Thursday, November 4, 2010

Hentikan kata-kata itu..hati ini sudah terlalu sakit!

Entry kali ni ibu teremosi sikit. ( baru je taip beberapa patah perkataan pun dah terasa sebak, airmata mulalah bergenang)  ;(  sangat benci dengan rasa ini. Huhuhu..kuatlah wahai hati.

Ibu nak cerita kisah malam tadi..sewaktu ibu sedang menyediakan air utk seseorang yang dtg melawat aisya.. Bukan orang lain pun, dia adalah keluarga kami juga. Sebelum itu ibu ada ceritakan sedikit perkembangan aisya dan ulasan-ulasan dari pakar-pakar yang merawat aisya, berkenaan aisya yang perlu di'transfer' ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (sangat menyesal memberitahu berita ini padanya.huhuhu) Ketika ibu di dapur ibu terdengar antara ayatnya 'xde dalam sejarah keluarga kita kena sakit camnih' DUP..bagai batu menghentak ke dada. muka dah terasa panas, airmata dah mula bergenang (sesungguhnya ibu terlalu lemah bila diuji dengan kata-kata) Berapa ribu ayat lg yang perlu diucapkan? xcukupkah dengan kata-kata yang pernah dilemparkan dahulu? hati ibu ini telah terlalu sakit. Baru jer luka itu sembuh, namun kini parut lama berdarah kembali. Cukup-cukuplah. Anak itu xpernah pun menyusahkan sesiapa. Kalaulah dia mendengar semuanya..bagaimana perasaannya? Umpama hadirnya xdiperlukan, menyusahkan dan menjelekkan orang disekelilingnya. Ungkapan-ungkapan yang xakan ibu lupa : 'tulah, Allah turunkan balasan', 'dulu masa mengandung xnk jaga betul-betul', 'org dah kata buang, xnak.. degil', 'mesti susah nak jaga budak ni nanti' dan bermacam kata-kata yang pernah membuat ibu jatuh tertiarap. Pernah ada yang mengatakan bahawa ibu xsayangkan aisya (hanya sbb membiarkan aisya trs kesakitan dan kepayahannya dulu. Harus bagaimana? Mencabut nyawanya dengan off kan mesin oksigennya?Tegarkah ibu menamatkan riwayat anak sendiri? Nah.. sekarang saksikanlah sendiri anak itu..ceria bermain dalam dunianya, meneroka melalui caranya sendiri walau seribu komplikasi yang mendatang.Dia terus tabah dan kuat mengharunginya.) Pada yang berkata, ingin ibu tegaskan..kalau ibu xsayangkan dia.........mengapa ibu sanggup juga meneruskan kandungan itu dulu? Mengapa ibu tega melahirkan anak itu walau ibu tahu kemungkinannya?Mengapa ibu masih mahu menyaksikan nyawa-nyawa ikannya dulu?mengapa ibu sanggup menangis dan terus menangis?mengapa ibu mahu menghabiskan seberapa banyak wangpun untuk membiayai semua kos rawatannya itu asalkan dia sihat sempurna seperti anak-anak lain?MENGAPA?MENGAPA?MENGAPA??
ya..JAWAPANNYA IALAH KERANA IBU TERLALU AMAT MENYAYANGINYA.
Jadi, sudahlah mengatakan segalanya berkenaan aisya. Dia sudahpun berjuang untuk meneruskan kehidupannya demi ibu. Malah bagi ibu dia terlalu sempurna untuk kami keluarganya.Dia cantik, comel, keletah dan sangat mencuit hati kami.Terima kasih pada yang mendoakan dan yang telah banyak memberi sokongan untuk ibu terus bangkit dari kekecewaan dan kesedihan.

p/s: Terima kasih makcik cleaner kerana pagi tadi sudi berkongsi sedikit luahan hati dengan ibu dan memberi nasihat yang amat mendalam setelah melihat wajah sugul ibu.Kadangkala meluahkan perasaan pada orang yang tidak kita kenali lebih mudah.

6 comments:

Anonymous said...

meski adakala sepertinya yang sukar itu keadaan..tapi seringkali yang lebih menyukarkan itu adalah perilaku pelaku2 kehidupan yang lain....

berbaik sangka sesama insan...apatah lagi saudara seagama....itulah juga yang dituntut oleh Islam...sahih.

namun begitu semampu mana lah bisa mendengar kata2 yang ternyata hanya nista....

sedaya mana lah bisa memandang pada perilaku yang cuma menjengkelkan...

sekuat mana lah hati bisa bertahan jika hanya untuk terus terusan disakiti....

dalam meniti kehidupan yang penuh dugaan...mendepani setiap cabaran...meski tahu diri bisa lemah...tapi mana mungkin bisa menyerah...apatah lagi perjuangan ini adalah untuk seorang permata hati...

meski pun demikian...sebagai hamba...diri cukup sedar...titik temu hati dan fikiran hanya pada-Nya...Dia Maha Mengetahui...Maha Menyayangi...Maha Mengasihani...tidak mungkin Menzalimi...tidak jua mungkin Memungkiri...

Dia lah Pemilik...Dia lah Penentu...

Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...

iCaLoVeZiE said...

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah..

Seorang ibu yang punya anak istimewa, perlu tabah, perlu pekakkan telinga, perlu butakan mata bila berada dengan masyarakat yang tidak memahami betapa istimewanya anak-anak kita..

Yasmin Nabilah.. said...

Susah nak kata klu ahli keluarga sendiri tak memberikan support pada kita. Sedih bila tgk mereka buat ayu dan aisya begitu. Moga ayu sentiasa diberi kekuatan demi aiysa..:) Sabar yek sahabatku..

nuyin2u said...

sedih bila ada lg org2 yg mcm itu, berkata seperti tiada iman..sabarlah wahai ibu, Allah membalasnya dgn lebih besar lg.

Min said...

sabar dan sabar ayu... Allah knows best! ingatlah yang kita juga manusia istimewa yang terpilih untuk Allah pinjamkan anak2 ini... be strong dear!

umi aiz said...

mungkin terlambat sha komen tapi suka baca2 cerita akak untuk panduan hidup..sekadar mencari pengalaman. tabah betul akak mengharungiya, memang perit kalau kata2 itu dari keluarga sdr,alhamdulillah aisya jugak telah menunjukan yang die kuat mengahrunginya dan hadiah untuk ibunya...

**maaf kak kalau sha balas ni mengingatkan akak kembali tentang entry ni.