Wednesday, October 27, 2010

Lena Yang Mendamaikan Hati Ini


                           
Wajah kesayangan ibu yang selalu membuatkan ibu jadi begitu rindu padanya.

Malam tadi ibu belek-belek phone tengok gambar-gambar aisya. Ibu suka sangat renung aisya tido dan rakam gambar-gambar aisya tido nih. Betapa tulus dan mulusnya wajah anak kecil itu. Tiada tangisan, kesakitan dan keperitan pun terpancar pada riak wajah itu. Sungguh kuat anak ini. Dia berjaya melepasi setiap fasa kesakitan dan kepayahan untuk terus hidup. Tanpa jemu dan penat memenuhi setiap temujanji demi temujanji di hospital, ujian demi ujian untuk membolehkan pakar-pakar mencari 'ubat' yang terbaik untuknya agar 'normal' seperti anak lain. Kasihan anak ibu :( Owh, kalaulah boleh..ibu mahukan wajah itu terus selamanya begitu. Tenang dan mendamaikan hati ini.
Sungguh, ibu risaukan masa depannya. Kuatkah dia menghadapi hari depannya yang sudah pasti lebih besar cabarannya dari sekarang? Berhadapan dengan kata-kata dan pandangan sinis daripada orang luar adalah lebih sakit! Ibu berjanji walau apapun ibu tetap bersamamu sayang.



 Antara beberapa keping wajah tido aisya yang begitu tenang dan mendamaikan hati seorang insan yang bergelar ibu.
Ibu bangga memilikimu sayang!

5 comments:

Anonymous said...

andai ada ruang waktu....setiap saat ingin bersamamu...merasai tiap denyut nadimu...agar dikau tahu...betapa ibumu sayang dan kasih padamu...

kehidupan ini merupakan suatu perjuangan...perjuangan yang tidak akan mungkin berkeputusan...tidak akan mungkin jua berkesudahan..

selagi hayat di kandung badan...selagi itu perjuangan ini akan diteruskan...buat mu si permata hati...

semalam telah pun menjadi lipatan kenangan...meski perjalanan hari ini melalui suatu penzahiran kenyataan...namun tetap membenihkan suatu pengharapan pada setiap yang tersirat...

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...

ieda said...

sangat suka tengok muka baby masa tidur...pure & sweet...tak kiralah anak sapa pun.hilang segala rasa marah pada kenakalan mereka bila tgk mereka tidur..

iCaLoVeZiE said...

bersih je muka anak-anak kecil ni kalau tido. boleh jadi sedih bila kita pandang dia..

Julaiha Kamarul Baharin said...

salam perkenalan dari saya. Comelnya aisya tidor, sweet jer.

nuyin2u said...

ye, sungguh comel, seperti tidak pernah lalui derita kesakitan..