Monday, November 15, 2010

Skrip yang masih sama..

Khamis lepas, aisya ada appoinment paeds di Klinik Kerajaan. Sebaik ditimbang, berat aisya dicatit sebanyak 6.5kg (alhamdulillah..naiklah sikit walaupun hanya 400g dalam tempoh +-5bulan). Semasa dalam bilik doc (rasanya doc baru sebab xpernah tgk sebelum nih), doc melihat aisya..kemudian meneliti sesuatu di buku rekod aisya. Kemudian dia berkata "kecik sangat anak awak nih..1 tahun 8 bulan 6.5kg? Baby lain 3 bulan pun dah 7kg. awak xbagi makan ker?" Pergh, sedapnya bahasa awak doc. Ibu pun jawablah "dia makan kurang doc, tp menyusu banyak cuma berat dia yang xnaik-naik lagipun dia ni banyak masalah kesihatan""awak bagi makan apa?" tanya doc itu lagi sambil masih memandang aisya yang duduk di atas pangkuan ibu. "bubur nasi" jawab ibu. "awak xpelbagaikan makanan dia ker? bagilah mee goreng ker,meehon sup ker..dia bukan xnak makan tp dia dah bosan asyik makan mende sama jer.sebab tu dia xbanyak makan" mak aii..doc ni biar btl. "masalahnya doc, gigi anak saya ni baru jer tumbuh. tu pun masih tunggul baru." Doc diam. xlama kemudian dia menyambung, "saya refer dia ke pakar pemakanan. Awak datang lagi 2 minggu untuk pemeriksaan susulan..timbang berat dan cek up macam biasa" ibu diam jer malas nak menjawab lagi walaupun dalam hati..............tension betul. Sebelum ibu bangun, doc bertanya lagi. "anak awak xcukup bulan ker?" ibu jawab "ha'ah, dia lahir 34 minggu dengan berat 1.27kg". "saya pun ada dua orang anak xcukup bulan jugak.sorang 28 minggu -1.98kg, sorang lagi 30 minggu 2.3kg. lebih awal keluar dari anak awak tp lebih besar" beria pula doc itu bercerita. huh.."anak doc sihat lainlah, anak saya ada macam-macam masalah sejak dari dalam kandungan. ada masalah jantung lagi..sebab tu kot kecik" ibu pun bangun bawak aisya keluar. Begitu ker cara seorang doc? xpelah malas nak layan....huhuhu
...................................................................................................................................................................
Semalam - ketika di kaunter bayaran di sebuah kedai makan selepas sarapan pagi........sambil menunggu duit balance sebab xde duit kecil.

Cashier kedai makan tu memandang aisya yang berada dalam dukungan ibu lama sambil tersenyum melihat gelagat aisya.
Cashier : Berapa bulan anak kak nih?
Ibu       : 1 tahun lebih dah
Cashier : Haa??betul ker??keciknya badan dia.
Ibu        : Betullah..
Cashier : Baper berat dia?-sambil memegang tangan aisya.
Ibu        : 6 kilo lebih
Cashier  : laa..anak saya 5 bulan dah 8kilo lebih dah.dah pandai jalan?
Ibu        : Sambil senyum..belom, dia lahir xcukup bulan, lahir pun kecik
Cashier  : ooo..kesiannya dia.ni tanda apa nih? sambil membelek tanda garis panjang di belakang badan aisya
Ibu        : oo tu tanda masa operate jantung dia
Cashier : laa..ada sakit jantung?kesiannya dia.kecik-kecik dah kena operate ye. 
               akk ni mesti kak ada buat apa-apa ni. xpun abang kak..saya masa mengandung dulu macam-
               macam  pantang. abang saya pun saya suruh jaga macam-macam...bla,bla,bla...

Ibu hanya tersenyum jer. Sib baik duit balance dah sampai. Kalau tak mahu panjang lebar lagi telahan yang dia buat. Huh..biarlah..dah terbiasa pun walaupun kadang kala tercuit gak hati nih.
Begitulah beberapa senario yang selalu terjadi kalau kami berjumpa orang. Skrip-skrip yang sama antaranya "berapa bulan dah nih?" atau ayat yang berbunyi "keciknya, 1 tahun lebih nih?" "dah pandai jalan ke belom?" "Kesiannya.." dan beberapa kenyataan serta andaian lagi. Sib baik hati ini dah semakin kuat dan redha. Itulah ketentuanNya, ibu terima.
Aisya dan babah


12 comments:

MommyAqil said...

sedihnye..
sabar yer kak..hikmah pasti ade di sebalik sume dugaan ni...saya tau akak n abg tabah n kuat dulu kini n selamanya...
anyway aisya sgt comell skrg..ayu je tgk...

akak ingat saya tak?dulu waktu kt NICU hosp serdang baby saya duk sebelah katil arwah Naufal?Nice to see u n aisya again..

zira said...

Doc sekarang ni tak belajar etika sebagai doc kut..kadang2 meluat jgk..bercakap mcm tak ada ilmu..mcm orang tak ada akhlak..

nuyin2u said...

te, mmg kadang kala bosan bila jumpa doc, asyik tanya benda yg sama..

Bicara hati ibu aisya said...

MommyAqil:wah..Dah besar dah Aqil yer.comel.Mekasih masih igt akk n aisya (org paling lama duk NICU tuh.hihihi)
Nice to see u gain too :)

MommyAqil said...

hihihi..mmg akak n aisya plg lama dok situ ..tp takpe,,dok situ lama-lama pon boleh jadi lagi kuat..

tp sekarang alhamdulillah..aisya semakin sihat walau org berkata yg bukan2..ignore saja semua itu ye kak!!

teruskan ketabahan akak sekeluarga ye...

Min said...

mmg la mcm tu yang dinamakan manusia. kita sabar je la... mawaddah pun sama, bila tanya umo, diorg ternganga. sebab tak balance ngan ngan size badan die. tapi org kat sini lain sikit. open minded sikit, mcm2 special needs kat sini kan... kita shopping tu, betaburan org2 yang berkerusi roda pun bershopping jugak... senang ja nak jumpa. tu diorg tak heran...

Yasmin Nabilah.. said...

scene no. 2 tu buat ina menyampah sket..rasa mau cili je mulut dia..huhu..

Ayu..org sebenarnya mmg tak paham kita walaupun dorang kata dorang faham dengan situasi kita....

Julaiha Kamarul Baharin said...

ainie pun dulu cam tu gak.. sampai dah nak jemu..ye la, tak kena kat diorg, leh cakap macam2..harap2 kita dikurniakan kesabaran yg tggi..

Anonymous said...

yang saling membezakan....punyanya budi pekerti....pabila hadirnya berserta nilai harga diri...yang letaknya pada perasaan malu...dibenihkan daripada niat...dan bercambah baik pada perilaku mahupun pada kata2...

semoga tiap kata dengan niat untuk menyakitkan....menjatuhkan...juga menghina yang diterima....Allah permudahkan seribu jalan...ditambahkan amalan untuk hamba-Nya yang teruji dan diuji...

sabar dan redha pada tiap ketentuan-Nya....memungkinkan hati lebih tenang bilamana sedar di sini bukan destinasi....dan kita semua akan diadili oleh Allah S.W.T...yang laporan tercatat oleh pencatat di bahu kiri dan kanan...bersamanya kesaksian pada seluruh anggota kecuali mulut.....

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

salam perkenalan,
saya fiza.... bila saya baca coretan awak ni, rasa menyampah puan ada dgn doc dan cashier tu.

saya selalu alami perkara mcm tu. saya rasa tak patut doc tu cakap mcm tu pada awak, sebagai doc dia ada cara mcm mana nak bercakap dgn ibu pesakit yg bermasalah mcm aisya...dan sofie. saya pernah kena juga dgn doc yg tak pernah merawat sofie. dikatakan saya tak bagi anak makan...

FYI, berat lahir sofie 2.6, dan berat badannya statik sehingge usia 6 bulan. lepas dari tu, baru naik sikit, tu pun hanya bbrapa ratus gram jer...

sabar je la dgn karenah2 manusia yg tak memahami langsung situasi kita yer...tak mengapa, biar Allah je yg balas semuanya. yg penting kita perlu jaga anak kita sebaik mungkin, anak kitalah insan teristimewa.

MaMaNuRiN said...

muahhhh to aisya, she's so sweet, especially gambar dia dgn babah dia..uhhh pedihnya kata-kata bagi seseorang yg memberi khidmat pada org lain..

sabar dan tabahya ayu..

Mama2Q said...

Salam...baru ikut blog ni, dan baca post2 lama...aisya lahir 34 minggu ya? My second baby lahir 24 minggu-extremely premature, berat 725gm...now umurnya 5 bulan,(corrected age 2 bulan) alhamdulillah berat dah 3.6kg..doakan dia sempurna juga ya...