idamkan tidak seperti yang dibayangkan. Korbankan sedikit perasaan kecewa dalam tempoh ini dan jika perlu anda berpura-pura "OK" untuk sementara demi menenangkan isteri yang sedang terganggu mental dan fizikalnya, maka korbankanlah. Isteri kita sudah berkorban dan sanggup membawa anak kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan, takkan 9 hari pun kita tidak boleh 'berpura-pura' ok demi untuk memujuk isteri tercinta? Bukan bermakna anda tidak jujur pada diri sendiri, tetapi anda harus kuat untuk sama-sama mengharungi cabaran ini. Di saat isteri anda baru melahirkan, ia adalah satu proses yang boleh diibaratkan seperti "maut menanti tapi tak jadi", sangat menakutkan dan menyakitkan. Apatah lagi bila dikhabarkan berita duka. Emosi mereka lebih terganggu dan ia ibarat "double trouble" situation bag mereka, Tetapi sekiranya mereka menerima sokongan yang tidak berbelah bagi dari anda on the spot, di saat mereka amat memerlukannya, satu pelukan ikhlas dan hangat diiringi kata-kata yang manis dan menenangkan hati dapat melembut dan melegakan isteri. Percayalah wahai sang suami, dalam hati sang isteri terdetik perasaan bersalah kerana melahirkan zuriat yang tidak sempurna buat suami tercinta, tetapi apalah daya mereka, takdir Allah mengatasi segalanya. Jika cinta sejati yang mengikat anda dan isteri selama ini, sekaranglah masa terbaik untuk anda membuktikannya.
Sekiranya anda lihat isteri sudah stabil emosinya hasil dari pujukan, pengorbanan dan "kepura-puraan" anda, bolehlah anda berdua duduk bersama, atau mungkin sambil berbaring-baring manja, berborak dengan isteri mengenai bayi yang baru dilahirkan itu. Berborak dengan isteri dan berkongsi rasa hati anda yang sedih bersama isteri. Perbualan ini harus dilakukan secara hati ke hati dan kedua-dua pihak harus terbuka dalam meluahkan rasa hati masing-masing. Tetapi ingat kata kunci ini-POSITIF!! Ini bukanlah medan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi lebih kepada luahan perasaan terhadap apa yang anda dan isteri rasakan selepas menerima berita sedih itu. Dengan meluahkan apa yang disimpan di dalam hati dengan cara yang positif dan diterima juga secara positif oleh pasangan, ia akan membuatkan segala-galanya menjadi mudah dan kita merasa lega. Jika anda perlu menangis untuk melegakan perasaan yg terpendam selepas penat "berpura-pura" ok, maka lakukan lah sekarang. Isteri anda ada untuk menenangkan anda kembali. Ia adalah satu proses timbal balik yang sangat menyamankan hati dan perasaan masing-masing. Pada saya, tidak salah kita menangis dan meluahkan rasa yang kita kecewa dan sukar menerima kenyataan yang berlaku kerana itu adalah perasaan yang tidak mampu kita hindari. Adalah lebih baik kita bercakap mengenainya, kemudian cuba memperbaiki keadaan itu dari hanya memendam dan menyimpan segala-galanya tanpa dapat meluahkan rasa yg terbuku. Saya percaya, dengan pendekatan positif, perbualan tanpa emosi negatif ini akan merapatkan lagi hubungan suami isteri dan satu kepercayaan dapat dibina antara satu sama lain. Anda faham apa yang isteri mahukan, dan isteri mengerti apa yang anda rasakan. Jika perlu menangis bersama ketika ini, maka lakukanlah..peluklah isteri sekuat-kuatnya dan menangislah bersama..anda pasti akan lega..
Selepas itu, mulalah berbincang tentang apa langkah seterusnya untuk bayi kesayangan anda. Dapatkan mutual understanding dari suami atau isteri, dari apa saja segi. Seperti contoh, pada malam kami berbincang sambil menangis bersama, saya terus bertanyakan pada suami tentang pakaian yg bakal Zayra pakai apabila dia membesar nanti. Adakah suami saya "kisah" jika saya pakaikan Zayra baju tanpa lengan @ lengan pendek, atau dia mahu Zayra dipakaikan dengan baju yang menutup kekurangannya itu? Saya kemukakan pendapat saya dan saya tanya pendapat suami. Alhamdulillah, kami mencapai kata sepakat dan pendapat yg sama, iaitu kami akan melayan Zayra SAMA SEPERTI Qarissa. Apa yang Qarissa pernah pakai, Zayra juga akan pakai, malah dek kerana terlalu inginkan Zayra berdikari sendiri, saya kadangkala macam takder perasaan kalau Zayra terjatuh katil, atau tangannya terpelot sedikit, atau apa sahaja yang insiden kecil yang berlaku, selagi tidak membahayakan, saya akan buat selamba sahaja. Dan, selepas satu tahun berlalu, Zayra pula yang nampaknya lebih berdikari dan tahan lasak berbanding kakaknya. Teringat saya entry yang saya tulis dulu iaitu,"Melampau Sgt Ker Aku Jaga Anak?"-macam tu lah kami suami isteri masa Qarissa kecik. Over protective, anak sulung katakan. But now - tidak lagi!:)
Baik suami atau isteri,belajarlah menerima hakikat dan kenyataan ini kerana kita harus ingat, semakin cepat kita menerima kenyataan,semakin cepat kita dapat bantu anak kita dari segenap segi dan semakin cepat kita akan dapat melihat keajaiban Allah SWT. Menafikan hak anak kerana perasaan malu, tertekan serta tidak dapat menerima kenyataan hanya akan memburukkan lagi keadaan, bukan sahaja kita dengan anak, malah antara kita dengan isteri, wanita yg paling kita cintai. Jika kita sendiri tidak dapat menerima darah daging kita, apatah lagi org luar, yg takder kena mengena dalam hidup kita. Kalau kita sendiri memandang rendah pada anak kita, bermakna kita membenarkan orang luar menginjak-injak kepala kita. Ingat begini rakan-rakan FAMEKids ku tersayang- ORANG TETAP AKAN BERCAKAP TENTANG KITA, TENTANG ANAK KITA PADA SESIAPA YANG MEREKA INGINKAN, TETAPI CERITA APA YANG AKAN MEREKA SAMPAIKAN?ADAKAH CERITA MENGENAI ANAK KITA YANG TIDAK DITERIMA OLEH IBU BAPANYA SENDIRI, MALU MENGAKUI HAKIKAT ANAK ITU TIDAK SEMPURNA, ATAU CERITA MENGENAI ANAK KITA YANG ISTIMEWA, YG SANGAT DIBANGGAKAN OLEH IBU BAPANYA, TABAH DALAM MEMBESARKAN MEREKA DENGAN PENUH BANGGA TANPA RASA PREJUDIS DAN MAMPU MELAKUKAN PERKARA YG HAMPIR MUSTAHIL BERKAT KEPERCAYAAN DAN MINDA POSITIF IBU BAPA? Well my dear friends.. The answer is in your hand ..Your very own hands. You decide what u want people to talk about you. Melarikan diri dari masalah, melarikan diri dari kawan-kawan atau memutuskan segala perhubungan dengan dunia luar TIDAK AKAN MEMBANTU MALAH MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN!! Bukan hanya untuk u, tetapi juga untuk anak. Adakah sehingga anak itu 'pergi', baru kita ingin keluar dari persembunyian, dan fikir orang tidak akan bercakap mengenainya? Well, if you think like that.. You're totally wrong my friends..coz people will STILL TALK ABOUT IT! And the worst part is-IT WILL HAUNT YOU FOREVER!!
Kata-kata terakhir saya untuk entri kali ini:
"Tiada siapa yang inginkan anaknya mengalami kekurangan fizikal dan mental, tetapi jika itu sudah takdirnya, berusahalah untuk menerima anugerah Ilahi ini kerana sudah pasti ia ada hikmahnya yang tersendiri. Janji Allah SWT itu pasti!!"
Thank's Watie atas perkongsian ini.U are superb mom sis!
Inilah Rania Quzayra Rizal yang sungguh bijak dan comel tuh.
Dan ini pula...
.
.
.
.
.
.
.
.
Ainur Ariana Damia Suhaimy (aisya) - anak saya yang sungguh menghiburkan.
Ibu bangga dengan aisya sayang!
Luv u so much!

~Doa dari semua~

Sometimes we are just too absorbed in our own problems and start hating life and blaming everyone around us! STOP, THINK and REFLECT other people's ordeal instead. There are lots more out there who are just battling to stay alive and trying to cherish each and everyone in their life in every single possible second. Because life is just not about you alone! It is about everybody. It is about giving and sharing.
(taken from HERE )
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kita sering bertanya 'mengapa kita yang sering diuji?' tanpa kita sedar di luar sana masih ramai yang sedang hebat menempuh ujian mereka. Sesusah dan sesedih manapun kita hari ini, fikirkanlah, renungkanlah, masih ada yang lebih susah, ada ibu yang melahirkan namun tidak dapat menjaga dan menyusukan bayi mereka bahkan masih ada yang lebih sedih mereka yang terpaksa berdepan dengan pelbagai ujian kehidupan malah ada yang sedang berjuang bertarung nyawa melawan kesakitan demi mendapatkan sebuah kehidupan bahagia seperti insan lain.Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini sama-samalah kita membantu yang apa termampu paling tidak pun mendoakan untuk mereka.Semoga dengan doa ikhlas dari kita tidak banyak, sedikit pun sudah cukup membantu mereka.Baru hari ni saya terpanggil untuk berkongsi kisah ini walaupun sebenarnya dah lama saya mengikuti kisahnya.Kisah ini banyak memberi keinsafan dan kesedaran pada saya nilai kasih sayang sebenar serta lebih bersyukur dan menghargai apa yang kita ada selepas beberapa kisah yang masih segar dalam ingatan saya seperti kisah Alanna Qish dan Amir Yusof .
Norma, Age 26 , suffer brain cancer stage 4
Married last year Mac 2010 , lahirkan rafiq bulan Jan 2011
Start sakit masa pregnant 7 bulan .
As soon bersalin terus dia tak boley bangun
The cancerous tumor is 7 cm kat saraf tunjang dia
5 X operation . 2 mon after operation ...tumor tew membesar balik
dah 15X radioterapi tapi tak memberi kesan
she is to weak for kimo
hospital dah surrender
now dia berada di rumah nya at Balakong meneruskan rawatan alternatif


Saya copy rentetan kisah Norma n Talib dari blog Moon - kakak iparnya yang begitu mengambil berat.(Bertuah dapat kakak ipar macam Moon nih)
1 Mac 2011 Norma disahkan ada brain tumor
2 Mac 2011 Doc pasang shan di kepala Norma
6 Mac 2011 Talib n Norma's 1st anniversarry
8 Mac 2011 1st operation remove kan tumor
operation 10 hour++
14 Mac 2011 Norma HKL day 14
20 Mac 2011 Norma ICU day 5 HKL day 20
22 Mac 2011 Norma HKL day 22
26 Mac 2011 Norma HKL day 25
27 Mac 2011 Norma HKL day 27
28 Mac 2011 Norma HKL day 28
1 April 2011 Norma HKL day 32
3 April 2011 Norma HKL day 34
5 April 2011 Norma HKL Day 36
7 April 2011 Urgent - Norma makin lemah
8 April 2011 Norma HKL day 39
11 April 2011 - Norma HDW , HKL day 42
sumbangan utk Rafiq
15 April 2011 Norma HKL day 46
18 April Norma HKL day 49
masa tew jugaks dapat tahu cancer Norma stage 4
Norma stage 4
5 May 2011 Norma operate kali ke 5 HKL day 66
10 May 2011 Norma HKL day 71
12 May 2011 Norma HKL day 73
22 May 2011 Norma HKL day 83
Abdul Rafiq is 4 Months
1 June 2011 - Norma di Onkologi , HKL day 96
5 June 2011 - Norma pulang ke Rumah
15 June 2011 - Emergency
17 June 2011 - Updated norma
25 June 2011 - hkl

1 Julai 2011- up date norma
6 Julai 2011-pusat rawatan al-hidayah
10 Julai 2011 -up date norma
15 Julai 2011 - Talib resah
19 Julai 2011- Urgent update norma
22 Julai 2011 - Hows norma
26 Julai 2011 - update norma-home
1 Ogos 2011 - update norma at home
Semoga akan ada sinar buat Norma sekeluarga.Semoga Norma kuat berjuang melawan setiap kesakitan.Semoga ada ruang dan peluang untuknya menjalankan tanggungjawab seorang ibu kepada Rafiq, bayi yang comel itu.Insyaallah, berkat doa dari kita semua untuk norma.

Tuesday, August 2, 2011

Mari berkongsi kaedah teknik urutan - 'Braingym'

Petang semalam, seperti rutin aisya memenuhi temujanji speech therapy di hospital.Tak banyak perubahan yang dapat dikesan namun yang sedikit itu dah cukup buat ibu tersenyum ;)
Dalam temujanji kali ini (actually hari ni aisya tukar cikgu baru), aisya diberi beberapa latihan dan ujian.Menurut ulasan cikgunya, perkembangan aisya berada pada tahap 3 ke 4 bulan iaitu umpama bayi.Aisya baru start 'babling'- bebelan bayi.Dia boleh mendengar namun xdapat mengenalpasti itu bunyi apa.Menurut pemerhatian cikgunya aisya juga 'slow', pegang barang xkuat dan saiz badannya terlalu halus/kecil xsesuai umur.Kami berbincang berkenaan pola pemakanan aisya.Dan ternyata aisya dalam kategori 'teruk' sebab dia hanya bergantung pada susu sahaja.Cikgu juga ada menjalankan satu ujian dan kesimpulan yang dibuat adalah aisya 'hypersensitive' pada makanan yang masuk ke dalam mulutnya.Sebab itulah dia selalu menolak atau memuntahkan semula makanan yang dimakan.Kesudahannya, ibu diberi homework yang banyak oleh cikgu untuk dipraktikkan pada aisya di rumah.Ibu rasa kaedah/teknik ini mudah dan patut dikongsi bersama.So, ini antara kaedah/teknik yang diajarkan pada ibu yang masih ibu ingat (kang dah lama-lama, xcatit pula tu..confirm lupa)
1. Feeding :
Kaedah sentuh dalam mulut, gosok lidah,
facial massage : teknik menggosok/urutan pipi (luaran mulut) dengan ibu jari secara membulat -cubit & picit, Guna belakang tangan, urut dari tengah (batang hidung) ke ketepi/ ke luar.
Guna berus gigi bateri (bahagian blkg bukan depan), letak pada kawasan muka dan leher juga pada lidah (3-5 saat)
2.Braingym
1. Lazy-8 : Main-main ngan aisya, amik jari telunjuk aisya..xdapat jari, tangan pun boleh (belah kanan) gerakkan dalam bentuk 8 tapi secara melintang bukan menegak sebanyak 3 kali..Kemudian buat pula pada jari telunjuk/tangan kiri sebanyak 3 kali.Kemudian buat dengan kedua-dua jari/tangan serentak.
** Sangat baik dibuat sebelum melakukan sebarang latihan atau pembelajaran.So that, kedua-dua bahagian otaknya telah diransang terlebih dahulu sebelum menerima maklumat, maka dia akan lebih cepat menangkap/mengingat apa yang diajarkan nanti.
2..Urutan kaki (reflexology) - dalam posisi duduk
Urut bawah tapak kaki dalam bentuk segiempat tepat guna ibu jari dan jari telunjuk secara keluar.Buat dari segiempat tepat besar sehingga segi empat tepat kecil.
3.Baringkan aisya tegak, tangan di sisi : Tolak hujung jari kaki ke dalam - kita akan nampak keseluruhan badan dari lutut, peha, pinggang, badan, dagu dan kepala akan terhenjut-henjut.Jika badan bergoyang/terhenjut tapi dagu/kepala xterhenjut maknanya ada masalah balance system dalam badan.
** Kaedah ini adalah untuk menyeimbangkan keseluruhan dalam badan.
3.Eye Coordination
Guna cahaya lampu torchlight, gerakkan kiri ke kanan, atas ke bawah, atas kanan ke bawah kiri, atas kiri ke bawah kanan, bulatan ikut arah jam dan bulatan ikut lawan jam.Pastikan mata anak mengikut pergerakan cahaya.Buat hanya sekali kerana jika ianya berulang, anak akan pening.
** Bagus untuk mata.Boleh kurangkan rabun dan masalah eye coordination.
4. Reflexology (Badan)
Teknik urutan bermula dari tulang pinggul ke atas.Guna jari telunjuk dan jari hantu, tekan sisi tulang belakang BUKAN tulang belakang naik ke atas sehingga leher, ke kepala (ransang otak), buat bulatan ke bahagian kawasan tepi telinga (rangsang saraf pendengaran), kemudian turun ke bahu dan seterusnya ke hujung siku.
Guna teknik sama tekan/picit bermula dari ketiak ke hujung tulang belakang seperti huruf V
LISTENING SKILL
Urut telinga : ibu jari dalam cuping telinga, jari telunjuk di luar.Tarikh dari dalam ke luar (macam ambil air sembahyang)
** Sangat baik untuk dipraktikkan kerana telinga akan cepat fokus.
Association sound example animal : buat bunyi, padankan dengan binatang tapi jangan yang hampir bunyinya.Contoh: kucing (meow), ayam (kok kok) atau kucing (meow) dengan itik (quek-quek).Buat permulaan, biar 2 binatang dahulu.
Teknik-teknik yang diajarkan ini, menurut cikgu terapinya boleh meransang minda anak.So, sebelum melakukan apa sahaja aktiviti boleh gunakan teknik-teknik yang diajarkan supaya otak bersedia untuk menerima pembelajaran.Oleh itu, anak akan mudah belajar.Teknik ini juga boleh dipraktikkan pada sesapa sahaja termasuklah kita sebagai ibu bapa.Wallahuaklam..

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..


Bulan Ramadhan telah datang menjelang,
Sebuah kesempatan untuk meraih keberkatanNya,
Mari bersihkan hati untuk menyambut Ramadhan nan suci,
Mohon dimaafkan atas segala kesilapan dan khilaf,
serta janji yang terabaikan.

Sempena Ramadhan yang akan tiba esok, saya mengambil kesempatan ini untuk menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada sebarang salah dan silap, tersalah kata, terabai janji dan terguris rasa sama ada secara sengaja mahupun tidak.Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Semoga kehadiran Ramadhan tahun ini membawa sejuta rahmat dan keberkatan pada kita semua.Amin.

Saturday, July 30, 2011

Dah beli baju raya???

Kebelakangan ni orang kat sekeliling dalam opis saya sibuk duk cerita bab2 baju raya.Ada yang menjual baju budaklah, ada yang jual kain pasanglah, ada yang duk sok sek sok sek tanya kat mana nak tempah baju rayalah dan macam2lah ragam lagi yang kesemuanya banyak berkisar tentang 'Baju Raya'.Hihihihi...puasa pun lom start lagi.Puasa ganti tahun lepas dah habis ganti belum?Ibu, Mama, Mummy, Umi, Emak semua dah beli baju raya untuk anak masing-masing?
Bercerita bab baju raya, saya sebenarnya hanya bersederhana sahaja dalam membeli walaupun saya mengaku saya memang 'giler' bila shopping baju anak-anak.Yer, biasanya baju anak-anak adalah keutamaan saya.Tak raya pun saya memang begitu.Pada saya biarlah anak-anak bergaya dan nampak comel sentiasa ;) Ibu dia biasanya last-last minit baru cari.Tahun nih saya dah pun menempah setiap seorang 2 pasang baju kurung raya yang sedondon.Dapat saya bayangkan betapa comeinya mereka berbaju kurung nak-nak si aisya tu 1st time raya boleh berjalan tahun nih ;) Sayangnya baru-baru nih tailor call bagitahu kain untuk baju aisya tu xcukup.Yang xcukup tu baju untuk hari pertama raya lak tuh.Huhuhu..rasanya aisya punya xsampai pun 1meter setengah guna kain buat sepasang baju kurung.Nak tak nak saya terpaksalah mencari balance kain yang serupa tuh.Sedihnya kat tempat yang saya beli kain tu cakap design colour tu dah habis.Isk..isk..isk camner nih?xkanlah nak beli lain?(kakak pakai lain, adik pakai lain).Last-last saya g jumpa tailor tu mintak @ lebih tepat 'paksa' dia cuba gak cukupkan kain yang ada tu walaupun terpaksa buat baju kurung kedah tuk aisya.Rasanya cukup jer bila saya tengok lebihan yang ada tuh.Hahaha...kejam kan ibu aisya nih?
Kalau bab baju t-shirt, gaun, jeans atau kasut aisya....jangan terkejut bila saya bagitahu walaupun umurnya sekarang-2 tahun 4 bulan, namun aisya masih memakai pakaian bayi yang berumur 6-12 bulan.Itupun masih ada cutting pakaian 12 bulan yang agak besar bila dipakaikan ;) Setiap kali memilih pakaiannya, saya akan ke bahagian bayi dan pasti rakan2 yang melihat menegur kerana kata mereka anak saya kan dah besar.Begitu juga jika saya ditanya promoter berapa usia anak?Setiapkali diberitahu umur anak saya 2 tahun lebih saya pasti disuruh ke bahagian kanak-kanak sedangkan pakaian yang saya cari untuk anak berumur 2 tahun lebih itu adalah kebiasaannya akan saya ambil dari area bayi.Dengan berat 7.4kg aisya tidak sesuai memakai pakaian seusianya kerana pakaian tersebut pasti besar dan londeh.Saya juga masih menyimpan beberapa pasang pakaian yang dihadiahkan kepadanya semasa sambutan hari lahir kerana kebanyakkan pakaian tersebut besar.Dan pakaian yang dihadiahkan kepada aisya semasa sambutan ulangtahun kelahiran pertamanya ada juga yang masih belum dipakaikan kerana besar.Kasut yang saya beli baru-baru ini bersaiz bayi berumur 9 bulan juga terlalu besar buat aisya.Huhuhu...bak kata seorang sepupu, 'aisya ni nasib baik muka macam baby lagi (maksudnya muka masih cam budak kecik/xmatang) so, orang xhairanlah dengan perkembangan dia yang lambat tuh sebab igt dia masih baby.Gigi pun baru tumbuh 11 batang, rambut sikit, cakap pun xlagi, badan halus, kaki tangan kecik...mmg gaya baby pun'.
 Saya belikan baju dan kasut ni untuk aisya kerana tertawan dengan kecomelannya tapi sayangnya dua-dua besar.
Budak tenit yang selalu bikin saya geram.