Monday, August 15, 2011

~Rasa bersalah menghantui diri~

Sebulan dua kebelakangan ini, inilah perasaan yang terdetik jauh dalam hati kecil saya.'Rasa bersalah' yang amat kerana disebabkan kesibukkan terlampau saya dengan pelbagai urusan khasnya urusan di pejabat membuatkan saya sudah agak jarang melakukan aktiviti bersama anak-anak seperti selalu.Kebelakangan ini kerja di pejabat sangat banyak.Kalau dulu 5.30++ saya dah terpacul di depan pintu rumah tapi kini hampir jam 6.30petang.Selepas itu saya sibuk pula di dapur untuk memasak makanan berbuka.Usai berbuka, solat maghrib, sibuk pula menguruskan kerja-kerja rumah (basuh baju, lipat baju dsb) Itu pun kadang-kadang jam 10.00 saya dah terlelap keletihan.Jam 4.30 pagi bangun pula untuk menyiapkan makanan bersahur.Saya bergerak keluar rumah jam 6.20pagi menghantar kakak kemudian terus ke pejabat (aisya masih tidur lagi).Saya sudah lama tidak bersama-sama aisya melakukan  'homework' dan terapi yang diberikan oleh therapist.Saya sering membiarkan dia bermain sendirian dengan permainan yang ada semasa saya sibuk menguruskan kerja - kerja lain.Mujurlah anak ini tidak banyak karenahnya.Sesekali dia ada juga cuba mencuri perhatian dengan rengekan dan ajakan (menarik tangan saya) supaya saya boleh turut serta bermain bersamanya seperti selalu.Saya curi-curi juga ruang yang ada untuk bersamanya cuma tidak lagi kerap seperti dulu.Saat-saat begini, sungguh saya cemburu dengan ibu-ibu yang tidak berkerjaya.Boleh 24jam bersama dengan anak-anak.Mahu sahaja saya bercuti panjang.Menghabiskan sepenuh masa bersama
mereka ;
                                      
Kalau ibu busy, saya pun busy jugak tau.Hihihi...
(Busy nak 'menambahkan' kerja ibu kemas balik semua nih.)

5 comments:

insan kerdil said...

perjalanan kehidupan....biar pun berbeza 'dataran' ujian nya....berbeza juga 'lebih' serta 'kurang' nya....namun yang menyamakan tiap satu daripada nya....didatangkan oleh-Nya....dan dinilai juga oleh-Nya....

nikmat mendekatkan hamba pada Pencipta....biar pun 'tertulis' bersamanya suatu ujian.....namun 'ditulis' juga dengan seribu rahmat...dan kebahagiaan....

meski pun ada juga ketika nya....nikmat itu begitu sukar untuk 'ditafsir' dan 'dinyatakan'....namun ianya tetap 'dirasai'.....kerana ia wujud....dalam diri serta 'mengelilingi' tiap kehidupan.......

kerana Dia Maha Mengetahui...Maha Mengasihani...Maha Pemurah....

Dia yang sama sekali tidak akan memungkiri janji.....dan Dia juga sama sekali tidak akan menzalimi.....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam...

mama akid said...

insyaallah ibu...aisya faham ibu sekarang terlalu mengejar masa....nnt 1 hari ibu pasti akan dpt meluangkan lebih masa buat aisya....

Mawar said...

ayu,

perkara TERBAIK yg ibu/bapa perlu bg pd anak2 adalah MASA mereka

manfaatkan masa yg ada sebaik mungkin, insyaAALAH ianya baik utk tembesaran anak2

masa yg brquality tu penting w/pun tak lama, luangkanlah, fikir2kan...

anisalya said...

salah satu sebab kenapa husben saya tak bagi saya kerja adalah kekangan waktu. kadang-kadang rasa jugak macam nak kerja. tapi bila memikirkan anak2 kecik sangat lagi, saya tolak rasa tu jauh2. lag plak... dia orang mana pernah kena tinggal dengan saya. macam mana nak duduk dengan pengasuh? nak carik pengasuh yg betul2 blh dipercayai bukan senang...

iDa DgN aNaKnYa aLoNG said...

curi-curilah sedikit masa w/pun hanya melakukan sedikit aktiviti dgn anak..kerana sedikit itulah yg akan memberi impak yg positif..