Saturday, May 28, 2011

~Aisya & Air Bersatu~

Ehmm..2 minggu kebelakangan ni blog saya dah banyak sawangnya.Kesibukan terlampau membuatkan saya xsempat nak menghadap blog untuk mengarang setiap peristiwa (tp masih sempat meninjau blog kengkawan.hihihi)So, banyak juga cerita yang tertinggal untuk diabadikan dan dikongsi bersama.Saya cuba mengumpulkan beberapa cerita ringkas untuk di 'auto publish' :) Insyaallah.


Aisya yang sangat suka BERMAIN AIR.-
Maaf, gambar agak sensored.Saya xreti macam mana nak cover ;P

Nampak ibu masuk bilik air nak amik gambar, terus dia senyum.


Bahaya kan?Tp inilah yang dia suka buat.
Sebab tu xboleh biar dia sorang-sorang dalam bilik air.


Dah start masuk dalam baldi kecik tuh
(Actually baldi ni xbesar pun..hanya baldi saiz no.2 kecik)


Tengok! Apa dia buat?? ;P
Dengan saiz badan yang kecik tu muatlah dia masuk duduk berendam dalam baldi.
Aisya oh aisya.
Itulah gelagat dan hobi baru aisya.Suka main air...suka berendam dalam air.Sebab tu setiap hujung minggu ibu akan bawak dia g swimming.Kalau kat rumah, sehari hampir 6-7 kali dia nak mandi.Dia akan bukak sendiri baju, seluar, pampers pastu jari tunjuk kat pintu bilik air.Pintu bilik air terpaksa ditutup kerana bimbangkan keselamatan dia (kita xsedar bila dia masuk main air) Pastu dah pandai celup kepala dalam baldi! (konon-konon nak basuh rambut) Mana xbahaya.Risau ibu nak.Dia boleh duduk dalam bilik air tu selagi kita tak ambik/angkat dia keluar tp kalau dia blm puas kita ajak keluar memang melalaklah jawabnya.Alamatnya, selagi xmenggigil, xbiru bibir dan kuku...selagi tulah dia asyik nak main air.Yang bagusnya dia dah pandai nak suruh gosok gigi (kalau dulu...payah sangat nak dapat gosok gigi dia), nak suruh shampoo rambut dia....dan suruh sabun badan dia bagi kuar buih banyak-banyak.. Hihihi..pengaruh dari kakak aireenlah kot tuh.

4 comments:

Unknown said...

hehe...comelnya muka aisya main air....tapi hati2 ayu...bahaya...

Noina said...

aiyoyo..dasat gambar kali ni..hehe..

seronoknya tgk aisya main air..Klu Nabila..mau terpekik2 dalam bilik air..huhu..

Mama3Q said...

hehe..macam qaisara jer suka main air, kalau tak puas, melalak la..tp saya guna besen panjang kasi dia berendam, kalau baldi ni susah ckit kot..ayu pun hati2 make sure jgn ada air dlm baldi tu..Risau tgk dia wat gitu la..

Fysa Ismail said...

shemshem la aisya..hehehe..ni btl2 geng ngn aiz ni..ssh tul nk ajak kuar klu da msuk bilik air...emm umi sha kena tnjuk die biskut br die nk kuar...