Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu pada semua ibu di dunia!

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 di dunia khasnya untuk ibu-ibu kuat yang punya anak istimewa.Kalian memang ibu yang hebat! Jasa kalian membawa ke syurga.
Sedih untuk saya nyatakan tapi itulah kenyataannya.Saya kehilangan ibu sejak saya berumur 10 tahun.Bayangkan dalam usia yang masih terlalu mentah, saya terpaksa hadapi sebuah kenyataan yang sangat pahit - kehilangan ibu tersayang buat selamanya!Apa yang saya ingat, ibu adalah seorang yang agak tegas dan sangat berdisiplin (maklumlah ibu saya adalah seorang guru) tetapi jiwa penyayangnya sangat tebal.Setiap kali result exam keluar sayalah yang paling takut.Masih saya ingat awal semester tahun satu result saya agak corot.Saya dimarahi dan didenda.Dendanya adalah masa belajar saya ditambah dan masa untuk bermain dikurangkan.Memang saya marah pada dia masa tu tp sekarang baru saya paham....denda itulah yang akhirnya membuatkan result semester akhir saya cemerlang dan saya sering menduduki top 5 dalam kelas setiap tahun.Dan ibu akan memberikan hadiah atas tiap kejayaan saya.Huhuhu..alhamdulillah, berkat ajaran yang saya terima dari dialah saya jadi seperti saya hari ini.
Ibu saya pergi dengarnya akibat barah perut dan yang lebih menyedihkan kerana ketika itu ibu saya baru sahaja melahirkan adik bongsu kami.Saya perlu menghadapi sebuah kehilangan dan menyambut sebuah kedatangan serentak!Dugaan lebih hebat apabila kami 5 beradik terpaksa dipisahkan untuk dijaga kerana abah terpaksa bekerja.Siapa yang akan menjaga kami nanti sewaktu dia keluar bekerja?Kami bertiga yang besar (ketika itu 10 tahun, 9 tahun dan 6 tahun) dijaga oleh abah dan yang lainnya sorang dijaga nenek belah abah dan baby dijaga oleh nenek belah ibu.Saya ingat lagi bagaimana tangisan kami 3 beradik yang terpaksa meninggalkan dua adik yang masih kecil di kampung.Hidup saya ketika itu penuh dengan rindu dan kesedihan malah result exam juga mula merosot namun semua itu mengajar kami kuat dan hubungan kekuargaan menjadi bertambah erat.(sebab tu saya sangat rapat ngan abah, malah digelar ának abah'-kerana semuanya mengadu kat abah.abah tahu semua rahsia hidup saya ;)
Alhamdulillah....masa berlalu pantas meninggalkan semua kenangan itu.Adakala teringat juga kenangan lalu.Kami kini dah kembali bersatu di bawah satu bumbung dan yang gembiranya saya kini dah punya mak baru.Walaupun pada awalnya saya tidak begitu rapat dengannya (sebab start dari form 3 saya dah di hantar ke asrama di Kuantan, kemudian di Uitm di Seri Iskandar Perak dan seterusnya ke UTM, Skudai) tapi sejak habis belajar saya tinggal bersamanya.Barulah saya nampak setiap pengorbanannya.Tidak semua ibu tiri jahat!Mak tidak pernah memukul waima menjentik sekalipun kami adik beradik.Bermula dari saya berkahwin dialah yang sibuk menguruskan segalanya sehinggalah kepada saya bersalin anak pertama dan kedua.Dialah yang menjaga, memasakkan makanan semasa dalam pantang dan sebagainya.Sungguh jasanya tidak dapat saya balas.Apa sahaja yang mampu saya lakukan, saya akan cuba lakukan untuknya.Mak pernah berkata 'Kalau abah dah xde nanti, sapalah yang akan menjaganya malah dia turut berdoa agar biarlah dia mati xsakit lama kerana dia xnak menyusahkan kami'.Mak saya sakit.Dia pernah menjalani operation sebanyak 3x malah sehingga kini berulang alik untuk rawatan susulan.Yang paling menyakitkan kerana dia terpaksa membuang kedua2 rahimnya akibat barah rahim.Saat itu kami adik beradiklah yang memandikan, mengelap, menukar pampers mak dan sebagainya sehinggakan nurse dan doktor xpercaya bahawa kami ini hanyalah anak tirinya.Setiap masa ketika di wad, mak tidak pernah keseorangan kerana kami adik beradik akan bergilir menunggunya.Hanya itu yang kami mampu lakukan untuk membalas jasanya walaupun ianya sudah pasti tidak setimpal dengan jasanya pada kami.Sempena hari ibu lepas, kami membawa mak ke Restoran Sekinchan Ikan Bakar bersama sebuah kek, sejambak bunga dan beberapa hadiah dari kami anak-anaknya.

"Mak...sempena hari ibu ni.Ayu ucapkan selamat hari Ibu.Terima kasih kerana sudi menerima kami sebagai anak mak.Pengorbanan dan jasa mak pada kami adik beradik xmungkin dapat kami balas.Kami sayang mak!"

p/s : xsempat nak upload pic ;) 
Juga terima kasih pada anak ibu kakak aireen sebab wish ibu awal pagi bersama ciuman hangat di pipi.Katanya dia buat kad untuk ibu kat umah tok abah tp sampai sekarang ibu xdapat lg kadnya tuh.Hehehe..

Friday, May 6, 2011

Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan seterusnya bertawakal padaNYA.

Entry ni dah lama saya taip cuma berfikir banyak kali untuk mem'publish' kannya.Akhirnya petang semalam saya berani mem'publish''kannya dengan tujuan untuk berkongsi.Namun entah di mana silapnya, pagi tadi apabila saya membuka blog, entry tersebut hilang malah di bahagian edit post juga tiada.Huh...geram rasanya.So, saya menaip kembali entry ini kerana ada yang masih bertanya.Sekadar berkongsi pada yang pernah bertanya.Harap dapat menjawab setiap persoalan.
Ada yang email bertanya kepada saya, apa yang saya lakukan dan beri pada anak saya aisya.Melihatkan perkembangannya yang bertambah maju dan saya pasti ayat itu mungkin lebih menjurus berkaitan dengan perkembangan 'aisya dah boleh berjalan'.Alhamdulillah...walaupun agak lewat tapi genap di usia aisya 24 bulan akhirnya anak kecil itu bertatih juga.Huhuhu..maaf, saya tiada sebarang rahsia.Apa yang saya kongsikan di blog ini..itulah yang saya sering lakukan.Andai ada yang bertanya saya berurut di mana tempat yang bagus...sebenarnya memang itu salah satu usaha saya.Saya akui dahulu, saya akan tuju ke mana saja tempat atau cadangan tempat berubat/berurut yang di katakan bagus.Saya pernah ke Pusat Rawatan Darul Syifa' Bangi, saya pernah berubat dengan beberapa perawat Islam yang cara rawatannya berbeza-beza.Malah saya juga pernah beria-ia ingin menghantar aisya menjalani rawatan dengan K.Raw setelah mendengar tentangnya di blog2 sahabat lain (namun semua itu tidak terlaksana sehingga sekarang.Hihihi..)
Jika kalian mahu tahu saya adalah seorang ibu yang agak tegas khasnya pada setiap rawatan dan terapi aisya.Saya tidak berkompromi dalam hal ini.Jadual terapinya sahaja dah penuh bertanda di dalam kalendar kecil atas meja pejabat saya.Saya gagahkan dan paksa diri saya untuk terus melakukannya tanpa henti walaupun pada awalnya saya begitu stress.(tang ni cara saya salah) Temujanji rawatan, fisioterapi dan terapi carakerja aisya xpernah gagal saya tunaikan kecuali sekiranya tarikh tersebut aisya admit wad.Itupun saya pernah minta pada doktor di wad (melihat keadaan aisya yang semakin baik) untuk turun ke bilik terapi / memohon cikgu terapi naik kewad kerana saya rasa rugi jika terapinya ditunda.Setiap hari teknik urutan (yang saya belajar semasa fisioterapi) akan saya lakukan padanya especially setiap kali selepas mandi, masa nak pakai baju(cik til pun akan lakukan perkara yang sama semasa saya bekerja).Setiap hujung minggu aktiviti kami pasti xlari dari terapi air (swimming-aisya paling suka), latihan berjalan (pagi pijak embun rumput, petang berjalan sambil pimpin 2tgn/ kat tiang/pagar di taman).Aisya juga pernah saya cuba kaedah tanam badan dalam pasir pantai (1x jer buat pastu stop terus sebab xsampai hati).Di rumah, saya paksa dia berdiri di sofa.Kadang-kadang saya pegang sambil dirikan dia pastu saya lepas perlahan-lahan.(kalau kaki anak masih xkuat, jangan buat).Dulu semasa dia belum pandai duduk sendiri, saya selalu dudukkan dia sambil pegang antara pinggang dan punggung..saya dudukkan dia dengan bantal penuh disekeliling untuk support badan dia.Saya selalu cakap padanya yang saya nak sangat tengok dia duduk, berjalan, berlari macam anak-anak lain.(sambil berbicara sambil airmata begenang sebak.huhuhu) Saya terpaksa lakukan semua tuh walaupun banyak ketikanya saya sendiri sebak mendengar tangisannya tp saya yakin yang satu hari aisya pasti boleh berjalan walaupun ketika itu saya sendiri xtahu bila.Adakala bila melihat kesungguhan aisya mencuba walaupun banyak kali jatuh, saya turut akan jadi lebih bersemangat untuk melatihnya.
Tentang ubat pula..selain ubat-ubatan dari hospital (ubat puff untuk paru2, ubat jantung, vitamin, pernah memakai krim sapu untuk excema kerana dulu aisya excema teruk dan segala macam lagi yang lain) saya mencuba pula carborie (tahu dari ina ibu nabila), multivitamin - untuk menambahkan berat badannya dan examo CKM500 untuk merangsang IQnya.Terus terang saya xberani mencuba ubat-ubatan lain kerana aisya mempunyai masalah kesihatan dalaman (PDA Failure -masalah salur injap yang sempit dan Lung Chronic Disease).Saya takut ubat yang diambil dari luar akan berlawan dengan ubatan yang diberi oleh pihak hospital.Ada masa dugaan hebat melanda juga dan saat itu pernah hampir menjatuhkan saya ( aisya perlu di operate untuk kali ke-2, aisya diberitakan mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran yang teruk, aisya diserang sawan melebihi 1/2 jam sehingga masuk ICU, aisya dijangka  terkena virus minigitis, aisya perlu menjalani prosedur LP/ambil air tulang belakang dan sebagainya).Alhamdulillah, saya cepat tersedar dengan doa dan sokongan dari semua.Saya cuba untuk kembali bangun walaupun dengan langkah yang agak perlahan namun untuk terus berdiam dan putus harap tidak sekali.Airmata adalah terapi paling mudah untuk melegakan diri saya.(So, pada ibu-ibu, xsalah andai kita menangis.Menangislah sepuasnya tetapi selepas itu, bangkitlah dan teruskan usaha)
Selain itu, saya banyak mengajar aisya sambil bermain.Apa sahaja permainan yang saya rasa boleh meningkatkan keupayaan deria motor kasar, motor halus dan penglihatannya saya beli.Tak perlu permainan yang mahal-mahal...ada juga mainan yang terdapat di pasar malam boleh dijadikan satu bahan terapi.Yang bewarna-warni, yang berbunyi, yang berlampu semuanya saya cuba.Terus terang, mengajar aisya (yang di katakan guru terapinya agak kurang fokus + mempunyai masalah pendengaran yang teruk) sangat mencabar untuk saya.Adakala saya rasa sebak, marah, bengang dan stress dengan kelakuannya.Kadang-kadang dia menunjukkan semangat nak belajar tapi banyak masa dia hanya memandang dengan muka kosong dan lebih suka bermain sendirian, meneroka isi rumah.Pada saya menjaga anak kecil yang mempunyai masalah kesihatan dalaman + langsung xreti bertutur memberitahu apa yang sakit + sakit yang datang menyerang tiba-tiba tanpa sebarang tanda adalah sangat mencabar dan teruji berbanding dengan anak yang nampak sakitnya (luaran) dan boleh memberitahu kesakitannya.(itu pendapat saya).Namun saya bersyukur sangat kerana nasib saya jauh lebih baik dari ibu-ibu kuat lain yang anaknya hanya terlantar.Saya mungkin tidak sekuat mereka.Saya mengerti perasaan mereka malah saya dapat rasakan kepedihan itu.
Satu yang masih saya terkilan tentang satu perkara kerana saya xbanyak membantu anak saya aisya.Saya tiada idea dan tidak tahu bagaimana caranya harus saya bantu anak saya itu mendengar dengan baik seterusnya bertutur mengungkapkan perkataan.Hearing aid telah saya beli untuknya namun memakaikannya umpama berperang.Saya cuba praktikkan bercakap dengan kuat terang dan jelas serta mencuba melatihnya lips reading.Saya dah cuba namun saya belum nampak hasilnya ;( Semoga akan ada keajaiban dari Allah untuk anak kecil itu.
Rasanya itu sahaja yang saya dapat kongsikan bersama.Saya harap apa yang saya ceritakan dah pun  menjawab beberapa soalan yang saya terima.Terima kasih pada yang bertanya.Sebenarnya setiap dari kita yang bergelar ibu pasti ada cara masing-masing dalam merawat dan menjaga anak istimewa kita.Cuma mungkin caranya yang berbeza mengikut keadaan anak dan faktor yang tertentu.Bagi saya walaupun berbeza cara namun tujuan kita adalah satu.Semua ibu mahukan yang TERBAIK untuk anaknya.Itulah yang saya semat dalam diri dan lakukan sejak aisya keluar dari NICU (ketika itu umurnya 6 bulan) sehinggalah ke hari ini.Saya masih mencari jalan dan terus berikhtiar untuk aisya.Untuk semua ibu khasnya yang ada titipan dari syurga...berusahalah selagi kita mampu.Hanya kita yang boleh membantu anak-anak kita.Berusahalah, berdoalah dan bertawakallah.Allah itu Maha Mendengar, DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Dia tidak akan menguji hambanya yang tidak mampu.Percayalah....pasti ada habuan atas setiap titis air mata, usaha dan pengorbanan yang kita lakukan pada anak-anak ini cuma masanya kita tidak tahu bila.Jika bukan di sini...(dunia), di akhirat pasti ada ;) Doa saya tidak pernah putus untuk kalian semua.Moga kita terus diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam merawat dan menjaga anugerah teristimewa ini.Amin.


Aisya dahulu...penuh dengan segala kesakitan!

Aisya hari ini..Alhamdulillah, moga kesakitan itu berlalu pergi.

~Syukur padaMu YaAllah kerana memberikan aku satu anugerah yang tidak semua orang bisa melaluinya~

Geramnya...~!! nape plak nih.

Nak tanya pada sesapa yang pakar.(tengah bingung, hairan, bengang ++)
Naper yeh entry yang saya dah publishkan semalam, xde bila pagi nih saya check blog??Geramnya.Takkan ar boleh ghaib begitu jer.Banyak kali dah saya duk ulang off dan on kan blog saya tapi hasilnya tetap xde.Hairan bin ajaib betul!Hilang sekali ngan draft2nya.Kenapa ye kawan-kawan?Boleh ker anybody delete entry tu selain saya????Saya sayang semua komen yang telah diberi tuh.Huhuhuhu.... ;( terpaksalah saya taip balik lg sekali nih.

Friday, April 29, 2011

~Andai kita mampu~ Protes si anak kecil.

Sejak 2 hari lepas sehinggalah petang semalam, semasa dalam perjalanan balik ke rumah.. saya dah bagitau kakak yang dia akan bermalam di rumah tok abah malam nih kerana saya akan bekerja jauh.Tak dapat tidur ngan dia seperti selalu.Namun kakak tetap menggelengkan kepalanya tanda xsetuju.Berkali-kali ditanya kenapa ibu nak tinggalkan dia dan menegaskan bahawa dia nak duduk umah ibu, xnak duduk umah tok abah sambil air mata merembes2 keluar.Huhuhuhu.Aduyaaiiiii...ini budak memang sangat 'cembeng'.Mudah betul mengalirkan airmata.Manja mengalahkan si adik.(hah??apa?sebijik ikut perangai mak dia? ;P wink*)
Malam tadi saya hantar 2 orang puteri tu ke rumah tok abah.Si kakak dah buat muka cemberut sejak melihat saya mengemas pakaian mereka lagi.Si adik, aisya???Ehm..anak kecil saya itu langsung tidak tunjukkan apa-apa reaksi walaupun saya memberitahunya bahawa saya akan meninggalkannya untuk 3 hari ini.Dia masih boleh bermain, berjalan ke sana sini dan berlagak selamba umpama tiada apa yang akan berlaku.'Drama queen' pun bermula sewaktu saya mahu meninggalkan puteri-puteri kesayangan saya itu .Jam dah menunjukkan hampir 11malam.Saya perlu balik untuk mengemas barang-barang yang perlu dibawa hari ini (Kerana satu apa pun saya belum siapkan.Nampak sangat xkisah nak g kursus.Huhuhu) namun anak besar saya dah mula menangis, meraung dan merintih.Dalam sedu sedan katanya saya dah xsayangkan dia kerana meninggalkan dia.Oleh kerana xsampai hati, saya layankan karenahnya...memujuknya, melayaninya bercakap dan menepuknya untuk tidur.Ini antara perbualan kami :

Ibu : kakak tidurlah.Tengok aisya tuh, baik jer dia tidur.xnangis pun macam kakak( sambil tepuk-tepuk pahanya)
Kakak : Naper ibu nak tinggal kakak ngan aisya?Ibu xsayang kakak ngan aisya lagi yeh (air mata masih lagi meleleh)
Ibu : Sayang...ibu sayang sangat anak-anak ibu.Ibu kan keje.nak cari duit, nak beli mainan kakak
Kakak : Taknak! Ibu xyah keje.Kakak xnak beli mainan dah.Ibu duduk jer ngan kakak.Esok ibu xyah g keje.Ibu jaga kakak ngan aisya jer.xyah dah beli mainan, kakak xnak. (masih tersedu sedan)
Ibu : (sayu jer rasa saat itu)Iyelah sayang (sambil cium-cium pipi n dahi dia) Ibu duduk sini tunggu kakak.Kakak tidur yer.(tangan tepuk paha dan punggungnya)
Kakak : Ibu tidur ngan kakak tau (sambil tangannya erat memeluk saya) Kakinya sengaja diletakkan ke atas peha saya.
Ibu : Iyer, kan ibu baring sebelah kakak nih.

*Saya meninggalkannya setelah dia tidur lena (hampir jam 1 pagi) dengan hati yang berbelah bagi memikirkan semua kemungkinan yang akan berlaku pagi ini bila mana kakak membuka mata, ibu tiada.Huh..berat sekali rasa itu.

Jam 12++tengahari tadi, (kakak pasti dah balik dari sekolah) saya menelefon rumah tok abah dengan harapan untuk mengetahui perkembangan mereka.Dan yang membuatkan saya sedih dan bergenang airmata tadi apabila diberitahu yang kakak menangis dan meraung sebaik bangun tidur pagi tadi setelah dia mencari saya, saya tiada.Katanya saya tipu dia.Saya xsayangkan dia.Dia juga xmahu kesekolah (mungkin tanda protes).Apabila saya minta untuk bercakap dengannya kakak menolak.Langsung xmahu bercakap dengan saya.Merajuk barangkali.Aduhai hati...sabarlah, kuatlah.
Andai kita mampu, andai ibu xperlu bekerja...andai ibu bisa membahagi dua tubuh ibu.Ibu rela.Kalau boleh seluruh masa ibu hanyalah untuk kamu anak-anak ibu.Kalau boleh ibu mahu membesarkan sendiri kakak dan adik.Menjaga, merawat, memasak, mengajar, bermain dan segalanya ibu mahu lakukan sendiri.Namun semua itu terbatas sayang.Ibu perlu bekerja.Untuk sebuah kehidupan yang lebih baik, kita perlu berkorban.Ibu janji Isnin ni, ibu habiskan masa hanya untuk kamu berdua ye sayang.
Ummmmmuah...kiss n hug kuat2 untuk kakak dan aisya yang ibu rindu.


                                Tanpa mereka, hidup saya xbermakna.

Thursday, April 28, 2011

Kursus Oh Kursus

Ehmm...saya terima sepucuk memo lagi.Tentang isinya???Ohh...sekali lagi saya kena mengikuti kursus hujung minggu nih (Jumaat hingga Ahad). Dahlah cuti 3 hari.Sayang betul masa untuk berehat dan bermalasan bersama anak-anak diambil.Oleh kerana tahun lepas (atas budi bicara Pengarah) adalah tahun 'excuse' bagi saya untuk terlepas dari semua aktiviti Bahagian/Jabatan - Kursus jauh-jauh/luar daerah, Meeting luar kawasan, oustation, overtime dan sebagainya tambahan pula saya mengambil cuti separuh gaji di awal pertukaran ke Kementerian ini tahun lepas jadinya tahun ini saya tidak lagi boleh mengelak.Alhamdulillah, nampaknya keadaan kesihatan aisya juga semakin baik. Jadinya tahun nih di awal tahun lagi nama dah naik untuk segala macam kursus.Huhuhu.Letih mak nak!
'Kursus Analisis Pencegahan Teguran Audit Untuk Pegawai di Bahagian Korporat'....huh, melihat tajuknya pun dah tau pasti membosankan.Aduyaiiii....nampaknya segala rancangan yang dibuat bersama anak-anak untuk cuti kali ini terpaksa lagi dibatalkan.Kesian anak-anak ibu terutamanya si kecik aisya tuh.Terpaksa lagi ibu meninggalkan kamu pada cik til, nenek dan tok abah.Babah??babah keje sayang.Hari Sabtu dan Ahad babah datang bermalam bersama kamu di rumah tok abah yer.Anak-anak ibu xmau nakal2 tau.Jadi anak yang baik.Kakak terutamanya...xmau usik adik.Jangan buat adik nangis tau.Ingat pesan ibu.Ibu pasti akan merindui kamu berdua nanti. (1st time kursus saya kena bermalam.Sebelum ni saya sanggup berulang alik walaupun terpaksa keluar awal pagi)

Pujuk adik minum susu

Adik : gigit remote ni lagi besh

Suka sangat angkat/dukung adik padahal adik rimas

Inilah buah hati, pengarang jantung saya.
p.s: Malas tul nak packing2 barang nak g kursus (salah satu sebab xsuka bermalam.huhuhu).Malam ni anak-anak terpaksa g hantar umah tok abah.Huhuhu...pasti sunyi lagi malam nih.

Tuesday, April 26, 2011

Hidup Ibarat Putaran Roda

Hidup Ibarat Sebuah Putaran Roda! Adakalanya kita gembira, ketawa dan bersenang lenang.Tapi jangan lupa bahawa ada masa kita pasti akan bersedih, menangis dan berduka.Itulah yang dinamakan kehidupan.Tanpa ketawa, senyuman, airmata dan masalah.........tidak 'challenging' lah hidup kita.Dan semua itu mengajar kita untuk terus bersyukur, berserah kepadaNYA, berusaha malah mematangkan kita dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
Begitulah juga dengan saya. Bila dikenangkan kembali, masih terasa pedihnya dan ada satu perasaan berbuku yang sukar untuk saya luahkan dalam hati ini. Saya pernah menangis tersedu sedan dulu. Saya pernah tidur bertemankan airmata. Saya pernah melalui satu saat yang pada saya sangat sukar, sangat gelap dan sangat perit. Saya pernah jatuh tersungkur yang sakitnya bukan sedikit. Dan semua itu masih membuatkan saya berhati-hati malah saya masih menangis setiap kali mengingatinya. Kalau boleh, saya xmahu ulanginya lagi kerana saya xtahu adakah saya masih mampu berdiri seperti hari ini untuk melalui saat itu jika ianya berulang. Namun saya bersyukur, kerana setelah melalui semua detik dan saat itu saya masih boleh bertahan malah saya bangga kerana berjaya mengharunginya. Saya bersyukur kerana yang terpilih itu adalah saya. Saya bertuah untuk memilikinya, merasai pengalamannya malah masih bersamanya sehingga ke saat ini. Satu doa yang masih xputus dari saya sehingga ke hari ini agar saya dipinjamkan 'amanah' itu selama mungkin. Malah rasa puas kerana berjaya membuatnya melepasi satu persatu diagnosis yang di perkatakan keatasnya. ALHAMDULILLAH...hanya itu yang mampu terucap.SYUKUR!

Anak ini harta yang tidak ternilai buat saya.Dialah guru saya yang mengajar saya segalanya.
Terima kasih dik!

Monday, April 25, 2011

Happy Besday Alisya Qaireen ~ Anak-anak itulah kekuatan kami

Sabtu 23 April 2011 - kami mendapat jemputan untuk menghadiri besday party Alisya Qaireen.Terima kasih atas jemputan dan makanan yang sememangnya superb.Western lagik.Kelas gitu.I like.Hihihi...
Di sana, saya bertemu mereka-mereka yang saya dah anggap seperti keluarga saya sendiri.Ini kali ke2 saya bersama mereka dan kali nih saya dapat bertemu mata dengan Jiey dan Rayyan Ariff yang comel.Berada dalam linkungan mereka membuatkan saya rasa bersemangat dan jatuh hati.Saya nampak keikhlasan dan eratnya tali perhubungan itu walaupun sebenarnya mereka bukanlah sedarah sedaging.Dan yang penting, saya mahu anak-anak saya ini terus kuat dalam meneruskan perjuangan mereka.Tanpa mereka, saya tak akan jadi seperti sekarang.Anak-anak yang kuat inilah sebenarnya yang banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan..erti nilai sebuah pengorbanan dan erti menghargai setiap kurnianNya.Terima kasih jiey atas entry 'Hidup kan terus berjalan, meski penuh dengan tangisan'.Yup...biar perit, biar jerih, biar kita masih terus menangis namun untuk berhenti dan mengalah tidak sekali.Semoga kita lebih kuat untuk terus menjaga anak-anak comel ini.

Buat anak ibu, besday girl yang sangat behave malam itu...Alisya Qaireen~
'Happy Bithday sayang.Semoga panjang umur, murah rezeki dan di beri kesihatan yang baik selalu.'

Ibu dan Alisya

Anak-anak kuat saya ~ Habib,Rayyan,Aiman,Nabila & Aisya.Eh..eh..mana Alisya?

Ibu & Habib

Nabila yang happy malam tuh
Umi dan Alisya

Kakak Aireen & baloon

Pose dari aisya

Seronok berkumpul ramai-ramai begini ; )
 Buat anak-anak ibu semua....semoga kalian terus kuat dalam melawan setiap kesakitan.Kita akan sama-sama melangkah dan berusaha.Kami ibu,umi,mama,mummy,babah,abah,ayah dan daddy tak akan pernah meninggalkanmu.We love u so much! (credit to syah&zura)
p.s: Mama jiey, thank's yer bagi aisya hadiah.