Friday, October 29, 2010

Alkisah........aisya jatuh lg.

Semalam ibu balik sedikit lewat ke rumah. Ada kerja-kerja urgent yang perlu diselesaikan. On the way balik, ibu singgah ke rumah tok abah utk mengambil barang yang dipesan oleh babah. Kemudian singgah pula di UPM mengambil Mak su Dila (minggu ni Mak su duduk umah aisya). Ibu sampai lebih kurang dalam kul 6 petang. Sebaik jer membuka pintu rumah, ibu hairan kenapa kakak aireen xberlari datang sambut dan cium ibu tapi dia duk diam atas sofa dengan muka sedih. Rupa-rupanya sesuatu dah berlaku..............................
Cik til bagitahu, kejadian berlaku lebih kurang 20 minit sblm ibu sampai. Alkisahnya...kakak aireen dukung aisya. Bila cik til nampak dan tegur, kakak aireen lari (sambil dukung aisya) pastu kaki dia tersadung kat tikar. Lalu kakak aireen pun jatuh. Bayangkan keadaan aisya ketika itu? Yer..kakak terlepas dukungan aisya lalu aisya pun turut sama jatuh. Dalam erti kata lain 'tercampak'-cik til ckp. Huh..xtau nak kata apa dah.
ibu belek-belek badan aisya. Airmatanya masih lagi bersisa di matanya cuma tangisnya dah berhenti setelah dipujuk oleh cik til. Yang tinggal sisa sedun sedannya. Aisya diam jer + sedu sedan. Dahi dah ada sebijik telur puyuh + luka. Kesian anak ibu. Ibu ambil dan peluk aisya.Ibu belek2 dahinya yang dah kurang membonjol selepas dituam oleh cik til. Risau + bimbang + sedih + marah + nak ngs pun ada. xtau nak cakap apa. Semuanya bercelaru. Kakak aireen pandang ibu dengan pandangan bersalah (takut dimarahilah tuh). Airmata pun dah bergenang di tubir matanya. Kakak, kakak. ibu tau kamu nak ajak adik bermain tp keadaan adik terhad sayang. Ibu g dekat kakak. Ibu cakap padanya "kali ni ibu xbabab kakak tp lain kali kakak buat lg mmg ibu akan marah kakak. No more angkat/dukung adik. Kan ibu dah pesan banyak kali. nnti adik dah pandai jalan baru kakak blh pegang tangan dia ajak dia jalan. Sekarang ni kalau kakak nak main ngan adik, biar adik duduk atas toto..depan tv nih, kakak bwk sume mainan dekat adik. main kat sini jer. Promise ngan ibu! kalau kakak angkat lagi adik, ibu hantar adik g hospital."
Ibu tahu kakak xbersalah, dia cuma nak ajak adik bermain bersamanya seperti anak-sihat yang lain cuma mungkin caranya xkena. Kesian kakak xde kawan yer :( huhuhu..
Malam tadi ibu lebih prihatin pada keadaan aisya. Takut ada kesan sampingan selepas jatuh tuh. Alhamdulillah, nampak ok cuma dia ada termuntah/jeluak sikit pas minum susu. Mulanya ibu kaget namun selepas beberapa jam pemantauan, ibu nampak aisya ok jer. Dia tido pun nyenyak. Alhamdulillah..janganlah aisya sakit2 lagi ye nak. Ya Allah..peliharalah anakku dari sebarang musibah dan kesakitan.

Kesan benjol dan luka di dahi aisya

6 comments:

ieda said...

besar jg benjol tu...mujur aisya ok..
sian juga kat kakak aireen...mesti dia pun panik.

Jiey^Mien said...

kesiannya aisya, hopefully takde pape la..

Kerikil Kehidupan said...

salam kenal...kak nanie dari blog kERIKILKEHIDUPAN...semoga aisya tak apa-apa...

Min said...

Alhamdulillah... she's fine... kesian kakak, nak kawan adik. abg2 kat sini pun sama, selalu kena warning awal2. diorg teringin sungguh nak angkut/dukung adik tu sana sini...

Rizziela said...

Niat kakak baik tapi tu lahkan.nasib tak menyebelahi dia..tak per..mungkin ada hikmah tu

Semoga tak ada benda2 yg buruk berlaku kat aisya...insyallah

Bicara hati ibu aisya said...

Terima kasih ye pada semua yang mendoakan aisya. Alhamdulillah, dia dah ok. Kakak mmg suka sangat angkat/dukung adik dia tu konon-konon nak bawak adik ikut dia main ke sana sini. Tu tandanya dia sayang sangat kat adik dia kan? hihihik.. xpelah, dia xpaham lg tu.