Monday, November 29, 2010

Berat oh berat..

Lama xmenulis diblog..bukan xada cerita yang nak diluahkan..sangat banyak yang nak dikongsi rasa ini namun hujung tahun ni kesibukan kursus, meeting, kecelaruan perasaan dan urusan seharian seakan menghalang. Apatah lagi di rumah tiada internet dan ibu hanya mencuri masa rehat di office untuk meng up date blog aisya nih.

25/11/10 ibu dan aisya memenuhi temujanji untuk berjumpa dengan pakar pemakanan. Setelah diambil timbangan berat..seperti biasa berat aisya macam tulah jugak.xnaik, xturun.statik jer bacaannya. (20 bulan - 6kg++) xpelah dik, janji sihat. kami menunggu pakar pemakanan tiba, seawal tepat jam 8 pagi sehinggalah 10 pagi menunggu, kelibat pakar pemakanan langsung xnampak. Akhirnya kami dipanggil masuk kebilik doktor. Seperti biasa di dalam bilik doktor, ibu di tanya macam-macam (umpama disoal siasat anggota polis lagaknya). Bukan ibu xsuka tapi setiap kali doc yang berlainan merawat aisya setiap kali itulah juga ibu perlu mengenang, mengingat dan menceritakan semula segalanya yang berlaku pada aisya. Ibu penat. Bukankah rekod aisya sudah ada? mengapa tidak direview semua? Insyaallah..sedikit masa nnti ibu akan tuliskan di blog berkenaan 'kelahiran aisya' dan perjuangannya yang bermula sejak dia masih di dalam kandungan ibu lagi..

Berbalik pada doktor itu, dia menyatakan pendapatnya. Katanya biasanya bayi yang bermasalah berat badan dan mempunyai masalah kesihatan (sekiranya berat semakin menurun atau masih xnaik-naik ) seperti kes aisya, maka dicadangkan untuk memakai rest tube feeding. Oh saat ayat itu keluar dari mulut cantik doktor itu sepantas kilat ibu teringat kembali ayat yg sama pernah diutarakan oleh pakar kanak-kanak di hospital yang juga mengatakan sekiranya aisya masih bermasalah dengan berat badannya maka dia perlu dipakaikan rest tube feeding semula. Ibu rasa lemah...terbayang-bayang saat aisya memakainya dulu.  6 bulan ++ aisya memakainya dulu. bukan satu jangkamasa yang sekejap. Sepanjang tempoh tersebut, susu aisya disukat, minum pun perlu mengikut jam. aisya xboleh minum lebih kerana dikhuatiri susu memenuhi paru-parunya. Bibir dan lidah aisya jadi kering. Pernah suatu ketika dulu aisya menangis kerana kelaparan (time tu aisya hanya dibolehkan minum 30ml dalam masa 2 jam) untuk menunggu masa menyusu  lagi 1 jam. ibu yang melihat aisya menangis xsampai hati. Ibu tahu aisya lapar kerana bila ibu masukkan jari aisya sepertinya menghisap, ibu perah susu ibu dan ibu celup dengan kapas lalu ibu perah setitik demi setitik ke mulut aisya dengan airmata ibu yang xhenti mengalir selaju airmata aisya yang menangis kelaparan. Itu semua ibu lakukan secara curi-curi. Bukan itu sahaja..setiap kali rest tube feeding itu tercabut, ibu terpaksa menahan kepedihan melihat aisya meronta semasa nurse memasukkan rest tube feeding itu kembali ke hidung/mulut aisya. Malah lebih seksa bila ibu melihat aisya perlu di suction. Pernah sampai berdarah! Sangat menyeksakan aisya semua itu.

Dan yang paling ibu sedih bila selepas itu aisya tidak lagi pandai menghisap.Aisya lupa bagaimana nak menghisap! Ibu terpaksa bersabar dan memendam rasa untuk mengajarnya menghisap semula. Mula-mula memang aisya xnak..susu akan keluar semula dicelah bibirnya. Aisya akan tersedak dan muntah. Namun alhamdulillah..perlahan-lahan akhirnya dia pandai walaupun bukan menghisap susu badan ibu tapi menggunakan puting botol.

Jadi bagaimana ibu sanggup untuk menyaksikan kejadian yang sama berulang kembali? Apatah lagi dengan keadaan aisya yang semakin aktif sekarang. Pasti ibu akan selalu berkejar ke klinik yang berhampiran untuk memasukkan semula rest tube feeding  itu sekiranya tercabut ditarik aisya. Bukan ibu xbagi aisya makan...bukan ibu xbagi aisya susu..bubur, nestum, biskut..apa saja yang diberitahu orang agar mampu menaikkan berat badan aisya ibu cuba. Multivitamin, mct oil, carborie tp beratnya masih juga begitu. Salah ibukah aisya sayang? Dulu aisya dah boleh minum 6 oz susu tapi kini aisya hanya minum 3oz - 4oz susu. makan pun hanya sedikit dan kalau dipaksa makan lebih dia akan muntah. Sungguh ibu sedih dan buntu. Kalau ada ibu-ibu di luar sana yang tahu apa lagi yang boleh membantu menambahkan berat badan aisya tolong inform pada saya yer.


Terima kasih pada yang mendoakan aisya..


Aisya sewaktu memakai feeding tube dulu.

4 comments:

Min said...

huhuhu, terharu kak min baca... kuat sungguh ibu aisya, moga kak min diberikan kekuatan itu juga...

Bicara hati ibu aisya said...

k.min, saya xkuat kak.dari dulu hinggalah sekarang,saya masih lg menangis tp demi aisya saya perlu kuat agar dia terus kuat.

yer..moga kita semua diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menempuh ujian ini.

Julaiha Kamarul Baharin said...

salam ibu aisya..saya nak syer sikit pasal mslh berat anak..ainie dulu pun cam tu umur 2 tahun 10 bulan, berat baru 9 kg..saya direfer ke pakar pemakanan gak, saya p g sekali jer.. pas tu x g pun..saya cuma tambah marjerin/keju masa masak nasi dia..jgn letak byk, takut x nak plak..yg pasti letak planta dia suka..pas tu sy bg dia makan telur 3 biji sehari pagi, tghr, ptg..goreng hancur separuh mask..klu aisya sukaltak mayonis dlm telur hancur tu..makan dgn nasi atau telur..alhamdulillah, ainie skrg dah semakin berisi..cuba la..klu ibu aisya nak tanya lanjut email saya puteri.jue@gmail.com
sowey, terpanjang plak komen..hehehe

Bicara hati ibu aisya said...

Salam ju..
terima kasih atas cadangan tu.insyaallah, akan saya cuba praktikkan dalam menu harian aisya.tentang ltk planta/minyak tu saya ada gak ltk tp aisya kurang makan nasi.makan pun beberapa butir jer pastu dia xnk.apa-apa pun saya akan cuba nnti.thank's.