Monday, November 1, 2010

Perlu ker??

Hari minggu lalu, semasa ibu asyik melipat dan mengemas almari baju aisya, ibu terjumpa satu sampul surat yang terselit dicelah2 lipatan kain. Sampul putih itu Ibu ambil dan bukak. Di dalamnya terdapat borang + surat + beberapa keping salinan dokumen. Saat mata ibu meneliti tajuk borang tersebut, tiba2 hati ibu dipalit rasa sayu. Itulah borang yang ibu terima dari doc hampir 3 bulan lepas, selepas aisya disahkan mempunyai masalah pendengaran yang teruk. Seminggu selepas itu result MIR aisya pula keluar menunjukkan otak aisya sedikit mengecut. Ibu dimaklumkan risiko sekiranya otak aisya terus mengecut. Menambahkan pedih rasa hati seorang ibu.
BORANG OKU...........persoalan pekakkah aisya? cacatkah aisya? xberupayakah anak ibu itu? kenapa?mengapa?silap siapa?semuanya berlegar dalam kotak fikiran ibu.
Owh..remuk redam sungguh hati ibu saat itu. Ibu menangis dan menangis. Masa tu aisya masih lg hanya terbaring..xpandai duduk sendiri..botol susu pun xpandai pegang sendiri. Bagaimana nanti masa depan aisya? dimakikah?dicacikah?dihinakah?Oh..sungguh, ibu sangat2 down time tuh. Kasihan sungguh kamu anakku. 
Kini setelah ibu cuba untuk kuat dan insyaallah akan terus kuat demi aisya, ibu jmpa kembali borang itu. 3 bulan berlalu aisya kini dah pun memakai alat bantuan pendengaran, boleh sebut ieebu, dah blh duduk tanpa bantuan, mengengsot ke sana sini, memegang sendiri botol susunya (walaupun ada jugak jatuh2 tp dia angkat kembali botolnya lalu disuakan kembali ke mulut), bertatih dengan memegang sesuatu dan segalanya yang ibu rasakan perkembangannya lebih baik dari dulu. 
Perkembangan demi perkembangan tersebut membuatkan ibu lega. Ibu bangga dengan pencapaianmu walaupun agak lewat dari anak2 sihat yang lain. Biarlah lambat asalkan ada peningkatan. Ibu akan sentiasa seiring bersamamu nak. Ibu akan sentiasa ada untuk mengangkatmu bila kau jatuh, menghulurkan tangan utk kau berpaut, mengelap luka dan peluhmu, mengusap air matamu tatkala kau menangis, mendengar luahan hatimu dan memelukmu agar kau sentiasa tenang. Insyaallah nak, SELAGI ADA HAYAT IBU.
Ibu plan nak isi dan hantar borang OKU itu. Demi masa depannya. Kerna banyak kelebihan yang aisya boleh dapat melaluinya. Yang mungkin diperlukan pada masa akan datang. Yang mungkin ibu xmampu untuk sediakan. Yang boleh aisya gunakan pada masa akan datang.
p/s : Aisya, nanti kita g  tangkap gambar passport ye sayang. Aisya kena senyum comei2 tau  :)

4 comments:

Min said...

hmmm... kak min penah rasa mcm tu jugak... tak keruan jadinya... tapi Allah bagi kita kekuatan Insya Allah!

Anonymous said...

biar betapa lama pun masa yang diambil....meski betapa pun sukar menelan suatu ketentuan...ianya sentiasa bisa terubat...ianya sentiasa bisa menenangkan pabila sedar....ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

buat seorang ibu...buat seorang bapa...tiada yang dimahukan selain untuk membahagiakan seorang permata hati....

kebahagiaan bukan boleh diukur...kerana tiada ukuran yang bisa mentafsirkan...
ianya juga tidak bisa untuk dinilai...kerana ianya tidak bisa dilihat pada hasilnya....

kebahagiaan itu cuma dapat dirasai....hanya mampu di'baca' melalui hemat seorang ibu...pada hemat seorang bapa...

semoga sentiasa dipermudahkan jalan....punya lagi ruang dan peluang bersama mengapai impian dalam menuju keredhaan-Nya...

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam....

Bicara hati ibu aisya said...

Tanpa nama : So speechless. Thank's ya.

nuyin2u said...

hmm mmg ada perasaan tu bila pertama kali melaluinya..tp tak perlu rasa dicaci. Siapa orang2 / msyrakat luar untuk mencaci kejadian, ciptaan Allah Maha Esa..