Wednesday, August 17, 2011

Kalau pergi pasaraya...xsah kalau xnaik nih

Haaa...nak tau apa dia?Alaa...permainan yang letak duit syiling/token tuh.Yang boleh bergerak dan berbunyi-bunyi tuh.Kakak panggil mainan ni 'kuda'.Kalau dulu kakak yang fanatik sangat ngan benda nih, sekarang ngan si aisya sekali sangkut kat menda nih.Sampaikan ibu n babah terpaksa pusing lalu ikut lain kolo ada mende nih tp kolo pasaraya yang sah-sah letak alat ni depan pintu masuk?xleh larilah jawabnya.Hihihi...
Budak tecik aisya sekarang ni dah pandai..nampak jer permainan tu, siap tunjuk-tunjuk pastu tarik tangan ibu ke tempat tu sambil mulut uuuhh..uhh..uhh.Kalau tak diikut, alamatnya bingitlah pasaraya tu dengan tangisan dia.xcukup dengan menangis, dia dah pandai nak bergolek2 atas lantai.Huh...sungguh mencabar kesabaran kalau ibu seorang yang bawak dia time tuh.Kalau ada babah or cik til, oklah.Diorg yang akan melayan aisya main kat luar sampailah habis duit syiling yang ada.Hahaha...boleh gitu??
Bukan ibu kedekut duit syiling nak tukar dengan token untuk dia main tapi kakak ngan aisya ni kalau dah main permainan nih, xcukup seround dua....pasti dia mintak nak naik lagi.Kalau adik ok, kakak lak yang akan menghasut supaya adik nak main lagi.Kalau camtuh, bila masanya ibu nak membeli barang nak oii?? ;)
~Haa...inilah antara contoh permainannya~

2 comments:

umi aiz said...

hehehe..sama jugak la dengan aiz.. memang payah nak ajak balik kalau dah naik kuda die tu. tapi si aiz ni suke yg kereta..nak ade stereng.. konon die bw la tu...

PoohGumux said...

heheheh cam akif gak. kena cakap duit dah abis baru boleh balik