Wednesday, May 25, 2011

Aktiviti sepanjang silent mode ;P (entry penuh gambar)

Lama benar blog ni bersarang.Rindu nak menghadap blog.Keterbatasan waktu menghadkan segalanya.Bukan tiada cerita yang ingin dikongsi, dah ada beberapa post yang telah dibuat namun kekangan masa dek jadual kesibukan tugas sebagai ibu, isteri dan pekerja menangguhkan perkongsian.Terima kasih pada yang masih mengingati, yang bertanya khabar dan yang mengirimkan doa buat sikecil aisya.
Kisah bermula dari Jumaat minggu lepas, 4 hari benar-benar dihabiskan bersama family tersayang bercuti di kampung babah.4 hari yang penuh gelak tawa, penerokaan baru anak-anak (maklumlah..rumah kami, rumah bertingkat.Rumah kampung atas tanah jadi anak-anak lebih bebas berlari, berguling atas rumput dan bermain pasir.huhuhu), release tension (jauh dari kesesakan, jauh dari bau asap kereta, bunyi hingar bingar dan lambakan tugas di office) dan yang paling bestnya kami dapat menikmati masakan nenek yang enak-enak tuh.(mintak jer nak makan apa, pasti dapat punya) Ermmm...rasa badan dah makin membesar lak time balik putrajaya tuh.hahahaha.
                                          Tak sampai 20 minit bertolak, dah tertidur.zzzzzz
                                          Lena yang dalam.xsedar apa dah.
                                          Kakak yang boring dah start nak kacau adik tidur
                                          Sengih bila ibu say 'smile kakak'
                                          Budak kecik dah bangun dari tidur.Muka blurr jer                                        
                                          Haaa...kan dah start senyum tuh.
                                          Dah mula nak buat kacau ganggu kat adik ye kakak?
                                          Kita geng kan dik??
                                          Ciuman paksa seorang kakak ;P
Rabu - Jumaat : Perpisahan sementara lagi untuk kami.Sesudah Subuh, babah menghantar ibu ke KLIA.Ibu terpaksa memenuhi tuntutan kerja dan meninggalkan anak-anak ibu kepada babah dan menempuhi 3 hari yang penuh kerinduan.Alhamdulillah....Jumaat malam lebih kurang jam 9malam, terubat kerinduan apabila kepulangan ibu disambut anak-anak kesayangan di KLIA.Dalam perjalanan pulang ke Putrajaya, masing-masing berebut nak duduk ngan ibu.Akhirnya satu seat kereta dikongsi 3 orang.Huh..lenguh jugaklah nak meriba sorang budak 4 tahun yang nampak semakin berisi dan seorang budak kecil yang kecil-kecil cili api.Sangat xreti nak duduk diam.Hehehe....penat tapi bahagia dengan telatah mereka.Si kakak yang becok bertanya itu dan ini manakala si adik yang tak habis-habis nak kiss pipi dan mulut ibu ;) Rindu barangkali sebab lama xjumpa ibu.
                                         

Sabtu : Hari bersenang lenang ibu ngan anak-anak tercinta.Hihihi..babah?babah g kerja.So tinggal ibu, kakak dan aisya.Kami bangun awal, kemudian buat sarapan sama-sama.Lepas tu bergolek depan tv sambil layan kakak buat homework.Aisya pun suka bila diberi aktiviti conteng-conteng kertas.Jam 8 lebih dapat message dari su (kawan blog ibu-mama arwah baby shafiy yang sangat teringin nak jumpa ngan aisya) ajak jumpa.Kebetulan dia ada talk hari tu kat Putrajaya.Actually dah lama nak jumpa ngan auntie su nih.Rasanya hampir 2 bulan kami plan nak jumpa tapi setiap kali decide nak jumpa mesti ada jer halangan yang menangguhkan perjumpaan kami.Akhirnya petang Sabtu tu kebetulan ibu xde apa-apa program, so kami pun berjanjilah tempat nak ngedet.Lebih kurang jam 2 petang kami berjumpa di Taman Alamanda.Su datang sekeluarga.Sungguh tabah dan kuat semangat yang terpamer pada wajah seorang ibu yang baru kehilangan anaknya ini.Sungguh...di matanya dapat ibu lihat kerinduan yang cukup mendalam.Su mengambil, memeluk dan mencium aisya berkali-kali.Sungguh ibu sayu saat itu.Kami bertukar cerita masing-masing.Ada sisa airmata ditubir matanya saat menceritakan kisah arwah baby shafiy yang pergi secara tiba-tiba tanpa sebarang sakit.Sungguh...kalau ibu ditempatnya mungkin ibu akan gila.Anak yang sihat, ceria bermain pada siangnya membawa ke malam tidur macam biasa, tiba-tiba muntah dan pergi selamanya.Segalanya berlaku pantas xsampai 5 jam.Tp itulah yang dinamakan ketentuan.Bak kata insan kerdil 'Ketentuan Allah Adalah Rahsia Allah.' Mana mungkin kita menepis atau menafikannya.Hanya Dia Yang Maha Mengetahui Segalanya.Semoga su terus kuat, tabah dan lebih bersabar dalam mengharungi ujian ini.Setiap kita diberikan ujian yang berbeza.
p/s : Terima kasih pada su sebab membawakan aisya hadiah (siap peram dah 2 bulan dalam bonet kereta untuk diberi pada aisya)Hadiah yang lebih besar dari tuannya.hihihi..suka benar dia ngan hadiah tu lebih-lebih lagi si kakak.Tak sabar-sabar mintak dibuka.Harap pasni kita masih terus berhubung ye su.(lupa nak snap pic ngan su)


Balik dari jumpa auntie su, ibu bawak anak-anak g playground kemudian kami balik kerumah tok abah.Malamnya babah datang ambil kami untuk ke Dataran Putrajaya (tempat babah kerja) Ada buat seperti konsert kecil-kecilan secara santai di mana penonton bebas duduk diatas tikar atas rumput padang dan artis tanpa pentas berjalan menghiburkan penonton.Walaupun awalnya hujan renyai-renyai tapi xlama.Artisnya yang ibu kenal adalah Mila, kumpulan Jambu dari Maharaja Lawak (sebagai hosnya)dan paling dinantikan adalah Upin Ipin (yang lain maaf ibu xtahu sebab ibu sampai pun dah lewat).Kakak takut ngan maskot Upin Ipin tu tapi aisya bukan main suka lagi.Terkedek-kedek dia ikut menari masa sesi tarian 'Chiken Dance'.Ada beberapa acara menarik (pertunjukan tarian api) kuiz dan hadiah yang diberi termasuklah penonton paling sporting.Boleh kata program ini adalah seperti program 'Macam-macam Aznil' kerana ianya lebih kepada anak-anak.Sangat happening dengan penglibatan anak-anak kecil yang comel menari dan menyanyi.Oh ya..semasa di sana, ibu berpeluang berjumpa Kak Akmal (yang tegur ibu dulu) ibu kepada seorang anak CP yang berumur 8 tahun tapi xsempat nak borak lama sebab sibuk nak mengejar si aisya ke hulu ke hilir(pic pun xsempat nak snap).Apapun nasib baik sempat bertukar-tukar contact no.

Ahad : Paginya kami ke Mines Shopping Fair.Bukan untuk bershopping tapi untuk ke bahagian permainan anak-anak.Puas kakak dan aisya menaiki kuda (ala, yang masuk coin RM1 tuh).Hahaha..siap xnak balik lagi walaupun ibu dah puas duduk kat dalam tuh.Tengahari balik rumah, makan, rehat-rehat dan anak-anak tidur.Petangnya kami ke kolam renang untuk anak-anak swimming (itu janji babah pada kakak)Tak lama di sana kerana hujan turun renyai-renyai maka kami ambil keputusan ke Alamanda.Kami biarkan anak-anak bermain di playground dalam Alamanda.Punyalah happy anak-anak ibu.Aisya terkedek-kedek berjalan dan memanjat.Walaupun lambat dan selalu jatuh terduduk kerana berlaga dengan anak-anak kecil yang lebih besar darinya tapi riak wajahnya puas dapat menikmati apa yang kanak-kanak lain buat.Dan itulah yang buat ibu bahagia bila melihat kegembiraan pada wajah-wajah kesayangan ibu.Syukur atas nikmat yang diberikan kepada kami.







Inilah antara aktiviti kami sepanjang hampir 2 minggu berdiam diri ;)

4 comments:

Fysa Ismail said...

alhamdulillah..sume sht kt sna ye.. hlg suda rindu ni...sayu hati dengar kegembiraan akak n aisya....hye aisya..dtg lg tau dlm mimpi umi aiz.

zura_habibhaariz said...

hmm diam2 berisi ngan aktiviti bersama anak2..best je tgk...
kalaulah... :-)

Nonie said...

bukan main seronok nampaknya kakak & Aisya....terubat kerinduan kat ibu yer-)

sue said...

Harap aisya suke ngan hadiah tu, tak tau nak beli apa sebab tak pernah ada anak pompuan..peluk cium buat aisya yang comel..mmmuaaahhhh..