Tuesday, August 23, 2011

Mata oh mata

Jumaat lepas, saya EL kerana 'kurang sihat' + anak pun tak berapa nak sihat + temujanji aisya dengan Opthalmologist.Hihihi..Seawal pagi kami dah terpacak di hospital (sebab xnak menunggu lama).Dengan badan yang xberapa nak sihat tu + kena mendukung anak kecil yang langsung xnak kat orang lain memang agak memenatkan.Walaupun babah setia mengikut ke hospital hari tu namun xde maknanya jugak sebab si aisya hanya nak bertepek ngan ibu.Huhuhu..
Setelah melalui beberapa ujian dan pemeriksaan, ada 2 ulasan yang kami terima dari Opthalmologist pada hari itu berkenaan mata aisya.Satu yang agak menggembirakan dan satu lagi tak berapa best nak dengar. Pertama - yang bestnya adalah 'penglihatan mata aisya ok.Dia nampak'.Alhamdulillah...tersenyum ibu mendengarnya.Yang xbestnya pula adalah setelah saya maklumkan pada pakar bahawa kebelakangan ini mata aisya kerap nampak juling apabila dia memandang sesuatu terlalu lama atau memandang ke atas.Juling aisya adalah juling ke dalam (bola mata masuk ke dalam)Pemeriksaan dilakukan dan ternyata 'power' matanya tinggi - 450 di kedua-dua belah mata.Menurut opthalmologist, bola mata aisya 'kecil'.Ianya normal bagi bayi2 premature tapi sepatutnya bola mata akan membesar mengikut tahap pembesaran namun tidak bagi aisya.Juling berlaku kerana matanya bekerja keras untuk fokus pada sesuatu.Dan saranan diberi agar aisya memakai kaca mata bagi mengelakkan juling kekal sekiranya terus dibiarkan.Atau pilihan lain adalah memakai contact lens.Huh???biar betul??kecil2 nak pakai contact lens??mengalahkan ibu nih.Ibu sendiri xpernah pakai contact lens.Hihihi..Kami diberi tempoh 6 bulan (appoinment berikutnya) untuk melihat perubahan power matanya.Sekiranya masih sama atau tidak berkurang, (paling tinggi pun adalah 350 kebawah) tiada pilihan lain melainkan aisya perlu berkaca mata.
Apa-apalah dik, asalkan bisa memberi kebaikkan.Ibu akan lakukan.

5 comments:

mama akid said...

akid pun dlam pemantauan pakar mata jgk....tapi klu itu yng terbaik..kita terima yer ibu...

Tika said...

hmm cian aisya.. Apa pun terbalik ngan Aimy Aisya ni... Aimy laks bola mata saiz besar sangat, dah sebesar mata org dewasa... pastu rabun teruk gak.. kiri 1100, kanan 700.. Memula dulu nampak gak mata dia agak juling, terutama bila merenung sesuatu.. Tapi sejak dah nak berlama sket pakai cermin, Alhamdulillah kurang julingnya. Tapi power dia asal dulu 500 gak.. increase sebab jarang pakai doc kata.. hmm camne nak paksa, bebudak kan.. pandai jer dia nak tarik. Tapi kalau tak paksa dan biasakan.. memang tak nak sampai sudah ler.. hehe. Tapi biasalah, walau dah leh berlama pakai, ada gak mood dia nak tarik cermin mata tu hehe

Ayu gi spital mana?

produk ococ said...

ya, apa2 je...asal yg terbaik utk anak2 kita...

Fysa Ismail said...

alhamdulillah...moga semuanye baik2 sahaje

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya seorang yg juling juga sejak lahir lagi. Alhamdulillah sekarang dh berumur 18 thn. Masalah juling saya sama seperti aisya si comel ni. Kalau lama sangat pandang bnda msti akan juling. Tapi jangan risau insyaAllah tidak ada apa2 pun masa dia dewasa :)