Tuesday, August 23, 2011

Mata oh mata

Jumaat lepas, saya EL kerana 'kurang sihat' + anak pun tak berapa nak sihat + temujanji aisya dengan Opthalmologist.Hihihi..Seawal pagi kami dah terpacak di hospital (sebab xnak menunggu lama).Dengan badan yang xberapa nak sihat tu + kena mendukung anak kecil yang langsung xnak kat orang lain memang agak memenatkan.Walaupun babah setia mengikut ke hospital hari tu namun xde maknanya jugak sebab si aisya hanya nak bertepek ngan ibu.Huhuhu..
Setelah melalui beberapa ujian dan pemeriksaan, ada 2 ulasan yang kami terima dari Opthalmologist pada hari itu berkenaan mata aisya.Satu yang agak menggembirakan dan satu lagi tak berapa best nak dengar. Pertama - yang bestnya adalah 'penglihatan mata aisya ok.Dia nampak'.Alhamdulillah...tersenyum ibu mendengarnya.Yang xbestnya pula adalah setelah saya maklumkan pada pakar bahawa kebelakangan ini mata aisya kerap nampak juling apabila dia memandang sesuatu terlalu lama atau memandang ke atas.Juling aisya adalah juling ke dalam (bola mata masuk ke dalam)Pemeriksaan dilakukan dan ternyata 'power' matanya tinggi - 450 di kedua-dua belah mata.Menurut opthalmologist, bola mata aisya 'kecil'.Ianya normal bagi bayi2 premature tapi sepatutnya bola mata akan membesar mengikut tahap pembesaran namun tidak bagi aisya.Juling berlaku kerana matanya bekerja keras untuk fokus pada sesuatu.Dan saranan diberi agar aisya memakai kaca mata bagi mengelakkan juling kekal sekiranya terus dibiarkan.Atau pilihan lain adalah memakai contact lens.Huh???biar betul??kecil2 nak pakai contact lens??mengalahkan ibu nih.Ibu sendiri xpernah pakai contact lens.Hihihi..Kami diberi tempoh 6 bulan (appoinment berikutnya) untuk melihat perubahan power matanya.Sekiranya masih sama atau tidak berkurang, (paling tinggi pun adalah 350 kebawah) tiada pilihan lain melainkan aisya perlu berkaca mata.
Apa-apalah dik, asalkan bisa memberi kebaikkan.Ibu akan lakukan.

Monday, August 22, 2011

~Mimpi itu~

Mimpi hanya mainan tidur...sekadar berkongsi apa yang di mimpikan ;(

Sabtu malam Ahad yang lalu, saya terjaga dari tidur dengan keadaan sedu sedan dan lelehan airmata yang masih lagi basah hanya kerana sebuah mimpi!Dan mimpi itu membuatkan saya sedikit resah walaupun saya tahu ianya hanya sekadar mainan tidur.Akibatnya saya tidak mampu menyambung semula tidur dan hanya menjadi pemerhati kepada mereka-mereka yang masih lagi lena sehinggalah waktu bersahur.Saya berdoa dan berharap agar mimpi itu hanyalah sekadar mimpi dan tidak lagi berulang sekalipun hanya sekadar dalam tidur saya.Sungguhpun muncul hanya sekejap namun impaknya pada saya begitu mengganggu emosi dan perasaan ketika itu.Nak tahu apa yang saya mimpikan??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya mimpikan aisya 'meninggal'kan saya selamanya.Dalam mimpi itu saya menyaksikan segalanya.
Kesakitan dan pemergiannya.Dan sehingga sekarang saya masih lagi dapat merasa 'kerinduan yang tidak terucap' semasa saya berada dalam mimpi tersebut.Sakit!Perit sekali!Semoga saya tidak lagi didatangi mimpi sedemikian.Saya insaf dan sedar, jika saya hanya diuji melalui mimpi..........................................bagaimana mereka yang benar-benar merasai kehilangan di alam nyata?Tiada ungkapan yang bisa saya lahirkan.Semoga ibu-ibu itu tabah dan terus kuat menempuh ujianNYA.
Kepada Allah saya masih lagi bermohon, agar dipanjangkan umurnya, dipermudahkan segalanya tentangnya dan dipulihkan kesakitannya.Semoga ruang dan peluang itu masih ada untuk saya terus bersamanya.Amin...
p/s : Aisya kurang sihat dua tiga hari nih.Badannya adakala ok (dah ok sikit mulalah melasak), ada masa panas berlarutan (time ni dia nampak agak lemah).Batuk beserta kahak, selsema yang asyik meleleh, makan langsung xnak (badan dah susut balik), muntah-muntah.Waktu malam dia kerap merengek nak tidur berdodoi atas lengan ibu.Sejam dua berdodoi, nak patah gaklah rasa lengan ibu nih.Huhuhuhu....

Thursday, August 18, 2011

Janganlah 'datang' lagi hendaknya..

Malam tadi untuk yang kesekian kalinya.....anak kecil saya tu kembali 'buat hal'.Entah apa yang ditangiskan pun xtahu.Dibuatkan susu, geleng tanda xmahu.Dibaringkan dan ditepuk, makin kuat pula tangisnya.Kerjanya hanya nak didodoi sepanjang malam atas lengan ibu.Bila ibu peluk dan dodoikan dengan 'Lailahaillallah........' dia diam.Pandai sungguh, nak bermanja agaknya.Nak tidur atas lengan ibu!Bantal empuk tu xbest agaknya ;)
Tapi satu yang dibimbangkan...masa ibu dodoi tu matanya kejap-kejap ke atas.Bila ibu raup matanya xkasi pandang atas, dia ok sekejap pastu buat lagi.Bila nampak dia dah nyenyak, ibu letakkan dia ke tilam.Baru jer ibu nak terlelap, tiba-tiba 'uuweeeeeek'.Alahai dia muntah pulak.Habis menyembur-nyembur muntah atas tilam, bantal, badan, muka semua.Ibu angkat dan tepuk2/gosok2 belakang dia kemudian lap2 ngan kain basah.Ibu beri dia minum air suam.seteguk dua minum, dia menggeleng.Akhirnya dia terlelap balik setelah ditepuk-tepuk atas tilam ibu.Nampak muka keletihan.Tidur pun nampak terkejut-terkejut.Sahur tadi aisya pun turut bangun tp langsung xnak kat orang lain.Hanya nak berdukung dengan ibu.Makanya nak xnak ibu menyiapkan makanan bersahur dan makan sambil menggendung anak kecik itu.Sib baik kecik kalau tak, kalau montel dan besar mahu patah tangan ibu ni nak menggendung sepanjang masa nak oii.Sebelah tangan makan, sebelah lagi duk tahan/pegang badan dak kecik nih yang melepek kat badan ibu.Badan aisya pagi tadi dedar2..nak demam barangkali.Sebab tu dia buat perangai.Ehmmm..musim demam sekarang ni kan?Kakak nabila dan kakak alisya pun demam.Cian anak-anak ibu nih.Harapnya demam mereka cepat sembuh dan xberpanjangan.Amin..
 ~Muka budak xberapa nak sihat pagi tadi.
Sambil menyusu, sambil mata melilau tengok ibu bersiap nak g keje~

Wednesday, August 17, 2011

Kalau pergi pasaraya...xsah kalau xnaik nih

Haaa...nak tau apa dia?Alaa...permainan yang letak duit syiling/token tuh.Yang boleh bergerak dan berbunyi-bunyi tuh.Kakak panggil mainan ni 'kuda'.Kalau dulu kakak yang fanatik sangat ngan benda nih, sekarang ngan si aisya sekali sangkut kat menda nih.Sampaikan ibu n babah terpaksa pusing lalu ikut lain kolo ada mende nih tp kolo pasaraya yang sah-sah letak alat ni depan pintu masuk?xleh larilah jawabnya.Hihihi...
Budak tecik aisya sekarang ni dah pandai..nampak jer permainan tu, siap tunjuk-tunjuk pastu tarik tangan ibu ke tempat tu sambil mulut uuuhh..uhh..uhh.Kalau tak diikut, alamatnya bingitlah pasaraya tu dengan tangisan dia.xcukup dengan menangis, dia dah pandai nak bergolek2 atas lantai.Huh...sungguh mencabar kesabaran kalau ibu seorang yang bawak dia time tuh.Kalau ada babah or cik til, oklah.Diorg yang akan melayan aisya main kat luar sampailah habis duit syiling yang ada.Hahaha...boleh gitu??
Bukan ibu kedekut duit syiling nak tukar dengan token untuk dia main tapi kakak ngan aisya ni kalau dah main permainan nih, xcukup seround dua....pasti dia mintak nak naik lagi.Kalau adik ok, kakak lak yang akan menghasut supaya adik nak main lagi.Kalau camtuh, bila masanya ibu nak membeli barang nak oii?? ;)
~Haa...inilah antara contoh permainannya~

Dialah harapan saya....

Pernah saya terfikir suatu masa dulu (semasa saya mendapat tahu segalanya tentang aisya), bagaimana nasib aisya bila dia besar nanti?Adakah dia akan merasa rendah diri lalu meminggirkan dirinya dari orang lain?dapatkah dia bertahan dengan mata-mata yang memandang dan mulut-mulut yang bersuara mencari kekurangan/kelemahannya?Mampukah dia berdepan dengan segala macam dugaan dunia?Dan bagaimana aisya bila ketiadaan saya suatu hari nanti.Hari ini saya sihat, saya boleh membantunya, menjaganya malah memanjakannya tapi akan datang?Saya akan tua, mungkin akan sakit dan seterusnya akan kembali kepadaNYA.Sungguh waktu itu saya panasaran.
Namun waktu itu saya seakan terlupa.Aisya masih ada saudara kandung yang juga sangat menyayanginya.Kini saya yakin dan bersyukur, saya juga punya seorang lagi puteri yang xkurang hebatnya seperti aisya.Kakak aireen mampu menjaga aisya, boleh menolong adiknya dan dialah harapan saya di masa akan datang.Sejak kecil lagi saya dah terapkan nilai kasih sayang dalam dirinya.Saya ajar dia melindungi dan menghormati adiknya.Saya mahu dia menerima 'kekurangan' aisya.Sungguhpun kadang-kadang dia masih keliru (kenapa adik belum pandai bercakap, adik orang lain dah?kenapa adik pakai 'benda' kat telinga, kakak xpakai pun?kenapa ibu selalu kena tinggalkan kakak sebab bawak aisya g hospital?dan macam2 soalan yang ditanya olehnya), ada masa bergaduh2 manja ngan aisya, buat ibu marah (xlain xbukan sebab nak lebih perhatian) tapi saya yakin dia juga sangat sayangkan aisya.Itu jelas dilihat bila dia nak membeli sesuatu, pasti dia akan ambil 2-satu untuk aisya dan satu untuk dia, begitu juga sikap pelindungnya semasa bermain di taman- dia sentiasa mengikut aisya, konon-konon tolong tgk aisya, begitu prihatin pada adiknya bila nak tolong sikat rambut adik, pakaikan pampers adik, pakai bedak untuk adik, tolong jirus adik mandi dan suka sangat peluk cium adik walaupun adik rimas dengan perbuatan kakak ;)
Kakak, kakak 'orang kuat' ibu dan tempat ibu sandarkan harapan supaya menjaga adik bila ibu dah menutup mata nanti.Belajar rajin-rajin yer(kakak kata nak jadik doktor kan?nak tolong ubat adik), jadi anak yang solehah.Doa ibu sentiasa mengiringi setiap langkah kakak.Ibu sayang kakak dan adik!
 ~nyawa saya~
 Aisya pun tahu 1 Malaysia gak tau.hihihi..
~Semoga keakraban ini berkekalan selamanya~
~Dialah harapan saya~

Monday, August 15, 2011

~Rasa bersalah menghantui diri~

Sebulan dua kebelakangan ini, inilah perasaan yang terdetik jauh dalam hati kecil saya.'Rasa bersalah' yang amat kerana disebabkan kesibukkan terlampau saya dengan pelbagai urusan khasnya urusan di pejabat membuatkan saya sudah agak jarang melakukan aktiviti bersama anak-anak seperti selalu.Kebelakangan ini kerja di pejabat sangat banyak.Kalau dulu 5.30++ saya dah terpacul di depan pintu rumah tapi kini hampir jam 6.30petang.Selepas itu saya sibuk pula di dapur untuk memasak makanan berbuka.Usai berbuka, solat maghrib, sibuk pula menguruskan kerja-kerja rumah (basuh baju, lipat baju dsb) Itu pun kadang-kadang jam 10.00 saya dah terlelap keletihan.Jam 4.30 pagi bangun pula untuk menyiapkan makanan bersahur.Saya bergerak keluar rumah jam 6.20pagi menghantar kakak kemudian terus ke pejabat (aisya masih tidur lagi).Saya sudah lama tidak bersama-sama aisya melakukan  'homework' dan terapi yang diberikan oleh therapist.Saya sering membiarkan dia bermain sendirian dengan permainan yang ada semasa saya sibuk menguruskan kerja - kerja lain.Mujurlah anak ini tidak banyak karenahnya.Sesekali dia ada juga cuba mencuri perhatian dengan rengekan dan ajakan (menarik tangan saya) supaya saya boleh turut serta bermain bersamanya seperti selalu.Saya curi-curi juga ruang yang ada untuk bersamanya cuma tidak lagi kerap seperti dulu.Saat-saat begini, sungguh saya cemburu dengan ibu-ibu yang tidak berkerjaya.Boleh 24jam bersama dengan anak-anak.Mahu sahaja saya bercuti panjang.Menghabiskan sepenuh masa bersama
mereka ;
                                      
Kalau ibu busy, saya pun busy jugak tau.Hihihi...
(Busy nak 'menambahkan' kerja ibu kemas balik semua nih.)

Friday, August 12, 2011

Ramadhan Bulan Penuh Keberkatan - bersamanya membawa seribu kenangan

Ramadhan bulan keberkatan, bulan yang penuh rahmat.Kedatangannya begitu dinantikan setiap umat Islam.Sangat di tunggu-tunggu.Alhamdulillah...sehingga ke hari ini saya masih lagi diberi ruang dan peluang untuk menikmati manisnya bulan Ramadhan.Dah hari ke 12 dah pun.Kejap jer kan masa berlalu?Sedar tak sedar nanti dah raya ;)
Melihat telatah dan kenakalan aisya petang semalam kembali menggamit memori Ramadhan 2 tahun lepas.Ramadhan yang pada saya ketika itu, penuh dengan tangisan kesyahduan dalam mengumpul titik-titik kekuatan dan sedikit demi sedikit mencari keredhaan diri terhadap setiap ujian yang mendatang.Ramadhan yang meningkatkan rasa syukur saya di atas setiap apa yang telah direncanakan olehNYA.Sesungguhnya setiap apa yang berlaku adalah dariNya dan semua itu pasti ada hikmah di sebaliknya.'Sakit' yang saya rasa 2 tahun lepas, alhamdulillah.....hari ini diganti dengan nikmat bahagia yang penuh kesyukuran.Sesungguhnya senyuman dan telatahnya hari ini telah menghakis setiap luka yang pernah wujud suatu masa dulu walaupun parutnya tak akan hilang sampai bila-bila.
2 tahun lepas, Ramadhan pertama - saya dan aisya menaiki ambulan berbekalkan 4 tong gas oksigen, wayar yang berselirat penuh di badannya, segala macam peralatan bantuan, mesin-mesin yang bingit berbunyi bersama 2 orang kakitangan NICU.Sepanjang perjalanan aisya 'ditidurkan'.Kami ditinggalkan di wad kanak-kanak IJN.Hari pertama bermalam di sana, bermacam kisah saya dengar dan lihat.Sejak hari pertama lagi kami tiba, aisya dikunjungi beberapa pakar, dijalankan pelbagai ujian, ditanyakan bermacam soalan.Tidur saya hanya tidur2 ayam kerana bimbangkan segala kemungkinan tentang aisya, juga takut terlepas memerah dan memberi aisya susu (aisya ketika itu minum susu melalui tiub setiap 3 jam).Babah hanya boleh menemani hanya pada waktu melawat (Biasanya waktu tengahari, sebelum berbuka 4.30petang sehingga jam 8.30mlm) Ramadhan ke2 juga begitu, lebih-lebih lagi setelah dikunjungi Mr.Siva -pakar bedah aisya.Kami diberi penerangan berkaitan masalah aisya, risiko yang bakal terjadi semasa pembedahan dan pelbagai komplikasi lainnya.Dan ibulah yang memegang risiko itu kerana ibulah yang bertanggungjawab menandatangani kesemua borang pembedahan bersama lelehan airmata!Dan malam ke2saya langsung xboleh melelapkan mata selepas menetapkan tarikh pembedahan iaitu pada hari ke3 Ramadhan.Sepanjang malam saya hanya merenung, mengusap dan memeluk anak kecil yang kuat itu bersama harapan dan doa agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan.
Ramadhan ke3- penantian adalah suatu penyeksaan!Aisya saya siapkan dengan pakaian bedah sedari jam 5 pagi lagi namun sehingga ke petang gilirannya masih belum tiba.Hampir 12 jam aisya dipuasakan dari makan dan minum tetapi akhirnya kami dikhabarkan pembedahan terpaksa ditunda berikutan adanya kes kecemasan.Sepanjang siang (waktu menunggu turn untuk dipanggil ke dewan bedah) aisya, kami terpaksa lekakan dengan bermain dan tidur supaya dia tidak menangis kelaparan.Malamnya Mr.Siva datang ke katil memohon maaf dan berjanji esok aisya adalah pesakit pertama yang akan masuk ke dewan bedah.
Ramadhan ke4- saya ulangi lagi proses yang sama seperti semalam.Seawal jam 5 pagi aisya dimandikan dengan sejenis cecair ubat khas, kemudian saya siapkan dia dengan pakaian bedah, stokin dan bedak bayi yang wangi.Dalam hati bermacam perasaan melingkar.Saya sering bercakap dengan aisya supaya dia kuat.Juga xlupa memberitahu yang ibu, babah, kakak malah ramai yang sayangkannya...yang mahu dia sihat, yang xsabar menunggu dia di rumah.(sambil bercakap sambil airmata xhenti turun).Lebih kurang jam 8.30pagi, nurse datang bersama stretcher namun saya mohon untuk menghantarnya sendiri (dukung).Maka, saya mendukungnya sepanjang jalan ke dewan bedah bersama tong gas yang disorong oleh nurse.Oh ya..sebelum kami melangkah keluar dari bilik, aisya telah dicium dan saya dipeluk oleh ibu-ibu yang juga menunggu anak mereka di wad itu bersama kata-kata semangat dan doa.Terima kasih kak zura nafeesa, kak zaidah dan k.yong kelantan.Kalian memang ibu-ibu yang hebat!(Alfatihah kepada anak-anak mereka) Saat paling mengharukan adalah semasa ibu menyerahkan aisya di pintu masuk dewan bedah.Ibu diberi kesempatan untuk memeluk dan mencium aisya.Lama aisya hangat dalam pelukan saya.Rimas dia dek ciuman bertalu-talu dari saya.Saat itulah esakan tangisan seorang ibu bermula.Dan saya melangkah ke wad selepas bayangannya hilang.(untuk kemas semua barang aisya.Di IJN, setiap pesakit yang telah di sorong ke bilik bedah...waris perlu mengemas semua barang dan katil perlu dikosongkan-discharge wad kerana mereka akan ditempatkan di PICU)Menunggu di ruang menunggu sangat meresahkan.Ada masa saya tewas dengan juraian airmata, ada masa saya termenung ntah memikirkan apa dan saya sempat menghabiskan 3x bacaan yassin serta beberapa surah pendek untuk menenangkan hati.Alhamdulillah, hampir 4 jam menanti...babah mendapat panggilan telefon dengan ayat 'Ini waris Ainur Ariana ker?Pembedahan berjaya dan encik boleh melihatnya di PICU.' Syukur...syukur...syukur padaMu Ya Allah.Terima kasih kerana memakbulkan doa kami hambaMu yang lemah ini.Tergesa-gesa kami ke sana dan alangkah pedihnya hati menyaksikan keadaan anak kecil itu.Dengan mata terpejam, mulut sedikit terbuka kerana di intubed, wayar yang berselirat dibadan dan tangan, tebukkan di leher untuk memasukkan ubat(ada 8 bekas ubat yang sedang dialirkan ke badannya), 4 balang yang mengalirkan darah/cecair dari pembedahan, bunyi mesin yang tak henti.Sungguh hati ini tersayat.Kuatnya kamu melalui semua ini anakku.
Ramadhan ke5 sehingga ke8...detik demi detik, hari demi hari...saya begitu xsabar menunggunya sedar.Terseksanya hati ini setiap kali waktu melawat, saya hanya menyaksikan sekujur tubuh kecilnya yang diam.Tiada lirikan mata, tiada senyuman indah dan tiada genggaman tangan darinya seperti selalu untuk saya.Hanya airmatanya sahaja yang sesekali mengalir.Sungguh saya rindukan semua itu.
Ramadhan ke9- sewaktu bercakap dengannya, saya lihat ada cubaan membuka mata darinya.Dan pabila jari kami bertaut saya dapat rasa genggamannya.Yer...hari itu saya tersenyum sepanjang balik.Aisya semakin sedar.
Ramadhan ke10-sekali lagi kami menaiki ambulan untuk kembali ke NICU Hospital Serdang.Dalam ambulan dia 'ditidurkan'.Walaupun nampak lemah tapi aisya nampak semakin baik.
Ramadhan ke17-Aisya tidak lagi di intubed.Dia hanya memakai bantuan oksigen biasa (yang kat hidung tuh).Setiap minggu, bacaan mesin okigennya direndahkan sedikit demi sedikit.
Ramadhan ke24-Hari yang sangat saya tunggu.Saya diminta untuk tidur di wad bagi tujuan mengajar aisya breastfeeding.(sebelum ni sepanjang aisya di NICU, saya hanya berulang alik setiap hari) Pertama kali menyusukan, aisya menolak.Hisapannya juga xkuat.(agak sedih di situ) Berkali-kali juga saya memaksanya.Dia hisap 2,3 kali then stop.Maybe xpandai sebab xpernah (sebelum ni guna tiub)..atau penat menghisap...atau xselesa kerana saya memangkunya dengan wayar yang masih melekat dibadannya.....atau geli barangkali.Ehmm, ntahlah.Akhirnya dek xkuat semangat bila tengok dia dah menangis kelaparan, saya beri aisya susu guna syringe dan tewas kerana akhirnya membawa kepada penggunaan botol susu.Tapi still kena berhati-hati kerana dia cepat terdesak.Setiap kali tersedak, mukanya akan berubah merah dan susu keluar melalui hidungnya.
Ramadhan ke 26- Penggunaan bantuan oksigen aisya dihentikan.Syukur!Aisya kini mampu bernafas tanpa bantuan namun saya perlu memantau keadaannya takut dia stop bernafas kerana doktor cakap maybe dia lupa nak bernafas sendiri (sebab dah biasa-lama sangat guna bantuan)
Ramadhan ke27-Saya memohon untuk aisya discharge sebelum hari raya dengan alasan perkembangannya semakin baik dan seluruh keluarga xsabar untuk melihatnya pada hari raya (maklumlah sejak 6 bulan lahir, hanya saya dan babah sahaja yang dibenarkan melawat).Pakar mengatakan tunggu esok untuk memantau keadaannya tanpa bantuan oksigen.
Ramadhan ke28- pagi semasa lawatan, saya masih bertanyakan pakar tentang permohonan untuk membawa aisya pulang sebelum hari raya.Kata pakar yang melawat tunggu tengahari iaitu sehingga ketua NICU datang.Jam 2.30petang- saya dimaklumkan oleh nurse yang bertugas, aisya boleh discharge petang itu.Ya Allah, xtergambar kegembiraan saya hari itu, dengan airmata gembira saya menelefon tok abah dan seluruh keluarga yang lain memberitahu berita gembira.Semuanya xsabar menanti kepulangan aisya.Jam 3- semua wayar yang selama ni melekat dibadan aisya dicabut.Darah diambil untuk diperiksa.Berat ditimbang dan ukuran lilit kepala serta tinggi diambil.Berat aisya ketika itu 3.34kg.Saya menyiapkan aisya cantik-cantik ;) Jam 4 petang seorang demi seorang nurse dan doktor yang pernah merawat aisya datang memberikan ucapan selamat tinggal.Ada yang datang membawa hadiah ;) Begitu sayangnya mereka pada anak kecil yang paling lama di NICU ini (menurut pakar NICU semasa menerima balik kedatangan aisya dari IJN hari tu, sepatutnya ikut umur aisya...dia dah xleh masuk NICU kena masuk ICU sebab NICU hanya untuk bayi baru lahir tapi sebab dia kecik macam baby baru lahir, xpelah.hihihi)Pesanan demi pesanan diberi pada saya kerana aisya sangat sensitif-mudah dijangkiti kuman.Tak boleh bawak keluar kat tempat ramai orang, perlu segera kehospital sekiranya nampak pelik.Jam 6.30petang baru kami melangkah dari pintu NICU dengan rasa sayu.Kami pasti merindui setiap saat pengalaman pahit manis semasa di NICU.Terima kasih semua.
Hampir jam 7petang-kami sampai rumah tok abah.Semua dah menunggu kat luar dan xsabar melihat aisya.
1 Syawal 1430H - Raya pertama kami bersama.Ibu, Babah, Kakak dan Aisya juga semua kaum keluarga.Syukur Ya Allah.Terima kasih aisya atas semua pengalaman berharga yang aisya beri pada ibu.Sesungguhnya semua itu mengajar ibu menjadi lebih kuat dan bersyukur.
IJN -3 hari selepas operate
 Raya 2009 (usia 7 bulan) - hanya terbaring
Raya 2010 - usia 19 bulan (baru pandai duduk dengan sokongan bantal)
*Sila abaikan date pada pic sebab salah setting kamera*

Ramadhan dan Syawal tahun lepas, aisya baru jer pandai duduk (itupun xberapa kuat lagi).Ramadhan serta Syawal tahun ini doa saya agar segalanya bertambah seri kerana aisya baru pandai berjalan.Tak sabar melihatnya terkedek-kedek berjalan memakai baju kurung bersalaman dengan ibu babah ;)