Sunday, May 29, 2011

Speech Therapy

Selasa -23hb lepas, saya membawa aisya ke temujanji terapi pertuturannya yang pertama.Terus terang saya akui, saya memang begitu bersemangat dan xsabar dengan temujanji ini kerana setelah berbulan lamanya menunggu (sepatutnya bulan 12 tahun lepas - 4 bulan tunggu nak dapat temujanji, tp ketentuan Allah tak siapa yang tahu.Tarikh temujanji itu aisya berada di Unit Pemantauan Rapi kerana aisya diserang sawan yang lama tempohnya buat pertama kali) akhirnya tiba juga masa itu setelah kami terpaksa menunggu semula selama 5 bulan.Hebatnya kuasa Allah...Hanya Dia Maha Mengetahui ke atas setiap apa yang telah direncanakan.Sebagai hamba yang lemah, kami hanya menelusuri setiap jalan yang terbentang buat kami dengan doa dan harapan yang tak pernah putus.
Bertemu dengan cik Fariha iaitu cikgu pertuturan aisya, banyak yang saya belajar.Awalnya dimulakan dengan sesi perkenalan.Aisya dibiarkan bermain dengan segala permainan yang ada di situ ditemani babah sementara ibu di soal selidik segalanya tentang aisya.Tentang sewaktu kehamilan, tentang komplikasi sakit aisya, tentang masalah aisya, tentang kesukaan aisya dan lain-lain.Semuanya dicatat sebagai rekod.Kemudian cikgu menghampiri aisya, melihatnya bermain.Ada beberapa arahan yang diberi....cth 'aisya ambik buku tu bagi cikgu','aisya, letak kereta ni kat situ'...walaupun lambat, (perlu ulang beberapa kali) tapi aisya boleh memahami setiap maksud arahan.Cuma adakalanya dia buat xtahu, hilang fokus dan sebagainya.
Cikgu memberikan ibu beberapa home work untuk dibuat.Ibu dicadangkan untuk menghantar aisya ke kelas terapi pertuturan secara intensif iaitu sekali setiap minggu kerana menurut cikgu, aisya berpotensi jika kerap diberi latihan.Harapan yang diberi membuatkan ibu lebih bersemangat namun di satu sudut ibu risaukan komitmen kerjaya ibu.Maksud ibu, bolehkah ibu memberikan sepenuh komitmen pada setiap minggu temujanji terapi pertuturan?Namun tanpa fikir panjang, ibu mengatakan kesanggupan.Tarikh temujanji bagi bulan 6 telahpun diberi iaitu setiap minggu, hari Jumaat petang.Ibu yang pilih hari tu sebab pada pendapat ibu hari Jumaat masa bekerja waktu petangnya pendek jadi...mungkin ibu boleh ambil setengah hari tanpa perlu gunakan cuti rehat ibu.
Sehingga ke hari ini (5 hari berlalu), ibu masih lagi belum berjumpa pihak atasan (boss) untuk meminta ihsan agar dipertimbangkan ibu boleh balik awal setiap hari Jumaat petang untuk ibu ke temujanji terapi pertuturan aisya.Bukan ibu sengaja melengahkan namun faktor kesibukan mereka dan keadaan masa yang tidak mengizinkan.Sebenarnya ibu risau....ibu bimbang andainya permohonan ibu bakal ditolak kerana untuk bulan 6 sahaja ibu perlu memenuhi 4 temujanji lainnya.Dan ibu seringnya meminta excuse sekiranya perlu outstation.Semoga ibu dipermudahkan untuk terus memastikan kesihatan dan perkembangan aisya berjalan baik.


                     Alhamdulillah...aisya sekarang dah semakin serasi dengan hearing aidnya.

4 comments:

Nonie said...

Moga dipermudahkan segalanya..aaamin:-)

Fysa Ismail said...

moga semuanya berjalan lancar...
nanti boleh la layan si aiz tu bebel kn aisya..

shaliza said...

Moga dipermudahkan segala urusan....insyaAllah,amin.

mama akid said...

insyaallah semoga dipermudahkan segala urusan